Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
    
Alihkan item pada papan Freeform pada Mac
Anda boleh mengalihkan item pada papan Freeform anda ke mana-mana kawasan kanvas.
- Pergi ke app Freeform  pada Mac anda. pada Mac anda.
- Buka papan atau cipta papan baharu. 
- Jika item dikunci, anda perlu mengklik  sebelum anda boleh mengalihkan item. sebelum anda boleh mengalihkan item.
- Seret item di mana-mana sahaja pada papan. 
- Untuk menyusunnya dengan objek lain dengan lebih tepat—seperti menjajarkan atau mengumpulkan item—lihat Jajarkan item pada papan dan Susun item pada papan. - Anda mungkin perlu menukar paparan papan untuk zum masuk atau keluar (contohnya, untuk melihat semua kandungan dalam papan anda pada skrin). 
Petua: Sorot sekeliling papan anda dengan mudah dengan mengklik dan menyeret kanvas semasa menekan bar Space.