ACAR BUAH
Bahan-bahan ( 1 kuali besar (8 ltr.) )
• 1/2 ltr. minyak masak
• 1/2 - 1 kilo bawang merah *- dihiris halus
• 300 g bawang putih* - dihiris
• 300 g halia *- dihiris sprti btg mancis
• 1 1/2 cwn cili kering yg dikisar
• segenggam asam jawa + air dan dapatkan 3-4 mangkuk air asam
• 3 sb garam
• 1 1/2 cwn gula pasir (lebihkan jika suka manis lagi)
• 1 cwn kerisik
• 6-7 jenis buah jeruk manis ( prune,kismis hitam/ kuning, buah kana merah/hijau,limau
kasturi,cermai..dll...setiap 1 jeruk manis lebih kurang 200-300g )
Cara-cara
1. Panaskan minyak dan goreng bahan2 bertanda* hingga garing,berasingan.
2. Dgn menggunakan minyak yg sama, tumis cili kisar hingga garing dan naik minyak,tmbh
minyak jika perlu.
3. Masukkan air asam, gaul rata dan biarkan mendidih.
4. Masukkan pula kerisik,garam, gula dan biarkan mendidih lagi.
5. Kemudian masukkan kesemua jeruk buah2an dan juga bahan yg digoreng garing tadi dan
gaul hingga sebati.
6. Tahap ini acar hendaklh digaul sesekali. Sekiranya acar ini pekat, tambahkan air mendidih
dan gaul rata.
Acar Buah
Bahan-bahan
1. 20 ulas bawang merah, belah 4
2. 10 ulas bawang putih, belah 4
3. 3 inci halia, hiris halus
4. 10 tangkai cili kering, direbus dan kisar
5. 1 cawan kurma - buang biji, direndam hingga lembut dan kisar (air jangan dibuang)
6. 1 cawan prune, potong 2 jika suka
7. 1 cawan kismis hitam (raisins)
8. 1 cawan sultanas
9. cawan aprikot kering - dihiris�
10. cawan asam boi (jika suka)�
11. cawan buah pala (dihiris)�
1
12. peket serbuk kari daging Adabi�
13. 1 batang kayu manis
14. 3 sudu makan cuka /air asam jawa
15. 1 cawan gula merah
16. sedikit garam
17. 3 sudu makan minyak masak
18. 1 cawan air
Cara membuat:
1. Panaskan periuk, didihkan secawan air dan masukkan cuka (atau air asam jawa), gula dan
garam.
2. Bila mendidih, masukkan bawang merah. Ketepikan
3. Pijarkan minyak didalam periuk yang agak dalam. Api perlahan
4. Tumiskan halia, bawang putih dan kayu manis
5. Masukkan rempah kari & cili kering dan goreng sehingga agak garing
6. Masukkan kurma yang sudah dikisar. Gaul sebati.
7. Masukkan aprikot dan buah pala. Biar hingga lembut
8. Masukkan bawang yang sudah dijeruk bersama air jeruknya sekali
9. Masukkan buah-buahan lain dan gaul rata.
10. Sesuaikan rasa gula dan garamnya.
Note: Boleh juga gunakan buah-buah lain seperti limau jeruk, rambai dan jambu batu kering.
Acar buah lebih sedap kalau tak simpan dalan fridge, it will keep until 2-3 weeks. Kalau masuk
fridge, it will keep sampai fridge rosak.
ACAR BUAH
10-15 biji limau jeruk
20 biji bawang kecil[sebiji2]
10 biji bawang putih[sebiji2]
lada kering[mesin halus]
halia[ mayam halus]
buah kurma[buang biji]
kismis
buah2an jeruk lain[kalau suka]
bijan.biji sawi,jintan manis/putih
2 cawan cuka,air secukupnya
1cawan gula merah/1/2 cawan gula putih
garam/serbuk perisa
cara
tumis biji sawi,jintan,masukan lada kisar,sampai pecah minyak
masukan cuka,air-garam,gula,dan semua buah2an jeruk tadi,last masukan biji sawi
2
ACAR BUAH
Bahan
500 gm buah campur [kismis hitam/kuning,prune,aprikot,mangga jeruk,kurma & lobak asin..potong
kecil]
sedikit cili api jeruk [jika suka]
belimbing kecut [belimbing yg telah dijerukkan dn di jemur sampai kecut]
jeruk limau
Bahan Mesin Halus
500 gm bawang kecil
10 ulas bawang putih
10 cm halia
100 gm cili kering
3 s/b rempah kari ikan [goreng tanpa minyak]
500 gm minyak
500 gm gula pasir
1 botol kecil cuka
1/2 cawan bijan [goreng tanpa minyak]
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dan sehingga wangi,garing dan naik minyak.
