Penerapan Nilai Melalui Kurikulum
Tersembunyi dalam Kalangan Guru
Sanitah Mohd Yusof, Khasnor Kamdi, Mohd.Zolkifli Abdul
Hamid dan Zainudin Abu Bakar
4.1 PENGENALAN
Nilai-nilai murni merupakan elemen yang sangat penting
yang perlu diterapkan ke dalam diri murid-murid bagi membentuk
insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial. Masalah sosial, masalah disiplin, salah laku murid mahupun
kesalahan jenayah berat atau ringan semuanya berpunca daripada
kurangnya penghayatan nilai-nilai murni dalam diri seseorang
individu. Proses penerapan nilai merupakan suatu proses
identifikasi dan sosialisasi yang dilakukan oleh agensi tertentu
sehingga seseorang itu secara langsung dan tidak langsung telah
menerima atau mengambil standard nilai yang diamalkan oleh
orang perseorangan dan kumpulan ahli masyarakat untuk dijadikan
satu sistem nilainya sendiri. Proses penerapan nilai dan kurikulum
tersembunyi sangat berkait rapat antara satu sama lain. Ini kerana
proses penerapan nilai-nilai sentiasa dilaksanakan secara tersirat
pada setiap masa dan ia boleh berlaku di mana-mana sahaja.
Kurikulum tersembunyi adalah sebahagian dan terkandung
dalam kurikulum pendidikan. Ia dapat memberi impak yang besar
dalam bidang pendidikan, bidang sosial dan budaya kehidupan.
Kurikulum tersembunyi diterjemahkan sebagai perlakuan,
perancangan dan tindakan menggubal, membina dan melaksanakan
kurikulum yang tidak dinyatakan secara bertulis tetapi berfungsi
membina hati, akal dan jiwa murid-murid supaya menjadi insan
yang berguna dan dapat meneruskan tradisi hidup dan masyarakat.
168 Kurikulum Pendidikan Nilai
Sekolah yang merupakan institusi pendidikan juga sebagai salah
sebuah institusi sosial berperanan lebih daripada sebagai alat
bantuan untuk memindahkan pengetahuan antara satu generasi
kepada generasi seterusnya. Proses sosialisasi di kalangan murid-
murid berlaku di sekolah dan ini melibatkan norma-norma, unsur-
unsur dan nilai-nilai yang dipelajari secara tersembunyi. Di sini
dapat kita lihat dan faham bahawa proses pendidikan adalah
sebagai proses sosialisasi.
Sejauh manakah pengetahuan guru-guru tentang konsep
kurikulum tersembunyi? Apa sahaja perkara yang dipelajari dan
diperolehi oleh murid-murid secara tersirat dan bukan terkandung
dalam sukatan pelajaran tetapi melalui pengalaman mereka semasa
berada di sekolah dan di dalam bilik darjah adalah kurikulum
tersembunyi. Guru-guru perlu memainkan peranan yang penting
dalam penerapan kurikulum tersembunyi ke atas murid-murid. Ini
kerana kurikulum tersembunyi boleh memberi impak yang besar
dalam bidang pendidikan, bidang sosial dan budaya hidup. Sejajar
dengan itu, penyelidikan ini mengupas tentang konsep kurikulum
tersembunyi dan pelaksanaan kurikulum tersembunyi dalam
proses penerapan nilai dalam kalangan guru-guru sekolah rendah
terhadap murid-murid. Pelaksanaan kurikulum tersembunyi dalam
proses penerapan nilai yang hendak dilihat adalah dari segi strategi
pelaksanaan dan masalah pelaksanaan. Di samping itu,
penyelididkan ini hendak melihat konsep mengenai kurikulum
tersembunyi dalam kalangan guru-guru. Pelaksanaan kurikulum
tersembunyi dalam kajian ini difokuskan kepada aspek strategi dan
masalah penerapan nilai-nilai dalam diri murid-murid agar ia
menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan seharian mereka.
4.2 LATAR BELAKANG MASALAH
Proses penerapan nilai penting dalam membantu membendung
masalah sosial dan masalah disiplin yang semakin berleluasa kini.
Hasil kajian oleh Ali Suradin & Eni Eryanti (2005) dalam kajian
mereka yang bertajuk Penghayatan Nilai-nilai Murni Ke Arah
Pembentukan Disiplin Pelajar mendapati tahap penghayatan nilai-
Penerapan Nilai Melalui Kurikulum Tersembunyi 169
nilai murni yang tinggi dalam diri murid dapat membantu
mengurangkan masalah salah laku dalam kalangan murid-murid.
Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2003 mengenalpasti
seramai 76 300 pelajar atau 1.09 peratus daripada tujuh juta pelajar
di negara ini terbabit dengan masalah disiplin. Manakala dalam
akhbar Utusan Malaysia 1 Oktober 2009, Timbalan Menteri
Pelanjaran Datuk Dr. Wee Ka Siong menyatakan kadar salah laku
disiplin murid sekolah rendah termasuk penyalahgunaan dadah
mencatat peningkatan dalam tempoh enam bulan pertama daripada
0.78 peratus kepada 0.79 peratus daripada 3.2 juta murid sekolah
rendah di Malaysia. Menurut Greer dan Ryan (1989), kegagalan
pendidikan nilai akan menyebabkan pelajar gagal membentuk
perlakuan yang seimbang dari segi kognitif dan nilai dalam
kehidupannya. Ini kerana pendidikan nilai sangat rapat
hubungannya dengan perkembangan kognitif (Rest, 1980; Kay,
1979). Apabila keadaan ini terjadi maka terhasilah murid yang
pandai dari segi kognitif tetapi tidak terasuh dari segi akhlak.
Di antara kajian yang menunjukkan wujud masalah dalam
proses penerapan nilai ialah kajian oleh Rushani (1992) mendapati
guru tidak dapat menjalankan penerapan nilai yang terdapat dalam
bahan sastera (cerpen) yang digunakan sebagai bahan pengajaran
Bahasa Melayu secara berkesan disebabkan guru kurang
pengetahuan dan kemahiran untuk melaksanakan penerapan nilai,
di samping masalah tidak cukup masa. Hasil kajian Musak (1993)
mendapati faktor penghalang kepada pelaksanaan penerapan nilai
di sekolah ialah tiada kerjasama keluarga, pengaruh luar yang
negatif, sukatan pelajaran yang padat dan kekurangan masa.
Peranan guru di sekolah bukan sahaja mendidik dan
menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid-murid , tetapi juga
membentuk murid-murid agar menjadi insan yang seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Menurut Abdul
Razak (2001) peranan guru adalah sebagai agen sosialisasi iaitu
proses interaksi yang membolehkan manusia hidup bermasyarakat
secara harmoni. Sosialisasi juga bermaksud proses mendisiplinkan
individu supaya sesuai dengan norma dan nilai masyarakat.
170 Kurikulum Pendidikan Nilai
Tidak ada sekolah atau institusi dalam masyarakat yang
terlepas daripada menjalankan tugas penerapan nilai. Proses
penerapan nilai yang dilaksanakan boleh berlaku secara langsung
dan tidak langsung. Pengalaman pembelajaran khususnya
penerapan dan penghayatan nilai-nilai melalui kurikulum
tersembunyi boleh diperolehi oleh murid-murid di sekolah secara
tidak langsung atau secara tidak sedar. Berdasarkan penyataan-
penyataan di atas, apa yang dapat diterjemahkan ialah kurikulum
tersembunyi boleh menjadi agen perantara di antara guru-guru dan
murid-murid dalam pembentukan akhlak dan pemupukan atau
penerapan nilai-nilai. Oleh itu, pengkaji merasakan penerapan dan
penghayatan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid perlu lebih
giat dilaksanakan melalui kaedah kurikulum tersembunyi. Bagi
melaksanakan proses penerapan nilai melalui kurikulum
tersembunyi dengan lebih berkesan, guru-guru perlu mempunyai
pengetahuan yang mendalam mengenai konsep kurikulum
tersembunyi.
Dalam setiap pendidikan nilai, apa yang diharapkan
semestinya terbit kesedaran dalam diri murid-murid melaksanakan
nilai-nilai positif dan menghindarkan nilai-nilai negatif. Di
sekolah, nilai-nilai murni diajar dan diterapkan melalui
matapelajaran yang diajar iaitu secara kurikulum rasmi. Pengkaji
merasakan kajian mengenai penerapan nilai melalui kurikulum
tersembunyi pula perlu dilakukan bagi mempertingkat proses
penerapan nilai yang sedia ada dilaksanakan secara kurikulum
rasmi.
Kurikulum formal dan kurikulum tidak formal (kurikulum
tersembunyi) adalah berkaitan dan saling melengkapi antara satu
sama lain. Kurikulum tersembunyi tidak boleh dikembangkan
tanpa perkembangan kurikulum formal (Kohlberg, 1973).
Kewujudan kurikulum tersembunyi ini perlu diberi perhatian dan
diambil berat sama seperti kurikulum formal. Menurut Ishak
(2005) dalam bukunya yang bertajuk Inilah Kurikulum Sekolah,
kurikulum tersembunyi bertindak sebagai alat pembentukan akhlak
dan pekerti peribadi. Ia meliputi pemupukan nilai-nilai manusia
yang mulia dan terpuji.
