PPB merupakan strategi KPM untuk memastikan guru dan pemimpin sekolah meningkatkan kompetensi secara berterusan melalui pelbagai aktiviti sepanjang kerjaya bagi meningkatkan kualiti pendidikan dan memenuhi keperluan abad ke-21. Pelaksanaan PPB perlu sistematik dan memberi penekanan kepada pembelajaran kendiri. Guru dan pemimpin sekolah yang berkembang secara profesional akan menghasilkan murid yang berjaya.