100% found this document useful (2 votes)
399 views8 pages

Laporan Kursus Luar Negara - Rodzidah

1. The document outlines the objectives, content, and benefits of an Economic Partnership Program Vocational Leadership Training course held in Japan. 2. The course aimed to improve skills and knowledge in leadership perspectives like quality, globalization, and efficiency. It also sought to strengthen relationships between participating countries. 3. The training consisted of learning sessions, group activities, site visits, and presentations. Sessions covered topics like vocational training frameworks, industry collaboration, and production management techniques. 4. Benefits included applying new knowledge and skills to job duties, exploring career advancement opportunities, and developing a passion for continuous improvement through exposure to Japanese work ethics and culture.
Copyright
© © All Rights Reserved
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
100% found this document useful (2 votes)
399 views8 pages

Laporan Kursus Luar Negara - Rodzidah

1. The document outlines the objectives, content, and benefits of an Economic Partnership Program Vocational Leadership Training course held in Japan. 2. The course aimed to improve skills and knowledge in leadership perspectives like quality, globalization, and efficiency. It also sought to strengthen relationships between participating countries. 3. The training consisted of learning sessions, group activities, site visits, and presentations. Sessions covered topics like vocational training frameworks, industry collaboration, and production management techniques. 4. Benefits included applying new knowledge and skills to job duties, exploring career advancement opportunities, and developing a passion for continuous improvement through exposure to Japanese work ethics and culture.
Copyright
© © All Rights Reserved
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
You are on page 1/ 8

1

Faedah yang diperolehi daripada Kursus :

ECONOMIC PARTNERSHIP PROGRAM (EPP) VOCATIONAL


LEADERSHIP TRAINING (TOT) PROGRAM (J12-22082)

 OBJEKTIF KURSUS:

1. Mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam perspektif kepimpinan yang


menekankan kualiti, globalisasi, pelanggan, inovatif dan efisien bermatlamat kepada
pelaksanaan kepimpinan yang berdaya tinggi, cemerlang dan berkesan.

2. Mengeratkan hubungan antara negara yang terlibat dengan program ini.

 ISI KANDUNGAN KURSUS:

Kursus ini mengandungi 3 modul utama, iaitu :


1. Sesi Pembelajaran, Perbincangan dan Aktiviti Kumpulan
2. Sesi Lawatan dan Pemerhatian
3. Sesi Pembentangan dan maklumbalas

Sesi Pembelajaran dan Aktiviti Kumpulan


a. Framework of Vocational Training in Japan. (Ms. Kimiko Nishida, OVTA)
b. Current Situation of Vocational Training in Malaysia. (Mr. Raimei Nakano, OVTA)
c. How to draft an Action Plan (Mr. Raimei Nakano, OVTA)
d. Evolution of Vocational Training according to Socio-Economic Changes in Japan. (Mr.
Raimei Nakano, OVTA)
e. Enhancement of Vocational Training Instructors’ Competence (Mr. Masato Ozaki,
Polytechnic University)
f. Training & Management in Public Vocational (Mr. Noboru Kakisu)
g. Training Institutions operated by JEED (Mr. Noboru Kakisu)
h. Improvement in Performances of the Instructors by using CUDBAS Method (Mr.
Tomohiro Murakami)

2
i. Industry Collaboration (Mr. Raimei Nakano, OVTA)
j. KAIZEN and 5S’ Activity (Mr. Raimei Nakano, OVTA)
k. Process Management (Mr. Shinji Fujimura)
l. Japanese way of Monozukuri - Practical Production Management (Mr. Noboru Kakisu)

Sesi Lawatan dan Pemerhatian


a. Polytechnic University
b. Nissan Technical College (Learning Center)
c. Kansai Polytechnic Center
d. Panasonic Monozukuri Training Center
e. NEC Innovation World
f. Kinki Polytechnic College
g. Hyogo Prefectural Monozukuri Institute
h. Visit to Himeji Castle

Sesi Pembentangan dan Maklumbalas


a. Final Discussion - Comparison between Malaysia and Japan in Vocational Training (Mr.
Raimei Nakano, OVTA)
b. Guidance to draft an Action Plan (Mr. Raimei Nakano, OVTA)
c. Presentation of Action Plans (Mr. Raimei Nakano : OVTA, Ms. Kimiko Nishida : OVTA,
Ms. Kanako Okamura : JICA Yokohama)
d. Evaluation Meeting (Ms. Kanako Okamura : JICA Yokohama)

 FAEDAH YANG DIPEROLEHI DARIPADA KURSUS INI ADALAH BERHUBUNG


PERKARA BERIKUT :

 Tugas dan tanggungjawab:


Pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi daripada sesi pembelajaran di Jepun akan
digunapakai secara langsung atau disebarkan kepada rakan-rakan sekerja untuk
dilaksanakan dalam tugas dan tanggungjawab seharian. Tahap ilmu ini adalah bertaraf
lanjutan (advanced) yang diamalkan oleh Pengajar Kemahiran di Jepun.