Penerapan Nilai Melalui Kurikulum Tersembunyi 171
Guru menjadi ‘role model’ kepada murid-murid dan
masyarakat, berkhidmat dan berinteraksi dengan masyarakat serta
menjadi penghubung antara guru, kerajaan, ibu bapa dan
masyarakat (Abdul Rahim, Mohamad Najib, Ahmad Johari,
Zainuddin & Nani Herlin, 2012). Berikutan itu, pengkaji
menjalankan kajian ini bertujuan untuk mengupas dan meninjau
sejauh manakah pengetahuan guru-guru sekolah rendah terhadap
konsep kurikulum tersembunyi. Konsep kurikulum tersembunyi
yang dimaksudkan atau dalam erti kata yang sebenar ia meliputi
definisi, konsep, ciri-ciri, kandungan, kepentingan serta kesan
kurikulum tersembunyi. Tidak hanya cukup mengetahui konsep
kurikulum tersembunyi, guru-guru sekolah rendah juga perlu
mengetahui kaedah atau strategi yang sesuai dalam melaksanakan
proses penerapan nilai secara kurikulum tersembunyi di sekolah.
Dalam pelaksanaan kurikulum tersembunyi mengikut kaedah dan
strategi yang berbeza-beza, tentunya wujud masalah-masalah yang
dihadapi oleh guru-guru. Di sekolah penerapan nilai-nilai boleh
dilaksanakan melalui pertuturan, perlakuan, teladan, isyarat,
kefahaman dan interpretasi (Tajul Ariffin & Nor’aini 1992).
Pengkaji mahu melihat strategi penerapan nilai-nilai ini dalam
konteks kurikulum tidak formal atau kurikulum tersembunyi yang
perlu dimainkan peranan oleh guru-guru di sekolah. Oleh itu,
pengkaji ingin mengetahui masalah-masalah yang wujud semasa
guru-guru melaksanakan kurikulum tersembunyi yang
membataskan peranan mereka sebagai agen kurikulum
tersembunyi ke atas murid-murid.
Kohlberg (1970) pula menyatakan kurikulum tersembunyi
adalah perkara yang berhubung dengan pendidikan moral dan
peranan guru memudahkan standard moral. Guru dilihat
berperanan penting dalam penerapan dan penghayatan nilai-nilai
moral agar semua murid sekolah dapat mencapai standard moral
pada suatu tahap tertentu. Sudah tentu penerapan nilai-nilai ini
disampaikan oleh guru-guru sepanjang berada di sekolah bersama
murid-murid. Di sini pengkaji dapat melihat perkaitan antara
penerapan nilai dan pembangunan moral melalui pelaksanaan
kurikulum tersembunyi oleh guru-guru di sekolah dapat
172 Kurikulum Pendidikan Nilai
membentuk murid-murid yang positif dan seimbang dalam semua
aspek. Kelakuan guru sentiasa menjadi pemerhatian murid-murid
di sekolah. Oleh itu perlakuan guru juga memberi kesan terhadap
pelaksanaan kurikulum tersembunyi.
Dapatan kajian oleh Abdul Rahim et. al. (2012) yang
bertajuk Pelaksanaan Kurikulum Tersembunyi Dalam Kalangan
Pelajar Sekolah Menengah menunjukkan tahap pelaksanaan
kurikulum tersembunyi adalah tinggi melalui kandungan subjek
menurut interpretasi pelajar dan perlakuan guru, namun
pelaksanaan kurikulum tersembunyi melalui iklim sekolah berada
pada tahap yang rendah. Iklim persekolahan yang terbuka dan
positif adalah iklim persekolahan yang demokratik, dan iklim ini
dapat membantu sekolah mencapai aspirasinya seperti
membimbing pelajar supaya rajin berusaha, berdisiplin,
berinisiatif, rela bekerjasama, ramah dan mesra, spontan, kreatif
serta tinggi motivasinya (Abdullah Sani, 2007). Hasil kajian ini
dapat dilihat dengan jelas bahawa terdapat perkaitan atau
hubungan yang kuat antara kurikulum tersembunyi dengan
kandungan subjek dan perlakuan guru. Penerapan nilai-nilai murni
sememangnya disisipkan melalui kesemua matapelajaran atau
subjek yang dipelajari di sekolah. Dalam buku tulisan Tajul
Ariffin dan Nor’aini (1992) yang bertajuk Pendidikan dan
Wawasan 2020, menurut Pengarah Pusat Perkembangan
Kurikulum, penerapan nilai-nilai murni boleh disepadukan dalam
matapelajaran secara pertuturan (pengucapan), perlakuan, teladan,
isyarat, kefahaman, interpretasi dan kontekstual. Kelakuan guru
juga memainkan peranan penting dalam penerapan nilai melalui
kurikulum tersembunyi. Kelalukan guru sama ada di dalam atau di
luar bilik darjah sentiasa diperhatikan oleh murid-murid di sekolah
dapat memberi kesan terhadap keberkesanan penerapan nilai
secara tersirat (kurikulum tersembunyi). Guru yang berkelakuan
menjurus kepada 16 aspek nilai murni secara langsung sedang
melakukan proses penerapan nilai secara kurikulum tersembunyi.
Dalam proses penerapan nilai melalui kurikulum
tersembunyi ini, pasti wujud masalah yang menghalang serta
membataskan pelaksanaannya. Antara masalah-masalah yang
Penerapan Nilai Melalui Kurikulum Tersembunyi 173
wujud adalah dari segi kekangan masa, persekitaran sekolah,
strategi pelaksanaan, beban tugas, tekanan dan kurang
pengetahuan. Jurnal bertajuk Peranan Sekolah dan Guru Dalam
Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan Nilai : Satu
Sorotan (Mohamad Khairi & Asmawati, 2010) menyatakan antara
masalah yang wujud ialah dari segi persekitaran dan budaya
sekolah, personaliti dan pengalaman guru serta mata pelajaran
yang diajar. Menurut Rusni (2005) faktor keadaan persekitaran
sekolah boleh memberi kesan kepada pembentukan tingkah laku.
Persekitaran yang menggalakkan dan menyokong dapat
melahirkan kesan positif terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran serta penghayatan nilai-nilai murni. Kajian Abdul
Rahim & Azharul Nizam (2009) menyatakan bahawa di antara
kekangan yang terpaksa dihadapi oleh guru-guru dalam
pelaksanaan penerapan nilai ialah kekangan masa menyebabkan
sukar untuk melaksanakan penerapan nilai-nilai murni dalam
pengajaran. Ahmad Esa (2005) menyatakan bahawa adalah penting
untuk semua pendidik menerapkan nilai murni yang merupakan
kurikulum tersembunyi secara telus dan komited, bukan sekadar
menghabiskan sukatan pelajaran atau memenuhi tanggungjawab
menyediakan pelajar menduduki peperiksaan semata-mata.
Kajian ini juga hendak melihat adakah terdapat perbezaan
di antara pengalaman mengajar guru dengan konsep kurikulum
tersembunyi. Terdapat beberapa kajian berkaitan dengan
pengalaman mengajar guru. Menurut Mead (2003), guru tidak
mampu menerapkan nilai murni kerana kurang berpengalaman
dalam melaksanakannya. Manakala kajian oleh Rosenholtz (1984)
mendapati guru yang mempunyai pengalaman mengajar lima tahun
ke atas lebih berkesan berbanding guru yang mempunyai
pengalaman mengajar kurang dari tiga tahun. Hannafin dan
Freeman dalam Tor (2003) mendapati bahawa guru yang
berpengalaman mempunyai pandangan yang lebih objektif
terhadap penguasaan pengetahuan berbanding dengan guru yang
tidak banyak pengalaman mengajar. Oleh itu, jelas menunjukkan
pengalaman mengajar di sekolah mempengaruhi seseorang guru
dalam amalan pengajaran dan seterusnya membantu dalam
174 Kurikulum Pendidikan Nilai
pembentukan nilai pelajar.
Hasil kajian Abdul Rahim et.al. (2012) mendapati guru
yang baik ialah guru yang mempunyai pengetahuan yang luas
dalam semua aspek. Murid-murid melihat guru yang
berpengetahuan luas ini mampu membawa mereka kepada
pemupukan ilmu pengetahuan. Begitu juga kepemimpinan guru
yang mengamalkan budaya beretika adalah mereka yang menjaga
perpaduan, penyayang, kerja berpasukan, bersopan santun,
berdisiplin, hidup sihat, jujur dan ikhlas (Abdullah Sani, Abdul
Rashid, Abd Ghani, 2007). Perlakuan guru adalah penting untuk
menggalakkan murid-murid menunjukkan kebolehan diri mereka.
Murid-murid sangat mudah terpengaruh dengan perlakuan,
pakaian, ucapan dan latarbelakang sosial guru-guru. Jelas di sini
dapat dilihat faktor dan ciri-ciri guru sedikit sebanyak memainkan
peranan dalam pelaksanaan kurikulum tersembunyi.
Kajian ini juga hendak melihat adakah terdapat perbezaan
di antara bidang mengajar guru dengan konsep kurikulum
tersembunyi. Menurut Noorlela (2008) guru sukar melaksanakan
penerapan nilai dalam pengajaran mata pelajaran Prinsip Akaun.
Dapatan kajian oleh Rosnani (1996) menjelaskan guru menghadapi
masalah dalam melaksanakan proses penerapan nilai murni
terutama sekali mereka yang mengajar disiplin ilmu yang bersifat
pasti seperti matematik dan perakaunan. Habsah (2000) dalam
kajiannya mendapati guru aliran sains sosial menunjukkan
kefahaman yang lebih tinggi daripada guru sains tulen berhubung
dengan aspek kesepaduan ilmu, kemahiran dan nilai-nilai murni.
Kajian Zakaria, Abdul Rahman, Abdul Majid dan Rahil (1996)
menjelaskan faktor mata pelajaran iaitu mata pelajaran Pendidikan
Islam dan Pendidikan Moral dan diikuti mata pelajaran lain
sebagai faktor terpenting yang menyumbang kepada
perkembangan moral pelajar. Menurut Nik Azis & Noraini (2008),
kategori nilai murni sesuai dikembangkan melalui mata pelajaran
Matematik, Sains, Agama, Bahasa, Sejarah dan Pendidikan
Jasmani. Dapatan-dapatan kajian ini menunjukkan bahawa mata
pelajaran tertentu mempengaruhi pelaksanaan proses penerapan
nilai murni.
