1.0 PENDAHULUAN
Kepimpinan pengetua dan guru besar memerlukan pengetahuan, kecekapan,
pengalaman mengajar dan mentadbir yang tinggi. Pengetua dan guru besar sebagai
pemimpin pengajaran dan sekali gus sebagai pengurus pendidikan di sekolah menjadi faktor
utama kepada bukan sahaja kejayaan sebuah sekolah, bahkan dengan kepimpinan dan
pengurusannya dengan misi dan visinya boleh menentukan hala tuju institusi pendidikan
nasional yang diamanahkan kepadanya (Day et al., 2000). Menurut Ishak (2004; 2001) dan
Flath & Findley (1992). lagi, pengetua dan guru besar adalah orang yang penting di sekolah
kerana mereka adalah ketua, pengurus dan juga pemimpin. Sebagai seorang pemimpin
sewajarnya mereka mempunyai keupayaan mempengaruhi guru-guru dalam melaksanakan
tugas-tugas di sekolah. Keupayaan pemimpin sekolah yang mampu melaksanakan
perubahan di sekolah turut menjadi indikator yang membezakan antara sekolah yang
berjaya dengan sekolah yang sebaliknya (Edmonds, 1979; Findley & Findley, 1992;
Mortimore, 1993). Hussein (1997) pula berpendapat bahawa kepimpinan pengetua di
sekolah merangkumi kepemimpinan pengajaran dan kepemimpinan pendidikan. Kepimpinan
pendidikan memerlukan sentuhan teknologi pengajaran bagi menghasilkan pengurusan
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ke arah melahirkan murid cemerlang dalam
bidang akademik (Anderson & Coralyn, 1987; Blase & Blasรฉ, 1998).). Di samping itu,
pengetua dan guru besar turut perlu mempunyai kemahiran pengajaran yang tinggi supaya
dapat memberi bimbingan yang efektif dalam aspek pengajaran kepada guru-guru. Dengan
memiliki pengetahuan yang tinggi dan pengalaman yang meluas dalam bidang pengajaran,
pemimpin sekolah akan lebih dihormati dan seterusnya dapat memperbaiki amalan-amalan
pengajaran dan pembelajaran agar nantinya dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang
dalam bidang akademik dan koakademik.
Kecemerlangan sesebuah sekolah sering dikatakan mempunyai hubungan dengan
tahap kepercayaan dan komitmen yang dimiliki oleh stafnya. Komitmen anggota organisasi
merupakan faktor penting bagi sebuah sekolah dalam menciptakan kelangsungan
pengurusan dalam organisasi. Komitmen terhadap organisasi merujuk kepada individu yang
mempunyai kepercayaan dan penerimaan yang kuat terhadap matlamat dan nilai organisasi,
kesanggupan membuat sesuatu bagi pihak organisasi dan mempunyai hasrat yang tinggi
untuk mengekalkan keanggotaannya di dalam organisasi. Lazimnya, hubungan antara
kepercayaan dan komitmen akan wujud apabila pekerja mendapat kepuasan setelah
keperluannya dipenuhi oleh pemimpin organisasi manakala pemimpin turut akan mendapat
kepuasan apabila pekerjanya dapat mencapai tingkat produktiviti dan prestasi yang tinggi.
Bagi Tyler & Kramer (1996) pula, yang kepercayaan yang tinggi dalam kalangan ahli-ahli
organisasi boleh menggalakkan kerjasama dan mampu mewujudkan peranan tambahan
dalam kalangan ahli-ahli organisasi iaitu ahli dalam organisasi akan berkhidmat melebihi
daripada jangkaan yang nantinya akan meningkatkan prestasi organisasi (Doney et al, 1998;
Mishra, 1996; Rousseau et al., 1998). Pendapat ini juga telah disokong oleh Rajnandini et al.
