JURNAL PENGURUSAN DANKEPIMPINAN PENDIDIKAN
25
AMALAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENGETUA DAN
HUBUNGANNYA DENGAN KOMITMEN GURU DI SEKOLAH
MENENGAH DAERAH SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
Zaliza binti Md Yasin1
, Mohd Izham bin Mohd Hamzah2
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
[email protected][email protected]
ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan
instruksional pengetua dan hubungannya dengan komitmen guru sekolah
menengah di daerah Seremban, Negeri Sembilan. Kajian ini merupakan
salah satu medium untuk mendapatkan maklumat sebenar tentang amalan
kepimpinan instruksional pengetua dan kaitannya dengan komitmen guru.
Kajian ini menjadi satu dokumentasi dan boleh dimanfaatkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri
(JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dalam merancang dasar
dan program latihan kepimpinan dalam kalangan pentadbir sekolah pada
masa akan datang. Dalam masa yang sama KPM juga boleh merancang
program-program yang sesuai bagi mendedahkan guru supaya dapat
mempertingkatkan lagi komitmen terhadap sekolah. Penyelidikan tinjauan
berbentuk deskriptif dan inferensi ini menggunakan borang ‘Principal
Instructional Management Rating Scale’ untuk mengukur tahap amalan
instruksional pengetua manakala borang ‘Organizational Commitment
Questionnaire’ untuk mengukur tahap komitmen guru sekolah menengah.
Kajian ini melibatkan seramai 72 orang guru dari 3 buah sekolah
menengah daerah Seremban. Data analisis menggunakan statistik deskriptif
dan analisis inferensi yang melibatkan kaedah korelasi Pearson bagi
mengkaji hubungan antara amalan kepimpinan instruksional pengetua
dengan komitmen guru. Dapatan kajian menunjukkan tahap amalan
kepimpinan instruksional pengetua secara keseluruhannya adalah pada
tahap yang tinggi manakala komitmen guru di ketiga-tiga buah sekolah
adalah sederhana. Selain itu, terdapat hubungan positif yang sederhana
kuat antara amalan kepimpinan instruksional pengetua dengan komitmen
guru. Hasil dapatan kajian ini mengesahkan bahawa amalan kepimpinan
instruksional pengetua mampu mempengaruhi kepada peningkatan
komitmen guru. Maka pihak Institut Aminuddin Baki (IAB) perlu berusaha
untuk melatih pengetua secara berterusan supaya dapat mencapai
kepimpinan pengetua yang cemerlang. Kesimpulannya, kepimpinan
ARTIKEL
2
2.
JURNAL PENGURUSAN DANKEPIMPINAN PENDIDIKAN
26
instruksional pengetua yang diamalkan oleh pengetua dapat meningkatkan
komitmen guru serta dapat membantu keberkesanan organisasi sekolah.
Kata kunci: Kepimpinan instruksional, komitmen, pengetua, amalan
kepimpinan
PENGENALAN
Amalan kepimpinan instruksional pengetua yang berkualiti,
berwibawa dan berkesan sememangnya mampu membantu
meningkatkan komitmen guru dan merupakan faktor utama
keberkesanan sesebuah sekolah. Keberkesanan kepimpinan
instruksional turut dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025 di mana dalam anjakan kelima menyatakan
kepimpinan berprestasi tinggi akan ditempatkan di setiap sekolah
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Berdasarkan beberapa
kajian antarabangsa tentang kepimpinan sekolah menunjukkan
bahawa pengetua yang cemerlang iaitu yang memberi tumpuan
kepada kepimpinan instruksional dan bukannya kepimpinan
pentadbiran dapat meningkatkan keberhasilan murid sebanyak 20%.
Kepemimpinan pengetua di sekolah di anggap sebagai tunggak
utama dalam mewujudkan guru yang memiliki komitmen dan
kepercayaan tinggi kepada sekolah. Komitmen guru kepada sekolah
adalah ditagih memandangkan ia menjadi faktor utama dalam
memastikan aspirasi pendidikan negara tercapai. Dalam masa yang
sama komitmen juga dapat meningkatkan prestasi kerja individu
dan juga pencapaian sekolah. Malah, guru yang mempunyai
komitmen yang tinggi dan komited merupakan modal insan yang
menjadi tunjang kepada pembangunan pendidikan sesebuah
negara. Kajian oleh Yusuf K. K Nsubuga (2008) mendapati bahawa
kepimpinan instruksional pengetua dan komitmen guru mula
dianggap sebagai satu elemen utama dalam strategi penambahan
akademik sekolah. Sehubungan itu, pengetua sekolah dikehendaki
memainkan peranan sebagai pemimpin instruksional bagi
memastikan organisasi sekolah dapat bersama-sama berganding
bahu dalam memberikan komitmen yang terbaik di dalam bidang
pendidikan demi keberkesanan sekolah.
ARTIKEL
2
3.
JURNAL PENGURUSAN DANKEPIMPINAN PENDIDIKAN
27
Kepimpinan Instruksional
Kepimpinan instruksional merupakan amalan kepimpinan
pengetua yang berkaitan secara langsung dalam meningkatkan dan
penambahbaikan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Ianya telah mendapat perhatian sejak 25 tahun yang lalu bermula
dengan kajian sekolah berkesan oleh Edmonds (1979). Akibatnya,
ramai pengkaji telah tertarik untuk menjalankan kajian lanjutan
tentang kepimpinan instruksional di seluruh dunia (Hallinger
2011; Rigby 2014). Di Malaysia, kepimpinan instruksional lebih
mengutamakan peranan guru besar dan pengetua kerana ianya
amat signifikan dalam melahirkan sekolah berkesan (Sazali et al.
2007). Tambahan pula, dalam abad ke-21, amalan kepimpinan
instruksional masih relevan dan dapat menyumbang kepada
kecemerlangan sekolah (Hallinger 2005).