2. Masukkan gula dan cuka dan biarkan reneh sehingga naik minyak lagi.
3. Masukkan semua buah campur & cili api jeruk dan masakkan lagi sehingga naik minyak dan
pekat.
4. Sejukkan baru dimasukkan dalam bekas kering.
5. Bila nak hidangkan baru taburkan bijan tadi.
3
Acar buah versi mom in law Kak Lynn Hassan
http://periukbelanga.jugem.jp/?cid=1
A:
1 tsp ketumbar biji
1 tsp jintan manis
1 tsp jintan putih
sangai semua, blend @ tumbuk sampai hancur
B:
cili kering dibuang biji (ikut pedas)
bawang merah kecil
bawang putih kecil
halia
(semua bahan B digoreng dengan minyak sikit sebelum dikisar agar tahan lama)
C:
Bawang merah kecil
Bawang putih
(tak payah potong, gaul dengan sikit garam, rendam dengan cuka)
D:
Buah-buah jeruk
Gula
Cuka
Bijan disangai
Cara :
1.Panaskan minyak, tumis bahan A & B sampai wangi, garing
2. Masukkan bahan C dan buah-buah jeruk, kacau. Masukkan gula dan cuka ikut rasa (cuka x perlu
banyak sebab nanti buah2 jeruk jadi terlalu masam).
Kacau sampai naik minyak dan pekat. Tutup api, bila sejuk, taburkan bijan
(kuantiti bahan2 seperti bawang2an, cili, cuka, gula dan bijan ikut berapa banyak buah, agak-agak
ajer.Minyak untuk tumis, kalau boleh banyak sikit, biar agar berkilat
4
ACAR
Bahan-Bahan:
3 biji timun
2 batang lobak merah
2 labu bawang merah
5 sudu makan cuka 3 biji cili merah
3 biji cili hijau
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
Cara:
Timun dibuang mempulurnya kemudian dipotong-potong kecil memanjang.
Lobak merah dan cili juga dipotong bentuk yang serupa.
Bawang besar dimayang halus-halus.
Campurkan semua bahan kemudian digaulkan hingga sebati dan sesuaikan rasanya.
Acar Berhias Manis Mesra
Bahan-Bahan:
2 biji timun-buang empulur dan potong empat tidak putus
4 labu bawang besar-buang empulur dan potong empat tidak putus
> 5 ulas bawang merah-buang kulit jangan dipotong
4 ulas bawang putih-buang kulit jangan dipotong
3 tangkai cili merah-belah tidak putus
3 tangkai cili hijau-belah tidak putus
2 cm halia-dihiris panjang 3 sudu besar rempah kari daging
Garam, gula dan cuka secukup rasa
3 ulas bawang merah-ditumbuk
2 ulas bawang putih-ditumbuk
½ cawan minyak untuk menumis
1 sudu besar kerisik-ditumbuk hingga keluar minyak
Cara:
Panaskan minyak, tumis bawang tumbuk hingga wangi,
masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air diikuti halia hiris.
Apabila rempah telah garing masukkan kerisik kacau hingga wangi.
Masukkan garam, gula dan cuka.
Masukkan timun, bawang merah, bawang putih, bawang besar dan cili.
Balik-balikkan hingga layu sedikit bolehlah diangkat.
5
Acar Buah
Bahan-Bahan:
600 gm buah-buahan jeruk (asam boi, prun, aprikot dan ceri)
2 sudu besar cili kisar
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
4 cm halia 1 tin kecil tomato puri
2 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar gula
2 sudu besar cuka
½ cawan minyak untuk menumis
Cara:
Bawang putih dan bawang besar serta halia dikisar halus.
Panaskan minyak, tumis cili kisar dan bawang putih, bawang besar dan halia yang telah dikisar tadi
hingga garing.
Kemudian masukkan tomato puri, rempah kari, gula, garam dan cuka.
Biarkan mendidih dan masukkan buah-buahan jeruk.
