Nilaikan sumbangan phimbong songkhram terhadap perkembangan nasionalisme di
Thailand dari tahun 1932 hingga 1948.
Major jeneral plaek phibun songkhram merupakan perdana menteri Thailand yang
berkhidmat di antara tahun 1938 hingga 1944 dan kemudiannya menjadi diktator tentera.
Beliau dilahirkan pada 14 julai 1897 di sebuah Kampung Petani berhampiran Bangkok.
Nama asal beliau ialah plaek yang bermakna aneh kerana mempunyai personaliti yang luar
biasa. Beliau mendapat pendidikan awal di sebuah kuil Buddha sebelum Berjaya
menempatkan dirinya di akedemi tentera, Bangkok. Beliau berjaya menamatkan pengajian di
akedemi tersebut dengan mendapat tempat pertama dalam kor meriam. Beliau dihantar ke
perancis untuk mendalami bidang ketenteraan. Pada tahun 1928, beliau merupakan pemimpin
yang dapat menangani ketidakstabilan politik dan kebangkitan komunis di Thailand. Phibun
Songkhram telah menjadi perdana Menteri Thailand sebanyak dua kali, iaitu pada tahun 1938
dan 1948. Beliau telah melaksanakan pembaharuan dari segi politik, sosial dan ekonomi.
Phibun Songkhram merupakan tokoh nasionalis yang terlibat dalam revolusi Thai
1932 bagi mewujudkan sistem pemerintahan raja berperlembagaan dan berjaya menamatkan
sistem pemerintahan beraja di Thailand. Pada tahun 1933, Phibun Songkhram telah
bergabung dengan Nai Pridi Panomyong, Phraya Bahol dan Pharaya Manopakorn untuk
menggulingkan kerajaan awam dan mewujudkan peranan dominan tentera dalam politik
Thailand. Pihak tentera telah berjaya menguasai politik Thailand sehingga tahun 1944.
Phibun Songkhram juga Berjaya menghapuskan pemberontakan oleh putera Bovaradej yang
cuba untuk mengembalikan kuasa mutlak raja. Putera Bovaradej, yang juga sepupu kepada
Raja Prajadhipok dengan bantuan dan sokongan tentera serta golongan konservatif telah
berjaya menawan lapangan terbang Dong Muang. Kerajaan phraya Bahol dengan sokongan
tentera di bawah pimpinan Phibun Songkhram berjaya menumpaskan pemberontakan
tersebut. Putera Bovaradej kemudiannya melarikan diri ke Saigon, Vietnam.
Semasa menjadi Perdana Menteri Thailand buat kali kedua pada tahun 1948, phibun
Songkhram telah menghidupkan semula sistem demokrasi dan membentuk perlembagaan
baharu pada tahun 1949. Perlembagaan ini membolehkan pilihan raya diadakan dalam dewan
rendah dan perlantikan ahli dewan tinggi oleh raja. Walaubagaimanapun, Phibun Songkhram
telah memansuhkan perlembagaan tersebut kerana tidak dapat mengembalikan kekuasaanya.
Beliau mengembalikan semula perlembagaan 1932. Perlembagaan 1932 membolehkan
pertubuhan sebuah dewan yabg separuh daripada kerusi dewan tersebut boleh dilantik oleh
pihak eksekutif. Melalui parlimen ini, pegawai tentera telah dilantik dan membolehkan
Phibun Songkhram berkuasa semula.
