Apple Music Windows

Dapatkan pemberitahuan daripada Apple Music pada Windows
Jika anda melanggan Apple Music, anda boleh memilih untuk mendapat pemberitahuan tentang topik seperti keluaran baharu oleh artis kegemaran anda dan aktiviti rakan anda.
Pergi ke app Apple Music
pada peranti Windows anda.
Pilih nama anda di bahagian bawah bar sisi, kemudian pilih Pemberitahuan.
Jika anda tidak melihat pilihan ini, daftar masuk ke Akaun Apple anda dalam Apple Music.
Pilih kemas kini yang anda mahu dimaklumkan, kemudian pilih Selesai.