GOOGLE SCHOLAR PEMUDAH CARA PENULISAN ILMIAH 
Siti Fatimah Binti Dzulkifli 
Kolej Komuniti Temerloh 
ABSTRAK 
Tujuan penulisan ini adalah untuk memberi input yang berguna kepada rakan rakan sekerja yang kurang mengenali Google Scholar pada peringkat awalnya. Mereka selama ini bergantung kepada enjin carian pilihan mereka semasa membuat rujukan. Ada antaranya mengenali enjin carian Google tetapi tidak mengetahui tentang produk aplikasi yang ditawarkan oleh pihak Google. 
Penulisan ini menceritakan pengenalan enjin carian oleh Google, dan juga bagi mengenali lebih lanjut aplikasi- aplikasi yang terdapat pada Google. Fungsi – fungsi Google Scholar iaitu bagi penggunaan semasa penulisan ilmiah juga turut di tulis agar dapat di manfaatkan dengan berguna. 
Selain daripada itu, ciri - ciri yang ada pada Google Scholar iaitu “Search”, “Find”, “Locate” dan “Learn” turut dihuraikan. Maklumat berkaitan golongan pengguna Google Scholar juga dinyatakan agar kesemua golongan serta lapisan masyarakat yang menggunakan perkhidmatan enjin carian Google menyedari kehadiran aplikasi yang berguna ini. 
Kata Kunci : Google Scholar, Penulisan Ilmiah, Pemudah cara
GOOGLE SCHOLAR PEMUDAH CARA PENULISAN ILMIAH 
Siti Fatimah Binti Dzulkifli 
Kolej Komuniti Temerloh 
PENGENALAN 
Penulisan ilmiah sering digunakan untuk mempersembahkan laporan kertas kerja, projek kajian, tesis atau disertasi sama ada untuk dibentangkan di seminar, kolokium, symposium, persidangan, viva atau sekadar penulisan untuk diterbitkan. Bagi menghasilkan penulisan ilmiah, para penulis hendaklah membuat rujukan bagi melengkapkan karya tersebut. Terdapat pelbagai sumber yang boleh dijadikan sebagai punca rujukan antaranya perpustakaan, online database perpustakaan dan laman laman sesawang. Terdapat pelbagai laman laman sesawang yang menyiarkan penulisan ilmiah oleh para cendikiawan. Antara laman sesawang yang popular serta banyak di kunjungi adalah scribd, slide share dan juga google scholar. 
ENJIN CARIAN “GOOGLE” 
Terdapat ribuan enjin carian di internet masakini. Antara enjin carian yang popular adalah “Dog Pile”, “Ask”, “Duck Duck Go”, “Google”, “Bing”, “Yahoo”, “Yippy”, dan “Webpedia”. Di Malaysia kebanyakkan enjin carian yang popular adalah “Internet Explorer”, “Yahoo”, dan “Google”. Enjin carian google semakin popular di mata dunia kerana, enjin carian ini menawarkan pelbagai aplikasi untuk pengguna – penggunanya. Antara aplikasi yang ditawarkan adalah seperti di jadual 1. 
Google Maps 
Google Translate 
Google Images 
Google Calendar 
Google Books 
Google Docs 
Google Sync 
Google Drive 
Google Scholar 
Google+ 
Google News 
Google Groups 
Google Chrome 
Google Aleart 
Google Earth
Bagi tujuan penulisan ilmiah, para pengguna boleh menggunakan google images, google books, google translate dan google scholar sebagai sumber rujukan. 
GOOGLE SCHOLAR DAN FUNGSINYA 
Google Scholar adalah salah satu produk buatan google. Google Scholar adalah sebuah aplikasi yang disediakan oleh pihak google kepada pengguna google untuk membuat rujukan sumber – sumber penulisan.Pihak google telah menyediakan satu cara mudah dan meluas untuk mencari sastera ilmiah. Dengan menggunakan Google Scholar dari sesuatu tempat, pencarian maklumat boleh dilakukan merentasi pelbagai disiplin dan pelbagai sumber rujukan. Terdapat pelbagai carian dari bidang penulisan dapat dijumpai dengan menggunakan Google Scholar antaranya carian artikel, thesis, buku, abstrak dan juga pendapat mahkamah bagi kegunaan peguam. 