Penerapan Nilai Melalui Kurikulum Tersembunyi 175
Apa yang berlaku di sekolah sama ada secara formal atau
secara tersembunyi mampu memberikan hasil dan impak ke arah
pembentukan negara yang harmoni kerana masyarakat pelbagai
kaum di negara kita disatukan di bawah satu pentadbiran
pendidikan. Oleh yang demikian, pengkaji berpendapat
pelaksanaan penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi dari
segi strategi dan masalah yang wujud di semua sekolah terbabit
adalah cukup berbeza walaupun kesemua sekolah tersebut berada
di bawah satu pentadbiran pendidikan. Impak kurikulum
tersembunyi adalah lebih besar dan mendalam serta memberi kesan
jangka panjang berbanding kurikulum formal. Oleh itu, kajian ini
penting agar guru-guru mengambil berat dan memberi perhatian
yang sewajarnya tentang kewujudan pelaksanaan kurikulum
tersembunyi. Penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi
diharap dapat memberi kesan jangka panjang ke atas murid-murid
dalam membentuk individu yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai
murni. Selain daripada kurikulum rasmi atau kurikulum bertulis
yang mempunyai objektif pembelajaran tertentu yang perlu
disampaikan kepada murid-murid, kurikulum tersembunyi atau
kurikulum tidak rasmi juga sama pentingnya. Kurikulum
tersembunyi dapat memberi kesan kepada perhubungan sosial di
kalangan murid-murid. Sekolah sebagai institusi pendidikan juga
merupakan institusi sosial yang boleh membentuk individu yang
seimbang dari semua segi.
Umum mengetahui kini kita kerap didedahkan di media
cetak mahupun di media elektronik dengan masalah-masalah sosial
dan masalah-masalah disiplin dalam kalangan murid-murid
sekolah. Murid-murid di zaman serba moden kini semakin
berkurang kualiti disiplin, adab, akhlak dan nilai dalam diri
mereka. Masalah sosial ini tidak boleh dikatakan hanya berpunca
dari rumah sahaja, rumah kedua mereka iaitu sekolah juga
memberi sumbangan kepada masalah sosial dalam kalangan
murid-murid ini. Penerapan dan penghayatan nilai murni serta nilai
moral yang lebih serius perlu dilaksanakan melalui kurikulum
fomal mahupun kurikulum tidak formal (kurikulum tersembunyi)
untuk membantu dalam membendung masalah sosial dan masalah
176 Kurikulum Pendidikan Nilai
disiplin dalam kalangan murid-murid sekolah. Justeru, peranan
sekolah khasnya dan guru amnya melalui kurikulum tersembunyi
boleh membantu mengurangkan masalah ini.
Oleh itu, penyelidikan ini memberi tumpuan kepada
keperluan guru-guru untuk mengetahui konsep mengenai
kurikulum tersembunyi ini. Pengetahuan tentang konsep kurikulum
tersembunyi ini meliputi aspek seperti definisi, ciri-ciri,
kandungan, kepentingan serta kesan kurikulum tersembunyi. Guru-
guru perlu melihat sejauh manakah pelaksanaan kurikulum
tersembunyi dalam penerapan dan penghayatan nilai murni dan
nilai moral di sekolah mereka dapat memberi impak positif
terhadap murid-murid. Kajian ini juga bertujuan mengupas apakah
strategi penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi dalam
kalangan guru sekolah rendah daerah Johor Bahru. Seterusnya
kajian ini juga hendak melihat apakah masalah penerapan nilai
melalui kurikulum tersembunyi yang dihadapi oleh guru-guru
sekolah rendah yang membataskan dan menghalang usaha mereka
dalam proses pendidikan nilai . Akhir sekali, kajian ini juga hendak
mengetahui hubungan antara pengalaman mengajar guru dengan
konsep kurikulum tersembunyi.
4.3 KONSEP KURIKULUM
Kurikulum adalah satu perancangan dan panduan yang
digunakan oleh guru untuk menjalankan tugas rasmi mereka di
sekolah iaitu untuk mendidik murid-murid. Apakah yang
dimaksudkan dengan kurikulum? Perkataan kurikulum berasal dari
bahasa Latin ‘curere’ yang membawa maksud ‘laluan’ atau ‘jejak’.
Perkataan kurikulum boleh didefinisikan sebagai satu set strategi
pengajaran dimana guru bercadang untuk menggunakannya di
dalam kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran untuk
mencapai objektif dan matlamat tertentu.
Menurut Zais (1976), kurikulum sebagai satu bidang studi
yang mencakupi (1) The range of subject matters with which it is
concerned (the substantive structure), dan (2) The procedures of
Penerapan Nilai Melalui Kurikulum Tersembunyi 177
inkiuri and practice it follows (the syntactical structure). Zais
menjelaskan bahawa kurikulum bukan hanya merupakan rencana
tertulis bagi pengajaran, melainkan sesuatu yang berfungsi dan
beroperasi dalam kelas, yang memberi pedoman dan mengatur
lingkungan dan kegiatan yang berlangsung di dalam bilik darjah.
Ornstein dan Hunkins (1998) menyatakan kurikulum adalah satu
rancangan tindakan atau satu dokumen bertulis yang mengandungi
strategi untuk mencapai matlamat yang dihajati. Seperti yang
dikemukana oleh McNeil (1977), kurikulum merupakan rancangan
dan kegiatan pendidikan yang secara maksimal mengembangkan
potensi kemanusiaan yang ada pada diri seseorang baik sebagai
individu mahu pun sebagai anggota masyarakat untuk kehidupan
dirinya, masyarakat, dan bangsanya di masa mendatang.
Menurut Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, kurikulum
ialah suatu rancangan pendidikan yang membendung segala ilmu
pengetahuan serta kemahiran nilai-nilai dan norma-norma, unsur-
unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan
masyarakat untuk diperturunkan kepada ahlinya. Definisi
kurikulum mengikut Akta Pendidikan 1996 ialah satu program
pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum
yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai,
unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu
perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi
jasmani, rohani, mental dan emosi serta menyampaikan
pengetahuan.
Dalam sistem pendidikan, satu daripada input
pengoperasiannya ialah reka bentuk kurikulum. (Ahmad, 2005).
Reka bentuk kurikulum mempunyai empat elemen utama iaitu
kurikulum itu sendiri, kokurikulum, kurikulum tambahan dan
kurikulum tersembunyi. Bagi memenuhi Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, semua guru perlu melaksanakan keempat-empat
elemen tersebut secara sepadu dan komprehensif dalam
pengajarannya. Pengabaian satu daripada elemen tersebut
menjadikan murid (output) tidak sempurna dan berhadapan dengan
kesukaran untuk memenuhi piawaian pasaran pekerjaan di
peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Terdapat lima jenis
178 Kurikulum Pendidikan Nilai
atau lima bentuk kurikulum yang berbeza pelaksanaannya di
sekolah iaitu kurikulum formal atau kurikulum rasmi, kurikulum
pengajaran, kurikulum operasional, kurikulum pengalaman dan
kurikulum tersembunyi atau kurikulum tersirat (Ang, 2007).
4.4 KONSEP KURIKULUM TERSEMBUNYI
Kurikulum tersembunyi atau kurikulum tersirat (hidden
curriculum) seakan-akan tidak disedari akan kepentingan
pelaksanaannya. Kurikulum tersembunyi atau unwritten
curriculum merupakan pengalaman pembelajaran yang dipelajari
secara tidak langsung oleh murid-murid dan kesannya adalah di
luar kawalan guru. Kurikulum tersembunyi juga kadang kala
disebut sebagai kurikulum terlindung, kurikulum tersirat, atau
kurikulum tersisip. Kurikulum tersembunyi boleh membawa
kepada kesan positif ataupun kesan negatif terhadap murid-murid.
Kurikulum tersembunyi apabila tidak diawasi dan dikawal selia
dengan baik membawa implikasi negatif kepada sekolah, budaya
sekolah serta iklim pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum
tersembunyi ini juga kadangkala dikenali sebagai kurikulum tidak
rasmi yang merangkumi perilaku kelakuan yang perlu dipatuhi,
corak hubungan perseorangan, kepatuhan kepada kuasa dan
pengaruh, persaingan, sumber motivasi dan sebagainya yang
dipelajari murid di sekolah.
Kurikulum yang tersembunyi berlangsung sama ada semasa
pelaksanaan kurikulum, kurikulum tambahan atau kokurikulum
selain daripada ia boleh dilaksanakan juga secara terancang dan
sistematik (Ahmad, 2005). Namun begitu, proses pelaksanaanya
kerap tidak disedari oleh para pendidik dan para pelajar kerana
kehadirannya adalah dalam bentuk penerapan, pengintegrasian,
asimilasi, akulturasi dan akomodasi (Ahmad, 2005). Beliau juga
menyatakan murid belajar secara tidak langsung daripada
kurikulum yang tersembunyi, justeru tidak dinafikan kadang-
kadang murid juga belajar perkara yang tidak baik daripada guru-
guru.Chafel (1977) pula berpendapat terdapat dua bentuk
kurikulum yang dilaksanakan di sekolah iaitu overt (terbuka) yang
Penerapan Nilai Melalui Kurikulum Tersembunyi 179
memberi fokus kepada kursus pengajian yang eksplisit, dan covert
(tersirat) yang memberi fokus kepada pembelajaran yang tacit
(diaplikasikan tetapi tidak didokumentasikan – tidak tercatat).