Phibun Songkhram telah membawa Thailand menyertai pertubuhan Perjanjian Asia
Tenggara (SEATO) dan Bangkok menjadi ibu pejabat bagi pertubuhan tersebut. Phibun
Songkhram melibatkan negaranya dalam SEATO didorong oleh keperluan untuk melindungi
wilayah Thailand yang bersempadan dengan kawasan bergolak di IndoChina. Thailand
memberi sokongan kepada Amerika Syarikat dalam perang korea untuk menentang kegiatan
komunis dunia. Phibun Songkhram telah mengambil pelbagai langkah untuk menghapuskan
pengaruh komunis di Thailand. Beliau tidak mengiktiraf Republik Rakyat China. Phibun
Songkhram juga mengawasi kegiatan orang cina yang disyaki terlibat dengan anasir komunis
di bawah akta UnThai Activities. Aktiviti-aktiviti orang cina yang ingin mengekalkan ciri-ciri
kecinaan di Thailand telah di lumpuhkan oleh Phibun. Sekolah aliran china dan surat khabar
aliran bahasa cina tidak dibenarkan beroperasi di Tailand. Usaha Phibun Songkhram telah
mendapat pengiktirafan daripada Amerika Syarikat.
Pencapaian ekonomi masyarakat tempatan turut diberi keutamaan oleh Phibun
Songkhram. Beliau telah berjaya mengurangkan penglibatan dan penguasaan orang asing
terutamanya orang cina dan British dalam bidang ekonomi di Thailand melalui pengenalan
Akta perkapalan dan kanun hasil Negara. Phibun Songkhram telah melakukan pelbagai
pembaharuan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Thailand. Phibun Songkhram telah
melancarkan satu rancangan ekonomi yang nasionalistik bertujuan untuk menghapuskan
penguasaan orang eropah dan cina dalam bidang ekonomi. Pada bulan Mac 1939, kanun hasil
Negara diperkenalkan bertujuan untuk membebaskan kaum tani daripada cengkaman
golongan peminjam wang beliau juga mengurangkan cukai ke atas petani dan mengenakan
cukai yang tinggi ke atas petani dan mengenakan cukai yang tinggi ke atas syarikat dan
pelabur-pelabur asing. Subsidi pula diberikan kepada orang siam sahaja.
Demi mengembangkan ekonomi moden, sebuah kilang dibina di bawah kawalan dan
tajaan kerajaan telah membina sebuah kilang kapas di Bangkok, sebuah kilang gula di
lampang, sebuah kilang kertas di Kanburi. Program ekonomi Phibun agak berjaya kerana
ramai orang Thailand telah mengambil alih industri tembakau dan rokok melalui penubuhan
syarikat manopoli tembakau negara.Beliau juga telah membangunkan perusahaan berat
seperti perusahaan penapis minyak,industry besi dan keluli yang dipegang oleh pihak
kerajaan sendiri.Tegasnya industry-indutri yang terdapat di Thailand walaupun berasal dari
negara Barat namun penguasaan saham dipegang pihak kerajaan melalui dasar-dasar ekonomi
nasionalis Phibun.
Phibun Songkhram melaksanakan pebagai langkah untuk memperkukuhkan semangat
nasionalisme dalam kalangan penduduk Thailand. Agama Buddha disamakan dengan
semangat patriotik dan dijadikan satu syaratbagi kakitangan awam untuk kenaikan pangkat.
Agama Buddha disamakan dengan semangat patriotik dan dijadikan sebagai agama rasmi
Thailand. Nama siam ditukar kepada Thai yang bermakna bebas. Phibun Songkhram juga
mengamalkan dasar Anti-Cina dengan menutup akhbar dan sekolah cina. Orang cina yang
ingin masuk ke Thailand dikehendaki membayar 100 baht sebagai bayaran masuk.
Pengunaan bahasa cina sebagai bahasa penghantar dibatalkan sama sekali . Orang cina
dilarang menjawat 26 jenis jawatan.dalam perkhidmatan awam.
Kesimpulannya walaupun pemerintahan yang dilaksanakan oleh Phibun Songram
dalam bentuk ala kediktatoran,namun dasar-dasar beliau telah berjaya menyemai semangat
nasionalisme yang utuk kepada masyarakat.Selain itu dasar-dasar ekonomi beliau telah
mengukuhkan pegangan kekayan ekonomi Thailand terhadap masyarakat pribumi sehingga
kini.