Analisis Awal Terhadap Faktor-Faktor Peningkatan Kes-Kes Perkahwinan Merentasi Sempadan Dalam Kalangan Masyarakat Muslim Di Malaysia
Analisis Awal Terhadap Faktor-Faktor Peningkatan Kes-Kes Perkahwinan Merentasi Sempadan Dalam Kalangan Masyarakat Muslim Di Malaysia
net/publication/368880089
CITATIONS READS
0 54
6 authors, including:
Some of the authors of this publication are also working on these related projects:
Pembinaan Modul Sahsiah Remaja Islam Terlanjur Di Negeri Terengganu View project
All content following this page was uploaded by Mohamad Aniq Aiman Alias on 01 March 2023.
Wan Abdul Fattah Wan Ismailⅰ, Ahmad Syukran Baharuddinⅱ, Zulfaqar Mamatⅲ, Lukman
Abdul Mutalibⅳ, Hasnizam Hashimⅴ & Mohamad Aniq Aiman Aliasⅵ
i (Corresponding author). Profesor, Centre of Research for Fiqh Forensics and Judiciary (CFORSJ), Fakulti
Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia. [email protected]
ii Pensyarah Kanan, Centre of Research for Fiqh Forensics and Judiciary (CFORSJ), Fakulti Syariah dan
Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia. [email protected]
ⅲ
Pensyarah Kanan, Centre of Research for Fiqh Forensics and Judiciary (CFORSJ), Fakulti Syariah dan
Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia. [email protected]
ⅳ Professor Madya, Centre of Research for Fiqh Forensics and Judiciary (CFORSJ), Fakulti Syariah dan
Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia. [email protected]
ⅴ Pensyarah Kanan, Centre of Research for Fiqh Forensics and Judiciary (CFORSJ), Fakulti Syariah dan
Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia. [email protected]
ⅵ Pembantu Perunding, Centre of Research for Fiqh Forensics and Judiciary (CFORSJ), Fakulti Syariah dan
Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia. [email protected]
Abstract A cross-border marriage is any type of marriage that takes place outside of the
country by utilizing the services of a matchmaker in that country. However, the
number of cross-border marriages has recently increased significantly. It is
impossible to prevent this problem from occurring in the future. This is because
those who want to marry across borders will do so for a variety of reasons. If
the cross-border marriage is not registered upon return to Malaysia, it has a
variety of consequences for the wife, children, and even family members.
Therefore, this study aims to clarify the concept of cross-border marriage,
including its definition and some factors that encourage couples to marry in
this manner. This study used a qualitative approach to obtain concrete data by
conducting semi-structured interviews with stakeholders who manage
marriage governance for Muslims in Malaysia. The findings show, cross-border
marriage is any type of marriage made abroad or through a specific syndicate,
and there are several main factors that encourage couples to marry cross-
border. The desire for polygamy, did not get family permission, reluctance of
the couple to follow the marriage procedure, lack of exposure to the marriage
procedure in Malaysia, couples who have been together, and the easy way to
get married are among the main factors of cross-border marriages. We hope
that this study will provide appropriate exposure to Malaysia's Muslim
community about this issue and that all parties will play an important role in
addressing this issue so that such cases can be reduced.
PENDAHULUAN
Di Malaysia, mana-mana pasangan Muslim yang ingin berkahwin tertakluk kepada undang-
undang keluarga Islam (UUKI) (Alias, 2022). Sesuatu perkahwinan itu akan dianggap sah
sekiranya pasangan tersebut mematuhi peruntukkan yang telah ditetapkan oleh undang-
undang keluarga Islam oleh setiap negeri di Malaysia (Wan Ismail et al., 2022a). Walau
bagaimanapun, masih terdapat juga pasangan yang mengambil jalan mudah dengan
berkahwin secara rentas sempadan untuk memenuhi hawa nafsu semata-mata.
Secara umumnya, perkahwinan merentasi sempadan boleh ditakrifkan sebagai
perkahwinan tanpa kebenaran dari Pendaftar Perkahwinan di setiap negeri dan hakim di
Mahkamah Syariah di setiap negeri (Md Said et al., 2020). Selain itu, perkahwinan merentasi
sempadan juga cukup sinonim dengan masyarakat Malaysia yang mengadakan
perkahwinan di luar negara seperti di wilayah Songkla, Yala, Narathiwat, Satun dan Pattani.