Beliau mendapati bahawa kurikulum tersembunyi boleh
didefinisikan sebagai norma-norma, nilai dan kepercayaan yang
tidak dinyatakan dan tidak tertulis dalam kurikulum rasmi tetapi
diajar secara tidak langsung di dalam bilik darjah.
Menurut Mok (2002) di dalam bukunya yang bertajuk Ilmu
Pendidikan Untuk Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) tafsiran
kurikulum yang lengkap adalah dirumuskan seperti berikut :
“Kurikulum merangkumi pengalaman kehidupan nyata dan tidak
nyata yang dipilih, diorganisasi dan disusun oleh sarjana
pendidikan dan pakar kurikulum secara teliti dan professional,
demi menjadikan pelbagai jenis aktiviti pembelajaran nyata dan
tidak nyata seperti yang dijalankan dalam dan luar bilik darjah,
dalam dan luar sekolah, untuk semua peringkat persekolahan.”
Huraian tafsiran kurikulum oleh Mok ini dianggap lengkap kerana
ia merangkumi kurikulum tersembunyi. Dalam bukunya juga
dinyatakan kurikulum tersembunyi meliputi pengalaman yang
dipelajari secara tidak formal seperti penerapan nilai-nilai murni
melalui peniruan tingkah laku guru, dan penyerapan nilai-nilai
murni dalam mata pelajaran, peraturan sekolah, aktiviti bahasa dan
budaya sekolah.
Terdapat dua pendekatan yang wujud dalam kurikulum
tersembunyi iaitu functionalist dan neo-Marxists. Menurut
pendekatan functionalist yang memfokuskan kepada cara sekolah
mengambil bahagian dalam menjalankan kegiatan sosial, sekolah
harus membekalkan murid-murid dengan ilmu pengetahuan,
kemahiran, nilai dan cadangan di mana masyarakat perlukan untuk
menyesuaikan diri dalam sistem masyarakat kini. Proses ini
dibantu oleh pengurusan kurikulum tersembunyi menurut Cookson
& Sadovnik, 2002; Giroux & Penna, 1981). Pendekatan neo-
Marxists pula menegaskan golongan dominan dan kuasa di dalam
masyarakat mempengaruhi pendidikan melalui kurikulum
tersembunyi. Berdasarkan pendekatan ini, sekolah dapat membantu
mengekalkan hukum sosial yang tidak adil atau zalim melalui
180 Kurikulum Pendidikan Nilai
penyampaian kepercayaan-kepercayaan, nilai-nilai dan norma-
norma yang efektif dalam kehidupan politik, sosial dan ekonomi.
Nilai-nilai, kepercayaan-kepercayaan dan norma-norma ini
disampaikan kepada murid-murid melalui mesej yang tersirat.
(Yuksel, 2005).
Guru-guru perlu memahami secara terperinci dan mendalam
tentang konsep kurikulum tersembunyi ini. Pada zaman yang serba
moden dan global ini, peranan guru dilihat semakin penting dan
mencabar terutama dalam menyampaikan kurikulum yang telah
dibentuk. Murid-murid pada era kini lebih kompeten dan
berlumba-lumba untuk mencapai tahap intelektual yang maksima
tetapi mereka tidak begitu mementingkan pencapaian yang
maksima selain dari segi intelektual (sahsiah, emosi, rohani dan
jasmani). Guru lebih menekankan aspek kurikulum rasmi atau
kurikulum formal tetapi tidak menitikberatkan aspek kurikulum
tersembunyi. Mungkin kurikulum tersembunyi ada dilaksanakan
secara tidak sengaja, tetapi nilai-nilainya kurang memberi kesan
terhadap murid-murid. Hal ini perlu dikaji kerana kurikulum
tersembunyi boleh membawa kepada kesan positif atau kesan
negatif. Kurikulum tersembunyi dipercayai dapat mempengaruhi
pencapaian akademik pelajar khasnya dan pencapaian-pencapaian-
pencapaian lain amnya seperti sahsiah, rohani, emosi dan jasmani.
Sebenarnya apa yang dipelajari oleh murid-murid di sekolah
bukanlah setakat kandungan yang tercatat dalam sukatan pelajaran
tetapi merangkumi semua pengalaman pembelajaran yang
diperolehi semasa berada di sekolah. Margolis (2001), Chafel
(1997), Eisner (1994), Longstreet & Shane (1993) dan Synder
(1973) adalah di antara penyelidik-penyelidik pendidikan yang
telah mengkaji mengenai nilai-nilai, kepercayaan, iklim sekolah
dan lain-lain pengalaman pembelajaran yang dipanggil kurikulum
tersembunyi. Terdapat juga ramai penyelidik-penyelidik lain yang
telah merungkai mengenai definisi, teori, konsep, kandungan,
kepentingan, kesan dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan
kurikulum tersembunyi. Idea kurikulum tersembunyi pada
mulanya diperkenalkan oleh Jackson (1968) dalam bukunya yang
bertajuk Life In Classroom dan seterusnya penyelidikan mengenai
Penerapan Nilai Melalui Kurikulum Tersembunyi 181
kurikulum tersembunyi ini dijalankan dengan lebih fokus oleh
Snyder (1973), Apple (1980), Bergenhenegouwen (1987), Portelli
(1993) dan lain-lain lagi. Tetapi belum ada lagi kata sepakat
mengenai definisi yang tepat bagi kurikulum tersembunyi.
Jackson (1968) menyatakan kurikulum tersembunyi adalah
belajar untuk tunggu dengan senyap, bertahan untuk membuat
latihan , menyiapkan segala tugasan, sentiasa memastikan diri
sibuk, bekerjasama, menunjukkan kesetian dan kepatuhan kepada
guru dan rakan, sentiasa kemas dan menepati masa dan memimpin
diri untuk beradab dan berbudi. Apple (1982) di dalam bukunya
yang bertajuk “Education Is Power” menekankan bahawa
kurikulum tersembunyi melibatkan pelbagai minat murid, budaya,
usaha, perjanjian dan kompromi. Giroux (1983) menyatakan
bahawa kurikulum tersembunyi adalah norma-norma, nilai-nilai
dan kepercayaan-kepercayaan yang tidak dinyatakan secara
bertulis tetapi ternanam dan ia disampaikan secara tidak langsung
atau tidak sengaja kepada murid-murid melalui peraturan-peraturan
yang akan menyusun dan membentuk rutin kehidupan dan
hubungan sosial di dalam bilik darjah dan di sekolah. Apple (1982)
melalui bukunya yang bertajuk Education and Power menekankan
bahawa kurikulum tersembunyi melibatkan pelbagai minat,
budaya, usaha, perjanjian dan kompromi.
Ausbrooks (2000) pula menjelaskan bahawa kurikulum
tersembunyi ialah ….. is composed of the implicit messages in the
school’s social climate, unwritten yet understood by all. It is the
body of knowledge a child absorbs in school simply by being there
day after day. This is the curriculum that creates a school’s so
called ‘learning environment’. Walaupun terdapat sedikit kelainan
di antara pendapat Chafel dan Ausbrooks tetapi pada dasarnya
mereka berdua menerima bahawa kurikulum tersembunyi tidak
dinyatakan dalam kurikulum rasmi. McNeil (1995) dalam bukunya
yang bertajuk Curriculum A Comprehensive Introduction
menyatakan bahawan perkataan kurikulum tersembunyi merujuk
kepada pengaruh dalam pengajaran yang tidak rasmi di mana ia
boleh menyokong atau melemahkan proses untuk mencapai
sesuatu matlamat. Beliau juga menyatakan bahawa kurikulum
182 Kurikulum Pendidikan Nilai
tersembunyi boleh menjadi alat penghubung kepada pembangunan
moral seseorang individu. (kaitkan dgn teori moral)
Terdapat beberapa konsep berkenaan teori kurikulum
tersembunyi yang mempunyai definisi dan penjelasan yang
berbeza tetapi memberi maksud yang hampir sama. Artikel
bertajuk Comparison Of Hidden Curriculum Theories yang ditulis
oleh Kentli (2009) menyenaraikan beberapa teori berkenaan
dengan kurikulum tersembunyi yang boleh dilihat
perbandingannya dengan nyata. Durkheim (1961) dalam bukunya
bertajuk Moral Education menyatakan apa yang diajar dan
dipelajari di sekolah oleh murid-murid adalah lebih banyak dari
apa yang terkandung dalam kurikulum yang digubal dan manual
guru. Walaupun ini bukan dinyatakan secara terus sebagai
kurikulum tersembunyi, ini sebenarnya merujuk kepada kurikulum
tersembunyi. Jackson (1968) pula melalui bukunya yang bertajuk
Life In Classroom menyatakan kurikulum tersembunyi adalah
belajar untuk tunggu dengan senyap, bertahan untuk membuat
latihan, menyiapkan segala tugasan, sentiasa memastikan diri
sibuk, bekerjasama, menunjukkan kesetian dan kepatuhan kepada
guru dan rakan, sentiasa kemas dan menepati masa dan memimpin
diri untuk beradab dan berbudi. Di sini Philip menjelaskan secara
tersirat bahawa kurikulum tersembunyi merangkumi norma-norma,
nilai-nilai, kepercayaan dan budaya yang dipelajari dan diperolehi
sepanjang berada di sekolah.