Kacau rata dan bolehlah diangkat.
Acar Dagang
Bahan-Bahan:
1 batang lobak merah
3 biji bawang besar
3 biji cili
Gula Garam
1 batang timun
½ biji kubis
3 sudu besar cuka
Cara:
Buangkan kulit lobak dan potong tiga atau empat.
Belah memanjang. Timun juga begitu.
Buang tulang dan belah macam lobak.
Hiris nipis kubis.
Hiris cili dan bawang besar membulat.
Campurkan semuanya ke dalam bekas. Masukkan cuka, gula dan garam.
Gaul rata.
Sedap dimakan setelah sejam atau dua jam selepas itu bersama nasi dagang.
6
Acar Jantung Pisang
Bahan-Bahan:
1 biji jantung pisang
10 biji cili kering
6 ulas bawang merah (digiling)
2 ulas bawang merah
1 biji bawang besar (dipotong 4)
1 mangkuk santan pekat
2 sudu besar cuka
Garam secukupnya
Cara:
Jantung pisang dibelah dua, kemudian dicelur.
Perahkan airnya dan dipotong-potong.
Panaskan minyak dan tumis bahan giling, masukkan santan masak hingga mendidih.
Masukkan cuka serta garam,
kemudian masukkan jantung pisang dan bawang tadi dan masak hingga pekat.
Acar Kerisik
Bahan-Bahan:
4 biji timun (dipotong memanjang)
3 biji lobak merah (dipotong memanjang)
5 biji cili hijau (dibelah empat)
5 biji cili merah (dibelah empat)
20 ulas bawang merah atau 6 labu bawang besar
20 ulas bawang putih (dimayang halus) 1 inci halia (dimayang halus)
1 camca besar kerisik
10 biji cili kering (digiling lumat)
½ camca kecil biji sawi
Cuka secukupnya
Cara:
Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang putih, cili kering, serbuk kunyit, biji sawi, kerisik dan
cuka.
Balik-balikkan hingga kuning dan naik bau.
Masukkan air, gula dan garam.
Biarkan hingga mendidih.
Masukkan lobak, timun, halia, bawang putih dan bawang merah.
Tutup periuk dan biarkan bahan-bahan itu empuk.
7
8

Acar buah

  • 1.
    ACAR BUAH Bahan-bahan (1 kuali besar (8 ltr.) ) • 1/2 ltr. minyak masak • 1/2 - 1 kilo bawang merah *- dihiris halus • 300 g bawang putih* - dihiris • 300 g halia *- dihiris sprti btg mancis • 1 1/2 cwn cili kering yg dikisar • segenggam asam jawa + air dan dapatkan 3-4 mangkuk air asam • 3 sb garam • 1 1/2 cwn gula pasir (lebihkan jika suka manis lagi) • 1 cwn kerisik • 6-7 jenis buah jeruk manis ( prune,kismis hitam/ kuning, buah kana merah/hijau,limau kasturi,cermai..dll...setiap 1 jeruk manis lebih kurang 200-300g ) Cara-cara 1. Panaskan minyak dan goreng bahan2 bertanda* hingga garing,berasingan. 2. Dgn menggunakan minyak yg sama, tumis cili kisar hingga garing dan naik minyak,tmbh minyak jika perlu. 3. Masukkan air asam, gaul rata dan biarkan mendidih. 4. Masukkan pula kerisik,garam, gula dan biarkan mendidih lagi. 5. Kemudian masukkan kesemua jeruk buah2an dan juga bahan yg digoreng garing tadi dan gaul hingga sebati. 6. Tahap ini acar hendaklh digaul sesekali. Sekiranya acar ini pekat, tambahkan air mendidih dan gaul rata. Acar Buah Bahan-bahan 1. 20 ulas bawang merah, belah 4 2. 10 ulas bawang putih, belah 4 3. 3 inci halia, hiris halus 4. 10 tangkai cili kering, direbus dan kisar 5. 1 cawan kurma - buang biji, direndam hingga lembut dan kisar (air jangan dibuang) 6. 1 cawan prune, potong 2 jika suka 7. 1 cawan kismis hitam (raisins) 8. 1 cawan sultanas 9. cawan aprikot kering - dihiris� 10. cawan asam boi (jika suka)� 11. cawan buah pala (dihiris)� 1
  • 2.