(2003) yang menyatakan bahawa kepercayaan pekerja adalah faktor penting untuk
menentukan hubungkait antara kepimpinan dengan kepuasan kerja staf iaitu sebagai
pemimpin organisasi, mereka perlu menggerakkan komitmen pengikut ke arah pencapaian
visi. Sebaliknya, pemimpin yang tidak dipercayai oleh pengikut akan menyebabkan visi
organisasi sukar untuk direalisasi (Tschannen-Moran, 2001; 2004; Hoy & Tschannen-
Moran,1999). Pengikut yang mempunyai kepercayaan yang tinggi serta merasa taksub
kepada pemimpinnakan sanggup berubah mengikut acuan pemimpin malah bersedia untuk
menanggung risiko. Manakala, Van Dyne et al. (2000) pula berpendapat bahawa pekerja
yang mempunyai tahap kepercayaan yang rendah bukan sahaja akan kurang terlibat dalam
amalan pengurusan organisasi malah mereka akan mengasingkan diri atau isolasi daripada
persekitaran organisasi kerana mereka merasakan diri mereka tidak dilayan dengan adil oleh
pihak pengurusan atau kepimpinan organisasi. Bagi Yui-Tim Wong et al. (2006) pula,
pengikut akan lebih percaya kepada kepimpinan dan pengurusan organisasi sekiranya
diberikan layan yang adil dan saksama dan mengambil berat akan kebajikan mereka.
Secara teoritikal, komitmen terhadap organisasi merupakan piawaian untuk
mengukur penerimaan pekerja terhadap organisasi. Di samping itu, komitmen juga dapat
memberi interpretasi awal tentang penerimaan pekerja terhadap organisasi melalui tingkah
laku yang menjurus kepada peningkatan dalam produktiviti (Meyer & Allen 1997; Murray et
al., 1991). Umum mengetahui bahawa staf yang berkomitmen tinggi lebih mementingkan
pekerjaan dan tugas dalam memenuhi kemahuan organisasi berbanding keperluan sendiri.
Sebaliknya, staf yang mempunyai tahap komitmen yang rendah pula didapati melakukan
tingkah laku yang mengurangkan produktiviti seperti melambatkan kerja, tiada di tempat
kerja, mementingkan hal peribadi dan tidak mahu bekerja lebih masa (Potvin, 1991). Oleh
itu, komitmen guru terhadap sekolah dianggap teras utama dalam menentukan kejayaan
sesebuah sistem pendidikan sesebuah negara kerana guru adalah pelaksana setiap dasar
pendidikan (DiPaola et al. 2005; Leithwood et al. 2006) yang telah digubal. Merujuk kepada
definisi komitmen dalam bidang pendidikan, Firestone dan Rosenbaum (1988)
mentakrifkannya sebagai reaksi emosional dan afektif guru terhadap profesion. Manakala,
takrifan beberapa sarjana (Mowday et al., 1982, Downs, 1991; Gamon, 1991; Rosenholtz &
Simpson, 1990) komitmen guru adalah lambang ketaatan dan kepatuhan kepada sekolah,
profesion, nilai dan etika kerja. Pendek kata, dapat dirumuskan bahawa komitmen guru
terhadap sekolah merupakan faktor utama dalam merealisasikan aspirasi pendidikan kerana
guru yang komited dan percaya kepada kepimpinan sekolah dianggap sebagai modal insan
yang menjadi tunggak kepada pembangunan pendidikan sebuah negara. Justeru, guru yang
berkomitmen tinggi dan percaya kepada kepimpinan organisasi akan sentiasa berpandangan
positif malah beranggapan bahawa pemimpin dan sekolah akan mengutamakan mereka,
menjaga malah memastikan kebajikan mereka tidak terabai. Ini membuktikan bahawa
kejayaan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada bagaimana pemimpin
mengamalkan strategi dan tindakan kepimpinan yang efektif malah diterima oleh pengikut
(Abdul Shukor, 1991; Ab Aziz, 2003).
JawapanSoalan1
Kelemahan gaya komunikasi guru besar boleh
menjadi punca utama kepada perselisihan
faham dalam organisasi pendidikan seperti se
kolah, kerana kemungkinan idea atau mesej yang
hendak disampaikan oleh guru besar tidak dapat
difahami oleh guru-guru yang akhirnya akan
menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan
guruguru. Sebahagian be
sar guru besar pula
kurang mementingkan aspek komunikasi berkesan
semasa menjalankan urusan pentadbiran
khususnya ketika menyalurkan mesej atau maklumat kepada subordinat di
bawahnya.
Gaya komunikasi guru besar adalah subjektif
dan sukar diramal. Guru-guru kerap kali
berdepan dengan komunikasi yang tidak seragam, be
rubah dan beranika jeni
s. Setiap guru akan
mempunyai pendapat masing-masing terhadap
gaya komunikasi guru besar yang mungkin
dipengaruhi oleh faktor jantina, umur, lata
rbelakang etnik, kategori
perkhidmatan, jawatan
disandang dan juga pengalaman mengajar guru terseb
ut. Keadaan ini dilihat antara faktor-faktor
yang memainkan peranan penting dalam mene
ntukan kejayaan sekolah dan pencapaian
akademik pelajar serta kepuasan bekerja guru di sekolah.
