Pendekatan,kaedah serta cara mengajar penulis
1.0 PENDAHULUAN
Penulisan juga satu proses yang melibatkan penyusunan dan pembentangan idea-idea
oleh penulis tentang sesuatu isu untuk dipersembahkan kepada pembaca. Setiap idea yang
disampaikan itu hendaklah jelas maksudnya iaitu berkemampuan menyalurkan idea kepada
pembaca, menerusi penggunaan bahasa yang tepat dan berkeupayaan menggunakan teknik
penulisan yang sesuai.
Ramai pakar bidang penulisan bahasa berpendapat bahawa menulis adalah satu
kemahiran yang memerlukan penulis mengeluarkan idea, merancang dan menyiapkan teks
penulisan mengikut peratusan lazim penulisan standard (Graham 1982; Graham & Harris 1989;
Graham, Harris & Sawyer 1987; Graham, Harris, MacArthur & Schwartz 1991; MacArthur &
Graham 1987). Menurut Tindal & Marston (1990), menulis memerlukan kemahiran bahasa
seperti bertutur, membaca, mengeja dan seterusnya. Penulisan juga memerlukan integrasi
pelbagai peraturan, kemahiran dan proses seperti tingkah laku kompleks yang lain (Johnson &
Grant 1989).
Menurut Kamarudin Hj.Husin (2002) konsep pengajaran tatabahasa wacana dalam penulisan
sekolah menengah mempunyai beberapa tujuan. Antaranya membolehkan pelajar bercerita dan
berhujah tentang sesuatu kejadian ,cerita atau tajuk bagi perbincangan. Selain itu membolehkan
pelajar menulis pengalaman sendiri, cerita ,penerangan atau laporan dan menulis surat kiriman
formal atau tidak formal.
Menurut Zainol Ismail(2003:7), bentuk penulisan dibahagikan kepada dua jenis iaitu
berformat dan bebas. Penulisan berformat terdiri daripada surat kiriman rasmi, surat kiriman
tidak rasmi syarahan, ucapan, ceramah, perbahasan, rencana, laporan, dialog, berita dan catatan.
Penulisan tidak berformat terdiri daripada penulisan rangsangan bergambar, pengalaman/cerita,
jenis fakta, perbincangan, melengkapkan cerita, jenis autobiografi dan peribahasa.
Salleh Mohd Akib (dalam Kamarudin Hj Husin,1988:198) pula membahagikan penulisan
kepada tiga jenis, iaitu penulisan lisan, bertulis dan terkawal. Secara umumnya supaya lebih
mudah difahami,penulisan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu penulisan lisan dan bertulis.
1. Penulisan Lisan:
Aktiviti latihan bercakap untuk menulis dengan menggunakan bahasa yang diajar
turut dipraktikkan dalam bilik darjah. Menurut Kamarudin Hj. Husin (2001:281) antara teknik-
teknik pengajaran yang boleh dijalankan dalam kelas ialah:
 Bersoal jawab perkara-perkara yang dialami pelajar dalam kehidupan hariannya.
 Menceritakan semula cerita yang pernah didengar daripada ibu bapa,guru, orang lain, buku,
majalah atau bahan bacaan lain. Teknik ini mengalakkan kanak-kanak untuk meluaskan
pengalaman mereka tanpa batasan.
 Membuat draf, menyemak dan menyelesaikan cerita mereka sendiri
 Penulisan bergambar iaitu latihan bercakap mengenai gambar atau carta aliran yang disediakan.
2. Penulisan Biasa
Penulisan ini adalah kesinambungan daripada penulisan lisan (Pg. Mahmud Pg.
Damit,1997).Penulisan ini dilakukan setelah pelajar menjalani latihan praktikal dalam bahasa
lisan.Penulisan ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu penulisan terkawal dan penulisan
bebas.
i. Penulisan Terkawal
Menurut Salleh Mohd Akib (dalam Kamarudin Hj Husin,2001:283), dalam penulisan terkawal
segala isi dan penulisan dikawal oleh guru.Guru mengawasi susunan dan bahasa dalam penulisan
ini untuk mengurangkan berlakunya kesilapan. Penulisan terkawal dibahagikan kepada tiga
bahagian iaitu sepenuhnya terkawal, separuh terkawal dan hampir terkawal.
ii .Penulisan Bebas
Pengajaran dan penulisan jenis ini hanya dapat dilakukan setelah pelajar boleh menguasai bahasa
dengan baik. Guru lebih banyak bertindak sebagai pembimbing dan memberikan
perhatian kepada kesilapan yang dilakukan oleh pelajar dalam perbendaharaan kata, isi dan
pembinaan ayat berdasarkan tajuk penulisan yang diberi. Bahan bantu mengajar banyak
membantu guru dalam aktiviti pengajaran mereka. Ini membolehkan pelajar membina
struktur ayat yang gramatis dan menghasilkan penulisan wacana tatabahasa yang berkualiti.
2.0 SOALAN TUGASAN
Kaedah dan teknik pengajaran dalam bilik darjah amat penting dalam memastikan pelajar dapat
memahami dan mengaplikasi hasil daripada pengajaran yang dilaksanakan. Penulisan wacana
sekolah menengah juga mempunyai banyak kaedah pengajaran yang boleh digunakan bagi
memastikan pelajar dapat menulis dengan baik. Namun pendapat mengatakan bahawa tidak ada
satu pun pendekatan, kaedah atau teknik yang paling sesuai digunakan dalam bilik darjah,
kecuali setiap pendekatan, kaedah dan teknik tersebut disesuaikandengan tajuk penulisan yang
hendak diajar.
Berdasarkan kenyataan di atas berikan pandangan anda dengan berpandukan soalan berikut :
2.1 Kaitkan Pandangan Tersebut Dengan Dua Pendekatan Pengajaran Penulisan
Yang Dikemukakan oleh Raimes
Menurut Abdullah Hassan (1987:412) , pendekatan merupakan satu kumpulan prinsip
atau andaian yang berkaitan dengan bahasa, pengajaran dan pembelajaran bahasa. Sesuatu
pendekatan itu harus mencerminkan pandangan mengenai apa sebenarnya bahasa itu, cara bahasa
itu diperolehi, bagaimana bahasa itu dilahirkan serta perkara-perkara yang mengawal bahasa itu.
Terdapat dua bentuk penulisan wacana di sekolah rendah dan menengah. Pertama
penulisan wacana berformat. Penulisan wacana berformat mesti ditulis mengikut cara tertentu.
Penulisan berformat yang tidak ditulis mengikut format yang ditetapkan, maka boleh
menjejaskan konsep wacana ( Sulaiman Masri,1998 ). Kedua penulisan wacana tidak berformat.
Wacana tak berformat dalam tatabahasa bahasa Melayu dimaksudkan sebagai penulisan yang
bebas daripada sebarang ikatan penggunaan format ( Kamarudin Hj.Husin, 1988 ).