    12. peket serbukkari daging Adabi� 13. 1 batang kayu manis 14. 3 sudu makan cuka /air asam jawa 15. 1 cawan gula merah 16. sedikit garam 17. 3 sudu makan minyak masak 18. 1 cawan air Cara membuat: 1. Panaskan periuk, didihkan secawan air dan masukkan cuka (atau air asam jawa), gula dan garam. 2. Bila mendidih, masukkan bawang merah. Ketepikan 3. Pijarkan minyak didalam periuk yang agak dalam. Api perlahan 4. Tumiskan halia, bawang putih dan kayu manis 5. Masukkan rempah kari & cili kering dan goreng sehingga agak garing 6. Masukkan kurma yang sudah dikisar. Gaul sebati. 7. Masukkan aprikot dan buah pala. Biar hingga lembut 8. Masukkan bawang yang sudah dijeruk bersama air jeruknya sekali 9. Masukkan buah-buahan lain dan gaul rata. 10. Sesuaikan rasa gula dan garamnya. Note: Boleh juga gunakan buah-buah lain seperti limau jeruk, rambai dan jambu batu kering. Acar buah lebih sedap kalau tak simpan dalan fridge, it will keep until 2-3 weeks. Kalau masuk fridge, it will keep sampai fridge rosak. ACAR BUAH 10-15 biji limau jeruk 20 biji bawang kecil[sebiji2] 10 biji bawang putih[sebiji2] lada kering[mesin halus] halia[ mayam halus] buah kurma[buang biji] kismis buah2an jeruk lain[kalau suka] bijan.biji sawi,jintan manis/putih 2 cawan cuka,air secukupnya 1cawan gula merah/1/2 cawan gula putih garam/serbuk perisa cara tumis biji sawi,jintan,masukan lada kisar,sampai pecah minyak masukan cuka,air-garam,gula,dan semua buah2an jeruk tadi,last masukan biji sawi 2
  • 3.
    ACAR BUAH Bahan 500 gmbuah campur [kismis hitam/kuning,prune,aprikot,mangga jeruk,kurma & lobak asin..potong kecil] sedikit cili api jeruk [jika suka] belimbing kecut [belimbing yg telah dijerukkan dn di jemur sampai kecut] jeruk limau Bahan Mesin Halus 500 gm bawang kecil 10 ulas bawang putih 10 cm halia 100 gm cili kering 3 s/b rempah kari ikan [goreng tanpa minyak] 500 gm minyak 500 gm gula pasir 1 botol kecil cuka 1/2 cawan bijan [goreng tanpa minyak] Cara: 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dan sehingga wangi,garing dan naik minyak. 2. Masukkan gula dan cuka dan biarkan reneh sehingga naik minyak lagi. 3. Masukkan semua buah campur & cili api jeruk dan masakkan lagi sehingga naik minyak dan pekat. 4. Sejukkan baru dimasukkan dalam bekas kering. 5. Bila nak hidangkan baru taburkan bijan tadi. 3
  • 4.
    Acar buah versimom in law Kak Lynn Hassan http://periukbelanga.jugem.jp/?cid=1 A: 1 tsp ketumbar biji 1 tsp jintan manis 1 tsp jintan putih sangai semua, blend @ tumbuk sampai hancur B: cili kering dibuang biji (ikut pedas) bawang merah kecil bawang putih kecil halia (semua bahan B digoreng dengan minyak sikit sebelum dikisar agar tahan lama) C: Bawang merah kecil Bawang putih (tak payah potong, gaul dengan sikit garam, rendam dengan cuka) D: Buah-buah jeruk Gula Cuka Bijan disangai Cara : 1.Panaskan minyak, tumis bahan A & B sampai wangi, garing 2. Masukkan bahan C dan buah-buah jeruk, kacau. Masukkan gula dan cuka ikut rasa (cuka x perlu banyak sebab nanti buah2 jeruk jadi terlalu masam). Kacau sampai naik minyak dan pekat. Tutup api, bila sejuk, taburkan bijan (kuantiti bahan2 seperti bawang2an, cili, cuka, gula dan bijan ikut berapa banyak buah, agak-agak ajer.Minyak untuk tumis, kalau boleh banyak sikit, biar agar berkilat 4
  • 5.
