Selaraskan filem antara peranti Windows dan iPhone, iPad atau iPod anda
Anda boleh menyelaraskan semua atau pilihan filem anda pada peranti Windows anda ke iPhone, iPad atau iPod anda. (Jika anda mempunyai iPod Classic, ia mestilah berupaya memainkan video.)
Nota: Untuk menyelaraskan filem, anda mesti memasang app Apple TV pada peranti Windows anda.
Selaraskan filem ke peranti anda
Sambungkan peranti Apple anda ke peranti Windows anda. (Anda juga mungkin perlu mengetik Percaya pada peranti Apple anda.)
Anda boleh menyambungkan peranti anda menggunakan kabel USB atau USB-C atau sambungan Wi-Fi. Lihat Selaraskan kandungan antara peranti Windows dan iPhone, iPad atau iPod touch anda melalui Wi-Fi.
Pergi ke app Peranti Apple
pada peranti Windows anda.
Pilih peranti Apple anda dalam bar sisi.
Jika anda menyambungkan peranti anda ke peranti Windows anda menggunakan kabel USB atau USB-C dan tidak melihat peranti dalam bar sisi, lihat Jika iPhone, iPad atau iPod anda tidak kelihatan dalam bar sisi.
Pilih Filem dalam bar sisi.
Pilih kotak semak “Selaraskan filem ke dalam [nama peranti]”.
Dengan kotak semak dipilih, penyelarasan disetkan untuk memindahkan semua filem anda ke peranti anda.
Nota: Jika anda tidak melihat filem yang anda mahu selaraskan, pastikan anda memuat turunnya sebagai HD atau SD Paling Serasi dalam app Apple TV pada peranti Windows anda. Lihat Tukar seting Main Balik dalam app Apple TV pada Windows.
Untuk menyelaraskan pilihan filem, pilih kotak semak “Sertakan secara automatik”, kemudian pilih menu timbul untuk memilih jumlah filem terbaru atau belum ditonton yang anda mahu selaraskan.
Dalam senarai filem, pilih (atau nyahpilih) kotak semak untuk filem, senarai main dan sewaan yang anda mahu selaraskan.
Apabila anda bersedia untuk menyelaraskan, pilih Guna.
Anda boleh memilih untuk menyelaraskan peranti Windows anda dan peranti anda secara automatik pada bila-bila masa anda menyambungkannya. Lihat Aktifkan atau nyahaktifkan penyelarasan automatik.
Sebelum memutuskan sambungan peranti Apple anda daripada peranti Windows anda, pilih dalam bar sisi.
Keluarkan filem yang diselaraskan secara automatik daripada peranti Apple anda
Anda boleh mengeluarkan filem hanya daripada peranti Apple anda sementara menyimpannya pada peranti Windows anda.
Sambungkan peranti Apple anda ke peranti Windows anda. (Anda juga mungkin perlu mengetik Percaya pada peranti Apple anda.)
Anda boleh menyambungkan peranti anda menggunakan kabel USB atau USB-C atau sambungan Wi-Fi. Lihat Selaraskan kandungan antara peranti Windows dan iPhone, iPad atau iPod touch anda melalui Wi-Fi.
Pergi ke app Peranti Apple
pada peranti Windows anda.
Pilih peranti Apple anda dalam bar sisi.
Jika anda menyambungkan peranti anda ke peranti Windows anda menggunakan kabel USB atau USB-C dan tidak melihat peranti dalam bar sisi, lihat Jika iPhone, iPad atau iPod anda tidak kelihatan dalam bar sisi.
Pilih Filem dalam bar sisi.
Dalam senarai filem, nyahpilih kotak semak filem yang anda mahu keluarkan.
Selaraskan peranti Windows anda dengan peranti Apple anda.
AMARAN: Jika anda memadamkan item yang diselaraskan secara automatik daripada peranti Windows anda, item yang dipadamkan dikeluarkan daripada peranti Apple anda pada kali seterusnya anda menyelaras.
Sebelum memutuskan sambungan peranti Apple anda daripada peranti Windows anda, pilih dalam bar sisi.