Dalam pengajaran penulisan wacana terdapat pelbagai pendekatan yang dapat
diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Tidak ada satu pun pendekatan
yang paling sesuai digunakan di bilik darjah, melainkan ianya perlu disesuaikan dengan topik
penulisan yang hendak diajar.
Raimes ( dalam Jurian Long, dan rakan-rakan,1990-214 ) berpendapat bahawa terdapat
beberapa pendekatan pengajaran penulisan. Antaranya ialah :
A. Pendekatan Terkawal;
B. Pendekatan Bebas;
C. Pendekatan Pola – Perengganan;
D. Pendekatan Tatabahasa Sintaksis-organisasi;
E. Pendekatan Komunikatif; dan
F. Pendekatan Proses.
Dua pendekatan yang saya pilih untuk pengajaran penulisan ialah
1. Pendekatan Terkawal
2. Pendekatan Pola-Perenggan
2.1.1 Pendekatan Terkawal
Pendekatan terkawal ialah pendekatan yang dirancang secara berurutan supaya murid-
murid menguasai suatu unsur penulisan dan ketatabahasaan. Murid-murid dikehendaki
menyudahkan tugasan berdasarkan bahan serta mematuhi arahan-arahan yang
ditetapkan.Pendekatan ini mula digunakan pada tahun 50-an dan 60-an, iaitu pada zaman
pendekatan audio-lingual.Menerusi pendekatan ini, semasa pengajaran penulisan murid-murid
dipandu atau dikawal supaya pelajar tidak membuat kesilapan. Pendekatan terkawal juga
merupakan latihan penulisan yang isi kandungan dan bentuknya disediakan dan disudahkan
murid berdasarkan arahan yang ditetapkan. Pada peringkat permulaan kawalan yang diberi oleh
guru lebih banyak, tetapi kawalan ini beransur-ansur kurang pada peringkat selanjutnya. Walau
bagaimanapun , mereka mempunyai kebebasan untuk memilih penbendaharaan kata dan
menggunakan struktur ayat mereka sendiri.
Dalam pendekatan terkawal, guru merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti secara
berurutan dalam langkah pengajarannya supaya murid dapat menguasai sesuatu unsur penulisan
dan ketatabahasaan. Pendekatan ini menekankan ketepatan daripada kemahiran dan keaslian.
Meliputi pengajaran yang bersistem dan beransur-ansur; daripada kegiatan meniru hingga
penulisan bebas. Murid-murid dikehendaki membuat latihan berdasarkan gambar serta
mematuhi arahan-arahan yang diberikan. Guru perlu memastikan penggunaan bahan pengajaran
pembelajaran adalah fleksibel dan sesuai dengan peringkat kebolehan dan kefahaman murid.
Penggunaan bahan-bahan pengajaran /pemelajaran yang fleksibel yakni boleh menerapkan
pelbagai jenis karangan,boleh disesuaikan dengan peringkat kelas,boleh merentas kurikulum, dan
sebagainya.
Antara aktiviti-aktiviti yang sesuai dalam pendekatan ini ialah:
 Menyusun perkataan atau frasa
 Melengkapkan ayat atau mengisi tempat kosong
 Menyusun ayat
 Menukar dialog kepada karangan
 Menulis karangan berdasarkan gambar bersiri, menyusun ayat sehingga
membentuk sebuah karangan yang lengkap.
 Menysun bahagian pendahuluan, bahagian isi dan bahagian penutup untuk
membentuk sebuah karangan lengkap berstruktur.bersturuktur…
Dalam aktiviti mengisi tempat kosong atau melengkapkan ayat, bentuk kawalan yang
dilakukan oleh guru adalah seperti berikut :
a. Murid-murid mengisi tempat kosong dengan perkataan-perkataan, contohnya penyambung dan
frasa. Kadang-kadang guru memastikan perkataan-perkataan atau frasa yang perlu digunakan.
b. Guru memberi senarai frasa atau perkataan yang ada kaitan dengan sesuatu tajuk,murid-murid
perlu membuat ayat untuk melengkapkan frasa itu. Frasa atau perkataan disediakan oleh
guru,bertujuan mengurangkan kesilapan dalam penulisan.
c. Guru memberikan satu petikan atau teks yang menggambarkan satu peristiwa atau kejadian
kepada murid-murid, kemudian menyuruh murid-murid mengambarkan keseluruhan
pengalaman.
Contoh :
1. Kalau saya seorang angkasawn ………….
2. Surat yang di tanganku jatuh, dan dengan tidak disedari air mata membasahi pipiku……………..
3. ………………. rupa-rupanya saya bermimpi
d. Guru membincang rangka karangan bersama-sama murid. Murid menulis karangan berdasarkan
rangka karangan tadi.
Semasa membuat latihan penulisan murid-murid tidak memikirkan tentang kandungan
,struktur atau gaya bahasa. Mereka mengikut arahan yang diberikan oleh guru .Antara teknik-
teknik yang boleh digunakan ialah
 Karangan terkawal
 Karangan berpandu
 Teknik soal jawab
 Teknik gabung ayat
Kaedah, teknik, alat bantu mengajar dan aktiviti yang dijalankan oleh guru berbeza bagi
setiap kali pengajaran dijalankan. Ianya bergantung kepada subjek, tajuk , alam persekitaran
dan kebolehan murid itu sendiri.Contohnya untuk menulis karangan antara gambar tunggal dan
gambar bersiri teknik antara keduanya adalah berbeza.
2.1.2 Pendekatan Pola- Perengganan
Perenggan merupakan satu kumpulan ayat tentang isi atau idea yang sama. Dalam
penulisan, pembinaan perenggan adalah penting untuk membahagikan isi yang ingin
disampaikan. Setiap kali perubahan sesuatu isi atau fokus berlaku, kita perlu memulakan
perenggan baru. Untuk menghasilkan perenggan yang baik dan berkesan:
a. Tentukan ayat-ayatnya berkait.
b. Ada kesatuan dan pertautan isi.
c. Kesatuan hanya dapat dicapai jika isi berkait sahaja dipilih.
d. Pertautan pula dapat dicapai dengan menggunakan penanda wacana.
Contoh penanda:
Selain itu, tambahan lagi, di samping itu, juga, oleh yang demikian ,namun begitu
,seterusnya dan selanjutnya.
Pendekatan pola-perenggan ini memberi keutamaan kepada ciri-ciri pembentukan
perenggan yang baik dalam sesebuah karangan. Ini dapat melatih pelajar supaya berkeupayaan
untuk memberikan pendapat dalam perenggan dengan kemas dan teratur. Oleh itu pelajar
dapat membentuk perenggan yang baik dan penyampaian isinya mengikut urutan.Pendekatan ini
juga dapat membantu pelajar mengetahui cara-cara meringkaskan penulisan dengan baik.
