Jumaat, 7 Septemeber, 2012
Penulisan jurnal praktikum 2
JURNAL 6 (3/9/2012-7/9/2012)
MINGGU 6
MASALAH / ISU
Pada minggu ini saya menghadapi masalah untuk membahagikan masa dan
memberi penumpuan antara murid yang dapat menguasai objektif pembelajaran dan
murid yang lemah dalam pelajaran. Murid yang lemah mereka lebih banyak bermain
daripada belajar. Hal ini, menyebabkan menganggu dalam proses pengajaran dan
pembelajaran murid-murid lain.
ANALISIS MASALAH
Masalah ini timbul disebabkan saya tidak dapat untuk membahagikan masa
antara murid yang lemah dan murid cepat menguasai pembelajaran. Didapati
sesetengah murid tidak memberi perhatian. Apabila saya meminta murid merumus
hasil pembelajaran, sesetengah murid tidak dapat menjawabnya dengan baik dan
tersekat-sekat. Masalah ini juga kerana peruntukan masa tidak mencukupi, ditambah
pula wujud pelbagai aktiviti-aktiviti sekolah sehingga mengurangkan masa yang telah
dirancang.
.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Semasa berjumpa dan berada dalam kelas, saya akan memikirkan cara dan
teknik dalam memahami para murid. Biasanya saya kekurang masa dalam mendekati
para murid kerana dibebani dengan tugas menyiapkan tugasan harian. Saya akan
memperuntukan masa lebih untuk memberi bimbingan selepas waktu pembelajaran
kepada murid-murid yang bermasalah. Saya juga perlu peka terhadap aras murid-
murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi memastikan situasi ini dapat
disesuaikan dengan lebih baik, saya akan terus belajar dan bertanya keperluan dan
kehendak para murid. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru
pembimbing dan guru-guru yang telah lama menabur bakti di sekolah ini serta
pensyarah pembimbing.
TEMPOH MASA
Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin supaya tidak
menimbulkan masalah kepada para murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Saya juga akan berusaha supaya murid yang lemah ini dapat menguasai proses
pengajaran dan pembelajaran secepat mungkin.
Disemak oleh Guru Pembimbing
Tandatangan : .............................................
Nama : .............................................
Tarikh : .............................................
Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing
Tandatangan : .............................................
Nama : .............................................
Tarikh : .............................................

Jurnal minggu 6

  • 1.
    Jumaat, 7 Septemeber,2012 Penulisan jurnal praktikum 2 JURNAL 6 (3/9/2012-7/9/2012) MINGGU 6 MASALAH / ISU Pada minggu ini saya menghadapi masalah untuk membahagikan masa dan memberi penumpuan antara murid yang dapat menguasai objektif pembelajaran dan murid yang lemah dalam pelajaran. Murid yang lemah mereka lebih banyak bermain daripada belajar. Hal ini, menyebabkan menganggu dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid lain. ANALISIS MASALAH Masalah ini timbul disebabkan saya tidak dapat untuk membahagikan masa antara murid yang lemah dan murid cepat menguasai pembelajaran. Didapati sesetengah murid tidak memberi perhatian. Apabila saya meminta murid merumus hasil pembelajaran, sesetengah murid tidak dapat menjawabnya dengan baik dan tersekat-sekat. Masalah ini juga kerana peruntukan masa tidak mencukupi, ditambah pula wujud pelbagai aktiviti-aktiviti sekolah sehingga mengurangkan masa yang telah dirancang. .
  • 2.
    CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Semasa berjumpadan berada dalam kelas, saya akan memikirkan cara dan teknik dalam memahami para murid. Biasanya saya kekurang masa dalam mendekati para murid kerana dibebani dengan tugas menyiapkan tugasan harian. Saya akan memperuntukan masa lebih untuk memberi bimbingan selepas waktu pembelajaran kepada murid-murid yang bermasalah. Saya juga perlu peka terhadap aras murid- murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi memastikan situasi ini dapat disesuaikan dengan lebih baik, saya akan terus belajar dan bertanya keperluan dan kehendak para murid. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru pembimbing dan guru-guru yang telah lama menabur bakti di sekolah ini serta pensyarah pembimbing. TEMPOH MASA Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin supaya tidak menimbulkan masalah kepada para murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Saya juga akan berusaha supaya murid yang lemah ini dapat menguasai proses pengajaran dan pembelajaran secepat mungkin. Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan : ............................................. Nama : ............................................. Tarikh : ............................................. Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing Tandatangan : ............................................. Nama : ............................................. Tarikh : .............................................