Google Scholar juga boleh digunakan oleh para pelajar dari peringkat sekolah sehingga peringkat university sebagai medium pencarian bahan rujukan bagi melaksanakan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Walau bagaimanapun, penggunaan Google Scholar juga tidak terhad kepada golongan pendidikan ataupun cendekiawan. Dengan adanya produk dari syarikat google ini, dapat memudahkan banyak pihak serta dapat memudahkan kerja kerja pencarian artikel – artikel, jurnal jurnal dan rujukan yang diperlukan. Indeks Google Scholar adalah sangat meluas dan banyak mencakupi pelbagai disiplin. Google Scholar juga akan membantu mengidentifikasikan pencarian yang paling releven dari seluruh bahan yang terdapat di laman sesawang di seluruh dunia. 
SUMBER CARIAN ARTIKEL GOOGLE SCHOLAR 
Terdapat berjuta juta bahan rujukan yang terdapat di internet. Google Scholar akan mencarikan data yang dikehendaki di serata pelusuk internet setelah menaip perkataan carian di enjin carian Google Scholar. Antara sumber carian yang dilakukan oleh Google Scholar adalah dari sumber penerbitan buku. Sesetengah pengguna internet
akan memuat naik buku atau ebook untuk dikongsikan kepada orang ramai, maka dari situlah terdapatnya sumber bagi pencarian. 
Selain itu sumber carian bagi google scholar juga tertumpu kepada laman laman sesawang persatuan professional. Universiti juga adalah penyumbang terbesar dalam penghasilan karya penulisan ilmiah ini. Ia juga adalah hasil karya pelajar pelajar yang dimuat naik di laman sesawang universiti. 
Selain daripada itu di zaman yang serba canggih ini, telah ada perpustakaan maya. Ia berfungsi seperti perpustakaan biasa tetapi buku serta isi kandungnya berbentuk maya. Penulis berpendapat sesuatu sumber di alam maya boleh diakses dimana mana sahaja dengan mudah. 
Laman laman web akademik juga adalah sumber carian yang dilakukan oleh google scholar. Antara laman web akademik adalah seperti Academic Web Pages . Dengan kepelbagaian sumber carian yang dilakukan oleh Google Scholar jelas lah bahawa Google Scholar dapat memberi kemudahan kepada penggunanya. 
CIRI - CIRI GOOGLE SCHOLAR 
Terdapat empat ciri ciri yang terdapat pada Google Scholar boleh disenaraikan. Ciri pertama ialah “Search” yang bermaksud carian. Ciri pertama ini menunjukkan Google Scholar mampu mencari dari pelbagai jenis sumber sumber carian dengan mudah, selain itu ianya adalah tugas khusus bagi Google Scholar. 
Bagi ciri Google Scholar yang kedua ialah “Find” yang bermaksud mendapati. Kepada pengguna pengguna Google Scholar, dengan adanya ciri ini ia akan memberi bantuan mendapatkan artikel, thesis, abstrak, jurnal akademik, kertas kajian atau pendapat mahkamah dengan segera di hujung jari anda.
Seterusnya adalah ciri bagi Google Scholar adalah iaitu “Locate” yang bermaksud mengesan. Google Scholar mampu mengesan dokumen yang lengkap melalui perpustakaan di seluruh dunia di laman sesawang perpustakaan tersebut. 
Untuk ciri yang terakhir iaitu “Learn” yang bermaksud belajar. Google Scholar juga boleh dijadikan medium pembelajaran yang berkaitan sastera – sastera ilmiah atau medium pembelajaran dalam mana mana lapangan penyelidikan. 
GOLONGAN PENGGUNA GOOGLE SCHOLAR 
Pelbagai lapisan masyarakat adalah pengguna google atau google scholar. Daripada pelbagai lapisan masyarakat tersebut dapatlah kita kelaskan mereka kepada golongan – golongan pengguna berdasarkan disiplin atau bidang tugas mereka. Golongan yang paling ramai iaitu golongan pelajar, pelajar di universiti, kolej - kolej dan juga di sekolah – sekolah. Kebanyakkan mereka dituntut melakukan penulisan ilmiah dalam tempoh pembelajaran di pusat pengajian. 
Seterusnya golongan professional iaitu mereka yang bekerja di sektor swasta mahupun sektor kerajaan. Bagi golongan professional, mereka seringkali melakukan kajian tindakandan pelbagai kajian bagi mengkatkan tahap produktiviti kerja mereka. Selain itu mereka juga melakukan kajian bagi meningkatkan pencapaian organisasi mereka seiring dengan kehendak kerajaan. 