Seorang guru besar yang mempunyai daya
kepimpinan yang tinggi juga mempunyai
perhubungan yang baik dan rapat dengan ora
ng bawahnya. Beliau mengenali kakitangannya
sebagai individu yang tersendiri
dan jarang berkasar dengan orang bawahnya (Ibrahim, 1999).
Pernyataan ini juga pernah disuarakan ol
eh Kamaruddin (1989) yang menyatakan bahawa
kegagalan komunikasi atau
kurang berkomunikasi boleh me
nyebabkan syak wasangka, salah
anggap atau curiga di kalangan
pelajar, guru-guru da
n kakitangan sekolah yang seterusnya akan
menjurus kepada kemerosotan sema
ngat guru di sekolah keseluruhannya.
Kemahiran komunikasi guru besar mam
pu mempengaruhi tahap pembangunan dan
kelangsungan organisasi. Komunikasi berkesan
merupakan elemen penting dalam pengurusan
organisasi. Kebolehan pengurus menyampaikan
maklumat dengan jelas serta bebas dari
kekeliruan membangkitkan dorongan bekerja
yang tinggi di kalangan subordinat, mengelak
daripada berlakunya konflik dan salah faha
m, serta membangkitkan perasaan saling
mempercayai antara satu sama lain. Dalam melaksanakan urusan harian guru
besar akan
menggunakan mekanisme komunikasi untuk melaks
anakan empat aspek penting pengurusan
iaitu perancangan, pengorganisasi
an, kepimpinan dan pemantauan. Guru besar akan berhadapan
dengan pelbagai perilaku daripada warga sekol
ah ataupun masyarakat luar yang memerlukan
kebolehan guru besar sebagai penghubung, pe
ngurus dan pembuat keputusan. Memandangkan
pentingnya komunikasi dalam se
sebuah sekolah, guru besar perlu
memberi perhatian kepadanya.
Guru besar dari semasa kesemasa perlu mem
buat kajian atau pen
ilaian tentang amalan
komunikasi supaya dapat memperbaiki cara be
rkomunikasi ke arah yang lebih berkesan

Pendahuluan

  • 1.
    1.0 PENDAHULUAN Kepimpinan pengetuadan guru besar memerlukan pengetahuan, kecekapan, pengalaman mengajar dan mentadbir yang tinggi. Pengetua dan guru besar sebagai pemimpin pengajaran dan sekali gus sebagai pengurus pendidikan di sekolah menjadi faktor utama kepada bukan sahaja kejayaan sebuah sekolah, bahkan dengan kepimpinan dan pengurusannya dengan misi dan visinya boleh menentukan hala tuju institusi pendidikan nasional yang diamanahkan kepadanya (Day et al., 2000). Menurut Ishak (2004; 2001) dan Flath & Findley (1992). lagi, pengetua dan guru besar adalah orang yang penting di sekolah kerana mereka adalah ketua, pengurus dan juga pemimpin. Sebagai seorang pemimpin sewajarnya mereka mempunyai keupayaan mempengaruhi guru-guru dalam melaksanakan tugas-tugas di sekolah. Keupayaan pemimpin sekolah yang mampu melaksanakan perubahan di sekolah turut menjadi indikator yang membezakan antara sekolah yang berjaya dengan sekolah yang sebaliknya (Edmonds, 1979; Findley & Findley, 1992; Mortimore, 1993). Hussein (1997) pula berpendapat bahawa kepimpinan pengetua di sekolah merangkumi kepemimpinan pengajaran dan kepemimpinan pendidikan. Kepimpinan pendidikan memerlukan sentuhan teknologi pengajaran bagi menghasilkan pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ke arah melahirkan murid cemerlang dalam bidang akademik (Anderson & Coralyn, 1987; Blase & Blasรฉ, 1998).). Di samping itu, pengetua dan guru besar turut perlu mempunyai kemahiran pengajaran yang tinggi supaya dapat memberi bimbingan yang efektif dalam aspek pengajaran kepada guru-guru. Dengan memiliki pengetahuan yang tinggi dan pengalaman yang meluas dalam bidang pengajaran, pemimpin sekolah akan lebih dihormati dan seterusnya dapat memperbaiki amalan-amalan pengajaran dan pembelajaran agar nantinya dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan koakademik. Kecemerlangan sesebuah sekolah sering dikatakan mempunyai hubungan dengan tahap kepercayaan dan komitmen yang dimiliki oleh stafnya. Komitmen anggota organisasi merupakan faktor penting bagi sebuah sekolah dalam menciptakan kelangsungan pengurusan dalam organisasi. Komitmen terhadap organisasi merujuk kepada individu yang mempunyai kepercayaan dan penerimaan yang kuat terhadap matlamat dan nilai organisasi, kesanggupan membuat sesuatu bagi pihak organisasi dan mempunyai hasrat yang tinggi untuk mengekalkan keanggotaannya di dalam organisasi. Lazimnya, hubungan antara kepercayaan dan komitmen akan wujud apabila pekerja mendapat kepuasan setelah keperluannya dipenuhi oleh pemimpin organisasi manakala pemimpin turut akan mendapat kepuasan apabila pekerjanya dapat mencapai tingkat produktiviti dan prestasi yang tinggi. Bagi Tyler & Kramer (1996) pula, yang kepercayaan yang tinggi dalam kalangan ahli-ahli
  • 2.