Hallinger dan Murphy (1985,1987) banyak memperkatakan tentang
peranan yang perlu dimainkan oleh pengetua sebagai pemimpin
instruksional. Bahkan, menurut Hallinger (2011) pengetua sentiasa
didesak supaya mengamalkan tugas-tugas kepemimpinan
instruksional di sekolah kerana diyakini menyumbang kepada
pencapaian akademik murid. Namun begitu, semua model dan
teori kepimpinan instruksional yang diguna pakai pada hari ini
dalam sistem pendidikan Malaysia telah dibina oleh
penyelidik-penyelidik berdasarkan persekitaran pendidikan luar,
khususnya persekitaran pendidikan Amerika Syarikat dan
negara-negara Eropah yang lain (Mohd Yusri & Aziz Amin 2014).
Oleh yang demikian, sistem kepimpinan pengetua di sekolah
memerlukan pendekatan baru memandangkan peranan pengetua
sebagai pemimpin instruksional adalah penting berbanding tugas
lain.
Pengetua selaku pemimpin instruksional berperanan sebagai
tunggak utama kepada pembangunan pendidikan berkualiti. Sebagai
pemimpin instruksional pengetua memberikan impak yang positif
terhadap pencapaian pelajar. Hal ini demikian kerana pengetua
yang merupakan ketua di sekolah mempunyai pengaruh ke atas
guru, kurikulum, teknik mengajar dan disiplin pelajar (Coelli dan
Green 2011). Malahan, kepimpinan instruksional yang berkesan
dinilai dan diukur berdasarkan keupayaan pentadbir sekolah untuk
melaksanakan kepimpinan ini dengan sebaik mungkin (Buncker
2011; Hallinger 2008).
ARTIKEL
2
4.
JURNAL PENGURUSAN DANKEPIMPINAN PENDIDIKAN
28
Pengetua sebagai pemimpin instruksional berpengaruh terhadap
pencapaian pelajar (Hallinger 2012). Maka, untuk menjadi pemimpin
di sekolah pengetua memerlukan beberapa srtategi bagi menjadi
pemimpin instruksional yang berkesan (Rigby 2014; Salo et al.
2015; Tan 2012). Justeru itu, pengetua haruslah bersedia memberi
tumpuan terhadap tugas dengan lebih bertanggungjawab, membuat
transformasi minda dan bijak mengamalkan kepimpinan instruksional
berdasarkan situasi, tuntutan mahupun keperluan organisasi dan
seterusnya dapat memainkan peranan sebagai pemimpin
instruksional yang idealistik dan praktikal.
Komitmen Guru
Komitmen guru terhadap sekolah merupakan faktor yang
signifikan terhadap keberkesanan sekolah. Menurut Elangkumaran
(2011) sumber tenaga di kebanyakan sekolah adalah guru. Komitmen
guru bergantung kepada cara bagaimana pengetua melaksanakan
dan mencapai tahap kepimpinan pengajaran yang mampu menjadi
tonggak utama bagi memastikan para guru di bawah penyeliaannya
dapat menunjukkan perkembangan yang cemerlang dalam bidang
profesionalismenya. Memandangkan komitmen guru mempunyai
kaitan dalam meningkatkan prestasi guru dan pembelajaran pelajar
maka ianya secara tidak langsung dapat mengurangkan hasrat guru
untuk meninggalkan profesion perguruan (Hausman dan Goldring
2001).
Syed Najmuddin et al. (2009) menegaskan bahawa kerjaya sebagai
guru sememangnya memerlukan komitmen yang tinggi. Agak
mustahil dan janggal pula seseorang guru dapat mendidik
pelajarnya dengan berkesan jika mereka tidak mampu mencerna
elemen komitmen organisasi dalam kerjayanya. Sependapat dengan
kenyataan tersebut, Thilagavathy et al. (2012) mengutarakan bahawa
dalam organisasi sekolah, guru yang mempunyai kadar peningkatan
komitmen organisasi yang tinggi akan meningkatkan keberkesanan
dan prestasi organisasi terutamanya terhadap prestasi akademik
dan prestasi kerja. Oleh yang demikian manifestasi komitmen
organisasi guru seharusnya dilihat secara holistik, berfokus serta
menjustifikasi keterlibatan profesion keguruan secara langsung
dalam organisasi.
ARTIKEL
2
5.
JURNAL PENGURUSAN DANKEPIMPINAN PENDIDIKAN
29
Hasil penyelidikan oleh Lokman dan Aini (2011) menunjukkan
bahawa komitmen guru dipengaruhi oleh kepimpinan sekolah.
Begitu juga dengan kajian oleh Mohamad Nawi (2002) yang
menunjukkan tahap komitmen pekerja bergantung pada perhubungan
dan interpersonal antara pemimpin dengan pekerja bawahnya.
Tahap komitmen juga turut dipengaruhi oleh pencapaian peribadi
pekerja dalam sesebuah organisasi. Malah, hasil kajian Azizah
(2009) dan Juita (2012) menunjukkan kepimpinan instruksional
pengetua memberi kesan terhadap komitmen guru Pendidikan Islam
dalam melaksanakan tugas di sekolah.
Hubungan Kepimpinan Instruksional Pengetua dan Komitmen
Guru
KajianolehPremavathy(2010)mendapatiterdapatduadimensi
kepimpinan instruksional pengetua iaitu menguruskan program
pengajaran dan mewujudkan iklim pembelajaran sekolah mempunyai
hubungan yang signifikan dengan komitmen organisasi di sekolah.
