Gunakan Firefox sebagai pelayar perusahaan anda

Firefox memberikan pelayaran internet yang lebih selamat, kukuh dan fokus kepada privasi berskala besar. Dengan dasar perusahaan dalam kedua-dua Firefox atau Firefox Extended Support Release (ESR), organisasi mendapat fleksibiliti, kawalan dan ketelusan dalam pelayar sumber terbuka yang dipercayai.

Bantuan untuk Organisasi

Akses awal kini dibuka untuk program baru kami bagi Januari 2026. Dibuka untuk organisasi yang menggunakan Firefox selain menjamin keselamatan, ketahanan serta kedaulatan data, ia menyediakan bantuan peribadi, dipercayai dan khas untuk kerahan berskala besar

Hubungi Wakil Jualan

Perlindungan bertaraf korporat, dikuasakan oleh Firefox

  • Pelayar anda, perniagaan anda

    Firefox menyatukan ketelusan sumber terbuka dengan ciri keselamatan yang terkini dan kemas kini terbaru bagi membantu melindungi data syarikat anda.

  • Integrasikan bila dan bagaimana yang anda mahukan

    Dengan pakej pemasangan dan aplikasi pengembangan yang luas termasuk dasar dan ciri, kerahan mampu dilaksanakan dengan pantas dan lebih fleksibel — amat mudah untuk persekitaran Windows, Linux dan macOS.

  • Kitaran pelancaran yang memenuhi kehendak syarikat anda

    Pilih Firefox untuk ciri terkini dan pelancaran yang lebih stabil setiap empat minggu, atau Firefox ESR untuk kestabilan jangka lama, kemas kini keselamatan yang kerap dan keluaran besar setiap tahun.

Dokumentasi Bantuan untuk Organisasi

Bantuan untuk Organisasi adalah satu tawaran yang khusus untuk organisasi yang memerlukan pengurusan dan pengagihan peribadi, tempoh respon, pilihan pembangunan tersendiri, serta kolaborasi akrab dengan jurutera dan pasukan produk daripada Mozilla.

Pelan Bantuan