Isu berkaitan perkahwinan merentasi sempadan telah mencetuskan banyak implikasi
khususnya dalam hal berkaitan pengesahan pendaftaran perkahwinan dan juga boleh
memberi kesan kepada status kelahiran anak dan timbul permasalahan dalam pewarisan
harta pusaka. Perlu difahami bahawa, tidak semua perkahwinan tersebut adalah sah
mengikut syarak, lebih-lebih lagi bagi pernikahan yang menggunakan khidmat sindiket
(Wan Ismail et al., 2022b). Oleh itu, isu ini perlulah dilihat secara serius oleh semua pihak.
Dalam kajian ini, penyelidik akan membincangkan konsep perkahwinan merentasi
sempadan, tahap kritikalnya isu perkahwinan merentasi sempadan pada masa kini dan
faktor-faktor penyumbang kepada berlakunya perkahwinan merentasi sempadan
khususnya dalam kalangan pasangan Muslim di Malaysia.
2
http://al-qanatir.com
Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies. Vol. 30. No. 1. April Issue (2023)
eISSN: 2289-9944
SOROTAN LITERATUR
Sebelum kajian ini dijalankan, terdapat beberapa kajian lepas yang telah membincangkan
berkaitan isu perkahwinan merentasi sempadan. Walau bagaimanapun, masih wujud
kelompangan dalam mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada berlaku
perkahwinan merentasi sempadan khususnya dalam kalangan pasangan Muslim di
Malaysia. Sebaliknya kajian sebelumnya hanya tertumpu pada perbincangan berkaitan
konsep perkahwinan secara umum dan kesan di sebalik perkahwinan merentasi sempadan.
Secara umumnya, perkahwinan merentasi sempadan ialah sebarang urusan
pernikahan yang dijalankan di luar negara dengan menggunakan khidmat jurunikah di
negara tersebut (Md Said et al., 2020). Perkahwinan merentasi sempadan bukanlah suatu
isu yang baru, bahkan ia begitu sinonim dengan masyarakat Malaysia seperti perkahwinan
di Narathiwat dan Songkhla, Selatan Thailand. Majlis perkahwinan yang meriah sudah
semestinya menjadi idaman setiap insan, namun timbul persoalan, mengapa masih wujud
segelintir pasangan yang sanggup untuk mengelak dari mengadakan majlis perkahwinan
yang meriah dan memilih untuk mengadakannya secara ringkas tanpa dihadiri rakan taulan
mahupun sanak saudara?
Sesetengah berpendapat dengan melangsungkan perkahwinan mereka di Selatan
Thailand, ia menjadi lebih mudah, ringkas dan murah berbanding di negara Malaysia (Abdul
Rahim, 2022). Tidak kurang juga perkahwinan merentasi sempadan berlaku disebabkan
pasangan tidak mendapat restu keluarga, mereka yang sudah terlanjur, masalah kewangan
untuk mengadakan majlis perkahwinan dan suami yang ingin berpoligami (Ahmad Zakhi,
2015). Dalam keratan akhbar Sinar Harian (2019) menyatakan bahawa; Pejabat Konsul
Malaysia di Songkhla Thailand telah merekodkan peningkatan dalam permohonan rakyat
Malaysia untuk mendapatkan surat pengesahan pernikahan di selatan Thailand sejak dari
tahun 2011. Sebanyak 4,653 permohonan surat pengesahan pernikahan diterima tahun
lepas berbanding 4,375 pada 2017. Menurut Konsul Jeneralnya iaitu Mohd Afandi Abu
Bakar, berdasarkan kepada statistik, pejabat itu menerima 2,885 permohonan pada tahun
2011, sebanyak 3,463 (2012), diikuti 3,485 (2013), 3,831 (2014), 4,081 (2015) dan 4,178
(2016).