Selain itu, Tang dan Tengku Ahmad (2015) menunjukkan komitmen
afektif para pensyarah adalah pada tahap tinggi. Kepimpinan
beretika yang ditunjukkan oleh pemimpin menggalakkan penglibatan
kerja para pensyarah dan meningkatkan tahap komitmen afektif
mereka. Kepimpinan beretika ini melibatkan dimensi
mewujudkan iklim pembelajaran sekolah menurut Hallinger dan
Murphy (1985). Para pensyarah ingin terus berkhidmat di politeknik
kerana berasakan mereka merupakan sebahagian daripada ahli
organisasi. Malahan mereka sedar akan tanggungjawab dan peranan
mereka untuk meningkatkan prestasi politeknik. Sehubungan dengan
itu, pentadbir perlu memberi sokongan kepada mereka khususnya
untuk menggalakkan pembangunan profesional para pensyarah.
Lokman, Khadijah dan Rozita (2012) menjalankan kajian bagi
mengenal pasti hubungan antara kepimpinan pengajaran guru
besar dengan kepercayaan dan komitmen guru. Selain itu,
kepercayaan guru dikaji bagi mengenal pasti sama ada ia berfungsi
sebagai mediator dalam kajian mereka. Dengan menggunakan
analisis SEM, hasil kajian mereka mendapati kepimpinan pengajaran
guru besar mempunyai kesan yang signifikan terhadap komitmen
guru melalui mediator kepercayaan guru. Hasil dapatan kajian
Jamelaa dan Jainabee (2011) pula menunjukkan pengetua di Pahang
ARTIKEL
2
6.
JURNAL PENGURUSAN DANKEPIMPINAN PENDIDIKAN
30
juga mengamalkan kepimpinan instruksional pada tahap yang tinggi.
Pengetua juga menunjukkan sikap yang positif terhadap perubahan
pendidikan yang berlaku. Kajian hubungan yang dijalankan mendapati
terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan instruksional
dengan sikap pengetua terhadap perubahan.
Nik Mustafa et al. (2015) pula mendapati hubungan kepimpinan
instruksional pengetua dengan komitmen guru-guru di MRSM,
Pahang pada tahap yang tinggi. Pengetua juga menunjukkan
amalan kepimpinan instruksional pada tahap yang tinggi dalam
semua dimensi iaitu menentukan misi sekolah, menguruskan
program pengajaran dan mewujudkan iklim pembelajaran sekolah.
Sehubungan dengan itu, guru-guru perlu menunjukkan komitmen
yang tinggi dalam melaksanakan tugas mereka. Justeru, ia
menggambarkan bahawa kepimpinan pentadbir sekolah dan
komitmen guru yang tinggi dapat menjadikan MRSM sebagai
sekolah yang berkesan dan berprestasi tinggi.
Begitu juga dengan kajian-kajian oleh Joriah (2009) yang turut
mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan
instruksional pengetua dengan komitmen guru di sekolah. Kajian
Mohammad et al., (2016) membuktikan bahawa kepimpinan
instruksional dan komitmen guru-guru bukanlah penentu utama
kepada kejayaan dan kecemerlangan sekolah sebaliknya
dipengaruhi oleh faktor-faktor lain.
PERNYATAAN MASALAH
Kajian terdahulu seperti Deal dan Peterson (2000), Fullan (2001)
dan Abdul Shukur (2004) menunjukkan bahawa terdapat beberapa
kelemahan dalam kepimpinan instruksional pengetua yang berpotensi
melemahkan pengurusan sekolah untuk berfungsi dengan berkesan.
Kesibukan tugas menyebabkan pengetua gagal menyempurnakan
peranan sebagai pemimpin instruksional, terutamanya dalam
memantau dan menyelia pengajaran guru Jamelaa dan Jainabee
(2012). Hal ini selaras dengan dapatan Sektor Pengurusan
Akademik pada tahun 2009 yang dinyatakan oleh Jamelaa dan
Jainabee (2011) bahawa antara sebab program pengajaran yang
dirancang pada peringkat sekolah sering tidak mencapai
matlamat sekolah adalah disebabkan kelemahan pengetua sebagai
pemimpin instruksional yang kurang efektif dalam membimbing dan
ARTIKEL
2
7.
JURNAL PENGURUSAN DANKEPIMPINAN PENDIDIKAN
31
berkongsi matlamat dengan guru-guru di bawah pengurusan
sekolahnya. Hal ini menyebabkan pengetua tidak jelas mengenai
peranan mereka sebagai pemimpin instruksional yang perlu menjana
komitmen guru terhadap sekolah.
Kepimpinan instruksional dalam kalangan pengetua mampu
mempengaruhi corak kerja guru dan komitmen guru dalam
menjalankan tugas kerana pengetua memimpin segala tugas guru
di sekolah (Lokman et al. 2012). Dalam masa yang sama,
pengetua perlu memiliki kemahiran interpersonal dan berkeupayaan
memberi inspirasi, suntikan motivasi dan semangat kepada
guru-gurunya untuk sama-sama bergerak ke hadapan. Oleh yang
demikian maka menjadi satu keperluan untuk melihat dengan lebih
teliti perkaitan antara kepimpinan instruksional pengetua dengan
komitmen guru itu sendiri dalam sesebuah sekolah.
Menurut laporan statistik kaunselor dari JPN Sarawak (2013)
mendapati bilangan pegawai bermasalah kumpulan profesional dan
kumpulan sokongan dalam memberikan komitmen semakin
meningkat dari tahun ke tahun iaitu daripada 576 orang pada
tahun 2010 kepada 720 orang pada tahun 2011 dan seterusnya
meningkat kepada 760 orang pada tahun 2012 yang terdiri dalam
kalangan guru berbanding pegawai-pegawai lain. Menurut Hallinger
dan Heck (2010) guru yang mempunyai komitmen yang rendah
akan menimbulkan masalah besar kepada pentadbiran sekolah dan
ketuanya. Dengan itu, isu komitmen ini perlu dikaji semula kerana
melalui dapatan lain ianya masih menunjukkan bahawa komitmen
guru di Malaysia masih di tahap sederhana (Mohd Ramzan Awang
2014).
TUJUAN KAJIAN
Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengenal pasti tahap
amalan kepimpinan instruksional pengetua dan hubungannya dengan
komitmen guru di sekolah menengah daerah Seremban, Negeri
Sembilan.
OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenal pasti tahap amalan kepimpinan instruksional
pengetua menurut persepsi guru.
ARTIKEL
2
8.
JURNAL PENGURUSAN DANKEPIMPINAN PENDIDIKAN
32
2. Mengenal pasti tahap komitmen dalam kalangan guru sekolah
menengah daerah Seremban, Negeri Sembilan.
3. Mengenal pasti hubungan antara amalan kepimpinan
instruksional pengetua dengan komitmen guru sekolah
menengah daerah Seremban, Negeri Sembilan.
Kajian ini berdasarkan dua model iaitu model Hallinger (2011) untuk
amalan kepimpinan instruksional pengetua dan model Meyer et. al.
(2002) untuk komitmen guru terhadap sekolah. Terdapat tiga jenis
komitmen dalam model Meyer et. al. (2002) iaitu komitmen afektif,
normatif dan berterusan.
Rajah 1: Kerangka konseptual kajian berdasarkan kepada Model Hallinger (2011)
dan Model Komitmen Kerja Meyer et al. (2002)
METODOLOGI
Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah
tinjauan. Instrumen soal selidik dibina dan diubahsuai mengikut kajian
Hallinger (2013) mengenai amalan kepimpinan instruksional pengetua
dan kajian Ruaina (2016) mengenai komitmen guru. Kajian ini
melibatkan seramai 72 orang guru daripada tiga buah sekolah
menengah yang terletak di daerah Seremban yang dipilih untuk
menjawab soal selidik dan ditentukan melalui persampelan rawak
mudah. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Dalam kajian
ini, terdapat seramai 36 orang guru lelaki (50.0%) dan 36 orang
guru perempuan (50.0%). Dari segi umur, ramai yang terdiri
daripada golongan berumur 36-45 tahun (50.0%) dan hanya 2 orang
guru berumur kurang daripada 25 tahun (2.8%). Dari segi tempoh
perkhidmatan, majoriti guru berkhidmat 11-15 tahun (26.4%).
Terdapat 5 orang guru yang berkhidmat kurang daripada 5 tahun
(6.9%). Dari segi kelayakan akademik pula terdapat seramai 59 orang
guru (81.9%) mempunyai kelayakan sarjana muda berbanding 13
orang guru (18.0%) mempunyai kelayakan sarjana.
ARTIKEL
2
9.
JURNAL PENGURUSAN DANKEPIMPINAN PENDIDIKAN
33
Tahap amalan kepimpinan instruksional pengetua menurut persepsi
guru dan tahap komitmen dalam kalangan guru diukur dengan
menggunakan min dan sisihan piawai. Skor min kajian diinterpretasi
melalui skala yang digunakan oleh Mohd Yusuf (2006). Skala
min telah dibahagi kepada tiga tahap, iaitu tahap rendah, tahap
sederhana dan tahap tinggi.
Jadual 1: Interprestasi tahap skor min
Skor Min Interpretasi tahap min
1.00 – 2.33 Rendah
2.34 – 3.66
3.67 – 5.00
Sederhana
Tinggi
Sumber: Mohd Yusuf (2006)
DAPATAN KAJIAN
(a) Tahap amalan kepimpinan instruksional pengetua menurut
persepsi guru
Jadual 2: Tahap amalan kepimpinan instruksional pengetua menurut persepsi guru
Pernyataan Min S.P Interpretasi
Dimensi menentukan misi sekolah 4.06 0.63 Tinggi
Dimensi mengurus program pengajaran 3.81 0.65 Tinggi
Dimensi mewujudkan iklim pembelajaran
sekolah
3.60 0.76 Sederhana
Tahap Keseluruhan 3.77 0.66 Tinggi
Berdasarkan jadual 2, tahap amalan kepimpinan instruksional
pengetua secara keseluruhannya adalah pada tahap yang tinggi
(min=3.77; s.p=0.66). Analisis bagi dimensi-dimensi kepimpinan
instruksional pengetua menunjukkan terdapat satu dimensi
kepimpinan instruksional pengetua yang berada pada tahap yang
sederhana iaitu dimensi ketiga iaitu mewujudkan iklim pembelajaran
sekolah. Dimensi pertama iaitu menentukan misi sekolah mempunyai
nilai min yang paling tinggi iaitu 4.06 dan sisihan piawai 0.63. Ini
menunjukkan amalan kepimpinan instruksional pengetua bagi
dimensi pertama adalah pada tahap yang tinggi. Dimensi kedua
iaitu mengurus program pengajaran menunjukkan tahap amalan
kepimpinan instruksional pengetua yang tinggi (min=3.81; s.p.=0.65)
ARTIKEL
2
10.
JURNAL PENGURUSAN DANKEPIMPINAN PENDIDIKAN
34
manakala dimensi ketiga iaitu mewujudkan iklim pembelajaran
sekolah (min=3.60; s.p=0.76) pada tahap sederhana.
(b) Tahap komitmen dalam kalangan guru
Jadual 3: Tahap komitmen dalam kalangan guru
Pernyataan Min S.P Interpretasi
Komitmen afektif 3.93 0.71 Tinggi
Komitmen berterusan 3.20 0.82 Sederhana
Komitmen normatif 3.44 0.56 Sederhana
Tahap Keseluruhan 3.53 0.56 Sederhana
Jadual 3 menunjukkan bahawa dimensi komitmen afektif (min=3.93;
s.p.=0.71) mempunyai min yang paling tinggi dan berada pada
tahap tinggi. Seterusnya diikuti oleh komitmen normatif
(min=3.44; s.p.=0.56) berada pada tahap sederhana dan komitmen
berterusan (min=3.20; s.p.=0.82) juga berada pada tahap sederhana.
Secara keseluruhannya komitmen guru dalam kalangan guru
sekolah menengah daerah Seremban, Negeri Sembilan berada pada
tahap sederhana (min=3.53; s.p.=0.56).