Dreeben (1967) mengkaji berkaitan dengan norma-norma
dan budaya sekolah dan menyimpulkan bahawa kurikulum
tersembunyi membuatkan murid-murid dapat membentuk
perhubungan sosial, menenggelamkan sebahagian besar identiti
diri mereka dan menerima kesahihah pemulihan. Vallance (1973)
pula menyatakan konsep kurikulum tersembunyi dengan perkataan
yang lebih ringkas iaitu unstudied curriculum, covert atau latent
curriculum, non-academic outcomes of schooling, by-products of
schooling, atau maksud yang lebih mudah what schooling does to
people. Bowles & Gintis (1976) mendefinisikan kurikulum
tersembunyi sebagai Schools are not as an agency of social
mobility but as reproducing the existing class structure, sending a
Penerapan Nilai Melalui Kurikulum Tersembunyi 183
silent, but powerful message to students with regard to their
intellectual ability, personal traits, and the appropriate
occupational choice and this takes place through the hidden
curriculum. Mereka menyatakan bahawa sekolah dengan
wujudnya struktur kelas dapat memberikan mesej yang tersirat
tetapi penuh bermakna kepada murid-murid dengan mengambil
kira kebolehan intelektual, sifat murid dan pilihan kerjaya yang
bersesuaian. Manakala Martin (1976) berpendapat kurikulum
tersembunyi boleh dijumpai dalam struktur sosial bilik darjah, guru
sebagai orang yang berkuasa, peraturan-peraturan yang mentadbir
perhubungan antara guru dengan murid-murid. Aktiviti-aktiviti
pembelajaran sebagai sumber dengan penggunaan bahasa, buku
teks, sistem pengesanan, dan kurikulum oleh guru.
Kurikulum tersembunyi dalam struktur sekolah paling
penting dalam menentukan pembinaan hubungan sosial di dalam
bilik darjah di sekolah (Willis, 1977). Selain itu, menurutnya lagi
kurikulum tersembunyi juga penting dalam pembinaan budaya di
sekolah. Menurut Anyon (1980) pula, kurikulum tersembunyi di
sekolah adalah persiapan yang tacit (tidak tertulis) untuk proses
pengeluaran melalui cara tertentu. Membezakan kurikulum,
pedagogi dan latihan penilaian murid-murid menekankan
perbezaan kognitif dan kemahiran perlakuan dalam sosial dan ini
menyumbangkan kepada pembangunan kanak-kanak dalam
potensi perhubungan kepada fizikal dan simbolik kapital, kepada
kekuasaan dan kepada proses pekerjaan. Apple (1982) di dalam
bukunya yang bertajuk Education Is Power, Kurikulum
tersembunyi melibatkan pelbagai minat murid, budaya, usaha,
perjanjian dan kompromi. Giroux (1983) pula menyatakan
kurikulum tersembunyi merangkumi norma-norma yang tidak
ternyata, nilai-nilai dan kepercayaan yang tertanam dan disebarkan
kepada murid melalui peraturan-peraturan yang membentuk segala
rutin dan hubungan sosial di sekolah dan di dalam bilik darjah.
Berdasarkan perbandingn konsep-konsep kurikulum tersembunyi
yang telah dinyatakan di atas, dapat dilihat bahawa idea kurikulum
tersembunyi yang dinyatakan oleh ahli-ahli kurikulum tersebut
adalah sama iaitu sesuatu perkara yang diperolehi murid-murid
184 Kurikulum Pendidikan Nilai
semasa berada di sekolah yang tidak tertulis di dalam kurikulum
formal.
4.5 CIRI-CIRI KURIKULUM TERSEMBUNYI
Ciri-ciri kurikulum tersembunyi yang boleh dimaksudkan adalah ia
merangkumi semua pengalaman pembelajaran yang diperolehi
oleh pelajar di mana mereka belajar; boleh menjadi objektif
pembelajaran tetapi hasilan pembelajarannya adalah bersifat relatif
dan agak sukar diukur secara kuantitatif; merangkumi nilai-nilai
yang dibentuk bersama oleh pelaksana kurikulum itu sendiri
(pelajar – guru); dipelajari oleh pelajar tetapi secara tidak langsung
misalnya daya intelek guru, tingkah laku dan akhlak guru. Selain
itu, kewujudan kurikulum tersembunyi adalah berbeza-beza
bergantung kepada lokasi, persekitaran dan latar belakang
pelaksana kurikulum (pelajar-guru). Walaupun kadang kala
kurikulum tersembunyi terdapat sama ada pada matlamat atau
objektif satu-satu kurikulum itu tetapi ianya tidak tertulis dalam
kandungan kurikulum berkenaan mahupun dalam penilaian. Jenis
atau pengkategorian kurikulum tersembunyi adalah berbeza-beza
mengikut jenis institusi, tahap pembelajaran dan juga matlamat
kurikulum itu sendiri.
Terdapat beberapa pandangan dan pendapat dari penyelidik-
penyelidik tentang apa yang sebenarnya terkandung di dalam
kurikulum tersembunyi. Idea asas mengenai konsep kurikulum
tersembunyi adalah murid-murid belajar mengenai perkara yang
tidak diajar di dalam kurikulum formal atau kurikulum rasmi.
Kurikulum tersembunyi merujuk kepada cara proses pembelajaran
dijalankan sama ada yang disedari atau yang tidak disedari. Cara
proses pembelajaran dijalankan yang disedari oleh murid-murid
adalah seperti organisasi fizikal sekolah itu sendiri dan organisasi
bilik darjah. Contohnya, murid-murid memahami bahawa sekolah
adalah suatu tempat yang berbeza dan terpisah dari rumah mereka
dan mempunyai banyak bilik-bilik darjah serta bilik-bilik atau
kawasan-kawasan lain seperti dewan, kantin, padang,
perpustakaan, makmal komputer, makmal sains, bilik sukan dan
Penerapan Nilai Melalui Kurikulum Tersembunyi 185
lain-lain. Manakala organisasi bilik darjah merujuk kepada
keadaan seperti guru yang mengajar berdiri di hadapan kelas dan
murid-murid duduk di dalam susunan barisan meja. Cara proses
pembelajaran dijalankan yang tidak disedari oleh murid-murid
yang dimaksudkan sebagai kurikulum tersembunyi adalah seperti
cara bagaimana seseorang guru itu mentafsir kelakuan murid-
muridnya juga cara bagaimana seseorang guru itu mempunyai
jangkaan yang berbeza-beza terhadap murid-muridnya berdasarkan
tafsiran kelakuan murid-muird di dalam bilik darjah.
Menurut McNeil (1986) melalui bukunya yang bertajuk
Fundamental of Sociology apa yang terkandung di dalam
kurikulum tersembunyi adalah pembelajaran mengenai perkara-
perkara seperti bagaimana untuk bertindak balas dan menghadapi
pihak berkuasa; bagaimana untuk menjana dan mengekalkan
hubungan baik dengan orang lain (kedua-dua guru dan murid);
bagaimana untuk menghabiskan masa; bagaimana untuk
menguruskan kebosanan; bagaimana untuk mendapatkan
keutamaan; dan bagaimana untuk menepati jangkaan guru dan
rakan sebaya. McNeil merumuskan idea kandungan kurikulum
tersembunyi ini dengan menyatakan bahawa pembelajaran
mengenai kurikulum tersembunyi telah menjadi popular
dikalangan penyelidik yang mengharapkan apa sahaja objektif
rasmi dalam pendidikan yang mungkin, apa sebenarnya yang
berlaku di sekolah adalah lebih kepada kawalan, dominasi dan
kesan dari pembiakan ketidaksamaan sosial.
Pembelajaran tersirat atau tersembunyi yang dibangkitkan
oleh Jackson (1968) bahawa murid-murid yang mempelajari apa
sahaja subjek atau matapelajaran dalam kurikulum formal akan
mempelajari perkara-perkara seperti mengenai kuasa seorang guru,
ilmu pengetahuan yang sah yang diperolehi melalui buku, sistem
pembelajaran dan penilaian kemajuan oleh guru. Kuasa guru
memainkan peranan penting di dalam bilik darjah. Murid-murid
yang gagal memerhatikan secara implisit atau eksplisit mengenai
peraturan bilik darjah akan menyebabkan mereka tidak tersekat
dari teguran, dendaan asas serta dilabel guru seperti murid sukar,
murid bermasalah dan murid bodoh. Peraturan pentadbiran bilik
186 Kurikulum Pendidikan Nilai
darjah adalah seperti bilakah masa yang dibenarkan untuk
bercakap, dengan siapakah anda dibenarkan bercakap dan
dimanakah anda dibenarkan untuk duduk. Murid-murid harus
mempelajari untuk mematuhi apa sahaja ilmu pengetahuan yang
sah yang terkandung di dalam buku-buku yang disampaikan oleh
guru-guru untuk lulus dalam peperiksaan. Sistem pembelajaran
pula melibatkan perkara seperti individualisme dan persaingan.
Proses pembelajaran adalah suatu proses yang bukan untuk
dikongsi dan objektif persaingan di dalam proses pembelajaran
adalah untuk menunjukkan bahawa anda adalah lebih baik dari
rakan sebaya anda. Kandungan dalam kurikulum tersembunyi
menurut Goburdhun (2009) adalah berkaitan ketidaksamaan
(inequality), hierarki atau keutamaan (hierarchy), jantina (gender),
mengawal kebosanan (controlling boredom), bangsa (race),
mematuhi peraturan (accepting authority) dan ketiadaan kuasa
(powerlessness).