Ini menunjukkan, kes-kes sebegini perlulah dilihat secara serius. Hal ini kerana, jika
diabaikan dan tanpa tindakan atau pengawalan sewajarnya, ia bakal menjadi gejala yang
boleh merosakkan institusi keluarga. Pasangan yang ingin berkahwin di negara jiran seperti
di Selatan Thailand dan lain-lain tidak memikirkan risiko yang bakal mereka hadapi
terutamanya jika perkahwinan tidak didaftarkan. Perlu difahami bahawa tidak semua
perkahwinan tersebut sah mengikut hukum Syarak, lebih-lebih lagi bagi pernikahan yang
menggunakan khidmat sindiket.
Kajian sebelumnya banyak memfokuskan berkaitan konsep perkahwinan
merentasi sempadan secara umum dan kesan di sebalik perkahwinan tersebut. Walau
bagaimanapun, masih tiada kajian khusus yang membincangkan berkaitan punca-punca
yang mendorong pasangan Muslim di Malaysia untuk berkahwin secara rentas sempadan.
Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti apakah faktor-faktor penyumbang
pasangan Muslim di Malaysia untuk berkahwin secara merentasi sempadan. Tujuannya
adalah agar pihak berkuasa dan masyarakat umum di Malaysia didedahkan sebaik mungkin
berkaitan isu ini dan mengambil jalan yang proaktif dalam mengurangkan kes-kes sebegini
daripada terus meningkat pada masa akan datang.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan reka bentuk kajian kualitatif. Kaedah temu
bual separa berstruktur dilaksanakan terhadap informan kajian iaitu pihak berkepentingan
yang menguruskan tadbir urus perkahwinan bagi umat Islam di Malaysia. Dapatan dalam
bahagian seterusnya adalah hasil analisis secara sistematik berasaskan pengalaman
daripada pihak berkepentingan yang terlibat dengan isu-isu perkahwinan bagi Muslim di
Malaysia. Antara pihak yang terlibat adalah seperti pegawai bahagian undang-undang
keluarga negeri, bahagian sokongan keluarga di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
3
http://al-qanatir.com
Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies. Vol. 30. No. 1. April Issue (2023)
eISSN: 2289-9944
(JKSM), pegawai dari jabatan hal ehwal negeri, pegawai dari bahagian penguat kuasa agama,
peguam Syarie, pegawai dari setiap agama jajahan yang terpilih, dan Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM) (rujuk Jadual 1).
Kod Informan
No. Nama Informan Kajian Institusi
Kajian
Bahagian Undang-Undang
Ustaz Mohd Suhaimi bin Informan
1 Keluarga, Jabatan Hal Ehwal
Mohamed Kajian, IK1
Agama Islam Kelantan (JAHEAIK)
Bahagian Perkahwinan Dan
Pembangunan Keluarga, Jabatan Informan
2 Ustaz Rozimi bin Zamri
Agama Islam Wilayah Persekutuan Kajian 2, IK2
(JAWI)
Bahagian Sokongan Keluarga,
Tuan Mohamad Zakian Informan
3 Jabatan Kehakiman Syariah
bin Dio Kajian 3, IK3
Malaysia (JKSM)
Ustaz Che Musa bin Che Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Informan
4
Hama Negeri Sembilan (JHEAINS) Kajian 4, IK4
4
http://al-qanatir.com
Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies. Vol. 30. No. 1. April Issue (2023)
eISSN: 2289-9944
cenderung menyatakan bahawa perkahwinan tanpa kebenaran seperti yang berlaku dalam
perkahwinan merentasi sempadan ini perlu dilihat dari sudut kewujudan dan persetujuan
wali dalam perkahwinan. Oleh itu, perkahwinan yang dijalankan tanpa persetujuan wali
juga merupakan perkahwinan tanpa kebenaran dan turut berlaku dalam isu perkahwinan
merentasi sempadan.
Contoh kes perkahwinan tanpa kebenaran adalah kes bernombor pendaftaran
09001-010-0658-2006. Dalam kes ini, pasangan tersebut telah membuat permohonan
pendaftaran semula perkahwinan yang difailkan di Mahkamah Syariah Kangar, Perlis.
