MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMEGANG PISAU DAN MEMOTONG SAYUR
MENGGUNAKAN STESEN BERMAIN ‘PLAYDOUGH’ BAGI TAHUN 5 JUJUR
SHERLY JEWINLY
Sherlyjewinly@gmail.com
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid memegang pisau dan
memotong sayur dan untuk melihat tahap motivasi murid dalam memperbaiki kemahiran
mereka apabila “Stesen Bermain Playdough” digunakan di dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Kajian ini telah dijalankan di sebuah sekolah rendah di Sungai Rawang,
Sungai Pelek, Sepang, Selangor. Responden terdiri daripada 5 orang murid iaitu 3 orang
murid lelaki dan 2 orang murid perempuan dari tahun 5 Jujur. Data dikumpulkan dengan
menggunakan tinjauan soal selidik, soalan temu bual dan pemerhatian menggunakan
instrumen senarai semak. Ketiga-ketiga data telah ditriangulasikan dan dapatan kajian
telah menunjukkan bahawa pengkaji dapat meningkatkan kemahiran murid memegang
pisau dan memotong sayur dengan menggunakan “Stesen Bermain Playdough”. Merujuk
kepada hasil analisis data soal selidik, sebanyak 100 peratus ataupun kelima-lima
responden mengatakan bahawa mereka pandai memegang pisau setelah “Stesen
Bermain Playdough” diadakan. Selain itu, dapatan kajian daripada analisis data soal
selidik juga menunjukkan bahawa 60 peratus murid bersetuju bahawa penggunaan
“Stesen Bermain Playdough” meningkatkan kemahiran mereka memotong sayur.
Dapatan kajian melalui analisis temubual mendapati 100 peratus murid bersetuju bahawa
“Stesen Bermain Playdough” ini juga meningkatkan motivasi mereka memperbaiki cara
mereka memegang pisau dan memotongsayur. Secarakeseluruhan, kajian ini membantu
pengkaji menyampaikan kemahiran kepada murid dengan mengapliaksikan “Stesen
Bermain Playdough” dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
1.0 PENDAHULUAN
Semasa menjalani praktikum fasa kedua di Sekolah Kebangsaan Sungai Rawang,
saya telah mengajar topik penyediaan sajian sandwich sardin di tahun 5 Jujur.
Semasaproses memotong sayurberlangsung, saya mendapati bahawa 5 orang murid
tidak tahu cara memegang pisau dan memotong sayur dengan betul walaupun saya
telah menunjukkan demonstrasi. Mereka juga tidak mempunyai motivasi untuk
memperbaiki kemahiran mereka memegang pisau dan memotong sayur. Saya
merasakan bahawa strategi sesuai untuk membantu murid-murid menguasai
kemahiran memegang pisau dan memotong sayuran dan untuk meningkatkan
motivasi mereka memperbaiki kemahiran mereka adalah diperlukan.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN/ SOALAN KAJIAN
Objektif kajian:
a) Meningkatkan kemahiran murid memegang pisau dengan mengadakan
“Stesen Bermain Playdough” dalam tajuk menyediakan sajian di bawah tajuk
besar Sains Rumah Tangga bagi tahun 5.
b) Meningkatkan kemahiran murid memotong sayuran dengan mengadakan
“Stesen Bermain Playdough”.
c) Meningkatkan motivasi dan minat murid dalam memperbaiki kemahiran
mereka memegang pisau dan memotong sayur dengan mengadakan “Stesen
Bermain Playdough”.
Soalan kajian:
a) Adakah “Stesen Bermain Playdough” dapat meningkatkan kemahiran murid
memegang pisau dalam tajuk menyediakan sajian tahun 5?
b) Adakah “Stesen Bermain Playdough” dapat meningkatkan kemahiran murid
memotong sayuran dalam tajuk menyediakan sajian tahun 5?
c) Adakah “Stesen Bermain Playdough” dapat meningkatkan motivasi dan minat
murid dalam memperbaiki kemahiran mereka memegang pisau dan
memotong sayur?