(c) Hubungan antara amalan kepimpinan instruksional pengetua
dengan komitmen guru
Dalam kajian ini, ujian korelasi Pearson digunakan untuk menguji
perhubungan antara amalan kepimpinan instruksional pengetua
dengan komitmen guru. Kekuatan nilai korelasi boleh ditentukan
mengikut Jadual 4.
Jadual 4: Interpretasi kekuatan hubungan
Sumber: Taylor (1990)
ARTIKEL
2
11.
JURNAL PENGURUSAN DANKEPIMPINAN PENDIDIKAN
35
Jadual 5: Analisis korelasi pearson amalan kepimpinan instruksional pengetua
dengan komitmen guru
Correlations
AMALAN
KEPIMPINAN
INSTRUKSIONAL
PENGETUA
KOMITMEN
GURU
AMALAN KEPIMPINAN
INSTRUKSIONAL
PENGETUA
Pearson Correlation 1 .540**
Sig. (2-tailed) .000
N 72 72
KOMITMEN GURU Pearson Correlation .540**
1
Sig. (2-tailed) .000
N 72 72
**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).
Analisis korelasi pearson dalam jadual 5 menunjukkan terdapatnya
hubungan positif yang sederhana kuat dan signifikan antara amalan
kepimpinan instruksional pengetua dengan komitmen guru sekolah
menengah daerah Seremban, Negeri Sembilan (r=0.54, p<0.05). Hal
ini bermakna skor kepimpinan instruksional mempunyai perkaitan
positif yang sederhana kuat dengan skor komitmen guru jika dirujuk
kepada jadual interpretasi Taylor (1990) iaitu semakin sederhana skor
amalan kepimpinan instruksional pengetua maka semakin sederhana
pula skor komitmen guru. Keputusan ini membawa implikasi bahawa
komitmen guru-guru di sekolah menengah daerah Seremban adalah
sederhana apabila amalan kepimpinan instruksional pengetua adalah
sederhana. Oleh itu, tahap komitmen guru di sesebuah sekolah dapat
dijangkakan dari tahap amalan kepimpinan instruksional pengetua.
Hal ini secara langsung menolak hipotesis nul kajian.
PERBINCANGAN
Tahap Amalan Kepimpinan Instruksional Pengetua Menurut
Persepsi Guru.
Kajian ini mendapati tahap amalan kepimpinan instruksional
pengetua di sekolah menengah daerah Seremban, Negeri Sembilan
berada pada tahap yang tinggi secara keseluruhan
(min = 3.77; s.p = 0.66). Ini menggambarkan guru mempunyai
persepsi bahawa pengetua telah melaksanakan kepimpinan
instruksional dengan meluas melalui sikap dan tindakan yang
ARTIKEL
2
12.
JURNAL PENGURUSAN DANKEPIMPINAN PENDIDIKAN
36
dipamerkan di sekolah. Dua dimensi iaitu menentukan misi
sekolah (min=4.06; s.p = 0.63) dan mengurus program pengajaran
(min= 3.81; s.p = 0.65) mempunyai nilai min yang tinggi dan
menunjukkan pengetua mengamalkan kepimpinan instruksional pada
tahap yang tinggi bagi kedua-dua dimensi ini. Ini menggambarkan
pengetua memberi lebih perhatian kepada amalan-amalan
kepimpinan instruksional yang berkaitan dengan menentukan misi
sekolah dan mengurus program pengajaran di sekolah.
Selain itu melalui dapatan ini pengetua didapati turut mengamalkan
dimensi mengurus program pengajaran di tahap tinggi dengan
memastikan keutamaan guru di dalam kelas adalah selaras dengan
matlamat sekolah, membuat semakan hasil kerja murid semasa
membuat pencerapan terhadap guru, mendelegasikan
tanggungjawab kepada penolong kanan bagi menyelaras aktiviti
kurikulum, terlibat secara aktif bagi menilai bahan kurikulum, dan
membincangkan prestasi murid dengan guru secara individu. Dengan
amalan-amalan kepimpinan instruksional yang digambarkan daripada
dapatan kajian ini, ia menunjukkan bahawa pengetua sebagai
pemimpin instruksional sangat mementingkan aspek kurikulum
di sekolah bagi memastikan matlamat akademik yang dibangunkan
dapat dicapai.
Walau bagaimanapun dimensi mewujudkan iklim pembelajaran
sekolah didapati berada pada tahap sederhana (min= 3.60; s.p = 0.76)
dalam kajian ini. Guru memberikan persepsi bahawa pengetua
mengamalkan sebahagian tindakan kepimpinan instruksional secara
sederhana di dalam dimensi ini.
Secara keseluruhannya hasil kajian menunjukkan pengetua kurang
mengambil berat berkaitan keseluruhan dimensi ketiga ini. Ini
berkemungkinan kerana pengetua lebih banyak meluangkan lebih
masa untuk perkara-perkara yang melibatkan pentadbiran kuriku-
lum berbanding fungsi-fungsi seperti melindungi masa pengajaran
dan pembelajaran, mengekalkan keterlihatan yang tinggi, menye-
diakan insentif guru, menggalakkan perkembangan kerjaya guru dan
menyediakan insentif untuk pembelajaran murid. Hasil dapatan kajian
ini adalah selari dengan dapatan Abdullah dan Wahab (2007) yang
mendapati tahap kepimpinan instruksional pengetua bagi dimensi ini
adalah pada tahap sederhana (min = 3.36) di dalam kajian mereka
ARTIKEL
2
13.
JURNAL PENGURUSAN DANKEPIMPINAN PENDIDIKAN
37
berkaitan kesan kepimpinan instruksional pengetua terhadap amalan
pengajaran guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Oleh yang demikian,
berdasarkan hasil kajian ini, adalah disarankan bagi pengetua untuk
menekankan dimensi mewujudkan iklim pembelajaran sekolah
kerana ia adalah juga penting bagi merangsang pembelajaran
dan kemajuan murid.