Mengikut fakta kes, plantif bernikah dengan defendan pada 10 Oktober 2005 di Wilayah
Setul, Selatan Thailand dengan menggunakan wali hakim yang bertauliah. Kedua pasangan
ini mengambil jalan singkat dengan melangsungkan perkahwinan di Thailand kerana tidak
mendapat restu daripada wali pengantin perempuan. Sebelum pernikahan, kedua-duanya
adalah seorang dara dan teruna. Dalam kes ini, Mahkamah memutuskan bahawa mereka
bersalah dari sudut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Perlis 2006. Mereka didapati
telah berkahwin tanpa kebenaran di Thailand tanpa mendapat persetujuan daripada
Pendaftar NCR mukim yang diduduki (Fail kes Mahkamah Syariah Kangar, Perlis tahun
2006, bilangan kes: 09001-010-0658-2006).
Sebagai kesimpulannya, perkahwinan merentasi sempadan adalah sebarang bentuk
aktiviti atau urusan pernikahan yang dibuat di luar negara atau menggunakan sindiket.
Walaupun urusan perkahwinan merentasi sempadan ini dilihat mudah, ringkas dan murah
berbanding perkahwinan di Malaysia, namun terdapat implikasinya jika pendaftaran tidak
dibuat di Malaysia seperti menyukarkan proses tuntutan di Mahkamah berkaitan urusan
pernikahan, perceraian atau tuntutan harta sepencarian dan harta pusaka, anak-anak tidak
boleh didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana tidak memiliki sijil nikah
Malaysia, anak-anak tidak dapat didaftarkan di sekolah kerajaan pada tahun satu kerana
pendaftaran tersebut memerlukan sijil nikah ibu bapa dan sebagainya.
5
http://al-qanatir.com
Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies. Vol. 30. No. 1. April Issue (2023)
eISSN: 2289-9944
Okay bagi saya, dia dari sudut angka dia kritikal lah. Sebagai contoh, saya
bagi statistik pendaftaran perkahwinan lah yang kita rekod dari 2016
sehingga 2020.
(Informan kajian 2, IK2)
Selain itu, kenyataan ini turut disokong oleh hasil temu bual bersama informan
kajian 3 (IK3), di mana beliau berpendapat; berdasarkan data-data yang terkumpul iaitu
kes-kes yang dilaporkan menunjukkan bahawa kes-kes sebegini adalah meningkat. Hal ini
secara tidak langsung menunjukkan bahawa isu berkaitan perkahwinan merentasi
sempadan ini dilihat isu yang sangat serius kerana kes-kes berkaitan dengannya sentiasa
meningkat dari tahun ke tahun.
Berdasarkan hasil temu bual daripada kesemua informan kajian tersebut, dapat
disimpulkan bahawa, isu berkaitan perkahwinan merentasi sempadan ini dilihat sangat
membimbangkan berdasarkan kepada kes-kes yang dilaporkan dari tahun ke tahun
semakin meningkat. Bagi penelitian penyelidik terhadap hasil temu bual yang telah
dijalankan, isu berkaitan perkahwinan merentasi sempadan ini dilihat sentiasa meningkat
dari tahun ke tahun. Berlaku sedikit penurunan pada tahun 2019-2020 hanya disebabkan
oleh pandemik COVID-19 yang mengehadkan pergerakan rakyat Malaysia. Penyelidik
berpendapat bahawa, isu berkaitan perkahwinan merentasi sempadan perlulah dilihat
secara serius dari segi cara untuk mengurangkan kes-kes sebegini dari terus meningkat. Hal
ini kerana, terdapat implikasi negatif yang akan timbul di kemudian hari. Pada bahagian
seterusnya, penyelidik akan mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada
berlakunya perkahwinan merentasi sempadan.
6
http://al-qanatir.com
Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies. Vol. 30. No. 1. April Issue (2023)
eISSN: 2289-9944
Kebanyakan isunya adalah poligami. Bila kita tanya kenapa; kerana dia
tak nak bagi tahu isterinya, kerana pihak Mahkamah akan memanggil
isteri kan. Tujuannya adalah untuk menyembunyikan daripada
pengetahuan isteri yang pertama.