Bagi golongan sasterawan pula mereka kerap menghasilkan sumber sumber karya sastera yang agung. Untuk menghasilkan karya karya yang bagus, kepentingan merujuk adalah keutamaan supaya karya yang dihasilkan adalah asli. 
Begitu juga bagi golongan penulis dan juga pengarang , mereka ini terdiri daripada orang yang menulis buku, bahan rujukan dan sebagainya. Keaslian sesebuah karya adalah penting agar tidak dipandang remeh oleh masyarakat.
Selain itu juga editor- editor majalah juga adalah golongan yang menggunakan Google Scholar bagi tujuan penerbitan majalah. Rujukan juga diperlukan agar hasil penerbitan karya di dalam majalah adalah tidak diulangi di mana mana sumber penulisan lain. 
TUTORIAL DAN PANDUAN PENGGUNAAN GOOGLE SCHOLAR 
1.Google scholar boleh dilayari dengan menaip www.scholar.google.com pada enjin carian yang digunakan 
2. Pilih “Google Scholar” sehingga paparan muka depan seperti contoh
3. Bagi carian biasa , keputusan carian disusun mengikut carian yang relevan dengan menggunakan teknik yang dicadangkan 
Carian bagi Terma carian 
Nama Penulis 
Masukkan nama penulis seperti contoh “author:brown” . Dengan menggunakan perkataan “author” carian akan dilimitkan pada carian nama dan mengelakkan carian pada barang atau benda. 
Tajuk 
Masukkan tajuk, atau sebahagian daripada tajuk dan ditandakan dengan tanda petikan. Contoh “creating a safety net” 
Nama dan tajuk 
Masukkan nama penulis dan perkataan tajuk seperti contoh Brown “safety net” 
Kata kunci/ frasa 
Masukkan kata kunci atau frasa di enjin carian dan gunakan tanda petikan dia antara perkataan tersebut. 
4. Hasil carian dipaparkan, paparan hanya tertumpu kepada tajuk yang dimasukkan
5. Bagi carian yang lebih maju, terdapat kemudahan aplikasi “Advanced Search Facility”. 
6. Penggunaan Advanced Search Facility dengan masukkan data pada ruang yang diminta
7. Hasil paparan daripada carian yang dilakukan. Penulisan ilmiah berkaitan tajuk yang dicari. 
TAPISAN PAPARAN MENGIKUT KEUTAMAAN 
Setiap carian yang berada di muka surat pertama hasil carian di Google Scholar adalah telah ditapis berdasarkan beberapa faktor. Pada permulaan Google Scholar akan menilai dokumen melalui cara penyelidik menghasilkan artikel. Seterusnya setelah dinilai, tapisan seterusnya berdasarkan jumlah perkataan dalam setiap dokumen yang dihasilkan. Keutamaan juga diberikan berdasarkan di manakah artikel tersebut penah disiarkan. Seterusnya tapisan juga adalah berkaitan dengan siapa penulis artikel tersebut bagi mendapat kesahihan bahawa penulisan tersebut adalah bukan diciplak. Akhir sekali, tapisan diperketatkan dengan mengambil kira kekerapan artikel disiarkan di medium sastera yang lain. 
PENUTUP 
Karya penulisan ilmiah akan menjadi lebih menarik dengan hasil rujukan yang relevan dan pelbagai. Dalam menghasilkan penulisan ilmiah, pemudah cara adalah penting bagi sesuatu tindakan atau proses, oleh itu wajar lah adanya penggunaan Google Scholar semasa melakukan penulisan ilmiah atau kajian. Selain daripada itu para pengkaji dapat menjimatkan masa, tenaga serta kos dalam penghasilan sesebuah penulisan.
RUJUKAN 
Etty Indirati, Menulis Karya Ilmiah, Gramedia Pustaka Utama, 2006 
Kyle Brumbaugh, Elizabeth Calhoon, Google Alerts and Scholar--Easy Research, 2012 
Ingrid Hsieh-Yee, Google Scholar and Its Competitors: Accessing Scholarly Resources on the Web, 2014 
Pemudah cara. http://studentsrepo.um.edu.my/2291/5/BAB_2.pdf 
Google / Google Scholar Use Guide, http://www.ciap.health.nsw.gov.au/, CIAP 
May 2012

Google Scholar Pemudah Cara Penulisan Ilmiah

  • 1.