3.0 PROSEDUR TINDAKAN
Langkah Pertama
Objektif pengajaran dan hasil pembelajaran ditentukan berpandukan Rancangan
Pengajaran Tahunan. Topik yang dipilih ialah Penyediaan Sajian Sandwich Sardin di
bawah tema Sains Rumah Tangga bagi tahun 5.
Langkah Kedua
Pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji telah mengajar seperti
biasa. Namun, setelah demonstrasi memegang pisau dan memotong sayur
dijalankan, pengkaji memperkenalkan Stesen Bermain Playdough kepada murid
dengan memberikan mereka masa berlatih memotong timun dan tomato yang
dibentuk daripada playdough menggunakan pisau kek dan papan kek kitar semula
selama 10 minit terlebih dahulu sebelum mereka mengendalikan pisau yang sebenar.
Langkah Ketiga
Langkah ketiga ialah langkah penilaian. Dalam langkah ini, pengkaji telah membuat
pemerhatian cara murid memegang pisau, cara mereka memotong sayur dan tahap
motivasi murid dengan menggunakan senarai semakdi mana pengkaji telah menanda
setiap perkara yang disenaraikan mengikut tahap prestasi murid.
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
Kemahiran memegang pisau Kemahiran memotong sayur Bermotivasi meningkatkan kemahiran
memegang pisau dan memotong sayur
PeratusPenguasaankemahiranmurid
GRAF KEKERAPAN PENGUASAAN KEMAHIRAN
MURID
Sebelum
Selepas
Graf 1: Graf 1 menunjukkan peratusan penguasaan murid sebelum dan selepas tindakan
dijalankan
Langkah Keempat
Langkah keempat ialah pengkaji telah mengedarkan borang soal selidik kepada murid
selepas sesi pengajaran dan pembelajaran untuk mendapatkan maklum balas murid
tentang keberkesanan Stesen Bermain Playdough.
Langkah Kelima
Langkah terakhir ialah sesi temubual bersama kelima-lima murid mengenai
pembelajaran menggunakan “Stesen Bermain Playdough”. Sesi temubual dijalankan
semasawaktu rehat di dalam bengkel RBTuntuk mendapat pandangan individu murid
mengenai Stesen Bermain Playdough.
4.0 ANALISIS DAN INTERPERTASI DATA
Analisis Pemerhatian
Berdasarkan graf 1, bagi aspek memegang pisau dengan betul, kelihatan
perubahan yang ketara apabila didapati 100 peratus iaitu 5 orang murid
berjaya menguasai kemahiran memegang pisau dengan betul. Bagi aspek kemahiran
memotong sayur pula , 60 peratus iaitu 3 orang murid berjaya menguasai
kemahiran tersebut dengan baik. Bagi aspek motivasi murid dalam meningkatkan
kemahiran memegang pisau dan memotong sayur, didapati bahawa 100 peratus iaitu
5 orang murid lebih bermotivasi setelah tindakan dijalankan.
0
20
40
60
80
100
Saya pandai memegang pisau Saya yakin memegang pisau Saya dapat memegang pisau
dengan betul setelah menggunakan
'SBP'.
PeratusPernguasaan
Kemahiran(%)
Analisis Aspek Kemahiran Murid Memegang Pisau
YA
TIDAK
Graf2: Graf 2 menunjukkan peratusan penguasaan dalam aspek memegangpisau setelah
tindakan dijalankan.
0
20
40
60
80
100
Saya pandai memotong sayur Saya yakin memotong sayur Saya dapat memotong sayur dengan
betul setelah menggunakan 'SBP'.
PeratusPenguasaanKemahiran
Murid(%)
Analisis Aspek Kemahiran Murid Memotong Sayur
YA
TIDAK
Graf 3: Graf 3 menunjukkan peratusan penguasaan dalam aspek memotong sayur setelah
tindakan dijalankan.