3
Walau bagaimanapun, di Jepun, seseorang pegawai yang ingin menjadi pengajar kemahiran,
perlu mempunyai asas kemahiran yang mantap. Ini adalah kerana Jepun kurang
mengamalkan ekonomi import sebaliknya mencipta produk mereka sendiri. Segala teknologi
dan inovasi samada dari segi peralatan, kenderaan, elektronik dan sebagainya adalah hasil
ciptaan mereka sendiri. Para penyelidik, jurutera dan semua pekerja kemahiran adalah
rakyat Jepun sendiri. Mereka sangat kurang mengamalkan sistem pekerja asing.

Kebolehan untuk menghasilkan model yang baik dan sangat berkualiti berdasarkan data
analisis kajian adalah perkara yang paling penting dari sudut kemahiran di Jepun. Segala
pembelajaran, perbincangan dan ilmu daripada Jepun, dapat membantu pihak pengurusan
dan latihan dalam membuat keputusan dengan baik. Seterusnya, dapat menyumbang
kepada peningkatan gaya pengajaran kemahiran dalam melahirkan sosio-ekonomi negara
yang mapan.

 Kemajuan kerjaya:
Pengalaman menerusi Lawatan dan Pemerhatian di Institusi Kemahiran memberikan ruang
dan peluang untuk menerokai Pengurusan Latihan di bilik kuliah dan bengkel. Selain itu,
dapat memerhatikan pengendalian bidang teknikal baru yang bertahap pengetahuan teknikal
lebih tinggi seperti Bidang Solar. Ia juga menggalak dan menuntut perubahan paradigma
dan sokongan daripada semua peringkat. Melalui sesi lawatan ini, idea dan pengalaman
dapat membawa perubahan atau penambahbaikan kepada kaedah konvensional yang
diamalkan oleh orang Jepun.

 Peningkatan kendiri :
Pengalaman bekerja bersama orang Jepun memberikan perubahan dalam sikap, etika,
moral dan pendirian. Masyarakat Jepun amat ‘passionate’ terhadap apa yang mereka buat.
‘Passionate’ adalah satu perasaan minat yang mendalam terhadap satu perkara. Apabila
timbul minat yang mendalam dalam suatu perkara, seseorang itu akan bersungguh-sungguh
melaksanakannya. Masyarakat Jepun akan melihat sesuatu perkara dengan bersungguh-
sungguh. Setiap penjelasan dan pernyataan diberikan, mereka dengan cepat bertindakbalas
dengan berkata “Hait” atau “Wakarimasta”.

4
Dalam setiap perbincangan dan perbualan, mereka pasti akan memberikan pelbagai idea
untuk penambahbaikan berterusan. Adalah satu sikap yang dipuji di mana mereka sangat
jujur dan bersedia berkongsi ilmu serta pengalaman. Masyarakat Jepun sangat
mementingkan disiplin kerja. Ketepatan masa adalah paling utama dalam budaya
masyarakat Jepun.

Pengurus Jepun kebanyakannya bermula sebagai staf bawahan. Cara kenaikan pangkat ini
menyebabkan pengurus Jepun memahami keseluruhan operasi dan staf di bawah
pemantauannya. Inilah antara penyebab mengapa staf Jepun setia kepada pengurus dan
syarikatnya.

Semangat etnosentrisme orang Jepun sangat kuat. Ia bermaksud mereka sangat mencintai
bahasa, bangsa dan warisan tradisi. Masyarakat Jepun juga banyak menterjemah buku.
Hampir setiap buku baru yang diterbitkan barat, akan diterjemahkan dan diterbitkan di Jepun
dalam beberapa hari sahaja. Jadi rakyat Jepun memperoleh ilmu barat daripada buku yang
diterjemahkan ke bahasa Jepun.

5
6
7
8

You might also like