    organisasi boleh menggalakkankerjasama dan mampu mewujudkan peranan tambahan dalam kalangan ahli-ahli organisasi iaitu ahli dalam organisasi akan berkhidmat melebihi daripada jangkaan yang nantinya akan meningkatkan prestasi organisasi (Doney et al, 1998; Mishra, 1996; Rousseau et al., 1998). Pendapat ini juga telah disokong oleh Rajnandini et al. (2003) yang menyatakan bahawa kepercayaan pekerja adalah faktor penting untuk menentukan hubungkait antara kepimpinan dengan kepuasan kerja staf iaitu sebagai pemimpin organisasi, mereka perlu menggerakkan komitmen pengikut ke arah pencapaian visi. Sebaliknya, pemimpin yang tidak dipercayai oleh pengikut akan menyebabkan visi organisasi sukar untuk direalisasi (Tschannen-Moran, 2001; 2004; Hoy & Tschannen- Moran,1999). Pengikut yang mempunyai kepercayaan yang tinggi serta merasa taksub kepada pemimpinnakan sanggup berubah mengikut acuan pemimpin malah bersedia untuk menanggung risiko. Manakala, Van Dyne et al. (2000) pula berpendapat bahawa pekerja yang mempunyai tahap kepercayaan yang rendah bukan sahaja akan kurang terlibat dalam amalan pengurusan organisasi malah mereka akan mengasingkan diri atau isolasi daripada persekitaran organisasi kerana mereka merasakan diri mereka tidak dilayan dengan adil oleh pihak pengurusan atau kepimpinan organisasi. Bagi Yui-Tim Wong et al. (2006) pula, pengikut akan lebih percaya kepada kepimpinan dan pengurusan organisasi sekiranya diberikan layan yang adil dan saksama dan mengambil berat akan kebajikan mereka. Secara teoritikal, komitmen terhadap organisasi merupakan piawaian untuk mengukur penerimaan pekerja terhadap organisasi. Di samping itu, komitmen juga dapat memberi interpretasi awal tentang penerimaan pekerja terhadap organisasi melalui tingkah laku yang menjurus kepada peningkatan dalam produktiviti (Meyer & Allen 1997; Murray et al., 1991). Umum mengetahui bahawa staf yang berkomitmen tinggi lebih mementingkan pekerjaan dan tugas dalam memenuhi kemahuan organisasi berbanding keperluan sendiri. Sebaliknya, staf yang mempunyai tahap komitmen yang rendah pula didapati melakukan tingkah laku yang mengurangkan produktiviti seperti melambatkan kerja, tiada di tempat kerja, mementingkan hal peribadi dan tidak mahu bekerja lebih masa (Potvin, 1991). Oleh itu, komitmen guru terhadap sekolah dianggap teras utama dalam menentukan kejayaan sesebuah sistem pendidikan sesebuah negara kerana guru adalah pelaksana setiap dasar pendidikan (DiPaola et al. 2005; Leithwood et al. 2006) yang telah digubal. Merujuk kepada definisi komitmen dalam bidang pendidikan, Firestone dan Rosenbaum (1988) mentakrifkannya sebagai reaksi emosional dan afektif guru terhadap profesion. Manakala, takrifan beberapa sarjana (Mowday et al., 1982, Downs, 1991; Gamon, 1991; Rosenholtz & Simpson, 1990) komitmen guru adalah lambang ketaatan dan kepatuhan kepada sekolah, profesion, nilai dan etika kerja. Pendek kata, dapat dirumuskan bahawa komitmen guru terhadap sekolah merupakan faktor utama dalam merealisasikan aspirasi pendidikan kerana
  • 3.