Analisis Soal Selidik
Berdasarkan graf 2, 100 peratus iaitu 5 orang murid bersetuju bahawa mereka pandai
memegang pisau dan dapat memegang pisau dengan cara yang betul setelah tindakan
dijalankan. Manakala 80 peratus iaitu 4 orang murid bersetuju bahawa mereka yakin
memegang pisau setelah tindakan dijalankan.
Berdasarkan graf 3, 60 peratus iaitu 3 orang murid bersetuju bahawa mereka pandai
memegang dan dapat memotong sayur dengan cara yang betul setelah tindakan
dijalankan. Manakala 40 peratus iaitu 2 orang murid bersetuju bahawa mereka yakin
memegang pisau setelah tindakan dijalankan.
0
20
40
60
80
100
Saya bermotivasi memperbaiki kemahiran Seronok belajar menggunakan "SBP"
PeratusMotivasuMurid
(%)
Analisis Aspek MotivasiMurid
YA
TIDAK
Graf 4: Graf 4 menunjukkan peratus motivasi murid setelah tindakan dijalankan
100%
0%
JAWAPAN MURID
Positif Negatif
Carta 1: Carta 1 menujukkan peratusan jawapan bagi soalan 1.
Carta 3: Carta 3 menujukkan peratusan jawapan bagi soalan 3.
100%
0%
JAWAPAN MURID
Positif Negatif
Berdasarkan graf 3, 100 peratus iaitu 3 orang murid bersetuju bahawa mereka bermotivasi
dan seronok belajar memegang pisau dan memotong sayur menggunakan Stesen
Bermain Playdough.
Analisis Temubual
Soalan 1: Adakah anda pandai memegang pisau untuk memotongsetelah menggunakan
“Stesen Bermain Playdough”?
Carta 1 menunjukkan bahawa 100 peratus iaitu lima orang murid memberikan
jawapan positif pada soalan 1.
Soalan 2: Jika cara anda untuk memegang pisau dan memotong sayur salah, adakah
anda bermotivasi untuk memperbaiki cara anda memotong?
Carta 2 menunjukkan bahawa 40 peratus iaitu 2 orang murid memberikan
jawapan positif pada soalan 2.
5.0 DAPATAN KAJIAN
Persoalan Kajian 1
Adakah “Stesen Bermain Playdough” dapat meningkatkan kemahiran murid
memegang pisau dalam tajuk menyediakan sajian tahun 5?
Keberkesanan “Stesen Bermain Playdough” terbukti apabila murid menunjukkan
bahawa mereka dapat menguasai kemahiran memegang pisau merujuk kepada
analisis pemerhatian yang telah dijalankan. Bagi item 1 senarai semak pemerhatian,
didapati bahawa 100 peratus murid iaitu seramai 5 orang murid berjaya menguasai
kemahiran memegang pisau dengan betul.
Hasil dapatan soal selidik juga mendapati bahawa kemahiran murid memegang
pisaumeningkat dengan baik setelah tindakan dijalankan. Didapati bahawa 100
peratus murid bersetuju bahawa mereka pandai memegang pisau setelah
menggunakan “Stesen Bermain Playdough”. Analisis soal selidik juga menunjukkan
bahawa 100 peratus murid bersetuju bahawa “Stesen Bermain Playdough” dapat
membantu mereka untuk memegang pisau dengan betul.
Pengkaji melaksanakan analisis instrumen temu bual dengan setiap murid dan
dapatan analisis data menunjukkan 100 peratus iaitu seramai 5 orang murid
memberikan respon positif terhadap soalan temu bual iaitu mereka pandai memegang
pisau setelah menggunakan “Stesen Bermain Playdough”.
Hasil dapatan daripada analisis ketiga-tiga instrumen ini adalah sejajar dan
menunjukkan respon yang positif terhadap persoalan pertama kajian iaitu mengenai
keberkesanan “Stesen Bermain Playdough” dalam meningkatkan kemahiran murid
tahun 5 Jujur memegang pisau.
