KATA NAMA AM DAN KATA NAMA KHAS

1. Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas.
Nama Am
2.        Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang
bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan,
tempat , benda, dan sebagainya.
Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau
umum.
     manusia , orang          ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll
     binatang                 ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll
     tumbuh- tumbuhan         pokok, betik, rumput, lalang dll
     benda                    pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll
 tempat                       pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll
3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:
(a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat
(b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.
4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama
terbitan.
5. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:
         buai - buaian
         tua - ketua
         raja - kerajaan
         tahu – pengetahuan
Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
Contoh:
Dia sedang menjinakkan seekor gajah.       Pada akhir ayat
Gajah itu berbadan besar.                  Pada awal ayat
Kata Nama Khas


1.    Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut
nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.
2.   Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.
Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan
sebagainya.


Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.
      a)   benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
      b)   orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
      c)      binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
      d)   tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll


Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
                manusia              Zaidi, Mei Fong,
                                     Subramaniam
                binatang             Tompok (kucing),
                                     Jalak (ayam)
                tempat               Muar (daerah),
                                     Seremban (bandar),
                                     Jepun (negara)
                bangunan             Pudu Raya (perhentian bas dan teksi),
                                     Menara Tun Razak (pejabat)
                judul buku           Keluarga (majalah),
                                     Rentong (novel),
                                     Kamus Dewan ( buku)
                benda                Proton Perdana(kereta),
                                     Pilot (pen),
                                     Seiko (jam)
Latihan

Isi tempat kosong dengan kata yang sesuai.

  Melaka           garam        Universiti Malaya         dewan       Alba
  bangau           Comel        kampung                   gelas       Solusi




1. Sudah lama saya tidak menjenguk nenek di ……………….
2. Setinggi-tinggi………………..terbang, akhirnya hinggap di belakang

  kerbau juga.
3. Majalah…………………..akan diterbitkan tidak lama lagi.
4. "Masukkan secubit,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,ke dalam masakan itu," kata

   ibu.
5. Kakak saya bekas mahasiswi……………………….
6. Tambang bas dari…………………………ke sini ialah lima ringgit.
7. Adik sungguh sayang akan …………………………
8. Murid-murid diminta berkumpul di ……………………………
9. ………………………itu jatuh ke lantai lalu pecah.
10. Abang menghadiahi saya sebuah jam tangan ………………………

Kata nama am dan kata nama khas

  • 1.
    KATA NAMA AMDAN KATA NAMA KHAS 1. Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas. Nama Am 2. Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya. Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum. manusia , orang ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll binatang ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll tumbuh- tumbuhan pokok, betik, rumput, lalang dll benda pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll tempat pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll 3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang: (a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat (b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan. 4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan. 5. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan: buai - buaian tua - ketua raja - kerajaan tahu – pengetahuan Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat. Contoh: Dia sedang menjinakkan seekor gajah. Pada akhir ayat Gajah itu berbadan besar. Pada awal ayat
  • 2.
    Kata Nama Khas 1. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. 2. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya. Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. a) benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll b) orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll c) binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll d) tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar. manusia Zaidi, Mei Fong, Subramaniam binatang Tompok (kucing), Jalak (ayam) tempat Muar (daerah), Seremban (bandar), Jepun (negara) bangunan Pudu Raya (perhentian bas dan teksi), Menara Tun Razak (pejabat) judul buku Keluarga (majalah), Rentong (novel), Kamus Dewan ( buku) benda Proton Perdana(kereta), Pilot (pen), Seiko (jam)
  • 3.
    Latihan Isi tempat kosongdengan kata yang sesuai. Melaka garam Universiti Malaya dewan Alba bangau Comel kampung gelas Solusi 1. Sudah lama saya tidak menjenguk nenek di ………………. 2. Setinggi-tinggi………………..terbang, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga. 3. Majalah…………………..akan diterbitkan tidak lama lagi. 4. "Masukkan secubit,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,ke dalam masakan itu," kata ibu. 5. Kakak saya bekas mahasiswi………………………. 6. Tambang bas dari…………………………ke sini ialah lima ringgit. 7. Adik sungguh sayang akan ………………………… 8. Murid-murid diminta berkumpul di …………………………… 9. ………………………itu jatuh ke lantai lalu pecah. 10. Abang menghadiahi saya sebuah jam tangan ………………………