    GOOGLE SCHOLAR PEMUDAHCARA PENULISAN ILMIAH Siti Fatimah Binti Dzulkifli Kolej Komuniti Temerloh ABSTRAK Tujuan penulisan ini adalah untuk memberi input yang berguna kepada rakan rakan sekerja yang kurang mengenali Google Scholar pada peringkat awalnya. Mereka selama ini bergantung kepada enjin carian pilihan mereka semasa membuat rujukan. Ada antaranya mengenali enjin carian Google tetapi tidak mengetahui tentang produk aplikasi yang ditawarkan oleh pihak Google. Penulisan ini menceritakan pengenalan enjin carian oleh Google, dan juga bagi mengenali lebih lanjut aplikasi- aplikasi yang terdapat pada Google. Fungsi – fungsi Google Scholar iaitu bagi penggunaan semasa penulisan ilmiah juga turut di tulis agar dapat di manfaatkan dengan berguna. Selain daripada itu, ciri - ciri yang ada pada Google Scholar iaitu “Search”, “Find”, “Locate” dan “Learn” turut dihuraikan. Maklumat berkaitan golongan pengguna Google Scholar juga dinyatakan agar kesemua golongan serta lapisan masyarakat yang menggunakan perkhidmatan enjin carian Google menyedari kehadiran aplikasi yang berguna ini. Kata Kunci : Google Scholar, Penulisan Ilmiah, Pemudah cara
  • 2.
    GOOGLE SCHOLAR PEMUDAHCARA PENULISAN ILMIAH Siti Fatimah Binti Dzulkifli Kolej Komuniti Temerloh PENGENALAN Penulisan ilmiah sering digunakan untuk mempersembahkan laporan kertas kerja, projek kajian, tesis atau disertasi sama ada untuk dibentangkan di seminar, kolokium, symposium, persidangan, viva atau sekadar penulisan untuk diterbitkan. Bagi menghasilkan penulisan ilmiah, para penulis hendaklah membuat rujukan bagi melengkapkan karya tersebut. Terdapat pelbagai sumber yang boleh dijadikan sebagai punca rujukan antaranya perpustakaan, online database perpustakaan dan laman laman sesawang. Terdapat pelbagai laman laman sesawang yang menyiarkan penulisan ilmiah oleh para cendikiawan. Antara laman sesawang yang popular serta banyak di kunjungi adalah scribd, slide share dan juga google scholar. ENJIN CARIAN “GOOGLE” Terdapat ribuan enjin carian di internet masakini. Antara enjin carian yang popular adalah “Dog Pile”, “Ask”, “Duck Duck Go”, “Google”, “Bing”, “Yahoo”, “Yippy”, dan “Webpedia”. Di Malaysia kebanyakkan enjin carian yang popular adalah “Internet Explorer”, “Yahoo”, dan “Google”. Enjin carian google semakin popular di mata dunia kerana, enjin carian ini menawarkan pelbagai aplikasi untuk pengguna – penggunanya. Antara aplikasi yang ditawarkan adalah seperti di jadual 1. Google Maps Google Translate Google Images Google Calendar Google Books Google Docs Google Sync Google Drive Google Scholar Google+ Google News Google Groups Google Chrome Google Aleart Google Earth
  • 3.