Antara latihan yang dapat diaplikasikan dalam pendekatan ini ialah ;
1. Latihan menyusun ayat-ayat yang disediakan oleh guru dalam satu perenggan yang kemas.
2. Latihan menyusun ayat-ayat yang diberikan oleh guru supaya membentuk sebuah karangan yang
kemas yakni perenggan yang mengandungi ayat-ayat yang saling melengkapi bagi membentuk
satu kesatuan.
Contoh :
Murid-murid dikehendaki menyusun ayat-ayat berikut supaya membentuk satu
perenggan memerihalkan ‘Wau Bulan’.
a. Bentuk jenis wau ini menyerupai bulan sabit pada bahagian hadapan dan separa bulatan pada
bahagian ekornya. Justeru, wau tersebut kelihatan seperti bulan yang terbit di angkasa apabila
diterbangkan.
b. Wau bulan merupakan antara jenis wau yang paling popular di Malaysia. Kepopularannya
didominasi oleh rakyat pantai timur di Semenanjung Malaysia.
c. Wau Bulan dikatakan telah bermula pada zaman kerajaan Srivijaya, yang mengikut legenda,
mula digunakan oleh seorang putera bernama Dewa Muda.
d. Dari segi saiznya, wau bulan dibentuk dengan saiz yang lebih besar berbanding wau lain. Bidang
biasa adalah sepanjang 2.5 meter dengan tinggi 3.5 meter.
e. Bentuk wau bulan ini menjadi lambang syarikat kepada Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).
3. Latihan ini membolehkan murid-murid mengenalpasti isi-isi penting dan isi bantu dalam
seseuatu perenggan.
4. Latihan untuk memilih dan meninggalkan isi-isi untuk dimasukkan dalam satu perenggan.
Soalan 2
Pilih satu tajuk penulisan yang sesuai dan rangkakan satu model pengajaran berdasarkan
kaedah bergambar dan carta. Penggunaan alat bantu mengajar atau audio visual yang
sesuai perlu disertakan sebagai lampiran.
3.0 KAEDAH BERGAMBAR DAN CARTA
Kaedah pengajaran merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dan
berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih, dengan tujuan mencapai objektif
pembelajaran dalam jangka masa pendek. Dengan kata lain kaedah pengajaran ialah cara
mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun.
Penggunaan kaedah bergambar dan carta bermaksud penulisan yang dihasilkan adalah
berdasarkan gambar yang dilihat dan dipamerkan.Gambar bersiri akan digunakan sebagai bahan
bantu mengajar dan perisitiwa yang terdapat dalam gambar-gambar dijadikan bahan untuk
murid-murid menyiapkan sebuah penulisan. Kaedah ini juga boleh dilaksanakan menerusi teknik
penyampaian yang menggunakan slaid.
Teknik slaid dapat menarik minat murid kerana menyeronokkan,ditambah lagi dengan
iringan muzik yang bersesuaian.Contoh tayangan slaid tentang majlis perkahwinan,iringan irama
muzik ialah muzik ialah “selamat pengantin baru”.Namun teknik memerlukan peralatan tertentu
seperti komputer , LCD dan speaker.
Beberapa langkah menggunakan kaedah bergambar dalam menyampaikan pengajaran,
antaranya :
1. Gambar yang digunakan mestilah sesuai dan menarik sebagai ABM dan mengikut umur atau
tahap murid.
2. Guru mengarahkan murid-murid meneliti gambar yang dipamerkan dan meminta murid-murid
memikirkan perkara-perkara yang dapat diperkatakan tentang gambar .
3. Pelajar diminta mencatat isi-isi penting yang hendak diperkatakan berdasarkan gambar yang
dilihat.
4. Aktiviti sumbangsaran dijalankan, iaitu murid-murid diberi peluang untuk menyuarakan pendapat
dan idea secara lisan, dan guru mencatat pada papan tulis, sambil menyemak kegramatisan ayat-
ayat yang dikemukakan oleh murid-murid.
5. Guru mengadakan sesi perbincangan dengan murid-murid tentang isi-isi yang dikemukakan dan
membuat rumusan dan penyusunan isi-isi penting.
6. Pelajar menulis berlandaskan perbincangan yang telah dilakukan.
Teknik carta aliran bermaksud guru mengedarkan atau menunjukkan sebuah
cartaberdasarkan proses-proses penghasilan bahan atau produk.Teknik ini bersistematik
mengikut kronologi peristiwa.Teknik ini hampir sama dengan teknik gambar bersiri. Peringkat-
peringkatnya boleh ditunjukkan menggunakan penanda “ anak panah’’.
3.1 Rancangan Pelajaran Harian.
Penulisan : Keperihalan
Tarikh : 01 Mac 2010
Masa : 8.00 pagi hingga 10.00 pagi
Kelas : 5 Bestari
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tajuk : Penulisan- Keperihalan
Topik : Adat Perkahwinan Melayu
Objektif
Pada akhir pelajaran, murid dapat :
i. Murid dapat menyoal dengan menggunakan pelbagai kata tanya untuk mendapatkan
Maklumat.
ii. Pelajar dapat memberikan gambaran dan mengumpulkan isi-isi penting tentang tajuk
karangan tersebut.
iii. Pelajar dapat menulis suatu karangan yang baik bertajuk “ Adat Perkahwinan Melayu
Di Malaysia” dalam buku latihan penulisan.
Hasil Pembelajaran :
Fokus Utama:
6.1 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks.
Aras 1
i). Membaca dan mengecam isi-isi penting daripada pelbagai bahan bacaan
Fokus Sampingan :
1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila
Aras 1
i) Mengemukakan soalan dengan menggunakan kata tanya dan tanpa kata tanya untuk
mendapatkan penjelasan lanjut.
8.5 Mengenal pasti dan menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam satu perenggan atau
antara perenggan bagi sesebuah karangan.
Aras 1
ii) Menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam ayat.
Kemahiran Bahasa : Mendengar , bertutur , membaca dan menulis.
Sistem Bahasa : Kosa kata : merisik, meminang, bertunang, akad nikah dan
persandingan
Pengisian Kurikulum :
 Ilmu : Budaya, Pendidikan Islam
 Penerapan Nilai : Kerjasama, Sopan-santun , Hormat-menghormati
 Tatabahasa : Penanda Wacana dan Kata Tanya
 Kemahiran Berfikir : Menjana idea dan menyenarai
 Kajian Masa Depan : 1) Pengumpulan maklumat – Proses Kilasan Persekitaran
2) Ramalan dan Analisis – Roda Masa Hidup
 Kemahiran Bernilai Tambah :
i. Kemahiran Berfikir
ii. Teknologi maklumat dan Komunikasi
iii. Kemahiran Belajar Cara Belajar.
 Kecerdasan Pelbagai : Verbal-linguistik,Intrapersonal, Kecerdasan Muzik,
Kecerdasan Imaginasi.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah lihat suasana majlis perkahwinan
Bahan Bantu Mengajar : a. Kaset dan radio
b. Gambar-gambar aktiviti/ slaid
c. Lirik Lagu
d. Lembaran Pengurusan Grafik
e. Lembaran Kerja
f. Sambungan Internet
LANGKAH /
MASA
ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
CATATAN
Set Induksi
5 minit
Lirik lagu
“ Selamat Pengantin
Baru” nyanyian
Saloma
Lihat lampiran 1
1. Guru memperdengarkan lagu dari
komputer.
