
Sumber sokongan lain
Untuk kebimbangan lain berkaitan Apple, pertimbangkan sumber di bawah.
Sokongan Apple
Bantuan umum berkaitan Apple melalui sumber bantu diri atau untuk menghubungi pakar. Sokongan Apple mempunyai akses yang sangat terhad kepada maklumat anda tanpa keizinan nyata anda dan tiada akses kepada data dan/atau kata laluan anda.
Sokongan Apple (https://support.apple.com)
AS – 1-800-275-2273; Di Kanada – 1-800-263-3394
Keselamatan Platform Apple
Cari Keselamatan Platform Apple untuk mendapatkan maklumat tentang keselamatan perkakas dan sistem, penyulitan dan perlindungan data, serta keselamatan perkhidmatan—termasuk Akaun Apple, iCloud, Daftar Masuk dengan Apple, Apple Pay, Mesej, FaceTime dan Cari.
Privasi Apple
Terokai halaman web Privasi Apple untuk ciri yang melindungi data dan seting anda yang memberikan anda kawalan, menyemak label nutrisi untuk app dan laporan ketelusan untuk permintaan kerajaan, serta membiasakan diri anda dengan Dasar Privasi Apple.
Data dan Privasi Anda
Daftar masuk portal web Data dan Privasi menggunakan Akaun Apple anda untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkara yang Apple kumpul, mendapatkan atau memindahkan salinan data, serta membetulkan, menyahaktifkan atau memadamkan data anda.
Komuniti Sokongan Apple
Cari Komuniti Sokongan Apple untuk jawapan dan tanya soalan daripada pelanggan Apple lain (secara global).