    Bagi tujuan penulisanilmiah, para pengguna boleh menggunakan google images, google books, google translate dan google scholar sebagai sumber rujukan. GOOGLE SCHOLAR DAN FUNGSINYA Google Scholar adalah salah satu produk buatan google. Google Scholar adalah sebuah aplikasi yang disediakan oleh pihak google kepada pengguna google untuk membuat rujukan sumber – sumber penulisan.Pihak google telah menyediakan satu cara mudah dan meluas untuk mencari sastera ilmiah. Dengan menggunakan Google Scholar dari sesuatu tempat, pencarian maklumat boleh dilakukan merentasi pelbagai disiplin dan pelbagai sumber rujukan. Terdapat pelbagai carian dari bidang penulisan dapat dijumpai dengan menggunakan Google Scholar antaranya carian artikel, thesis, buku, abstrak dan juga pendapat mahkamah bagi kegunaan peguam. Google Scholar juga boleh digunakan oleh para pelajar dari peringkat sekolah sehingga peringkat university sebagai medium pencarian bahan rujukan bagi melaksanakan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Walau bagaimanapun, penggunaan Google Scholar juga tidak terhad kepada golongan pendidikan ataupun cendekiawan. Dengan adanya produk dari syarikat google ini, dapat memudahkan banyak pihak serta dapat memudahkan kerja kerja pencarian artikel – artikel, jurnal jurnal dan rujukan yang diperlukan. Indeks Google Scholar adalah sangat meluas dan banyak mencakupi pelbagai disiplin. Google Scholar juga akan membantu mengidentifikasikan pencarian yang paling releven dari seluruh bahan yang terdapat di laman sesawang di seluruh dunia. SUMBER CARIAN ARTIKEL GOOGLE SCHOLAR Terdapat berjuta juta bahan rujukan yang terdapat di internet. Google Scholar akan mencarikan data yang dikehendaki di serata pelusuk internet setelah menaip perkataan carian di enjin carian Google Scholar. Antara sumber carian yang dilakukan oleh Google Scholar adalah dari sumber penerbitan buku. Sesetengah pengguna internet
  • 4.
    akan memuat naikbuku atau ebook untuk dikongsikan kepada orang ramai, maka dari situlah terdapatnya sumber bagi pencarian. Selain itu sumber carian bagi google scholar juga tertumpu kepada laman laman sesawang persatuan professional. Universiti juga adalah penyumbang terbesar dalam penghasilan karya penulisan ilmiah ini. Ia juga adalah hasil karya pelajar pelajar yang dimuat naik di laman sesawang universiti. Selain daripada itu di zaman yang serba canggih ini, telah ada perpustakaan maya. Ia berfungsi seperti perpustakaan biasa tetapi buku serta isi kandungnya berbentuk maya. Penulis berpendapat sesuatu sumber di alam maya boleh diakses dimana mana sahaja dengan mudah. Laman laman web akademik juga adalah sumber carian yang dilakukan oleh google scholar. Antara laman web akademik adalah seperti Academic Web Pages . Dengan kepelbagaian sumber carian yang dilakukan oleh Google Scholar jelas lah bahawa Google Scholar dapat memberi kemudahan kepada penggunanya. CIRI - CIRI GOOGLE SCHOLAR Terdapat empat ciri ciri yang terdapat pada Google Scholar boleh disenaraikan. Ciri pertama ialah “Search” yang bermaksud carian. Ciri pertama ini menunjukkan Google Scholar mampu mencari dari pelbagai jenis sumber sumber carian dengan mudah, selain itu ianya adalah tugas khusus bagi Google Scholar. Bagi ciri Google Scholar yang kedua ialah “Find” yang bermaksud mendapati. Kepada pengguna pengguna Google Scholar, dengan adanya ciri ini ia akan memberi bantuan mendapatkan artikel, thesis, abstrak, jurnal akademik, kertas kajian atau pendapat mahkamah dengan segera di hujung jari anda.
  • 5.
    Seterusnya adalah ciribagi Google Scholar adalah iaitu “Locate” yang bermaksud mengesan. Google Scholar mampu mengesan dokumen yang lengkap melalui perpustakaan di seluruh dunia di laman sesawang perpustakaan tersebut. Untuk ciri yang terakhir iaitu “Learn” yang bermaksud belajar. Google Scholar juga boleh dijadikan medium pembelajaran yang berkaitan sastera – sastera ilmiah atau medium pembelajaran dalam mana mana lapangan penyelidikan. GOLONGAN PENGGUNA GOOGLE SCHOLAR Pelbagai lapisan masyarakat adalah pengguna google atau google scholar. Daripada pelbagai lapisan masyarakat tersebut dapatlah kita kelaskan mereka kepada golongan – golongan pengguna berdasarkan disiplin atau bidang tugas mereka. Golongan yang paling ramai iaitu golongan pelajar, pelajar di universiti, kolej - kolej dan juga di sekolah – sekolah. Kebanyakkan mereka dituntut melakukan penulisan ilmiah dalam tempoh pembelajaran di pusat pengajian. Seterusnya golongan professional iaitu mereka yang bekerja di sektor swasta mahupun sektor kerajaan. Bagi golongan professional, mereka seringkali melakukan kajian tindakandan pelbagai kajian bagi mengkatkan tahap produktiviti kerja mereka. Selain itu mereka juga melakukan kajian bagi meningkatkan pencapaian organisasi mereka seiring dengan kehendak kerajaan. Bagi golongan sasterawan pula mereka kerap menghasilkan sumber sumber karya sastera yang agung. Untuk menghasilkan karya karya yang bagus, kepentingan merujuk adalah keutamaan supaya karya yang dihasilkan adalah asli. Begitu juga bagi golongan penulis dan juga pengarang , mereka ini terdiri daripada orang yang menulis buku, bahan rujukan dan sebagainya. Keaslian sesebuah karya adalah penting agar tidak dipandang remeh oleh masyarakat.