Ketidaksamaan berlaku apabila sekolah secara langsung
menerima bahawa sesetengah murid adalah lebih bijak daripada
yang lain-lain dan mereka ini dianugerahkan dengan status yang
tinggi dan pelbagai anugerah. Ini menunjukkan ketidaksamaan
ganjaran antara murid-murid. Sekolah juga mendidik mengenai
hierarki iaitu mereka yang mempunyai kuasa yang lebih akan
berada di atas dan mereka yang kurang berkuasa akan berada di
bawah. Ini mengukuhkan idea hierarki sosial dan membolehkan
murid-murid mempersiapkan diri mereka dalam bidang pekerjaan
di masa hadapan dan kandungan kurikulum tersembunyi ini
dinamakan hieraki atau keutamaan. Jantina pula merujuk kepada
pihak sekolah yang memberi peluang kepada murid-murid untuk
mempelajari matapelajaran atau subjek tertentu yang dikategorikan
untuk lelaki dan perempuan. Murid-murid perempuan biasanya
digalakkan untuk menyertai caring profession manakala murid-
murid lelaki dibimbing untuk ke arah bidang teknikal dan sains.
Kandungan kurikulum tersenbunyi juga mengandungi elemen
mengawal kebosanan. Di sekolah, murid-murid mempelajari
bahawa kebosanan itu adalah semulajadi dan jika murid-murid itu
membuat masalah di sekolah sebenarnya mereka sedang
Penerapan Nilai Melalui Kurikulum Tersembunyi 187
menjadikan hidup mereka bertahan. Mereka sedang mempelajari
bagaimana untuk mengatasi kebosanan dalam kehidupan mereka
kelak. Daripada aspek bangsa pula, sekolah dan guru-guru
mungkin bersikap neutral terhadap rasis tetapi kurikulum atau
bahan-bahan di sekolah adakalanya tidak. Contohnya dalam topik
tertentu ia lebih menekankan kepada budaya satu bangsa tertentu
dan menolak budaya bangsa lain. Murid-murid juga diberi senarai
keseluruhan peraturan dan disiplin di sekolah, mereka tidak diberi
pilihan lain selain perlu mematuhi peraturan dan disiplin tersebut.
Mereka akan mendapat sekatan jika tidak mematuhi undang-
undang tersebut. Perkara ini sebenarnya sedang mempersiapkan
diri mereka untuk menerima peraturan dan undang-undang di
dalam masyarakat yang lebih luas dan ini merupakan elemen atau
nilai mematuhi peraturan. Ketiadaan kuasa pula diterapkan dengan
menggalakkan murid-murid terlibat di dalam perbincangan bilik
darjah untuk berurusan dengan sesetengah masalah. Tetapi apabila
pihak sekolah hendak membuat keputusan berkaitan kewangan
atau berkaitan apa sahaja, murid-murid tiada kuasa untuk berkata
apa-apa. Hal ini menyebabkan murid-murid mempelajari berkaitan
mereka tidak mempunyai apa-apa kuasa agar dapat diaplikasikan
di kehidupan mereka akan datang.
4.6 KEPENTINGAN KURIKULUM TERSEMBUNYI
Di antara kepentingan kurikulum tersembunyi yang jelas adalah ia
dapat meningkat, mendorong dan merangsang pertumbuhan proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Selain itu ia dapat
membina hati, akal dan jiwa murid supaya menjadi insan yang
berguna dan dapat meneruskan tradisi hidup dan masyarakat.
Melalui pelaksanaan kurikulum tersembunyi juga, ia dapat
menentukan keberkesanan pengalaman sekolah yang dilalui oleh
murid-murid. Selaras dengan Matlamat Pendidikan Kebangsaan,
kepentingan kurikulum tersembunyi seperti yang dinyatakan di
atas dapat membantu mencapai matlamat-matlamat tersebut.
Matlamat Pendidikan Kebangsaan adalah untuk melahirkan bangsa
188 Kurikulum Pendidikan Nilai
Malaysia yang taat setia dan bersatu padu; melahirkan insan yang
beriman, berilmu, berakhlak mulia, berketrampilan dan sejahtera;
menyediakan sumber tenaga manusia untuk kemajuan negara; dan
memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara
Malaysia. Dalam penyelidikan ini, pengkaji lebih menjurus dan
memfokuskan kepentingan kurikulum tersembunyi dalam aspek
penerapan dan penghayatan nilai murni dan nilai moral dalam diri
murid-murid. Aspek nilai-nilai ini penting kerana ia dapat
membantu dalam membendung masalah disiplin dan masalah
sosial dikalangan murid-murid sekolah.
Ada kalanya guru-guru terlepas pandang akan budaya
sekolah. Budaya sekolah dan persekitaran sekolah sangat berkait
rapat dengan kurikulum tersembunyi. Penerapan unsur-unsur,
nilai-nilai dan norma-norma positif melalui budaya sekolah dan
persekitaran sekolah oleh guru-guru sangat penting terhadap
murid-murid. Sekolah merupakan salah satu institusi sosial
walaupun pada dasarnya fungsi utamanya ialah sebagai institusi
pendidikan. Meighan (1981) dalam bukunya yang bertajuk A
Sociology of Education menyatakan bahawa kurikulum
tersembunyi diajar oleh sekolah bukan diajar oleh guru, ia adalah
sesuatu yang murid-murid perolehi yang tidak diajar dalam
matapelajaran mahupun diperolehi dari perhimpunan sekolah, ia
adalah berkaitan dengan sesuatu pendekatan kehidupan dan
tingkahlaku untuk pembelajaran. Haralambos (1991) melalui
Themes and Perspectives pula menyatakan kurikulum tersembunyi
adalah perkara-perkara yang diperlajari oleh murid-murid melalui
pengalaman mereka dengan menghadirkan diri ke sekolah selain
yang dinyatakan dalam objektif pengajaran. Ini menggambarkan
bahawa pendidikan adalah suatu proses sosialisasi. Melalui proses
sosialisasi murid-murid dapat mempelajari sesuatu yang bernilai di
dalam masyarakat mereka (seperti menghormati orang yang lebih
tua, beratur dan mengikut giliran, menghormati amalan dan budaya
agama lain) dan mereka juga dapat mempelajari sesuatu perkara
yang membolehkan ilmu pengetahuan dan kemahiran disampaikan
dari satu generasi ke generasi seterusnya dengan jayanya.
Myles (2001) dalam Ask-U Newsletter, ASC-US, Inc
Penerapan Nilai Melalui Kurikulum Tersembunyi 189
menyatakan peraturan yang guru anggap murid-murid tahu tanpa
mengajarkannya di dalam bilik darjah dikenali sebagai kurikulum
tersembunyi. Di antara kurikulum tersembunyi yang disenaraikan
oleh beliau adalah seperti:
• Jangan bercakap dengan rakan lain apabila guru sedang
mengajar di dalam bilik darjah
• Apabila guru sedang memarahi seorang murid lain, ia
bukanlah masa yang sesuai untuk bertanyakan soalan
• Apabila anda melakukan satu kesalahan dan guru
memperbetulkan kesalahan itu, ia tidak bermaksud
keseluruhan hari anda adalah malang
• Apabila latihan kebakaran sedang dijalankan, gunakan
pintu keluar yang berdekatan dan masa ini bukanlah masa
untuk pergi ke bilik air atau meminta izin untuk ke bilik air.
• Anda haruslah bercakap dengan guru anda dengan ton
suara yang lemah lembut kerana guru anda akan membalas
dengan budi bahasa yang lebih positif. Guru juga suka
apabila anda senyum sekali sekala.
• Apabila guru anda memberi amaran tentang kelakuan anda
dan anda terus melakukan kelakuan tersebut, anda sengaja
mencari masalah. Apabila anda terus berhenti melakukan
kelakuan tersebut selepas amaran pertama, anda tidak akan
mendapat masalah.
• Apabila rakan sekelas anda memberitahu anda untuk
melakukan sesuatu yang membolehkan anda ditimpa
masalah, berfikirlah dengan waras dan jangan
melakukannya.
• Tidak semua guru mempunyai undang-undang yang sama
di dalam kelas. Ada guru yang tidak yang tidak
membenarkan anda bercakap kecuali dengan mengangkat
tangan. Ada guru yang membenarkan murid bercakap di
dalam kelas asalkan tidak menyakiti hati murid lain
• Apabila seorang guru menyuruh seorang murid untuk
berhenti bercakap, ia bukanlah masa untuk anda bercakap-
cakap dengan rakan sebelah anda memandangkan guru itu
sudah menunjukkan yang beliau tidak suka murid bercakap
190 Kurikulum Pendidikan Nilai
apabila beliau sedang mengajar
• Apabila terdengar seseorang bercakap dengan tatabahasa
yang salah, jangan betulkan tatabahasanya setiap kali anda
terdengar, terutama dalam adab yang tidak baik.
• Apabila anda ternampak seseorang yang anda suka di
sekolah, jangan terus mendekatinya dan berkata dengan
kuat “awak cantiklah” kerana ini akan membuatkannya rasa
tidak senang. Carilah cara lain yang lebih sesuai.
Menurut Goburdhun (2009) antara budaya sekolah dan interaksi
sosial di sekolah yang mempunyai kaitan dengan kurikulum
tersembunyi adalah kelakuan guru, rasis, bahasa, kumpulan rakan
sebaya, sistem penstrukturan murid mengikut tahap dan
pencapaian (streaming) dan melabel murid serta memenuhi
ramalan diri (self fulfilling prophecy).
4.7 KURIKULUM TERSEMBUNYI DAN PEMBANGUNAN
MORAL
Antara penyelidik yang telah mengkaji peranan kurikulum
tersembunyi dalam pembangunan moral ialah Lawrence Kohlberg.
Menurut Yuksel (2005), murid-murid mempelajari nilai-nilai
moral di dalam bilik darjah mengikut peringkat-peringkat seperti
idea Kohlberg mengenai kurikulum tersembunyi. Kohlberg (1927-
1987) ialah salah seorang ahli pendidikan dan ahli psikologi yang
penting yang membuat kajian mengenai pembangunan moral dan
pendidikan. Mengikut perspektif Kohlberg, pendidikan moral
penting dan sesuai diaplikasikan secara kurikulum tersembunyi.