Tahap Komitmen Dalam Kalangan Guru
Kajian ini mendapati tahap komitmen dalam kalangan guru di
sekolah menengah daerah Seremban, Negeri Sembilan berada pada
tahap yang sederhana secara keseluruhan (min = 3.53; s.p = 0.56).
Analisis min keseluruhan bagi komitmen afektif mendapati tahap
komitmen afektif guru adalah pada tahap yang tinggi (min = 3.93; s.p
= 0.71) berbanding dengan komitmen berterusan (min = 3.20; s.p
= 0.82) dan komitmen normatif (min = 3.44; s.p = 0.56) pada tahap
sederhana. Dapatan kajian ini adalah selari dengan dapatan kajian
terdahulu oleh Nazarudin et al. (2008) yang turut mendapati bahawa
tahap komitmen guru adalah sederhana di Malaysia.
Dari segi komitmen afektif, hasil kajian ini menunjukkan bahawa
majoriti guru sekolah dalam kajian ini menganggap bahawa sekolah
mereka sebagai organisasi mereka sendiri. Bagi komitmen
berterusan ia berada pada tahap yang sederhana. Dapatan kajian
ini menunjukkan beberapa guru tetap berada di dalam sekolah
sebagai keperluan dan sesetengah tidak merasa ada sebab untuk
meninggalkan sekolah-sekolah ini. Kajian ini menunjukkan
penyelidikan lanjut perlu dilakukan untuk mengetahui pembolehubah
dalaman yang mempengaruhi komitmen berterusan dalam
sektor pendidikan.
Hubungan Antara Amalan Kepimpinan Instruksional Pengetua
Dengan Komitmen Guru
Dapatan kajian mendapati wujudnya perhubungan yang
positif sederhana kuat antara amalan kepimpinan instruksional
pengetua dengan komitmen guru dalam kalangan responden guru di
sekolah menengah daerah Seremban, Negeri Sembilan. Hubungan
ini membawa maksud bahawa amalan kepimpinan instruksional yang
ARTIKEL
2
14.
JURNAL PENGURUSAN DANKEPIMPINAN PENDIDIKAN
38
diamalkan oleh pengetua sekolah akan memberikan kesan positif
terhadap komitmen guru. Secara umumnya mengukuhkan andaian
dalam model teori Buck dan Watson (2002) yang menjelaskan
bahawa untuk meningkatkan komitmen guru dipengaruhi secara
langsung oleh amalan kepimpinan pengetua melalui strategi
pengurusan sumber manusia yang berkesan. Dapatan kajian ini
menyokong kajian terdahulu oleh Nik Mustafa et.al (2015) mengenai
kepimpinan instruksional pengetua terhadap komitmen guru di tiga
buah maktab MARA di Pahang yang menunjukkan bahawa
terdapat hubungan yang signifikan antara amalan kepimpinan
instruksional pengetua dengan komitmen guru.
Implikasi
Kepimpinan instruksional dapat diamalkan dengan berkesan
sekiranya semua pengetua dapat menitik beratkan kebajikan dan
hal ehwal guru, menghargai setiap usaha guru mereka, lebih empati
dengan masalah guru dan memberikan penghargaan atau ganjaran
kepada guru-guru terhadap sumbangan yang telah mereka berikan
kepada sekolah. Pengetua juga perlu mengamalkan komunikasi
berkesan di sekolahnya. Dengan ini, guru akan dapat memberikan
sepenuhnya komitmen terhadap tugasan mereka.
Pelaksanaan amalan kepimpinan instruksional pengetua di sekolah
sekiranya dijalankan dengan sistematik akan memberi impak yang
besar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Pengetua yang bijak mengurus dan mentadbir akan dapat memupuk
semangat kerjasama sesama guru dan akhirnya dapat memastikan
komitmen guru tidak berbelah bahagi terhadap tugasan yang
diberikan.
Pengetua selaku pemimpin instruksional perlu memahami peranan
mereka sebagai pemimpin di sekolah. Ini kerana pengetua
merupakan tunjang kepada kecemerlangan sekolah. Kerjasama
yang erat diantara pengetua dan guru pasti dapat meningkatkkan
prestasi sekolah. Oleh yang demikian, kepimpinan instruksional
pengetua yang berkesan akan dapat meningkatkan komitmen
guru sekiranya sekolah-sekolah dipimpin oleh pengetua yang
bijak mentadbir dan mengurus guru-gurunya.
ARTIKEL
2
15.
JURNAL PENGURUSAN DANKEPIMPINAN PENDIDIKAN
39
Batasan dan Cadangan untuk Kajian Lanjut
Berdasarkan dapatan kajian, terdapat beberapa batasan kajian
dan cadangan untuk dipertimbangkan dalam usaha pelaksanaan
amalan kepimpinan instruksional pengetua dan hubungannya dengan
komitmen guru di sekolah.
(i) Kajian ini boleh dilaksanakan dengan lebih lanjut dengan
membuat kajian tentang perbandingan daerah-daerah yang
terdapat di Negeri Sembilan bagi mengetahui tahap amalan
kepimpinan intruksional pengetua dan hubungannya dengan
komitmen guru sekolah menengah.
(ii) Didapati sampel yang dipilih bagi kajian ini adalah sedikit maka
perlu ditambahkan bilangan sampel kajian.
(iii) Pengkaji juga boleh menambahkan amalan-amalan tambahan
kepimpinan intruksional pengetua dan hubungannya dengan
komitmen kerja dalam kajian akan datang.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, kepemimpinan pengetua merupakan
faktor utama yang mempengaruhi komitmen guru terhadap sekolah.
