SEKOLAH KEBANGSAAN JIJAN,
71800 NILAI, NEGERI SEMBILAN.
KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS
TAHUN 2020
KUMPULAN
JAWATANKUASA PENGAWAS SEKOLAH
TARIKH
21-22 FEBRUARI 2020
TEMPAT
ASIACAMP SEMENYIH
1.0 PENDAHULUAN
Sekolah Kebangsaan Jijan akan mengadakan Kursus Kepimpinan Pengawas khusus untuk
melatih pemimpin cilik menunjukkan sahsiah dan ketrampilan diri yang positif agar dapat
dijadikan contoh dan teladan kepada murid-murid lain.
Kursus Kepimpinan Pengawas adalah salah satu saluran pendidikan luar bilik darjah yang amat
berkesan dalam usaha meningkatkan keyakinan dan ketrampilan diri. Program ini perlu diadakan
sebagai wadah membentuk dan melahirkan pemimpin cilik yang mempunyai karisma kepimpinan
khususnya dalam menjalankan tugas harian. Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, pemimpin
cilik akan didedahkan dengan suatu persekitaran baru. Ia juga memberikan satu rasa dengan
menanam sifat keberanian dan kepercayaan internal dan intrapersonal.
Pada tahun ini, Unit Disiplin Pengawas Sekolah Kebangsaan Jijan mengelolakan Kursus
Kepimpinan Pengawas yang melibatkan semua Pengawas Sekolah bertempat di Asiacamp,
Semenyih,Selangor. Pemimpin cilik ini terdiri dari tahun 3, 4, 5 dan tahun 6. Dengan semangat
dan kepercayaan, adalah diharapkan program ini akan mencapai objektifnya. Adalah sangat
diharapkan agar Kursus Kepimpinan Pengawas ini akan dapat memberikan peluang kepada
pemimpin cilik menonjolkan kemampuan diri mereka. Di samping menimba pengalaman, program
ini nanti akan dapat mengeratkan tali persaudaraan sesama pemimpin cilik dan juga guru – guru.
Ketrampilan pemimpin cilik mencerminkan personaliti dan ketokohan kepimpinan murid-
murid Sekolah Kebangsaan Jijan yang dibentuk melalui acuan guru-guru. Maka diharapkan
program ini mendapat sumbangan bagi membantu merealisasikan objektif program ini. Kerjasama
daripada semua pihak juga diperlukan untuk memudahkan perjalanan program seperti yang
dirancang.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Membina daya kepimpinan yang berkualiti dan berkesan.
2.2 Membina individu yang berkeyakinan dan berketrampilan dalam potensi diri.
2.3 Menerap rasa tanggungjawab, suka terhadap persekitaran dan dapat melaksanakan tugas
dengan jujur, amanah dan dedikasi.
2.4 Meningkatkan kemahiran kepimpinan dan komunikasi yang berkesan.
2.5 Melahirkan pemimpin yang dapat dijadikan “role model” oleh murid-murid lain.
2.6 Membentuk semangat kerjasama di dalam sesuatu organisasi bagi merealisasikan misi
dan visi organisasi.
3.0 TARIKH DAN TEMPAT
Tarikh : 21 – 22 Februari 2020
Masa : 2 Hari 1 Malam
Hari : Jumaat hingga Sabtu
Tempat : AsiaCamp Kompleks, Lot No. PT 1214 KM Ulu Semenyih, 6, Jalan Sungai
Lalang, 43500 Semenyih, Selangor
4.0 KUMPULAN SASARAN
Pengawas Sekolah Kebangsaan Jijan ( Tahun 3,4,5 dan 6)
5.0 PESERTA (Lampiran 1)
Program ini akan disertai oleh:
5.1 Pengawas Sekolah (35 orang Pengawas)
5.2 Pembimbing Rakan Sebaya ( 5 Orang)
5.3 Guru Penasihat dan Guru Pengiring ( 4 Orang)
6.0 TENTATIF PROGRAM
0700
0745
0830
1030
1100
1300
1430
1630
1715
1900
2100
2300
2330
Hari1
ICE
BREAKIN
G &
MIND
SETTING
MakanTghr
INTELECTU
AL
‘Explorace’
MinumPetang
PROACTI
VE
‘Obstacles
Course’
MakanMalam
POSITIV
E
‘Nite
Walk
Rally
Supper
Sleep
Hari2
Aerobicexercise
Sarapan
MISSIO
N &
VISION
‘Jungle
Tracking
’
MinumPagi
NURTUR
E
‘Indoor
Games’ MknTghr
Conclusion &
Closing
Ceremony
7.0 ANGGARAN BELANJAWAN
Bil Perkara Perbelanjaan Jumlah