    guru yang komiteddan percaya kepada kepimpinan sekolah dianggap sebagai modal insan yang menjadi tunggak kepada pembangunan pendidikan sebuah negara. Justeru, guru yang berkomitmen tinggi dan percaya kepada kepimpinan organisasi akan sentiasa berpandangan positif malah beranggapan bahawa pemimpin dan sekolah akan mengutamakan mereka, menjaga malah memastikan kebajikan mereka tidak terabai. Ini membuktikan bahawa kejayaan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada bagaimana pemimpin mengamalkan strategi dan tindakan kepimpinan yang efektif malah diterima oleh pengikut (Abdul Shukor, 1991; Ab Aziz, 2003).
  • 4.
    JawapanSoalan1 Kelemahan gaya komunikasiguru besar boleh menjadi punca utama kepada perselisihan faham dalam organisasi pendidikan seperti se kolah, kerana kemungkinan idea atau mesej yang hendak disampaikan oleh guru besar tidak dapat difahami oleh guru-guru yang akhirnya akan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan guruguru. Sebahagian be sar guru besar pula kurang mementingkan aspek komunikasi berkesan semasa menjalankan urusan pentadbiran khususnya ketika menyalurkan mesej atau maklumat kepada subordinat di bawahnya. Gaya komunikasi guru besar adalah subjektif dan sukar diramal. Guru-guru kerap kali berdepan dengan komunikasi yang tidak seragam, be rubah dan beranika jeni s. Setiap guru akan mempunyai pendapat masing-masing terhadap gaya komunikasi guru besar yang mungkin dipengaruhi oleh faktor jantina, umur, lata rbelakang etnik, kategori perkhidmatan, jawatan disandang dan juga pengalaman mengajar guru terseb ut. Keadaan ini dilihat antara faktor-faktor yang memainkan peranan penting dalam mene ntukan kejayaan sekolah dan pencapaian akademik pelajar serta kepuasan bekerja guru di sekolah. Seorang guru besar yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi juga mempunyai perhubungan yang baik dan rapat dengan ora ng bawahnya. Beliau mengenali kakitangannya sebagai individu yang tersendiri dan jarang berkasar dengan orang bawahnya (Ibrahim, 1999). Pernyataan ini juga pernah disuarakan ol eh Kamaruddin (1989) yang menyatakan bahawa kegagalan komunikasi atau kurang berkomunikasi boleh me
  • 5.
    nyebabkan syak wasangka,salah anggap atau curiga di kalangan pelajar, guru-guru da n kakitangan sekolah yang seterusnya akan menjurus kepada kemerosotan sema ngat guru di sekolah keseluruhannya. Kemahiran komunikasi guru besar mam pu mempengaruhi tahap pembangunan dan kelangsungan organisasi. Komunikasi berkesan merupakan elemen penting dalam pengurusan organisasi. Kebolehan pengurus menyampaikan maklumat dengan jelas serta bebas dari kekeliruan membangkitkan dorongan bekerja yang tinggi di kalangan subordinat, mengelak daripada berlakunya konflik dan salah faha m, serta membangkitkan perasaan saling mempercayai antara satu sama lain. Dalam melaksanakan urusan harian guru besar akan menggunakan mekanisme komunikasi untuk melaks anakan empat aspek penting pengurusan iaitu perancangan, pengorganisasi an, kepimpinan dan pemantauan. Guru besar akan berhadapan dengan pelbagai perilaku daripada warga sekol ah ataupun masyarakat luar yang memerlukan kebolehan guru besar sebagai penghubung, pe ngurus dan pembuat keputusan. Memandangkan pentingnya komunikasi dalam se sebuah sekolah, guru besar perlu memberi perhatian kepadanya. Guru besar dari semasa kesemasa perlu mem buat kajian atau pen ilaian tentang amalan komunikasi supaya dapat memperbaiki cara be rkomunikasi ke arah yang lebih berkesan