Justeru itu, pengetahuan dan kemahiran kepimpinan instruksional
pengetua perlulah diperkukuhkan dalam kalangan pengetua dari
semasa ke semasa. Pengetua pula perlu menilai dan meneliti semula
amalan kepimpinan instruksional yang mereka lakukan. Usaha
penambahbaikkan terhadap amalan kepimpinan instruksional
pengetua harus dilakukan secara berterusan. Pelaksanaan
kepimpinan instruksional yang berkesan bukan sahaja dapat
meningkatkan komitmen guru tetapi turut membentuk sekolah
yang berkesan. Dengan demikian, apabila guru adalah komited
untuk menjalankan tugas di sekolah, ini secara tidak langsung turut
meningkatkan prestasi kerja guru dan prestasi pencapaian murid
di sekolah.
ARTIKEL
2
16.
JURNAL PENGURUSAN DANKEPIMPINAN PENDIDIKAN
40
RUJUKAN
Abdul Shukur Abdullah. 2004. Ucap utama Seminar Nasional Pengurusan
& Kepimpinan Pendidikan Ke 12. Kertas Kerja Seminar Nasional
Pengurusan dan Kepemimpinan Pendidikan Ke 12. Anjuran Institut
Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia. Genting
Highlands, 14-17 Julai.
Abdullah, A.G.K., & Wahab, M.A. 2007. The impact of principal’s instructional
leadership behaviour on PPSMI teachers’ teaching practices. Paper
presented at the 5th ASEAN Symposium on Educational Management
and Leadership (ASEMAL 5), Kuala Lumpur, Malaysia.
Azizah, M. D. 2009. Kepimpinan instruksional pengetua dan hubungannya dengan
komitmen serta efikasi guru di sekolah. Kertas Projek Sarjana yang tidak diter-
bitkan, Universiti Utara Malaya.
Buck, J. M. dan Watson, J. L. 2002. Retaining Staff Employees: The
Relationship Between Human Resources Management Strategiesand
Organizational Commitment. Innovative Higher Education, Human
Sciences Press, Inc, 26(3): 175-192.
Buckner, K. R. 2011. Leadership Practices of Female Principals. Tesis Dr. Fal, Capella
University.
Coelli, M, & Green, D. 2011. Leadership Effects: School Principals and
Student Outcomes. Economics of Education Review, 31(1),
92–109. Dimuat turun pada 12.11.2015 dari econ.arts.ubc.ca/
dgreen/documents/PrinEERrev3.pdf.
Deal, T., & Peterson, K. 2000. The Leadership paradox: balacing logis and artistry in
schools. San Francisco: Jossey-Bass
.
Edmonds, R. 1979. Effectives Schools for the Urban Poor. Educational
Leadership. 37(1): 15-18 & 20-24.
Elangkumaran, D. 2011. Hubungan Antara Kepimpinan Pengajaran Guru
Besar dengan Komitmen Kerja dan Kepuasan Kerja Guru Sekolah
Rendah di Zon Tanjung Karang. 1-28. Jurnal Tidak Diterbitkan.
Fullan, M. 2001. Leading in a cultural of change. San Francisco: Jossey- Bass
A Wiley Imprint.
Hallinger, P. 2003. Two Decades of Ferment in School Leadership
Development in Retrospect:19802000, Dalam P. Hallinger (Ed.).
Reshaping the Landscape of School Leadership Development:
A Global Perspective. Negtherlands: Sweets & Zeitlinger.
ARTIKEL
2
17.
JURNAL PENGURUSAN DANKEPIMPINAN PENDIDIKAN
41
Hallinger, P. 2005. Instructional leadership and the school principal: A passing fancy
that refuses to fade away. Leadership and Policy in Schools (4), 221-239. doi:
10.1080/15700760500244793 Hallinger.
Hallinger, P. 2008. Methodologies for Studying School Leadership: A Review
of 25 years of Research Using the Principal Instructional Management
Rating Scale. Paper Presentation at the annual meeting of the
American Educational Research Association, New York.
Hallinger, P. 2011. A Review of Three Decades of Doctoral Studies
Using the Principal Instructional Management Rating Scale: A
Lens on Methodological Progress in Educational Leadership.
Educational Administration Quarterly, 47(2), 271–306.
Hallinger, P. 2011. Leadership for learning: lessons from 40 years of empirical re-
search. Journal of Educational Administration, 49(2), 125–142.
Hallinger, P. 2012. Assessing and developing instructional leadership in schools. In:
Shen J (Eds.), Tools for improving the principalship: 47–69. Peter Lang., Oxford,
UK.
Hallinger, P., & Heck, R. H. 2010. Reassessing the principal’s role in school effec-
tiveness: A review of empirical research, 1980-1995. Educational Administration
Quarterly, 32(1), 5–44.
Hallinger, P., & Murphy, J. 1985. Assessing the Instructional Management Behavior of
Principals. The Elementary School Journal, 86(2), 217–248.
Hallinger, P. & Murphy, J. 1987. Assessing and developing principal
instructional leadership. Educational Leadership 45(1): 54-61.
Hausman CS and Goldring. 2001. EB Sustaining teacher commitment: The role of
professional communities. Peabody Journal of Education, 76(2): 30-51.
Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak, 2013. Statistik Guru Berhenti
Secara Sukarela. Bahagian Khidmat Pengurusan dan Pembangunan.
JPA(BGE)223/5/4-3. Putra Jaya, Malaysia.
Jamelaa, B. A., & Jainabee, M. K. 2011. Instructional leadership and attitude
towards organizational change among secondary schools principal in
Pahang, Malaysia. Procedia - Social and Behavioral Sciences,
15, 3304–3309.
Jamelaa, B. A., & Jainabee, M. K. 2012. Mengurus program instruksional
dan sikap terhadap perubahan dalam kalangan pengetua sekolah
menengah Negeri Pahang. Jurnal Teknologi, 59 (2012), 71-77.
ARTIKEL
2
18.