(Informan kajian 5, IK5)
Hasil temu bual di atas menunjukkan, rata-rata informan kajian bersetuju bahawa
poligami adalah salah satu punca utama yang mendorong pasangan untuk berkahwin
secara rentas sempadan. Secara umumnya, poligami boleh ditakrifkan sebagai
menghimpunkan lebih dari satu, dua atau had maksimumnya empat orang isteri dalam satu
masa (Md Said et al., 2020). Secara umumnya, Islam mengharuskan berpoligami bagi mana-
mana pasangan lelaki yang berkemampuan. Firman Allah SWT dalam Surah an-Nisā’:
ْث َوُرَٰبَ َع ۖ فَإِ ْن ِخ ْفتُ ْم أَاَّل تَ ْع ِدلُوا ِ
َ َاب لَ ُكم ِم َن ٱلنِ َسآء َمثْ َ ََٰن َوثُ َٰل ِ ِ ِ
َ َ﴿وإِ ْن خ ْفتُ ْم أَاَّل تُ ْقسطُواْ ِِف ٱلْيَ َٰتَ َم َٰى فَٱنك ُحواْ َما ط َ
ِ ِ
َ ت أ َْيََٰنُ ُك ْم ۚ ََٰذل
﴾ْك أ َْد ََٰنٓ أَاَّل تَعُولُوا ْ فَ ََٰوح َدةً أ َْو َما َملَ َك
Maksudnya: “Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim
(apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu
berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu
bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan)
seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian
itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman”. (al-
Quran. An-Nisā’: 3).
7
http://al-qanatir.com
Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies. Vol. 30. No. 1. April Issue (2023)
eISSN: 2289-9944
Maksudnya: “Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun
kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung
dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan
isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki
(keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka
sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. (al-Quran. An-Nisā’: 129)
Ayat ini menunjukkan bahawa, keadilan adalah menjadi syarat utama bagi pasangan
yang ingin berpoligami. Mohd Shah & Meerangani (2021) menyatakan elemen keadilan ini
dinilai menerusi peruntukkan nafkah, giliran bermalam dan kasih sayang yang diberikan
secara sama rata. Bagi permohonan untuk berpoligami, undang-undang keluarga Islam
telah menetapkan prosedur yang khusus untuk berpoligami. Seksyen 23 Akta Undang-
Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303] telah memperuntukkan
syarat-syarat untuk berpoligami hendaklah dipatuhi. Seksyen 23 menyatakan:
8
http://al-qanatir.com
Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies. Vol. 30. No. 1. April Issue (2023)
eISSN: 2289-9944
Ini dapat dilihat dalam kes Syed Othman bin Syed Abdullah dengan pasangannya
Ema Malisa binti Bogi [Kes Mal bil: 01003-010-333/03]. Pasangan ini telah melangsungkan
perkahwinan di Wilayah Songkhla, Thailand dengan menggunakan wali hakim. Alasan yang
diberikan oleh pihak lelaki ialah kerana isteri pertamanya tidak setuju dan prosedur
permohonan poligami adalah sukar sedangkan beliau amat memerlukan zuriat,
memandangkan sehingga kini beliau masih belum dikurniakan zuriat bersama isteri
terdahulu. Selain itu, ini juga dapat dilihat dalam kes Samsuri bin Saar dan pasangannya Nor
Rahsidah Binti Abdullah. Samsuri yang merupakan warganegara Malaysia dan Rahsidah,
warganegara Indonesia telah melangsungkan perkahwinan mereka di Thailand, setelah
hasrat mereka ditentang oleh isteri pertama Samsuri. Hubungan rapat antara kedua-dua
pemohon mendorong mereka untuk berkahwin bagi mengelakkan sebarang perlakuan
yang menyalahi syarak tanpa sebarang ikatan yang sah. Oleh itu, tidak hairanlah pasangan
yang ingin berpoligami mengambil jalan mudah dengan berkahwin merentasi sempadan.
9
http://al-qanatir.com
Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies. Vol. 30. No. 1. April Issue (2023)
eISSN: 2289-9944
Dan yang kedua ada juga kes kebanyakan calon menantu ini tidak kira
perempuan ataupun lelaki tidak mendapat restu keluarga lah.
(Informan kajian 2, IK 2)
Yang kedua isu masalah tidak dapat restu dari ibu bapa yang ini susah
juga.