2. Guru meminta murid menyatakan
suasana yang berkaitan dengan lagu
tersebut.
3. Guru mengaitkan lagu ini dengan
tajuk pelajaran.
KBT : Budaya
Melayu
KP : Muzik
BBB :
Komputer riba,
LCD
Langkah 1
( 10 minit )
Tayangan slaid adat
perkahwinan di
Malaysia.
 Adat akad nikah
 Adat bersanding
 Adat berinai
 Peralatan
perkahwinan-
hantaran,bunga telur
,bilik pengantin.
 Adat merisik
Lihat Lampiran 2.
1. Guru menayangkan slaid power
point berkaitan dengan adat
perkahwinan orang Melayu.
2. Murid-murid membaca perkataan
yang terdapat di atas slaid.
3. Guru dan murid-murid berbincang
tentang adat-adat perkahwinan
orang Melayu berdasar slaid tadi.
Ilmu : Budaya
KBT : Kemahiran
belajar cara
belajar.
KP:
Verbal-Linguistik
Nilai :
bekerjasama
BBB:
Gambar adat
perkahwinan/slaid,
Komputer riba,
LCD
Langkah 2
( 20 minit )
Petikan teks
Lihat lampiran 3
Aktiviti Kumpulan.
Kumpulan 1:
Adat akad nikah.
Kumpulan 2 :
Adat bersanding
Kumpulan 3 :
Adat meminang dan
bertunang.
Kumpulan 4:
Adat merisik
Kumpulan 5:
Peralatan dan hantaran
semasa majlis
perkahwinan.
Lihat Lampiran : 2
1. Guru meminta murid mengelik
pautan yang telah disedia.
2. Murid diminta meneliti petikan
mengikut kumpulan masing-masing.
3. Murid diminta berbincang mengikut
kumpulan dan menyatakan isi-isi
penting secara lisan.
4. Murid-murid disarankan agar
menggunakan kata tanya sebagai
satu kaedah untuk mendapatkan isi-
isi penting.
5. Murid-murid akan menyoal antara
satu sama lain dengan ahli
kumpulan.
KBT: Kemahiran
belajar cara
belajar.
KBT: TMK
KP: Verbal-
linguistik
Nilai : tekun,
kerjasama.
BBB:
Petikan,
Slaid/gambar,
Komputer riba ,
Tatabahasa:
Kata Tanya
 Apakah?
 Siapakah?
 Bilakah?
 Bagaimanakah?
Soalan :
1. Siapakah yang
melakukan majlis akad
nikah?
2. Dimanakah majlis
akad nikah di
jalankan?
3. Apakah tujuan adat
merisik dilakukan?
4. Sebelum majlis
perkahwinan
dijalankan,apakah
persiapan yang
dijalankan?
5. Bagaimanakah
sambutan majlis
perkahwinan
dijalankan?
sambungan
internet.
Langkah 3
( 15 minit )
Mencatat isi-isi
penting dalam borang
pengurusan grafik
yang disediakan.
Lihat lampiran : 4
1. Guru mengedarkan borang
pengurusan grafik kepada murid.
2. Murid-murid diminta berbincang
dalam kumpulan dan mencatat isi-
isi penting di dalam borang
pengurusan grafik yang diberikan.
3. Wakil kumpulan membentangkan
hasil perbincangan kumpulan di
hadapan kelas.
4. Guru menyemak isi-isi penting
yang dikemukakan oleh murid
KBT :
KB-menjana idea
dan menghubung
kait.
Nilai : kerjasama
BBB:
Carta aliran
Penutup
(10 minit )
Tajuk Penulisan
“Adat Perkahwinan
Melayu di Malaysia”.
Pena
1. Berdasarkan maklumat yang
diperolehi dalam perbincangan,
murid—murid diminta menyiapkan
sebuah karangan berdasarkan tajuk
yang diberi.
2. Guru merumuskan pengajaran dan
menghargai penglibatan murid.
BBB:
Lirik lagu,
Komputer riba,
LCD
KP: Muzik
3. Guru memperdengarkan lagu
“Selamat Pengantin Baru”
4.0 RUMUSAN
Tugas menulis merupakan aktiviti yang kompleks oleh sebab menulis dalam apa jua
bahasa pun merupakan aktiviti mental yang kompleks dan melibatkan kemahiran menyelesaikan
masalah serta kebolehan berkomunikasi. Tambahan pula, penulisan melibatkan kemahiran
menulis untuk pelbagai tujuan dan konteks.
Oleh yang demikian, kemahiran menulis bukan suatu yang bersifat tetap tetapi mampu
membantu ke arah pemahaman pemikiran terhadap proses penulisan terutama dalam suasana
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah contohnya keupayaan murid menulis
perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peranan tulisan sangat penting kerana tulisan
bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran
seseorang. Tulisan berhubung rapat dengan membaca di mana kedua-duanya mementingkan
teknik dan akal. Membaca tidak mungkin ada kalau tidak ada tulisan begitu juga sebaliknya.
Kadangkala, para pelajar kurang berupaya untuk membina lingkaran penulisan secara
terangkum antara perkataan yang dipilih dengan ayat yang dihasilkan. Masalah ini disebabkan
oleh kecetekan dari segi pengetahuan perbendaharaan kata yang konstruktif dan tepat, dan
kurangnya penegasan dari segi susun galur binaan wacana supaya kelihatan utuh dan sepadu
sejajar dengan perkaitan semantik yang sepatutnya mendasari bentuk penulisan masing-masing.
Ketidakupayaan ini akan menyebabkan persembahan idea dan maklumat seolah-olah kelihatan
terencat. Oleh kerana itu, mutu persembahan dalam penulisan seolah-olah tidak berkembang
dengan nyata mengikut lunas-lunas transisi dari aspek perkaitan semantik.
Peranan guru amat penting dalam membimbing murid-murid untuk menguasai kemahiran
menulis. Beberapa kegiatan pembelajaran yang sesuai dijalankan oleh guru untuk meningkatkan
kemahiran menulis. Antaranya,
a. Latihan imlak ,di mana pelajar dikehendaki menyalin dengan
betul ayat atau perenggan yang dipilih.
b. Latihan menyusun semula bahagian-bahagian ayat supaya menjadi ayat
yang betul tatabahasanya.
c. Latihan mengatur semula sebilangan ayat supaya menjadi satu perengan
yang tersusun dan logik.
d. Penulisan karangan bergambar sama ada berdasarkan sebuah gambar
atau satu gambar bersiri.
e Penulisan surat biasa kepada guru, jabatan kerajaan, dan syarikat untuk
pelbagai tujuan.
f. Menulis rangka karangan yang tajuknya telah diberi.
g. Menulis karangan berformat (laporan, perbahasan, syarahan, ceramah,
dan sebagainya) berdasarkan tugas yang diberi.
h. Menilai suatu karangan dari segi kekuatan dan kelemahannya.
i. Mengenal teknik-teknik untuk menghasilkan sebuah karangan yang baik
termasuk teknik membuat pendahuluan, huraian dan kesimpulan.