Persoalan Kajian 2
Adakah “Stesen Bermain Playdough” dapat meningkatkan kemahiran murid
memotong sayuran dalam tajuk menyediakan sajian tahun 5?
Keberkesanan “Stesen Bermain Playdough” terbukti apabila murid menunjukkan
bahawa mereka dapat menguasai kemahiran memotong sayur. Analisis terhadap data
pemerhatian menunjukkan bahawa 60 peratus iaitu seramai 3 orang murid berjaya
memotong sayur dengan betul setelah menggunakan “Stesen Bermain Playdough”.
Pengkaji turut melakukan analisis terhadap instrumen soal selidik di mana 60
peratus iaitu 3 orang murid bersetuju bahawa mereka pandai memotong sayur setelah
menggunakan “Stesen Bermain Playdough”. Analisis soal selidik 6 juga menunjukkan
bahawa 60 peratus murid bersetuju bahawa mereka dapat memotong sayur dengan
betul setelah menggunakan “Stesen Bermain Playdough”.
Analisis data temu bual menunjukkan bahawa 60 peratus iaitu 3 orang murid
bersetuju bahawa mereka berjaya menguasai kemahiran memegang pisau setelah
menggunakan “Stesen Bermain Playdough”. Analisis temu bual juga menunjukkan
bahawa 40 peratus iaitu 2 orang murid adalah lebih yakin untuk memotong sayur
setelah menggunakan “Stesen Bermain Playdough”.
Berdasarkan analisis ketiga-tiga istrumen kajian untuk menjawab persoalan kajian
menunjukkan “Stesen Bermain Playdough” berjaya meningkatkan kemahiran murid
memotong sayur dengan betul.
Persoalan Kajian 3
Adakah “Stesen Bermain Playdough” dapat meningkatkan motivasi dan minat
murid dalam memperbaiki kemahiran mereka memegang pisau dan memotong
sayur?
Keberkesanan penggunaan “Stesen Bermain Playdough” terbukti berkesan
apabila analisis terhadap data pemerhatian menunjukkan bahawa 100 peratus iaitu 5
orang murid menunjukkan peningkatan motivasi untuk memperbaiki kemahiran
mereka memegang pisau dan memotong sayur.
Analisis item soal selidik juga menunjukkan bahawa 100 peratus iaitu 5 orang
murid berjaya meningkatkan motivasi mereka untuk memperbaiki kemahiran mereka
memegang pisau dan memotong sayur. Analisis soal selidik juga menunjukkan
bahawa 100 peratus iaitu 5 orang murid seronok dan suka mempelajari kemahiran
memegang pisau dan memotong sayur menggunakan “Stesen Bermain Playdough”.
Analisis data temu bual mengenai tahap motivasi murid dalam memperbaiki
kemahiran mereka memegang pisau dan memotongsayur menunjukkan bahawa 100
peratus iaitu 5 orang murid sangat bermotivasi untuk memperbaiki kemahiran murid
memegang pisau dan memotong sayur.
Hasil analisis data melalui ketiga-tiga instrumen ini membuktikan keberkesanan
dan perubahan positif dari segi motivasi murid dalam memperbaiki kemahiran mereka
memegang pisau dan memotong sayur.
SENARAI RUJUKAN
Berk, L. (2008). Child Development (9th ed.). Illinois: Pearson Publications.
Kartini Abdul Mutalib, Ahmad Shabudin Yahya, Rosli Sahat, & Badrul Hisham
Alang Osman. (2012). Menguasai penyelidikan Tindakan: Untuk PISMP
dan DPLI. Perak: Percetakan Lee Sdn. Bhd.
Moyles, J. (2015). The Excellence of Play (4th ed.). New York: Open University
Press.
Wardani, D. (2009). Bermain Sambil Belajar. Bandung: Edukasia.