(Informan kajian 10, IK 10)
Hasil temu bual ini menunjukkan, kebanyakan mereka yang berkahwin secara
rentas sempadan adalah disebabkan keengganan pihak keluarga. Secara umumnya,
persetujuan pengantin perempuan adalah diberi oleh walinya. Seksyen 13 Akta Undang-
Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303] menyebut:
10
http://al-qanatir.com
Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies. Vol. 30. No. 1. April Issue (2023)
eISSN: 2289-9944
Seterusnya, pasangan yang tidak mendapat restu atau izin dari keluarga juga
membawa pasangan untuk berkahwin secara merentasi sempadan. Ini dapat dilihat dalam
kes Husin lwn Saayah dan Mat Hassan (Perlis Kes Mal 36/80) di mana plaintif merupakan
bapa kepada responden pertama memohon mahkamah membatalkan pernikahan tersebut
kerana ia nya berlaku tanpa izin di Pulau Panjang, Setol, Thailand. Mahkamah telah
memutuskan akad nikah tersebut batal atas alasan tiada izin wali serta tiada wakalah atau
wali Raja diperoleh. Sebagai kesimpulannya, kebanyakan pasangan Muslim yang berkahwin
secara merentasi sempadan juga adalah disebabkan faktor keengganan dari ahli keluarga.
Oleh itu, berdasarkan hasil temu bual daripada informan kajian tersebut, faktor-
faktor yang turut menyumbang kepada peningkatan dalam kes-kes perkahwinan merentasi
sempadan adalah disebabkan oleh keengganan mengikut prosedur nikah. Bagi penelitian
penyelidik, masih wujudnya masyarakat yang beranggapan bahawa prosedur nikah yang
telah ditetapkan oleh UUKI adalah sukar dan merumitkan. Oleh itu, diharapkan model yang
dihasilkan dapat membantu masyarakat mengubah persepsi terhadap prosedur nikah yang
sukar ini.
11
http://al-qanatir.com
Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies. Vol. 30. No. 1. April Issue (2023)
eISSN: 2289-9944
Dan bagi saya juga, salah satu lagi, dorang sendiri tak tahu tentang
prosedur tu la. Tak tahu dengan jelas tentang prosedur tu. Macam mana
prosedur perkahwinan di Malaysia. Sebab kita nak kata kos perkahwinan
juga bila kita baca semua kos perkahwinan tinggi. Saya tak rasa kos
perkahwinan yang tinggi itu menjadi penyebab nak kahwin dekat sana,
sebab bila nak kata kahwin kat sana guna ejen pun.
(Informan kajian 9, IK 9).
Hasil temu bual ini menunjukkan, masih terdapat masyarakat yang kurang
didedahkan dengan prosedur yang betul untuk mengadakan perkahwinan sehingga
mendorong mereka untuk berkahwin secara merentasi sempadan. Secara umumnya, setiap
perkara yang berkaitan perkahwinan diselia di bawah Jabatan Agama Islam Negeri masing-
masing. Jabatan Agama Islam Negeri akan mengeluarkan dan mengesahkan sijil perakuan
nikah yang mengandungi maklumat diri suami dan isteri, wali, saksi, tarikh dan tempat
pernikahan, mahar atau mas kahwin dan hantaran (Ahmad Zakhi, 2015).
Selain itu, terdapat pelbagai jenis borang yang perlu diisi oleh pasangan yang ingin
melangsungkan perkahwinan dan mereka juga perlu melalui satu sesi temu duga dan
menyertai kursus pra-perkahwinan (Mohamad, 2008). Namun, kurangnya pendedahan
terhadap prosedur perkahwinan di Malaysia ini telah mendorong mereka untuk berkahwin
secara mudah dan cepat dengan mengadakan perkahwinan secara merentasi sempadan.
Oleh itu, pihak berkuasa perlulah mempelbagaikan alternatif agar prosedur berkaitan
perkahwinan ini sampai kepada semua lapisan masyarakat.
Ok, macam kebanyakan hok gi nikah alik sano ni yang pertama hok
mengandung doh. (Informan kajian 6, IK 6).