Salah satu fungsi sistem pendidikan ialah untuk mengajar nilai
yang sedia ada wujud dan nilai-nilai baru yang belum ada di dalam
masyarakat untuk dipindahkan ke generasi yang akan datang.
Fungsi ini perlu dilaksanakan oleh pentadbir-pentadbir dan guru-
guru yang berada dalam kurikulum pendidikan. Murid-murid
dipersembahkan dengan pelbagai nilai yang mereka pelajari di
sekolah melalui kurikulum rasmi dan juga kurikulum tidak rasmi
(kurikulum tersembunyi). Walau bagaimanapun, kurikulum
Penerapan Nilai Melalui Kurikulum Tersembunyi 191
tersembunyi dikatakan lebih efektif dari kurikulum rasmi dalam
proses mendidik nilai-nilai.
Pendidikan Moral selalunya dikaitkan dengan proses
pendidikan yang memberi kesan secara terus kepada pembangunan
moral murid-murid. Teori Kohlberg berkenaan pembangunan
moral melalui pendekatan asas pendidikan moral menyatakan
kanak-kanak mengalami proses pendidikan yang mendorong
mereka ke peringkat moral seterusnya melalui resolusi etika
konflik atau dilemma. Kohlberg mempunyai status penting iaitu
sebagai penyelidik pertama yang memfokuskan kurikulum
tersembunyi dalam pendidikan moral. Dalam penyelidikannya,
beliau mengemukakan pelbagai cadangan berkaitan isu peranan
kurikulum tersembunyi dalam pendidikan moral. Selain kurikulum
formal, kurikulum tersembunyi juga sangat efektif dalam membina
asas pembangunan moral di kalangan murid-murid. Kebanyakan
masa murid-murid belajar dan melihat melalui persekitaran yang
diterapkan secara kurikulum tersembunyi berbanding melalui buku
teks dan bahan-bahan pendidikan yang lain. Kohlberg berpendapat
menyampaikan pendidikan moral melalui kurikulum formal dalam
matapelajaran tertentu tidak mencukupi, malah persekitaran muird-
murid juga memainkan peranan yang penting dalam pembentukan
rangka kerja pembangunan moral dalam diri murid-murid.
Kohlberg (1983) menyatakan tiga perkara utama dalam
penyelidikan beliau mengenai kurikulum tersembunyi iaitu: (1)
kurikulum tersembunyi berkait dengan hubungan sosial di sekolah;
(2) kurikulum tersembunyi adalah paling efektif dan menghuraikan
kurikulum dalam pembangunan moral murid-murid; dan (3)
pembangunan moral harus terarah kepada kematangan moral yang
bersifat adil. Perspektif Kohlberg mengenai kurikulum
tersembunyi adalah lebih mendekati kepda pendekatan
functionalist. Kajian Kohlberg (1983) yang seterusnya
menganalisis situasi yang berlaku akibat pengaruh kurikulum
tersembunyi dalam pendidikan moral. Kohlberg menfokuskan
kepada tiga subjek utama yang berkaitan dengan kurikulum
tersembunyi iaitu penipuan, kuasa dan kelakuan guru, mengubah
dan memperbaiki kurikulum tersembunyi.
192 Kurikulum Pendidikan Nilai
Subjek pertama ialah penipuan, Kohlberg mengenalpasti
kaitan antara menipu dan kurikulum tersembunyi. Menurut beliau
kurikulum tersembunyi membenarkan keadaan tertentu untuk
menipu dan menggalakkan penipuan. Apabila guru, pentadbir dan
keluarga melarang penipuan di sekolah, persekitaran kompetitif di
sekolah yang wujud mengakibatkan murid-murid tertekan untuk
menjadi cemerlang dan akhirnya ini mewujudkan dan
menggalakan penipuan berlaku (Kohlberg, 1983; Power &
Kohlberg, 1986).Subjek kedua kuasa dan kelakuan guru. Kelakuan
guru di dalam bilik darjah adalah salah satu faktor yang
menentukan pelaksanaan kurikulum tersembunyi dan ia
mempunyai kepentingan dalam pendidikan moral. Guru
menyampaikan mesej moral dan sosial melalui dendaan dan
penghargaan yang diberikan kepada murid-murid dengan adanya
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dengan kekuasaan guru.
Walhal kurikulum rasmi mengisytiharkan bahawa semua kursus
dilaksanakan secara demokratik dan ini menggalakkan semua
murid untuk berfikir secara kreatif. Konvensyen sekolah
menekankan penggunaan kuasa. Proses pengajaran yang
berpusatkan guru mewujudkan persekitaran di mana hanya guru
yang berkuasa. Sekolah yang benar-benar bersifat demokratik
boleh mematuhi dan menganuti kurikulum tersembunyi (Kohlberg
1983; Kohlberg & Turiel, 1971). Subjek yang ketiga ialah
mengubah dan memperbaiki kurikulum tersembunyi. Kohlberg
mencadangkan isu mengubah kurikulum tersembunyi yang
memberi kesan negatif terhadap pendidikan moral. Menurut
Kohlberg di sekolah sudah seperti satu komuniti, pentadbir dan
guru boleh mengubah kurikulum tersembunyi kepada satu
persekitaran moral yang sejujurnya. Kohlberg mencadangkan
guru-guru dan pihak pentadbir sekolah mesti menyatakan nilai
moral dengan jelas dan membenarkan penyertaan secara
demokratik dan juga menyediakan persekitaran yang demokratik.
4.8 NILAI-NILAI MURNI DALAM KURIKULUM
Dalam usaha untuk mencapai matlamat pendidikan dan juga
Penerapan Nilai Melalui Kurikulum Tersembunyi 193
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, tidak dapat dilakukan tanpa
mengasas, membina dan memperkembangkan pendidikan di atas
landasan nilai-nilai. Suda tentu dalam konteks sistem pendidikan
kita nilai-nilai yang dimaksudkan ialah nilai-nilai yang luhur dan
murni. Nilai didefinisikan sebagai satu peraturan perlakuan
standard yang menjadi pegangan ahli masyarakat, ditentukan
oleh masyarakat mengikut budaya masyarakat tersebut
(Superka, 1976) dalam Robiah (2011). Menurut Shaver & Strong
(1982) dan Mc Kinney (1986), nilai ialah kepercayaan terpilih
yang dianggap sesuai dengan perlakuan yang digunakan oleh
individu sebagai anutan dalam kehidupannya. Definisi ini selari
dengan pendapat Bohm (1981) dan Katz (1981) yang
mendefinisikan nilai sebagai satu set keutamaan yang memberi
panduan dalam kehidupan yang melibatkan hubungan intelektual,
fizikal, emosi dan sosial seseorang individu. Rokeach (1973) pula
menambah bahawa panduan tersebut mesti diikuti dengan
kepercayaan yang berterusan dan kepercayaan tersebut menjadi
kepercayaan sosial.
Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik,
peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya
sesama manusia, alam dan tuhan. Wan Mohd Zahid (1988)
menyatakan “Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan
perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga
menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat
biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua
agama untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi
baik dan berakhlak mulia.” Rokeach (1973) juga berpendapat
bahawa nilai mempunyai komponen kognitif, efektif dan tingkah
laku. Nilai dari segi kognitif ialah pemahaman sesuatu perkara,
nilai efektif ialah nilai yang bersabit dengan perasaan positif dan
negatif, manakala nilai tingkah laku ialah nilai yang merangsang
tingkah laku untuk mencapai keinginan individu.
4.9 NILAI-NILAI MURNI
Nilai-nilai murni menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan
194 Kurikulum Pendidikan Nilai
tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia,
alam dan tuhan (Tajul Ariffin & Nor’aini, 1992). Penerapan nlai
bukan bertujuan untuk menghabiskan sukatan pelajaran tetapi ia
berlaku berulang kali (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1991).
Tujuan menyeluruh pendidikan nilai-nilai murni ialah untuk
membentuk murid-murid supaya berperibadi mulia dan mampu
membuat keputusan berdasarkan nilai moral diri, keluarga,
komuniti dan masyarakat. Jawatankuasa Pendidikan Akhlak yang
ditubuhkan pada tahun 1976 telah meneliti nilai-nilai yang
terkandung dalam pelbagai agama yang diamalkan di negara kita.
Jawatankuasa yang dianggotai oleh wakil pelbagai agama telah
menerima 16 nilai yang boleh diajarkan kepada semua pelajar di
negara ini untuk membentuk pelajar yang seimbang dan
menyeluruh dari segi kognitif, afektif, psikomotor dan akhlak.
Enam belas nilai murni yang berdasarkan agama, tradisi
dan norma masyarakat Malaysia berbilang kaum dan norma
kemanusiaan sejagat, hendaklah disampaikan secara lingkaran
(Pusat Perkembangan Kurikulum, 1991). Nilai-nilai ini juga
berlandaskan prinsip Rukun Negara. Nilai murni patriotisme
kemudian telah ditambah dalam senarai menjadikan kesemuanya
terdapat 17 nilai-nilai murni. Berikut disenaraikan 17 nilai-nilai
murni yang telah diperakui oleh Pusat Perkembangan Kurikulum
iaitu baik hati, berdikari, hemah tinggi, hormat-menghormati, kasih
sayang, keadilan, kebebasan, keberanian, kebersihan fizikal dan
mental, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesedaran, kesyukuran,
rasional, semangat bermasyarakat, patriotism. Tujuan penerapan
nilai adalah untuk mempengaruhi atau menerapkan ke dalam diri
individu dengan nilai-nilai tertentu berbentuk universal dan mutlak
yang difikirkan baik dan sesuai (Robiah, 2011). Menurut
Durkheim (1961), institusi terbaik tempat mengajarkan pendidikan
nilai ialah sekolah. Maka jelas di sini bahawa penerapan nilai oleh
guru-guru ke atas murid-murid di sekolah adalah satu proses yang
betul dan bertepatan. Matlamat penerapan nilai adalah untuk
melahirkan insan yang memiliki sahsiah yang berakhlak, seimbang
dan sepadu dari segi keperluan dalam kehidupan dan menyedari
tanggungjawab mengabdikan diri kepada Allah SWT (Abd. Halim,
Penerapan Nilai Melalui Kurikulum Tersembunyi 195
1987). Matlamat ini dicapai dengan cara mengasas, membina dan
memperkembangkan landasan nilai-nilai hidup bermasyarakat
yang luhur, murni, mutlak dan sejagat (Kementerian Pendidikan
Malaysia,1979).