  • 6.
    Selain itu jugaeditor- editor majalah juga adalah golongan yang menggunakan Google Scholar bagi tujuan penerbitan majalah. Rujukan juga diperlukan agar hasil penerbitan karya di dalam majalah adalah tidak diulangi di mana mana sumber penulisan lain. TUTORIAL DAN PANDUAN PENGGUNAAN GOOGLE SCHOLAR 1.Google scholar boleh dilayari dengan menaip www.scholar.google.com pada enjin carian yang digunakan 2. Pilih “Google Scholar” sehingga paparan muka depan seperti contoh
  • 7.
    3. Bagi carianbiasa , keputusan carian disusun mengikut carian yang relevan dengan menggunakan teknik yang dicadangkan Carian bagi Terma carian Nama Penulis Masukkan nama penulis seperti contoh “author:brown” . Dengan menggunakan perkataan “author” carian akan dilimitkan pada carian nama dan mengelakkan carian pada barang atau benda. Tajuk Masukkan tajuk, atau sebahagian daripada tajuk dan ditandakan dengan tanda petikan. Contoh “creating a safety net” Nama dan tajuk Masukkan nama penulis dan perkataan tajuk seperti contoh Brown “safety net” Kata kunci/ frasa Masukkan kata kunci atau frasa di enjin carian dan gunakan tanda petikan dia antara perkataan tersebut. 4. Hasil carian dipaparkan, paparan hanya tertumpu kepada tajuk yang dimasukkan
  • 8.
    5. Bagi carianyang lebih maju, terdapat kemudahan aplikasi “Advanced Search Facility”. 6. Penggunaan Advanced Search Facility dengan masukkan data pada ruang yang diminta
  • 9.
    7. Hasil paparandaripada carian yang dilakukan. Penulisan ilmiah berkaitan tajuk yang dicari. TAPISAN PAPARAN MENGIKUT KEUTAMAAN Setiap carian yang berada di muka surat pertama hasil carian di Google Scholar adalah telah ditapis berdasarkan beberapa faktor. Pada permulaan Google Scholar akan menilai dokumen melalui cara penyelidik menghasilkan artikel. Seterusnya setelah dinilai, tapisan seterusnya berdasarkan jumlah perkataan dalam setiap dokumen yang dihasilkan. Keutamaan juga diberikan berdasarkan di manakah artikel tersebut penah disiarkan. Seterusnya tapisan juga adalah berkaitan dengan siapa penulis artikel tersebut bagi mendapat kesahihan bahawa penulisan tersebut adalah bukan diciplak. Akhir sekali, tapisan diperketatkan dengan mengambil kira kekerapan artikel disiarkan di medium sastera yang lain. PENUTUP Karya penulisan ilmiah akan menjadi lebih menarik dengan hasil rujukan yang relevan dan pelbagai. Dalam menghasilkan penulisan ilmiah, pemudah cara adalah penting bagi sesuatu tindakan atau proses, oleh itu wajar lah adanya penggunaan Google Scholar semasa melakukan penulisan ilmiah atau kajian. Selain daripada itu para pengkaji dapat menjimatkan masa, tenaga serta kos dalam penghasilan sesebuah penulisan.
  • 10.
    RUJUKAN Etty Indirati,Menulis Karya Ilmiah, Gramedia Pustaka Utama, 2006 Kyle Brumbaugh, Elizabeth Calhoon, Google Alerts and Scholar--Easy Research, 2012 Ingrid Hsieh-Yee, Google Scholar and Its Competitors: Accessing Scholarly Resources on the Web, 2014 Pemudah cara. http://studentsrepo.um.edu.my/2291/5/BAB_2.pdf Google / Google Scholar Use Guide, http://www.ciap.health.nsw.gov.au/, CIAP May 2012