
Sediakan peranti MIDI Bluetooth dalam Persediaan MIDI Audio pada Mac
Sambungan Bluetooth adalah di antara persisian yang boleh ditemui dan peranti lain (hos) yang memulakan sambungan Bluetooth.
Anda boleh menggunakan Persediaan MIDI Audio untuk menyambungkan peranti MIDI Bluetooth ke peranti Mac atau iOS 8 atau peranti lebih baru yang menggunakan perkakasan LE (tenaga rendah) Bluetooth.
Anda juga boleh membuat jenis sambungan MIDI Bluetooth yang berikut:
- Mac ke Mac 
- Mac ke peranti iOS 
Sambungan MIDI Bluetooth MIDI ialah dwihala untuk peranti Mac dan iOS. Sebagai contoh, Mac dalam peranan persisian dan Mac dalam peranan hos kedua-duanya boleh menghantar dan menerima data MIDI.
Buka Persediaan MIDI Audio untuk saya
Jadikan Mac anda persisian Bluetooth
- Dalam app Persediaan MIDI Audio  pada Mac anda, pilih Tetingkap > Tunjukkan Studio MIDI. pada Mac anda, pilih Tetingkap > Tunjukkan Studio MIDI.
- Klik butang Konfigurasi Bluetooth  dalam bar alat Studio MIDI. dalam bar alat Studio MIDI.- Nama komputer anda merupakan nama pengiklanan lalai untuk perkhidmatan Bluetooth. Untuk mengubah nama, masukkan nama pengiklanan baru dalam medan Nama. 
- Klik Iklankan untuk membenarkan hos Bluetooth mengesan dan menyambung ke Mac anda. - Sebaik sahaja hos menyambung ke Mac anda, secara automatik pengiklanan dihentikan. 
Jadikan Mac anda hos Bluetooth
- Dalam app Persediaan MIDI Audio  pada Mac anda, pilih Tetingkap > Tunjukkan Studio MIDI. pada Mac anda, pilih Tetingkap > Tunjukkan Studio MIDI.
- Klik butang Konfigurasi Bluetooth  dalam bar alat Studio MIDI. dalam bar alat Studio MIDI.
- Setkan persisian MIDI Bluetooth anda dalam mod pasangan. - Pastikan untuk memasang sebarang perisian yang disediakan oleh pengeluar persisian MIDI Bluetooth. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat dokumentasi yang disertakan dengan persisian anda. 
- Pilih persisian daripada senarai peranti MIDI Bluetooth, kemudian klik sambung.