Pendekatan karangan bergambar

  • 1.
    Pendekatan,kaedah serta caramengajar penulis 1.0 PENDAHULUAN Penulisan juga satu proses yang melibatkan penyusunan dan pembentangan idea-idea oleh penulis tentang sesuatu isu untuk dipersembahkan kepada pembaca. Setiap idea yang disampaikan itu hendaklah jelas maksudnya iaitu berkemampuan menyalurkan idea kepada pembaca, menerusi penggunaan bahasa yang tepat dan berkeupayaan menggunakan teknik penulisan yang sesuai. Ramai pakar bidang penulisan bahasa berpendapat bahawa menulis adalah satu kemahiran yang memerlukan penulis mengeluarkan idea, merancang dan menyiapkan teks penulisan mengikut peratusan lazim penulisan standard (Graham 1982; Graham & Harris 1989; Graham, Harris & Sawyer 1987; Graham, Harris, MacArthur & Schwartz 1991; MacArthur & Graham 1987). Menurut Tindal & Marston (1990), menulis memerlukan kemahiran bahasa seperti bertutur, membaca, mengeja dan seterusnya. Penulisan juga memerlukan integrasi pelbagai peraturan, kemahiran dan proses seperti tingkah laku kompleks yang lain (Johnson & Grant 1989). Menurut Kamarudin Hj.Husin (2002) konsep pengajaran tatabahasa wacana dalam penulisan sekolah menengah mempunyai beberapa tujuan. Antaranya membolehkan pelajar bercerita dan berhujah tentang sesuatu kejadian ,cerita atau tajuk bagi perbincangan. Selain itu membolehkan pelajar menulis pengalaman sendiri, cerita ,penerangan atau laporan dan menulis surat kiriman formal atau tidak formal. Menurut Zainol Ismail(2003:7), bentuk penulisan dibahagikan kepada dua jenis iaitu berformat dan bebas. Penulisan berformat terdiri daripada surat kiriman rasmi, surat kiriman tidak rasmi syarahan, ucapan, ceramah, perbahasan, rencana, laporan, dialog, berita dan catatan. Penulisan tidak berformat terdiri daripada penulisan rangsangan bergambar, pengalaman/cerita, jenis fakta, perbincangan, melengkapkan cerita, jenis autobiografi dan peribahasa. Salleh Mohd Akib (dalam Kamarudin Hj Husin,1988:198) pula membahagikan penulisan kepada tiga jenis, iaitu penulisan lisan, bertulis dan terkawal. Secara umumnya supaya lebih mudah difahami,penulisan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu penulisan lisan dan bertulis. 1. Penulisan Lisan:
  • 2.
    Aktiviti latihan bercakapuntuk menulis dengan menggunakan bahasa yang diajar turut dipraktikkan dalam bilik darjah. Menurut Kamarudin Hj. Husin (2001:281) antara teknik- teknik pengajaran yang boleh dijalankan dalam kelas ialah:  Bersoal jawab perkara-perkara yang dialami pelajar dalam kehidupan hariannya.  Menceritakan semula cerita yang pernah didengar daripada ibu bapa,guru, orang lain, buku, majalah atau bahan bacaan lain. Teknik ini mengalakkan kanak-kanak untuk meluaskan pengalaman mereka tanpa batasan.  Membuat draf, menyemak dan menyelesaikan cerita mereka sendiri  Penulisan bergambar iaitu latihan bercakap mengenai gambar atau carta aliran yang disediakan. 2. Penulisan Biasa Penulisan ini adalah kesinambungan daripada penulisan lisan (Pg. Mahmud Pg. Damit,1997).Penulisan ini dilakukan setelah pelajar menjalani latihan praktikal dalam bahasa lisan.Penulisan ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu penulisan terkawal dan penulisan bebas. i. Penulisan Terkawal Menurut Salleh Mohd Akib (dalam Kamarudin Hj Husin,2001:283), dalam penulisan terkawal segala isi dan penulisan dikawal oleh guru.Guru mengawasi susunan dan bahasa dalam penulisan ini untuk mengurangkan berlakunya kesilapan. Penulisan terkawal dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu sepenuhnya terkawal, separuh terkawal dan hampir terkawal. ii .Penulisan Bebas Pengajaran dan penulisan jenis ini hanya dapat dilakukan setelah pelajar boleh menguasai bahasa dengan baik. Guru lebih banyak bertindak sebagai pembimbing dan memberikan perhatian kepada kesilapan yang dilakukan oleh pelajar dalam perbendaharaan kata, isi dan pembinaan ayat berdasarkan tajuk penulisan yang diberi. Bahan bantu mengajar banyak membantu guru dalam aktiviti pengajaran mereka. Ini membolehkan pelajar membina struktur ayat yang gramatis dan menghasilkan penulisan wacana tatabahasa yang berkualiti. 2.0 SOALAN TUGASAN
  • 3.
    Kaedah dan teknikpengajaran dalam bilik darjah amat penting dalam memastikan pelajar dapat memahami dan mengaplikasi hasil daripada pengajaran yang dilaksanakan. Penulisan wacana sekolah menengah juga mempunyai banyak kaedah pengajaran yang boleh digunakan bagi memastikan pelajar dapat menulis dengan baik. Namun pendapat mengatakan bahawa tidak ada satu pun pendekatan, kaedah atau teknik yang paling sesuai digunakan dalam bilik darjah, kecuali setiap pendekatan, kaedah dan teknik tersebut disesuaikandengan tajuk penulisan yang hendak diajar. Berdasarkan kenyataan di atas berikan pandangan anda dengan berpandukan soalan berikut : 2.1 Kaitkan Pandangan Tersebut Dengan Dua Pendekatan Pengajaran Penulisan Yang Dikemukakan oleh Raimes Menurut Abdullah Hassan (1987:412) , pendekatan merupakan satu kumpulan prinsip atau andaian yang berkaitan dengan bahasa, pengajaran dan pembelajaran bahasa. Sesuatu pendekatan itu harus mencerminkan pandangan mengenai apa sebenarnya bahasa itu, cara bahasa itu diperolehi, bagaimana bahasa itu dilahirkan serta perkara-perkara yang mengawal bahasa itu. Terdapat dua bentuk penulisan wacana di sekolah rendah dan menengah. Pertama penulisan wacana berformat. Penulisan wacana berformat mesti ditulis mengikut cara tertentu. Penulisan berformat yang tidak ditulis mengikut format yang ditetapkan, maka boleh menjejaskan konsep wacana ( Sulaiman Masri,1998 ). Kedua penulisan wacana tidak berformat. Wacana tak berformat dalam tatabahasa bahasa Melayu dimaksudkan sebagai penulisan yang bebas daripada sebarang ikatan penggunaan format ( Kamarudin Hj.Husin, 1988 ). Dalam pengajaran penulisan wacana terdapat pelbagai pendekatan yang dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Tidak ada satu pun pendekatan yang paling sesuai digunakan di bilik darjah, melainkan ianya perlu disesuaikan dengan topik penulisan yang hendak diajar. Raimes ( dalam Jurian Long, dan rakan-rakan,1990-214 ) berpendapat bahawa terdapat beberapa pendekatan pengajaran penulisan. Antaranya ialah : A. Pendekatan Terkawal; B. Pendekatan Bebas; C. Pendekatan Pola – Perengganan;
  • 4.