JURNAL PENGURUSAN DANKEPIMPINAN PENDIDIKAN
42
Joriah, M. S. 2009. Tingkah laku kepimpinan pengajaran dan kepimpinan transfor-
masional dalam kalangan pengetua kanan dan pengetua biasa di sekolah ce-
merlang serta pengaruhnya ke atas komitmen guru. Tesis Sarjana yang tidak
diterbitkan, Universiti Utara Malaysia.
Juita, H. 2012. Kepimpinan instruksional pengetua dan komitmen guru Pen-
didikan Islam di Sekolah Menengah Daerah Temerloh, Pahang.
Kertas Projek Sarjana yang tidak diterbitkan, Universiti Malaya.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2013. Laporan Awal Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Lokman Mohd. Tahir dan Aini Kaman. 2011. Kepimpinan Situasi dalam
Kalangan Guru Besar Daearah Johor Baharu. Journal of Educational
Management, 1: 121-144/ISSN: 2231-7341.
Lokman Mohd Tahir, Khadijah Daud & Rozita Rahmat. 2012. Perkaitan
Antara Kepimpinan Pengajran Guru Besar Dengan Kepercayaan Dan
komitmen Guru. Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan IPTA
2012. Anjuran Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia,
7-9 Oktober.
Meyer, J. P., Stanley, D. J., Herscovitch, L., & Topolnytsky, L. 2002. Affective,
continuance, and normative commitment to the organization:
A meta-analysis of antecedents, correlates, and consequences.
Journal of Vocational Behavior, 61(1), 20-52
Mohd Ramzan Awang, 2014. Kepimpinan pengajaran dan perkongsian
wawasan: Satu kajian kes di sekolah-sekolah kebangsaan luar bandar.
Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan
ke-16.
Mohd Yusri & Aziz Amin. 2014. Model Kepemimpinan Pengajaran Pengetua Dan
Kompetensi Pengajaran Guru. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik. Bil.
2 Isu 1.
Mohd Yusuf Abdullah. 2006. Pengaruh Motif, Sikap dan Latihan Perguruan
Terhadap Profesionalisme Keguruan Di Kalangan Pelajar Program
Pendidikan IPTA. Tesis Ph.D. Universiti malaysia Sabah.
Mohamad Nawi, Z. (2002). Hubungan sikap dan komitmen kerja
di kalangan pegawaipegawai Polis DiRaja Malaysia. Tesis Master
yang tidak diterbitkan. Universiti Utara Malaysia.
Mohammad, A. L., Mohd Yusoff, A.T., Azizo, A. & Syukri @ Sukreri,
M. Z. 2016. Kepimpinan Instruksional Guru Besar Hubung-
kait dengan Komitmen dan Kepuasan Kerja Guru Dalam Bachok.
ARTIKEL
2
19.
JURNAL PENGURUSAN DANKEPIMPINAN PENDIDIKAN
43
Nazarudin, M. N., Fauzee, O., Sofian, M., & Abd Latif, R. 2008. Headmas-
ter’s transformational leadership and teacher’s organisational commitment
in primary school. The Journal of Global Business Management, 4(2),
32-42.
Nik Mustafa et.al .2015. Clinical Supervision Of Teaching Mara Junior
Science College (MJSC), Malaysia. Journal of Social and
Behavioral Sciences 191 ( 2015 ) 452 – 458
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM : 2013-2025. (2013).
Kementerian Pendidikan Malaysia. http://www.moe.gov.my/v/
pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-2013-2025
Premavathy, P. 2010. The relationship of instructional leadership, teachers organiza-
tional commitment and students’ achievement in small schools. Unpublished
Master Thesis. Universiti Sains Malaysia.
Rigby, J. G. 2014. Three logics of instructional leadership.
Educational Administration Quarterly, 50, 610-644.
Ruaina Abdullah. 2016. Amalan Kepimpinan Multidimensi Pengetua dan
Hubungannya Dengan Komitmen Guru Di sekolah Agama menengah
Negeri Selangor. Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Salo, P., Nylund, J., & Stjernstrøm, E. 2015. On the practice architectures of instruc-
tional leadership. Educational Management Administration & Leadership, 43,
490-506.
Sazali bin Yusoff, Rusmini Ahmad, Abang Hut dan Zamri Abu Bakar. 2007. Perkaitan
antara kepimpinan instruksional terhadap sekolah berkesan. Jurnal Pengurusan
dan Kepimpinan Pendidikan, Jilid 17(2), 105-120.
Syed Najmuddin Syed Hassan, Ab Halim Tamuri, Isahak Othaman, Mohd Sabri Mamat
2009. Kajian Persepsi Pelajar Terhadap Profesionalisme Guru Pendidikan Islam
MRSM, Journal of Islamic And Arabic Education 1 (2), 31-50.
Tan, C. Y. 2012. Instructional leadership: Toward a contextualized knowledge creation
model. School Leadership & Management, 32, 183-194.
Tang, K. N. & Tengku, A. B. R. H. 2015. Hubungan Kepimpinan
Etika, Komitmen, Afektif, Penglibatan Kerja dan Sokongan
Organisasi. Kajian Malaysia 33 (1): 93 – 119.
Taylor, R. 1990. Interpreting of the Correlation Coefficient: A Basic Review. Journal Of
Diagnostic Medical Sonography , 6(1):35-39.
ARTIKEL
2
20.
JURNAL PENGURUSAN DANKEPIMPINAN PENDIDIKAN
44
Thilagavathy Aramugam, Aziah Ismail dan Abdul Ghani Kanesan Abdullah.
2012. Pengaruh Organisasi Pembelajaran Terhadap Komitmen Kualiti
Pengajaran Guru Sekolah Berautonomi Di Malaysia. Seminar
Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan IPTA 2012-MEDC.
Yusuf K.K. Nsubuga. 2008. Analysis of Leadership Styles and School
Performance of Secondary Schools In Uganda. Ph.d. Dissertation.
Nelson Mandela Metropolitan University.
ARTIKEL
2