Wong Kiet Wah, Khairuddin Mardiah Hj. A, Rashinawati Abd. R, & Azlina Ahmad.
(2013). Perkembangan kanak-kanak. Selangor, Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.
Bhd.

Contoh Artikel Penyelidikan Tindakan

  • 1.
    MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMEGANGPISAU DAN MEMOTONG SAYUR MENGGUNAKAN STESEN BERMAIN ‘PLAYDOUGH’ BAGI TAHUN 5 JUJUR SHERLY JEWINLY [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid memegang pisau dan memotong sayur dan untuk melihat tahap motivasi murid dalam memperbaiki kemahiran mereka apabila “Stesen Bermain Playdough” digunakan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini telah dijalankan di sebuah sekolah rendah di Sungai Rawang, Sungai Pelek, Sepang, Selangor. Responden terdiri daripada 5 orang murid iaitu 3 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan dari tahun 5 Jujur. Data dikumpulkan dengan menggunakan tinjauan soal selidik, soalan temu bual dan pemerhatian menggunakan instrumen senarai semak. Ketiga-ketiga data telah ditriangulasikan dan dapatan kajian telah menunjukkan bahawa pengkaji dapat meningkatkan kemahiran murid memegang pisau dan memotong sayur dengan menggunakan “Stesen Bermain Playdough”. Merujuk kepada hasil analisis data soal selidik, sebanyak 100 peratus ataupun kelima-lima responden mengatakan bahawa mereka pandai memegang pisau setelah “Stesen Bermain Playdough” diadakan. Selain itu, dapatan kajian daripada analisis data soal selidik juga menunjukkan bahawa 60 peratus murid bersetuju bahawa penggunaan “Stesen Bermain Playdough” meningkatkan kemahiran mereka memotong sayur. Dapatan kajian melalui analisis temubual mendapati 100 peratus murid bersetuju bahawa “Stesen Bermain Playdough” ini juga meningkatkan motivasi mereka memperbaiki cara mereka memegang pisau dan memotongsayur. Secarakeseluruhan, kajian ini membantu pengkaji menyampaikan kemahiran kepada murid dengan mengapliaksikan “Stesen Bermain Playdough” dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 1.0 PENDAHULUAN Semasa menjalani praktikum fasa kedua di Sekolah Kebangsaan Sungai Rawang, saya telah mengajar topik penyediaan sajian sandwich sardin di tahun 5 Jujur. Semasaproses memotong sayurberlangsung, saya mendapati bahawa 5 orang murid tidak tahu cara memegang pisau dan memotong sayur dengan betul walaupun saya telah menunjukkan demonstrasi. Mereka juga tidak mempunyai motivasi untuk memperbaiki kemahiran mereka memegang pisau dan memotong sayur. Saya merasakan bahawa strategi sesuai untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran memegang pisau dan memotong sayuran dan untuk meningkatkan motivasi mereka memperbaiki kemahiran mereka adalah diperlukan.
  • 2.