    D. Pendekatan TatabahasaSintaksis-organisasi; E. Pendekatan Komunikatif; dan F. Pendekatan Proses. Dua pendekatan yang saya pilih untuk pengajaran penulisan ialah 1. Pendekatan Terkawal 2. Pendekatan Pola-Perenggan 2.1.1 Pendekatan Terkawal Pendekatan terkawal ialah pendekatan yang dirancang secara berurutan supaya murid- murid menguasai suatu unsur penulisan dan ketatabahasaan. Murid-murid dikehendaki menyudahkan tugasan berdasarkan bahan serta mematuhi arahan-arahan yang ditetapkan.Pendekatan ini mula digunakan pada tahun 50-an dan 60-an, iaitu pada zaman pendekatan audio-lingual.Menerusi pendekatan ini, semasa pengajaran penulisan murid-murid dipandu atau dikawal supaya pelajar tidak membuat kesilapan. Pendekatan terkawal juga merupakan latihan penulisan yang isi kandungan dan bentuknya disediakan dan disudahkan murid berdasarkan arahan yang ditetapkan. Pada peringkat permulaan kawalan yang diberi oleh guru lebih banyak, tetapi kawalan ini beransur-ansur kurang pada peringkat selanjutnya. Walau bagaimanapun , mereka mempunyai kebebasan untuk memilih penbendaharaan kata dan menggunakan struktur ayat mereka sendiri. Dalam pendekatan terkawal, guru merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti secara berurutan dalam langkah pengajarannya supaya murid dapat menguasai sesuatu unsur penulisan dan ketatabahasaan. Pendekatan ini menekankan ketepatan daripada kemahiran dan keaslian. Meliputi pengajaran yang bersistem dan beransur-ansur; daripada kegiatan meniru hingga penulisan bebas. Murid-murid dikehendaki membuat latihan berdasarkan gambar serta mematuhi arahan-arahan yang diberikan. Guru perlu memastikan penggunaan bahan pengajaran pembelajaran adalah fleksibel dan sesuai dengan peringkat kebolehan dan kefahaman murid. Penggunaan bahan-bahan pengajaran /pemelajaran yang fleksibel yakni boleh menerapkan pelbagai jenis karangan,boleh disesuaikan dengan peringkat kelas,boleh merentas kurikulum, dan sebagainya.
  • 5.
    Antara aktiviti-aktiviti yangsesuai dalam pendekatan ini ialah:  Menyusun perkataan atau frasa  Melengkapkan ayat atau mengisi tempat kosong  Menyusun ayat  Menukar dialog kepada karangan  Menulis karangan berdasarkan gambar bersiri, menyusun ayat sehingga membentuk sebuah karangan yang lengkap.  Menysun bahagian pendahuluan, bahagian isi dan bahagian penutup untuk membentuk sebuah karangan lengkap berstruktur.bersturuktur… Dalam aktiviti mengisi tempat kosong atau melengkapkan ayat, bentuk kawalan yang dilakukan oleh guru adalah seperti berikut : a. Murid-murid mengisi tempat kosong dengan perkataan-perkataan, contohnya penyambung dan frasa. Kadang-kadang guru memastikan perkataan-perkataan atau frasa yang perlu digunakan. b. Guru memberi senarai frasa atau perkataan yang ada kaitan dengan sesuatu tajuk,murid-murid perlu membuat ayat untuk melengkapkan frasa itu. Frasa atau perkataan disediakan oleh guru,bertujuan mengurangkan kesilapan dalam penulisan. c. Guru memberikan satu petikan atau teks yang menggambarkan satu peristiwa atau kejadian kepada murid-murid, kemudian menyuruh murid-murid mengambarkan keseluruhan pengalaman. Contoh : 1. Kalau saya seorang angkasawn …………. 2. Surat yang di tanganku jatuh, dan dengan tidak disedari air mata membasahi pipiku…………….. 3. ………………. rupa-rupanya saya bermimpi d. Guru membincang rangka karangan bersama-sama murid. Murid menulis karangan berdasarkan rangka karangan tadi.
  • 6.
    Semasa membuat latihanpenulisan murid-murid tidak memikirkan tentang kandungan ,struktur atau gaya bahasa. Mereka mengikut arahan yang diberikan oleh guru .Antara teknik- teknik yang boleh digunakan ialah  Karangan terkawal  Karangan berpandu  Teknik soal jawab  Teknik gabung ayat Kaedah, teknik, alat bantu mengajar dan aktiviti yang dijalankan oleh guru berbeza bagi setiap kali pengajaran dijalankan. Ianya bergantung kepada subjek, tajuk , alam persekitaran dan kebolehan murid itu sendiri.Contohnya untuk menulis karangan antara gambar tunggal dan gambar bersiri teknik antara keduanya adalah berbeza. 2.1.2 Pendekatan Pola- Perengganan Perenggan merupakan satu kumpulan ayat tentang isi atau idea yang sama. Dalam penulisan, pembinaan perenggan adalah penting untuk membahagikan isi yang ingin disampaikan. Setiap kali perubahan sesuatu isi atau fokus berlaku, kita perlu memulakan perenggan baru. Untuk menghasilkan perenggan yang baik dan berkesan: a. Tentukan ayat-ayatnya berkait. b. Ada kesatuan dan pertautan isi. c. Kesatuan hanya dapat dicapai jika isi berkait sahaja dipilih. d. Pertautan pula dapat dicapai dengan menggunakan penanda wacana. Contoh penanda: Selain itu, tambahan lagi, di samping itu, juga, oleh yang demikian ,namun begitu ,seterusnya dan selanjutnya.
  • 7.