Menurut Mohamad (2008), bagi pasangan yang telah terlanjur, mereka hakikatnya
lebih terdesak dan sanggup untuk berkahwin dengan pelbagai cara termasuklah secara
merentasi sempadan demi menutup maruah yang tercalar. Mereka merasakan bahawa,
perkahwinan secara merentasi sempadan ini dilihat jalan terbaik untuk menutup
merahsiakan status mereka. Menurut Mohd Hashim (2007) juga, perkahwinan tersebut
lebih kepada untuk menjaga maruah mereka dan perkahwinan secara merentasi sempadan
dilihat sebagai jalan penyelesaian.
12
http://al-qanatir.com
Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies. Vol. 30. No. 1. April Issue (2023)
eISSN: 2289-9944
Demo ni kata kesukaran untuk berurusan untuk nak nikah lah hoo untuk
nak nikah lah bagi pandangan merekalah. Tengok kesukaran lah haa
dengan pejabat agama baik pejabat mahkamah.
(Informan kajian 8, IK 8)
Hasil temu bual ini menunjukkan bahawa, antara punca lain yang mendorong
pasangan untuk berkahwin secara merentasi sempadan adalah disebabkan mereka melihat
perkahwinan secara merentasi sempadan ini adalah jalan mudah untuk berkahwin.
Kenyataan ini disokong oleh Matthew & Johan (2005) di mana prosedur yang ketat di
Malaysia mendorong pasangan untuk berkahwin secara rentas sempadan. Hal ini kerana
prosedur yang telah ditetapkan dalam undang-undang keluarga Islam di setiap negeri di
Malaysia adalah rumit (Ghulam Khan et al., 2012).
Secara keseluruhannya, terdapat enam punca utama yang menyumbang kepada
berlakunya peningkatan isu perkahwinan merentasi sempadan yang telah dikenal pasti
oleh penyelidik berdasarkan hasil temu bual bersama informan kajian. Diharapkan kajian
ini dapat memberi pendedahan kepada masyarakat Muslim di Malaysia untuk sama-sama
bekerjasama dalam membendung kes-kes sebegini daripada terus meningkat pada masa
akan datang.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, isu berkaitan perkahwinan merentasi sempadan dilihat salah satu
isu yang sangat serius dan kritikal. Hasil temu bual menunjukkan, terdapat beberapa faktor
utama yang menyumbang kepada peningkatan dalam kes-kes sebegini iaitu keinginan
untuk berpoligami, tidak mendapat keizinan daripada pihak keluarga, keengganan
pasangan untuk mengikut prosedur nikah, kurang pendedahan terhadap prosedur
perkahwinan di Malaysia, pasangan yang telah terlanjur dan jalan mudah untuk berkahwin.
Oleh itu, semua pihak seharusnya memainkan peranan yang signifikan dalam
mengurangkan kes-kes sebegini daripada terus meningkat pada masa akan datang.
Penyelidik juga mengharapkan agar kajian ini dapat memberi pendedahan yang sewajarnya
berkaitan isu ini dan semua pihak perlulah mengorak langkah memainkan peranan masing-
masing dalam membendung faktor-faktor ini daripada akar umbi agar isu-isu ini dapat
dikurangkan.
PENGHARGAAN
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Pusat Libat sama Masyarakat dan
Jaringan Industri (PLiMJI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Jabatan Hal Ehwal
Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) di atas sokongan yang diberikan melalui projek
perundingan yang bertajuk “Model Perkahwinan Merentasi Sempadan bagi Pasangan
Muslim di Negeri Kelantan”, kod perundingan (PLiMJI/PR/266/2/80). Penghargaan juga
dirakamkan kepada penyelidik-penyelidik Centre of Research for Fiqh Forensics and
Judiciary (CFORSJ), Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia
(USIM) di atas kerjasama yang telah diberikan.
13
http://al-qanatir.com
Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies. Vol. 30. No. 1. April Issue (2023)
eISSN: 2289-9944
RUJUKAN
Al-Quran.
Buku
Arifin, M. 2009. Kahwin Lari: Masalah dan Penyelesaiannya. In: Undang-undang keluarga &
prosedur. Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws and Harun M. Hashim Law Centre,
International Islamic University Malaysia, Gombak, Selangor, 11-18. ISBN
9789834120351.