    2.0 OBJEKTIF KAJIAN/SOALAN KAJIAN Objektif kajian: a) Meningkatkan kemahiran murid memegang pisau dengan mengadakan “Stesen Bermain Playdough” dalam tajuk menyediakan sajian di bawah tajuk besar Sains Rumah Tangga bagi tahun 5. b) Meningkatkan kemahiran murid memotong sayuran dengan mengadakan “Stesen Bermain Playdough”. c) Meningkatkan motivasi dan minat murid dalam memperbaiki kemahiran mereka memegang pisau dan memotong sayur dengan mengadakan “Stesen Bermain Playdough”. Soalan kajian: a) Adakah “Stesen Bermain Playdough” dapat meningkatkan kemahiran murid memegang pisau dalam tajuk menyediakan sajian tahun 5? b) Adakah “Stesen Bermain Playdough” dapat meningkatkan kemahiran murid memotong sayuran dalam tajuk menyediakan sajian tahun 5? c) Adakah “Stesen Bermain Playdough” dapat meningkatkan motivasi dan minat murid dalam memperbaiki kemahiran mereka memegang pisau dan memotong sayur? 3.0 PROSEDUR TINDAKAN Langkah Pertama Objektif pengajaran dan hasil pembelajaran ditentukan berpandukan Rancangan Pengajaran Tahunan. Topik yang dipilih ialah Penyediaan Sajian Sandwich Sardin di bawah tema Sains Rumah Tangga bagi tahun 5. Langkah Kedua Pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji telah mengajar seperti biasa. Namun, setelah demonstrasi memegang pisau dan memotong sayur dijalankan, pengkaji memperkenalkan Stesen Bermain Playdough kepada murid dengan memberikan mereka masa berlatih memotong timun dan tomato yang dibentuk daripada playdough menggunakan pisau kek dan papan kek kitar semula selama 10 minit terlebih dahulu sebelum mereka mengendalikan pisau yang sebenar. Langkah Ketiga Langkah ketiga ialah langkah penilaian. Dalam langkah ini, pengkaji telah membuat pemerhatian cara murid memegang pisau, cara mereka memotong sayur dan tahap motivasi murid dengan menggunakan senarai semakdi mana pengkaji telah menanda setiap perkara yang disenaraikan mengikut tahap prestasi murid.
  • 3.
    0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 Kemahiran memegang pisauKemahiran memotong sayur Bermotivasi meningkatkan kemahiran memegang pisau dan memotong sayur PeratusPenguasaankemahiranmurid GRAF KEKERAPAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MURID Sebelum Selepas Graf 1: Graf 1 menunjukkan peratusan penguasaan murid sebelum dan selepas tindakan dijalankan Langkah Keempat Langkah keempat ialah pengkaji telah mengedarkan borang soal selidik kepada murid selepas sesi pengajaran dan pembelajaran untuk mendapatkan maklum balas murid tentang keberkesanan Stesen Bermain Playdough. Langkah Kelima Langkah terakhir ialah sesi temubual bersama kelima-lima murid mengenai pembelajaran menggunakan “Stesen Bermain Playdough”. Sesi temubual dijalankan semasawaktu rehat di dalam bengkel RBTuntuk mendapat pandangan individu murid mengenai Stesen Bermain Playdough. 4.0 ANALISIS DAN INTERPERTASI DATA Analisis Pemerhatian Berdasarkan graf 1, bagi aspek memegang pisau dengan betul, kelihatan perubahan yang ketara apabila didapati 100 peratus iaitu 5 orang murid berjaya menguasai kemahiran memegang pisau dengan betul. Bagi aspek kemahiran memotong sayur pula , 60 peratus iaitu 3 orang murid berjaya menguasai kemahiran tersebut dengan baik. Bagi aspek motivasi murid dalam meningkatkan kemahiran memegang pisau dan memotong sayur, didapati bahawa 100 peratus iaitu 5 orang murid lebih bermotivasi setelah tindakan dijalankan.
  • 4.
    0 20 40 60 80 100 Saya pandai memegangpisau Saya yakin memegang pisau Saya dapat memegang pisau dengan betul setelah menggunakan 'SBP'. PeratusPernguasaan Kemahiran(%) Analisis Aspek Kemahiran Murid Memegang Pisau YA TIDAK Graf2: Graf 2 menunjukkan peratusan penguasaan dalam aspek memegangpisau setelah tindakan dijalankan. 0 20 40 60 80 100 Saya pandai memotong sayur Saya yakin memotong sayur Saya dapat memotong sayur dengan betul setelah menggunakan 'SBP'. PeratusPenguasaanKemahiran Murid(%) Analisis Aspek Kemahiran Murid Memotong Sayur YA TIDAK Graf 3: Graf 3 menunjukkan peratusan penguasaan dalam aspek memotong sayur setelah tindakan dijalankan. Analisis Soal Selidik Berdasarkan graf 2, 100 peratus iaitu 5 orang murid bersetuju bahawa mereka pandai memegang pisau dan dapat memegang pisau dengan cara yang betul setelah tindakan dijalankan. Manakala 80 peratus iaitu 4 orang murid bersetuju bahawa mereka yakin memegang pisau setelah tindakan dijalankan. Berdasarkan graf 3, 60 peratus iaitu 3 orang murid bersetuju bahawa mereka pandai memegang dan dapat memotong sayur dengan cara yang betul setelah tindakan dijalankan. Manakala 40 peratus iaitu 2 orang murid bersetuju bahawa mereka yakin memegang pisau setelah tindakan dijalankan.