    Pendekatan pola-perenggan inimemberi keutamaan kepada ciri-ciri pembentukan perenggan yang baik dalam sesebuah karangan. Ini dapat melatih pelajar supaya berkeupayaan untuk memberikan pendapat dalam perenggan dengan kemas dan teratur. Oleh itu pelajar dapat membentuk perenggan yang baik dan penyampaian isinya mengikut urutan.Pendekatan ini juga dapat membantu pelajar mengetahui cara-cara meringkaskan penulisan dengan baik. Antara latihan yang dapat diaplikasikan dalam pendekatan ini ialah ; 1. Latihan menyusun ayat-ayat yang disediakan oleh guru dalam satu perenggan yang kemas. 2. Latihan menyusun ayat-ayat yang diberikan oleh guru supaya membentuk sebuah karangan yang kemas yakni perenggan yang mengandungi ayat-ayat yang saling melengkapi bagi membentuk satu kesatuan. Contoh : Murid-murid dikehendaki menyusun ayat-ayat berikut supaya membentuk satu perenggan memerihalkan ‘Wau Bulan’. a. Bentuk jenis wau ini menyerupai bulan sabit pada bahagian hadapan dan separa bulatan pada bahagian ekornya. Justeru, wau tersebut kelihatan seperti bulan yang terbit di angkasa apabila diterbangkan. b. Wau bulan merupakan antara jenis wau yang paling popular di Malaysia. Kepopularannya didominasi oleh rakyat pantai timur di Semenanjung Malaysia. c. Wau Bulan dikatakan telah bermula pada zaman kerajaan Srivijaya, yang mengikut legenda, mula digunakan oleh seorang putera bernama Dewa Muda. d. Dari segi saiznya, wau bulan dibentuk dengan saiz yang lebih besar berbanding wau lain. Bidang biasa adalah sepanjang 2.5 meter dengan tinggi 3.5 meter. e. Bentuk wau bulan ini menjadi lambang syarikat kepada Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS). 3. Latihan ini membolehkan murid-murid mengenalpasti isi-isi penting dan isi bantu dalam seseuatu perenggan. 4. Latihan untuk memilih dan meninggalkan isi-isi untuk dimasukkan dalam satu perenggan.
  • 8.
    Soalan 2 Pilih satutajuk penulisan yang sesuai dan rangkakan satu model pengajaran berdasarkan kaedah bergambar dan carta. Penggunaan alat bantu mengajar atau audio visual yang sesuai perlu disertakan sebagai lampiran. 3.0 KAEDAH BERGAMBAR DAN CARTA Kaedah pengajaran merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dan berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih, dengan tujuan mencapai objektif pembelajaran dalam jangka masa pendek. Dengan kata lain kaedah pengajaran ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun. Penggunaan kaedah bergambar dan carta bermaksud penulisan yang dihasilkan adalah berdasarkan gambar yang dilihat dan dipamerkan.Gambar bersiri akan digunakan sebagai bahan bantu mengajar dan perisitiwa yang terdapat dalam gambar-gambar dijadikan bahan untuk murid-murid menyiapkan sebuah penulisan. Kaedah ini juga boleh dilaksanakan menerusi teknik penyampaian yang menggunakan slaid. Teknik slaid dapat menarik minat murid kerana menyeronokkan,ditambah lagi dengan iringan muzik yang bersesuaian.Contoh tayangan slaid tentang majlis perkahwinan,iringan irama muzik ialah muzik ialah “selamat pengantin baru”.Namun teknik memerlukan peralatan tertentu seperti komputer , LCD dan speaker. Beberapa langkah menggunakan kaedah bergambar dalam menyampaikan pengajaran, antaranya : 1. Gambar yang digunakan mestilah sesuai dan menarik sebagai ABM dan mengikut umur atau tahap murid. 2. Guru mengarahkan murid-murid meneliti gambar yang dipamerkan dan meminta murid-murid memikirkan perkara-perkara yang dapat diperkatakan tentang gambar . 3. Pelajar diminta mencatat isi-isi penting yang hendak diperkatakan berdasarkan gambar yang dilihat.
  • 9.
    4. Aktiviti sumbangsarandijalankan, iaitu murid-murid diberi peluang untuk menyuarakan pendapat dan idea secara lisan, dan guru mencatat pada papan tulis, sambil menyemak kegramatisan ayat- ayat yang dikemukakan oleh murid-murid. 5. Guru mengadakan sesi perbincangan dengan murid-murid tentang isi-isi yang dikemukakan dan membuat rumusan dan penyusunan isi-isi penting. 6. Pelajar menulis berlandaskan perbincangan yang telah dilakukan. Teknik carta aliran bermaksud guru mengedarkan atau menunjukkan sebuah cartaberdasarkan proses-proses penghasilan bahan atau produk.Teknik ini bersistematik mengikut kronologi peristiwa.Teknik ini hampir sama dengan teknik gambar bersiri. Peringkat- peringkatnya boleh ditunjukkan menggunakan penanda “ anak panah’’. 3.1 Rancangan Pelajaran Harian. Penulisan : Keperihalan Tarikh : 01 Mac 2010 Masa : 8.00 pagi hingga 10.00 pagi Kelas : 5 Bestari Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tajuk : Penulisan- Keperihalan
  • 10.
    Topik : AdatPerkahwinan Melayu Objektif Pada akhir pelajaran, murid dapat : i. Murid dapat menyoal dengan menggunakan pelbagai kata tanya untuk mendapatkan Maklumat. ii. Pelajar dapat memberikan gambaran dan mengumpulkan isi-isi penting tentang tajuk karangan tersebut. iii. Pelajar dapat menulis suatu karangan yang baik bertajuk “ Adat Perkahwinan Melayu Di Malaysia” dalam buku latihan penulisan. Hasil Pembelajaran : Fokus Utama: 6.1 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks. Aras 1 i). Membaca dan mengecam isi-isi penting daripada pelbagai bahan bacaan Fokus Sampingan : 1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila Aras 1 i) Mengemukakan soalan dengan menggunakan kata tanya dan tanpa kata tanya untuk mendapatkan penjelasan lanjut. 8.5 Mengenal pasti dan menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam satu perenggan atau antara perenggan bagi sesebuah karangan. Aras 1 ii) Menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam ayat.
  • 11.
    Kemahiran Bahasa :Mendengar , bertutur , membaca dan menulis. Sistem Bahasa : Kosa kata : merisik, meminang, bertunang, akad nikah dan persandingan Pengisian Kurikulum :  Ilmu : Budaya, Pendidikan Islam  Penerapan Nilai : Kerjasama, Sopan-santun , Hormat-menghormati  Tatabahasa : Penanda Wacana dan Kata Tanya  Kemahiran Berfikir : Menjana idea dan menyenarai  Kajian Masa Depan : 1) Pengumpulan maklumat – Proses Kilasan Persekitaran 2) Ramalan dan Analisis – Roda Masa Hidup  Kemahiran Bernilai Tambah : i. Kemahiran Berfikir ii. Teknologi maklumat dan Komunikasi iii. Kemahiran Belajar Cara Belajar.  Kecerdasan Pelbagai : Verbal-linguistik,Intrapersonal, Kecerdasan Muzik, Kecerdasan Imaginasi. Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah lihat suasana majlis perkahwinan Bahan Bantu Mengajar : a. Kaset dan radio b. Gambar-gambar aktiviti/ slaid c. Lirik Lagu d. Lembaran Pengurusan Grafik e. Lembaran Kerja f. Sambungan Internet
  • 12.