1 Pakej Leadership Module, Makan dan
Dorm 40 Peserta dan 4 orang guru
(termasuk SST 6%)
RM125 x 40 orang RM 5000
2 Pengangkutan RM 25 x 40 RM 1000
3 Insuran RM 150 RM 150
Jumlah RM 6150
Sumber Kewangan : Sumbangan PIBG = RM 1000.00
: Kutipan daripada peserta = RM 5150.00
JUMLAH = RM 6150.00
8.0 SENARAI NAMA AJK INDUK DAN AJK KERJA
Penaung : Puan Rafeah Binti Ismail
Pengerusi : En Zahiruddin Bin Amirudin
Penasihat : En Mohd Fairuz Nizam Bin Salleh Udin
Penyelaras : Puan Nurul Huda Binti Zainal Abidin
Setiausaha : Puan Nadiah Binti Mohammad
Bendahari : Puan Nurul Huda Binti Muhamad
Ahli Jawatankuasa Kerja
Peralatan & Teknikal : Encik Azhar Bin Punandir
: Encik Izwar Arfany Bin Abd Jais
Kerohanian & Disiplin : Encik Mohd Rusydan Bin Osman
: Puan Vasanthi A/P Manickam
Buku Program : Puan Wan Ilyani Yusrina Binti Dato’ Wan Mustama
Cenderamata & Sijil : Puan Sa’adatul Jannah Binti Abd Jalil
Keselamatan : Encik Shamsul Kamar Bin Ariffin
Dokumentasi : Puan Rodziah Binti Zainal
Fasilitator : Semua Guru Disiplin
9.0 PENUTUP
Diharapkan program ini dapat mencapai objektif yang sedia dirangka dengan semangat
kerjasama yang jitu dan erat . Komitmen yang tidak berbelah bagi daripada semua pihak
adalah teras ke arah pencapaian kejayaan yang gilang gemilang.
Disediakan oleh : Diluluskan oleh :
(NADIAH BINTI MOHAMMAD) (RAFEAH BINTI ISMAIL)
Setiausaha, Guru Besar,
Kursus Kepimpinan Pengawas, Sekolah Kebangsaan Jijan
Sekolah Kebangsaan Jijan

Kertas Kerja Kem Kepimpinan Pengawas

  • 1.
    SEKOLAH KEBANGSAAN JIJAN, 71800NILAI, NEGERI SEMBILAN. KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS TAHUN 2020 KUMPULAN JAWATANKUASA PENGAWAS SEKOLAH TARIKH 21-22 FEBRUARI 2020 TEMPAT ASIACAMP SEMENYIH
  • 2.
    1.0 PENDAHULUAN Sekolah KebangsaanJijan akan mengadakan Kursus Kepimpinan Pengawas khusus untuk melatih pemimpin cilik menunjukkan sahsiah dan ketrampilan diri yang positif agar dapat dijadikan contoh dan teladan kepada murid-murid lain. Kursus Kepimpinan Pengawas adalah salah satu saluran pendidikan luar bilik darjah yang amat berkesan dalam usaha meningkatkan keyakinan dan ketrampilan diri. Program ini perlu diadakan sebagai wadah membentuk dan melahirkan pemimpin cilik yang mempunyai karisma kepimpinan khususnya dalam menjalankan tugas harian. Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, pemimpin cilik akan didedahkan dengan suatu persekitaran baru. Ia juga memberikan satu rasa dengan menanam sifat keberanian dan kepercayaan internal dan intrapersonal. Pada tahun ini, Unit Disiplin Pengawas Sekolah Kebangsaan Jijan mengelolakan Kursus Kepimpinan Pengawas yang melibatkan semua Pengawas Sekolah bertempat di Asiacamp, Semenyih,Selangor. Pemimpin cilik ini terdiri dari tahun 3, 4, 5 dan tahun 6. Dengan semangat dan kepercayaan, adalah diharapkan program ini akan mencapai objektifnya. Adalah sangat diharapkan agar Kursus Kepimpinan Pengawas ini akan dapat memberikan peluang kepada pemimpin cilik menonjolkan kemampuan diri mereka. Di samping menimba pengalaman, program ini nanti akan dapat mengeratkan tali persaudaraan sesama pemimpin cilik dan juga guru – guru. Ketrampilan pemimpin cilik mencerminkan personaliti dan ketokohan kepimpinan murid- murid Sekolah Kebangsaan Jijan yang dibentuk melalui acuan guru-guru. Maka diharapkan program ini mendapat sumbangan bagi membantu merealisasikan objektif program ini. Kerjasama daripada semua pihak juga diperlukan untuk memudahkan perjalanan program seperti yang dirancang.