    ACAR Bahan-Bahan: 3 biji timun 2batang lobak merah 2 labu bawang merah 5 sudu makan cuka 3 biji cili merah 3 biji cili hijau Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa Cara: Timun dibuang mempulurnya kemudian dipotong-potong kecil memanjang. Lobak merah dan cili juga dipotong bentuk yang serupa. Bawang besar dimayang halus-halus. Campurkan semua bahan kemudian digaulkan hingga sebati dan sesuaikan rasanya. Acar Berhias Manis Mesra Bahan-Bahan: 2 biji timun-buang empulur dan potong empat tidak putus 4 labu bawang besar-buang empulur dan potong empat tidak putus > 5 ulas bawang merah-buang kulit jangan dipotong 4 ulas bawang putih-buang kulit jangan dipotong 3 tangkai cili merah-belah tidak putus 3 tangkai cili hijau-belah tidak putus 2 cm halia-dihiris panjang 3 sudu besar rempah kari daging Garam, gula dan cuka secukup rasa 3 ulas bawang merah-ditumbuk 2 ulas bawang putih-ditumbuk ½ cawan minyak untuk menumis 1 sudu besar kerisik-ditumbuk hingga keluar minyak Cara: Panaskan minyak, tumis bawang tumbuk hingga wangi, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air diikuti halia hiris. Apabila rempah telah garing masukkan kerisik kacau hingga wangi. Masukkan garam, gula dan cuka. Masukkan timun, bawang merah, bawang putih, bawang besar dan cili. Balik-balikkan hingga layu sedikit bolehlah diangkat. 5
  • 6.
    Acar Buah Bahan-Bahan: 600 gmbuah-buahan jeruk (asam boi, prun, aprikot dan ceri) 2 sudu besar cili kisar 2 labu bawang besar 4 ulas bawang putih 4 cm halia 1 tin kecil tomato puri 2 sudu besar serbuk kari 2 sudu besar gula 2 sudu besar cuka ½ cawan minyak untuk menumis Cara: Bawang putih dan bawang besar serta halia dikisar halus. Panaskan minyak, tumis cili kisar dan bawang putih, bawang besar dan halia yang telah dikisar tadi hingga garing. Kemudian masukkan tomato puri, rempah kari, gula, garam dan cuka. Biarkan mendidih dan masukkan buah-buahan jeruk. Kacau rata dan bolehlah diangkat. Acar Dagang Bahan-Bahan: 1 batang lobak merah 3 biji bawang besar 3 biji cili Gula Garam 1 batang timun ½ biji kubis 3 sudu besar cuka Cara: Buangkan kulit lobak dan potong tiga atau empat. Belah memanjang. Timun juga begitu. Buang tulang dan belah macam lobak. Hiris nipis kubis. Hiris cili dan bawang besar membulat. Campurkan semuanya ke dalam bekas. Masukkan cuka, gula dan garam. Gaul rata. Sedap dimakan setelah sejam atau dua jam selepas itu bersama nasi dagang. 6
  • 7.
    Acar Jantung Pisang Bahan-Bahan: 1biji jantung pisang 10 biji cili kering 6 ulas bawang merah (digiling) 2 ulas bawang merah 1 biji bawang besar (dipotong 4) 1 mangkuk santan pekat 2 sudu besar cuka Garam secukupnya Cara: Jantung pisang dibelah dua, kemudian dicelur. Perahkan airnya dan dipotong-potong. Panaskan minyak dan tumis bahan giling, masukkan santan masak hingga mendidih. Masukkan cuka serta garam, kemudian masukkan jantung pisang dan bawang tadi dan masak hingga pekat. Acar Kerisik Bahan-Bahan: 4 biji timun (dipotong memanjang) 3 biji lobak merah (dipotong memanjang) 5 biji cili hijau (dibelah empat) 5 biji cili merah (dibelah empat) 20 ulas bawang merah atau 6 labu bawang besar 20 ulas bawang putih (dimayang halus) 1 inci halia (dimayang halus) 1 camca besar kerisik 10 biji cili kering (digiling lumat) ½ camca kecil biji sawi Cuka secukupnya Cara: Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang putih, cili kering, serbuk kunyit, biji sawi, kerisik dan cuka. Balik-balikkan hingga kuning dan naik bau. Masukkan air, gula dan garam. Biarkan hingga mendidih. Masukkan lobak, timun, halia, bawang putih dan bawang merah. Tutup periuk dan biarkan bahan-bahan itu empuk. 7
  • 8.