  • 5.
    0 20 40 60 80 100 Saya bermotivasi memperbaikikemahiran Seronok belajar menggunakan "SBP" PeratusMotivasuMurid (%) Analisis Aspek MotivasiMurid YA TIDAK Graf 4: Graf 4 menunjukkan peratus motivasi murid setelah tindakan dijalankan 100% 0% JAWAPAN MURID Positif Negatif Carta 1: Carta 1 menujukkan peratusan jawapan bagi soalan 1. Carta 3: Carta 3 menujukkan peratusan jawapan bagi soalan 3. 100% 0% JAWAPAN MURID Positif Negatif Berdasarkan graf 3, 100 peratus iaitu 3 orang murid bersetuju bahawa mereka bermotivasi dan seronok belajar memegang pisau dan memotong sayur menggunakan Stesen Bermain Playdough. Analisis Temubual Soalan 1: Adakah anda pandai memegang pisau untuk memotongsetelah menggunakan “Stesen Bermain Playdough”? Carta 1 menunjukkan bahawa 100 peratus iaitu lima orang murid memberikan jawapan positif pada soalan 1. Soalan 2: Jika cara anda untuk memegang pisau dan memotong sayur salah, adakah anda bermotivasi untuk memperbaiki cara anda memotong? Carta 2 menunjukkan bahawa 40 peratus iaitu 2 orang murid memberikan jawapan positif pada soalan 2.
  • 6.
    5.0 DAPATAN KAJIAN PersoalanKajian 1 Adakah “Stesen Bermain Playdough” dapat meningkatkan kemahiran murid memegang pisau dalam tajuk menyediakan sajian tahun 5? Keberkesanan “Stesen Bermain Playdough” terbukti apabila murid menunjukkan bahawa mereka dapat menguasai kemahiran memegang pisau merujuk kepada analisis pemerhatian yang telah dijalankan. Bagi item 1 senarai semak pemerhatian, didapati bahawa 100 peratus murid iaitu seramai 5 orang murid berjaya menguasai kemahiran memegang pisau dengan betul. Hasil dapatan soal selidik juga mendapati bahawa kemahiran murid memegang pisaumeningkat dengan baik setelah tindakan dijalankan. Didapati bahawa 100 peratus murid bersetuju bahawa mereka pandai memegang pisau setelah menggunakan “Stesen Bermain Playdough”. Analisis soal selidik juga menunjukkan bahawa 100 peratus murid bersetuju bahawa “Stesen Bermain Playdough” dapat membantu mereka untuk memegang pisau dengan betul. Pengkaji melaksanakan analisis instrumen temu bual dengan setiap murid dan dapatan analisis data menunjukkan 100 peratus iaitu seramai 5 orang murid memberikan respon positif terhadap soalan temu bual iaitu mereka pandai memegang pisau setelah menggunakan “Stesen Bermain Playdough”. Hasil dapatan daripada analisis ketiga-tiga instrumen ini adalah sejajar dan menunjukkan respon yang positif terhadap persoalan pertama kajian iaitu mengenai keberkesanan “Stesen Bermain Playdough” dalam meningkatkan kemahiran murid tahun 5 Jujur memegang pisau. Persoalan Kajian 2 Adakah “Stesen Bermain Playdough” dapat meningkatkan kemahiran murid memotong sayuran dalam tajuk menyediakan sajian tahun 5? Keberkesanan “Stesen Bermain Playdough” terbukti apabila murid menunjukkan bahawa mereka dapat menguasai kemahiran memotong sayur. Analisis terhadap data pemerhatian menunjukkan bahawa 60 