  • 3.
    2.0 OBJEKTIF 2.1 Membinadaya kepimpinan yang berkualiti dan berkesan. 2.2 Membina individu yang berkeyakinan dan berketrampilan dalam potensi diri. 2.3 Menerap rasa tanggungjawab, suka terhadap persekitaran dan dapat melaksanakan tugas dengan jujur, amanah dan dedikasi. 2.4 Meningkatkan kemahiran kepimpinan dan komunikasi yang berkesan. 2.5 Melahirkan pemimpin yang dapat dijadikan “role model” oleh murid-murid lain. 2.6 Membentuk semangat kerjasama di dalam sesuatu organisasi bagi merealisasikan misi dan visi organisasi. 3.0 TARIKH DAN TEMPAT Tarikh : 21 – 22 Februari 2020 Masa : 2 Hari 1 Malam Hari : Jumaat hingga Sabtu Tempat : AsiaCamp Kompleks, Lot No. PT 1214 KM Ulu Semenyih, 6, Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih, Selangor 4.0 KUMPULAN SASARAN Pengawas Sekolah Kebangsaan Jijan ( Tahun 3,4,5 dan 6) 5.0 PESERTA (Lampiran 1) Program ini akan disertai oleh: 5.1 Pengawas Sekolah (35 orang Pengawas) 5.2 Pembimbing Rakan Sebaya ( 5 Orang) 5.3 Guru Penasihat dan Guru Pengiring ( 4 Orang)
  • 4.
    6.0 TENTATIF PROGRAM 0700 0745 0830 1030 1100 1300 1430 1630 1715 1900 2100 2300 2330 Hari1 ICE BREAKIN G& MIND SETTING MakanTghr INTELECTU AL ‘Explorace’ MinumPetang PROACTI VE ‘Obstacles Course’ MakanMalam POSITIV E ‘Nite Walk Rally Supper Sleep Hari2 Aerobicexercise Sarapan MISSIO N & VISION ‘Jungle Tracking ’ MinumPagi NURTUR E ‘Indoor Games’ MknTghr Conclusion & Closing Ceremony 7.0 ANGGARAN BELANJAWAN Bil Perkara Perbelanjaan Jumlah 1 Pakej Leadership Module, Makan dan Dorm 40 Peserta dan 4 orang guru (termasuk SST 6%) RM125 x 40 orang RM 5000 2 Pengangkutan RM 25 x 40 RM 1000 3 Insuran RM 150 RM 150 Jumlah RM 6150 Sumber Kewangan : Sumbangan PIBG = RM 1000.00 : Kutipan daripada peserta = RM 5150.00 JUMLAH = RM 6150.00
  • 5.
    8.0 SENARAI NAMAAJK INDUK DAN AJK KERJA Penaung : Puan Rafeah Binti Ismail Pengerusi : En Zahiruddin Bin Amirudin Penasihat : En Mohd Fairuz Nizam Bin Salleh Udin Penyelaras : Puan Nurul Huda Binti Zainal Abidin Setiausaha : Puan Nadiah Binti Mohammad Bendahari : Puan Nurul Huda Binti Muhamad Ahli Jawatankuasa Kerja Peralatan & Teknikal : Encik Azhar Bin Punandir : Encik Izwar Arfany Bin Abd Jais Kerohanian & Disiplin : Encik Mohd Rusydan Bin Osman : Puan Vasanthi A/P Manickam Buku Program : Puan Wan Ilyani Yusrina Binti Dato’ Wan Mustama Cenderamata & Sijil : Puan Sa’adatul Jannah Binti Abd Jalil Keselamatan : Encik Shamsul Kamar Bin Ariffin Dokumentasi : Puan Rodziah Binti Zainal Fasilitator : Semua Guru Disiplin 9.0 PENUTUP Diharapkan program ini dapat mencapai objektif yang sedia dirangka dengan semangat kerjasama yang jitu dan erat . Komitmen yang tidak berbelah bagi daripada semua pihak adalah teras ke arah pencapaian kejayaan yang gilang gemilang. Disediakan oleh : Diluluskan oleh : (NADIAH BINTI MOHAMMAD) (RAFEAH BINTI ISMAIL) Setiausaha, Guru Besar, Kursus Kepimpinan Pengawas, Sekolah Kebangsaan Jijan Sekolah Kebangsaan Jijan