Mohamad, M. N. 2008. Perkahwinan Luar Negara Tanpa Kebenaran di Selatan Pertama. Edisi
Pertama. Fakulti Pengajian Islam.
Mohd Hashim, N. 2007. Prosedur dan pendaftaran perkahwinan. Dalam Undang-undang
Keluarga (Islam). Siri Perkembangan Undang-undang di Malaysia, 14. Dewan Bahasa
dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1-39.
Nik Badli Shah, N. N. 2012. Perkahwinan dan Perceraian di bawah Undang-Undang Islam.
Selangor. International Law Book Services (ILBS).
Tesis
Ahmad Zakhi, M. Z. F. 2015. Perkahwinan Tidak Mengikut Prosedur: Kajian di Mahkamah
Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tesis Sarjana. Universiti Malaya, Kuala
Lumpur.
Alias, M. A. A. 2022. The Falsification of Documents in Marriage Cases under the Civil and
Syariah Court in Malaysia: An Appraisal Analysis. Tesis Sarjana. Universiti Sains Islam
Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan.
Laman Sesawang
Nikah Sempadan: Jangan Hanya Fikir Nak Kahwin, Fikir Juga Kemudaratan.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/04/942177/nikah-sempadan-
jangan-hanya-fikir-nak-kahwin-fikir-juga-kemudaratan (diakses pada 25 November
2022).
Permohonan surat sah nikah di selatan Thailand meningkat.
https://www.sinarharian.com.my/article/17241/berita/nasional/permohonan-
surat-sah-nikah-di-selatan-thailand-meningkat (diakses pada 19 Disember 2022).
14
http://al-qanatir.com
Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies. Vol. 30. No. 1. April Issue (2023)
eISSN: 2289-9944
Temu bual
Ustaz Mohd Suhaimi bin Mohamed. Bahagian Undang-Undang Keluarga, Jabatan Hal Ehwal
Agama Islam Kelantan (JAHEAIK). 27 Februari 2022.
Ustaz Rozimi bin Zamri. Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perkahwinan Dan
Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). 4 Mac
2022.
Tuan Mohamad Zakian bin Dio. Pengarah Kanan (Kehakiman), Bahagian Sokongan
Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). 21 Mac 2022.
Ustaz Che Musa bin Che Hamat. Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahagian Undang-Undang
Keluarga Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS). 10 Mac
2022.
YBhg Haji Ahmad Nizam bin Amiruddin. Ketua Penguat Kuasa Agama, Jabatan Agama Islam
Perak. 25 April 2022.
Puan Raihan binti Muhamad. Peguam Syarie di Rijal Raihan & Co. 12 Mac 2022.
Ustaz Naim bin Md Ghazali. Pegawai Agama Jajahan Pasir Mas, Pejabat Agama Jajahan Pasir
Mas. 18 Mei 2022.
Ustaz Abdullah bin Mohamed. Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah, Pejabat Agama Jajahan
Tanah Merah. 17 Mei 2022.
Ustazah Nor Asniah bin Mohd Noh. Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pembangunan
Keluarga Unit NCR Dalam dan Luar Negara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM). 19 Mei 2022.
Ustaz Nik Nizam bin Nik Mohd Nasir. Penolong Pegawai Agama (Dakwah), Pejabat Agama
Jajahan Machang. 17 Mei 2022.
Ustaz Mohd Ibrisham bin Jalaluddin. Pegawai Agama Jajahan Jeli, Pejabat Agama Jajahan Jeli.
23 Mei 2022.
Akta
Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303].
Kes
Husin lwn Saayah dan Mat Hassan (Perlis Kes Mal 36/80).
Syed Othman bin Syed Abdullah dengan pasangannya Ema Malisa binti Bogi [Kes Mal bil:
01003-010-333/03].
Penafian
Pandangan yang dinyatakan dalam artikel ini adalah pandangan penulis. Al-Qanatir: International Journal of
Islamic Studies tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kerugian, kerosakan atau lain-lain liabiliti yang
disebabkan oleh / timbul daripada penggunaan kandungan artikel ini.
15
http://al-qanatir.com