    LANGKAH / MASA ISI PELAJARANAKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATAN Set Induksi 5 minit Lirik lagu “ Selamat Pengantin Baru” nyanyian Saloma Lihat lampiran 1 1. Guru memperdengarkan lagu dari komputer. 2. Guru meminta murid menyatakan suasana yang berkaitan dengan lagu tersebut. 3. Guru mengaitkan lagu ini dengan tajuk pelajaran. KBT : Budaya Melayu KP : Muzik BBB : Komputer riba, LCD Langkah 1 ( 10 minit ) Tayangan slaid adat perkahwinan di Malaysia.  Adat akad nikah  Adat bersanding  Adat berinai  Peralatan perkahwinan- hantaran,bunga telur ,bilik pengantin.  Adat merisik Lihat Lampiran 2. 1. Guru menayangkan slaid power point berkaitan dengan adat perkahwinan orang Melayu. 2. Murid-murid membaca perkataan yang terdapat di atas slaid. 3. Guru dan murid-murid berbincang tentang adat-adat perkahwinan orang Melayu berdasar slaid tadi. Ilmu : Budaya KBT : Kemahiran belajar cara belajar. KP: Verbal-Linguistik Nilai : bekerjasama BBB: Gambar adat perkahwinan/slaid, Komputer riba, LCD Langkah 2 ( 20 minit ) Petikan teks Lihat lampiran 3 Aktiviti Kumpulan. Kumpulan 1: Adat akad nikah. Kumpulan 2 : Adat bersanding Kumpulan 3 : Adat meminang dan bertunang. Kumpulan 4: Adat merisik Kumpulan 5: Peralatan dan hantaran semasa majlis perkahwinan. Lihat Lampiran : 2 1. Guru meminta murid mengelik pautan yang telah disedia. 2. Murid diminta meneliti petikan mengikut kumpulan masing-masing. 3. Murid diminta berbincang mengikut kumpulan dan menyatakan isi-isi penting secara lisan. 4. Murid-murid disarankan agar menggunakan kata tanya sebagai satu kaedah untuk mendapatkan isi- isi penting. 5. Murid-murid akan menyoal antara satu sama lain dengan ahli kumpulan. KBT: Kemahiran belajar cara belajar. KBT: TMK KP: Verbal- linguistik Nilai : tekun, kerjasama. BBB: Petikan, Slaid/gambar, Komputer riba ,
  • 13.
    Tatabahasa: Kata Tanya  Apakah? Siapakah?  Bilakah?  Bagaimanakah? Soalan : 1. Siapakah yang melakukan majlis akad nikah? 2. Dimanakah majlis akad nikah di jalankan? 3. Apakah tujuan adat merisik dilakukan? 4. Sebelum majlis perkahwinan dijalankan,apakah persiapan yang dijalankan? 5. Bagaimanakah sambutan majlis perkahwinan dijalankan? sambungan internet. Langkah 3 ( 15 minit ) Mencatat isi-isi penting dalam borang pengurusan grafik yang disediakan. Lihat lampiran : 4 1. Guru mengedarkan borang pengurusan grafik kepada murid. 2. Murid-murid diminta berbincang dalam kumpulan dan mencatat isi- isi penting di dalam borang pengurusan grafik yang diberikan. 3. Wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan kumpulan di hadapan kelas. 4. Guru menyemak isi-isi penting yang dikemukakan oleh murid KBT : KB-menjana idea dan menghubung kait. Nilai : kerjasama BBB: Carta aliran Penutup (10 minit ) Tajuk Penulisan “Adat Perkahwinan Melayu di Malaysia”. Pena 1. Berdasarkan maklumat yang diperolehi dalam perbincangan, murid—murid diminta menyiapkan sebuah karangan berdasarkan tajuk yang diberi. 2. Guru merumuskan pengajaran dan menghargai penglibatan murid. BBB: Lirik lagu, Komputer riba, LCD KP: Muzik
  • 14.
    3. Guru memperdengarkanlagu “Selamat Pengantin Baru” 4.0 RUMUSAN Tugas menulis merupakan aktiviti yang kompleks oleh sebab menulis dalam apa jua bahasa pun merupakan aktiviti mental yang kompleks dan melibatkan kemahiran menyelesaikan masalah serta kebolehan berkomunikasi. Tambahan pula, penulisan melibatkan kemahiran menulis untuk pelbagai tujuan dan konteks. Oleh yang demikian, kemahiran menulis bukan suatu yang bersifat tetap tetapi mampu membantu ke arah pemahaman pemikiran terhadap proses penulisan terutama dalam suasana pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah contohnya keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peranan tulisan sangat penting kerana tulisan bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran seseorang. Tulisan berhubung rapat dengan membaca di mana kedua-duanya mementingkan teknik dan akal. Membaca tidak mungkin ada kalau tidak ada tulisan begitu juga sebaliknya. Kadangkala, para pelajar kurang berupaya untuk membina lingkaran penulisan secara terangkum antara perkataan yang dipilih dengan ayat yang dihasilkan. Masalah ini disebabkan oleh kecetekan dari segi pengetahuan perbendaharaan kata yang konstruktif dan tepat, dan
  • 15.
    kurangnya penegasan darisegi susun galur binaan wacana supaya kelihatan utuh dan sepadu sejajar dengan perkaitan semantik yang sepatutnya mendasari bentuk penulisan masing-masing. Ketidakupayaan ini akan menyebabkan persembahan idea dan maklumat seolah-olah kelihatan terencat. Oleh kerana itu, mutu persembahan dalam penulisan seolah-olah tidak berkembang dengan nyata mengikut lunas-lunas transisi dari aspek perkaitan semantik. Peranan guru amat penting dalam membimbing murid-murid untuk menguasai kemahiran menulis. Beberapa kegiatan pembelajaran yang sesuai dijalankan oleh guru untuk meningkatkan kemahiran menulis. Antaranya, a. Latihan imlak ,di mana pelajar dikehendaki menyalin dengan betul ayat atau perenggan yang dipilih. b. Latihan menyusun semula bahagian-bahagian ayat supaya menjadi ayat yang betul tatabahasanya. c. Latihan mengatur semula sebilangan ayat supaya menjadi satu perengan yang tersusun dan logik. d. Penulisan karangan bergambar sama ada berdasarkan sebuah gambar atau satu gambar bersiri. e Penulisan surat biasa kepada guru, jabatan kerajaan, dan syarikat untuk pelbagai tujuan. f. Menulis rangka karangan yang tajuknya telah diberi. g. Menulis karangan berformat (laporan, perbahasan, syarahan, ceramah, dan sebagainya) berdasarkan tugas yang diberi. h. Menilai suatu karangan dari segi kekuatan dan kelemahannya. i. Mengenal teknik-teknik untuk menghasilkan sebuah karangan yang baik termasuk teknik membuat pendahuluan, huraian dan kesimpulan.