peratus iaitu seramai 3 orang murid berjaya memotong sayur dengan betul setelah menggunakan “Stesen Bermain Playdough”. Pengkaji turut melakukan analisis terhadap instrumen soal selidik di mana 60 peratus iaitu 3 orang murid bersetuju bahawa mereka pandai memotong sayur setelah menggunakan “Stesen Bermain Playdough”. Analisis soal selidik 6 juga menunjukkan bahawa 60 peratus murid bersetuju bahawa mereka dapat memotong sayur dengan betul setelah menggunakan “Stesen Bermain Playdough”. Analisis data temu bual menunjukkan bahawa 60 peratus iaitu 3 orang murid bersetuju bahawa mereka berjaya menguasai kemahiran memegang pisau setelah
  • 7.
    menggunakan “Stesen BermainPlaydough”. Analisis temu bual juga menunjukkan bahawa 40 peratus iaitu 2 orang murid adalah lebih yakin untuk memotong sayur setelah menggunakan “Stesen Bermain Playdough”. Berdasarkan analisis ketiga-tiga istrumen kajian untuk menjawab persoalan kajian menunjukkan “Stesen Bermain Playdough” berjaya meningkatkan kemahiran murid memotong sayur dengan betul. Persoalan Kajian 3 Adakah “Stesen Bermain Playdough” dapat meningkatkan motivasi dan minat murid dalam memperbaiki kemahiran mereka memegang pisau dan memotong sayur? Keberkesanan penggunaan “Stesen Bermain Playdough” terbukti berkesan apabila analisis terhadap data pemerhatian menunjukkan bahawa 100 peratus iaitu 5 orang murid menunjukkan peningkatan motivasi untuk memperbaiki kemahiran mereka memegang pisau dan memotong sayur. Analisis item soal selidik juga menunjukkan bahawa 100 peratus iaitu 5 orang murid berjaya meningkatkan motivasi mereka untuk memperbaiki kemahiran mereka memegang pisau dan memotong sayur. Analisis soal selidik juga menunjukkan bahawa 100 peratus iaitu 5 orang murid seronok dan suka mempelajari kemahiran memegang pisau dan memotong sayur menggunakan “Stesen Bermain Playdough”. Analisis data temu bual mengenai tahap motivasi murid dalam memperbaiki kemahiran mereka memegang pisau dan memotongsayur menunjukkan bahawa 100 peratus iaitu 5 orang murid sangat bermotivasi untuk memperbaiki kemahiran murid memegang pisau dan memotong sayur. Hasil analisis data melalui ketiga-tiga instrumen ini membuktikan keberkesanan dan perubahan positif dari segi motivasi murid dalam memperbaiki kemahiran mereka memegang pisau dan memotong sayur. SENARAI RUJUKAN Berk, L. (2008). Child Development (9th ed.). Illinois: Pearson Publications. Kartini Abdul Mutalib, Ahmad Shabudin Yahya, Rosli Sahat, & Badrul Hisham Alang Osman. (2012). Menguasai penyelidikan Tindakan: Untuk PISMP dan DPLI. Perak: Percetakan Lee Sdn. Bhd. Moyles, J. (2015). The Excellence of Play (4th ed.). New York: Open University Press. Wardani, D. (2009). Bermain Sambil Belajar. Bandung: Edukasia. Wong Kiet Wah, Khairuddin Mardiah Hj. A, Rashinawati Abd. R, & Azlina Ahmad. (2013). Perkembangan kanak-kanak. Selangor, Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.