Terdapat tujuh objektif penerapan nilai yang dinyatakan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (1988). Objektif-objektif
tersebut ialah menerapkan kesedaran, kefahaman, keyakinan dan
kesyukuran; menerapkan semangat cintakan nilai baik dan
bencikan keburukan; membentuk sikappositif terhadap agama,
bangsa, tugas dan tanggungjawab; menghapuskan sikap negatif
dan kehidupan dan juga sewaktu menjalankan tugas serta
tanggungjawab; menjalankan amanah dengan dedikasi;
meningkatkan hasil dan produktiviti dan berusaha untuk mencapai
kecemerlangan. Murid-murid mempelajari hampir kesemua nilai-
nilai dalam kehidupan di sekolah. Nilai-nilai ini disampaikan dan
diterjemahkan kepada murid-murid melalui kurikulum rasmi dan
kurikulum tersembunyi (kurikulum tidak rasmi).
Walaubagaimanapun menurut Jackson, 1968; Kohlberg, 1975;
1983; Wynne & Ryan 1993, kurikulum tersembunyi lebih efektif
dalam proses penerapan nilai. Menurut Ali Suradin & Eni Eryanti
Yusoff (2005) penghayatan nilai-nilai murni dalam erti kata
sebenar amat penting yang mana dapat membantu membentuk
disiplin dalam diri. Dapatan kajian mereka mendapati bahawa
tahap penghayatan nilai-nilai murni dalam diri pelajar adalah
berada pada tahap tinggi.
4.10 PROSES PENERAPAN NILAI
Proses penerapan nilai merupakan suatu proses identifikasi dan
sosialisasi yang dilakukan oleh agensi tertentu sehingga seseorang
itu secara langsung dan tidak langsung telah menerima atau
mengambil standard nilai yang diamalkan oleh orang perseorangan
dan kumpulan ahli masyarakat untuk dijadikan satu sistem nilainya
sendiri (Superka,1976). Dalam bidang pendidikan, penerapan nilai
yang pertama kali secara rasminya diberi penekanan ialah melalui
196 Kurikulum Pendidikan Nilai
Laporan Kabinet (Laporan Mahathir 1979), 1989. Semasa Datuk
Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Pendidikan, beliau membuat
penyataan mengenai Falsafah Pendidikan Negara dan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengan (KBSM) yang mana ia menyelitkan
isu-isu nilai murni untuk diterapkan kepada murid-murid dan guru-
guru dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi
intelek, emosi, rohani dan jasmani.
Seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Negara
(1987) ciri-ciri insan yang hendak dilahirkan melalui pendidikan di
Malaysia mestilah percaya dan patuh kepada tuhan, berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab kepada diri,
masyarakat, agama dan Negara, berbakti dan memberi sumbangan
kepada masyarakat, agama, bangsa dan Negara serta memiliki
sahsiah yang seimbang dan sepadu.Terdapat beberapa teori yang
berkaitan dengan proses penerapan nilai. Di antara teori-teori
tersebut adalah seperti teori Kohlberg, teori Bandura dan teori
Humanistik. Dalam kajian ini, teori yang digunakan ialah teori
Kohlberg atau dikenali dengan Teori Pembangunan Moral
Kolberg.
Teori Kohlberg menyatakan bahawa seseorang individu itu
menilai yang mana benar atau salah dengan mentafsirkan situasi
dan menggabungkan maksud psikologi serta moral kepadanya
sebelum membuat pertimbangan moral. Kohlberg (1981) telah
membina peringkat-peringkat dalam perkembangan moral
seseorang individu. Beliau telah menggariskan enam peringkat
dalam penilaian moral seseorang. Teori ini mempunyai tiga tahap
utama yang mengandungi enam peringkat berasaskan tahap-tahap
perkembangan kognitif (Kohlberg, 1975) sepertimana yang
digambarkan oleh jadual 4.1. Peringkat-peringkat ini menentukan
satu peningkatan bagaimana seseorang individu membangunkan
nilai-nilai moralnya dari semasa ke semasa. Peringkat yang lebih
tinggi menunjukkan perkembangan moral yang lebih baik.
Peringkat satu ialah hukuman, peringkat dua ialah penukaran
instrumen, peringkat tiga keperluan interpersonal, peringkat empat
ialah sistem sosial dan pemeliharaan kesedaran dan peringkat
keenam prinsip etika sejagat
Penerapan Nilai Melalui Kurikulum Tersembunyi 197
Jadual 4.1 : Peringkat-peringkat Perkembangan Moral Kohlberg
TAHAP
PERTAMA
TAHAP PRAKONVENSIONAL
Peringkat
Pertama
Orientasi denda dan kepatuhan (kesan fizikal menentukan
apa yang baik dan benar)
Peringkat
Kedua
Orientasi instrumental relatif (apa yang memuaskan
keperluan diri sendiri adalah baik)
TAHAP
KEDUA
TAHAP KONVENSIONAL
Peringkat
Ketiga
Orientasi denda dan kepatuhan (kesan fizikal menentukan
apa yang baik dan benar)
Peringkat
Keempat
Orientasi undang-undang dan peraturan (mematuhi pihak
berkuasa dan menjalankan tugas adalah baik)
TAHAP
KETIGA
TAHAP PASCAKONVENSIONAL
Peringkat
Kelima
Orientasi contact-legalistic sosial (nilai-nilai yang
dipersetujui oleh masyarakat, termasuklah hak-hak individu
dan peraturan untuk mencapai persetujuan, menentukan apa
yang benar)
Peringkat
Keenam
Orientasi prinsip etika sejagat (apa yang benar ialah soal hati
kecil yang harmonis dengan prinsip-prinsip sejagat)
Dengan adanya peringkat perkembangan kognitif moral ini
menjadikan pendekatan atau teori ini bersifat universal untuk
pendidikan nilai. Dalam kajian ini, tahap dalam teori
perkembangan kognitif moral Kohlberg yang terlibat ialah hanya
tahap pertama dan tahap kedua sahaja. Dalam proses pendidikan
dan penerapan nilai di sekolah rendah, tahap pertama iaitu Tahap
Prakonvensional peringkat 1 wujud di mana murid-murid
melakukan atau mempamerkan nilai-nilai positif kerana takut akan
denda yang bakal mereka terima jika mereka melakukan perkara
yang tidak berlandaskan nilai murni. Manakala peringkat 2 juga
wujud di mana apabila murid-murid melakukan sesuatu perkara
yang baik atau positif ia akan memuaskan keperluan diri mereka.
Pada tahap kedua iaitu Tahap Konvensional, di peringkat 3 dapat
dilihat bahawa murid-murid sudah sampai di suatu tahap di mana
198 Kurikulum Pendidikan Nilai
mereka sudah memahami bahawa menjaga dan mempunyai
hubungan yang baik dengan individu lain itu adalah sesuatu yang
baik. Jadi mereka akan melakukan dan mempamerkan nilai-nilai
murni atau nilai-nilai positif dalam kehidupan seharian mereka.
Manakala di peringkat 4, murid-murid sudah memahami bahawa
mereka wajib patuh kepada peraturan dan undang-undang yang
telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Mereka sudah faham bahawa
mematuhi peraturan dan undang-undang itu adalah sesuatu yang
baik.
4.11 STRATEGI PENERAPAN NILAI
Kementerian Pendidikan Malaysia bercita-cita untuk membentuk
rakyat dan warganegara yang sedang dididik mampu menghadapi
cabaran-cabaran semasa dan juga masa depan. Pada masa yang
sama mereka dapat mengangkat diri, bangsa dan negara ke mercu
kecemerlangan dan kejayaan. Sudah tentu cita-cita ini tidak akan
tercapai jika mereka tidak dibekali dan menghayati nilai-nilai
murni untuk menjamin pembentukan peribadi dan sahsiah diri
yang utuh, kental dan padu (Wan Mohd Zahid, 1993). Strategi
yang diambil ialah untuk menerapkan nilai-nilai murni merentasi
kurikulum. Nilai-nilai murni akan disisipkan melalui semua mata
pelajaran dan ia diperkukuhkan pula melalui kegiatan-kegiatan
kokurikulum dan pembentukan budaya sekolah yang positif. Ini
bermakna kedua-dua bentuk kurikulum formal dan tidak formal, di
dalam dan di luar bilik darjah, akan digunakan sepenuhnya dan
secara bersepadu untuk memastikan penerapan nilai-nilai murni
akan berhasil dan berkesan.
Strategi tidak langsung dalam penerapan nilai-nilai adalah
penting kerana nilai tidak boleh diajar secara formal seperti
mengajar Matematik atau Geografi (Robiah, 2011). Proses ini
bukan sahaja berlaku di peringkat pengingtaan atau penghafalan,
tetapi juga di peringkat penghayatan dan pengusahaan secara
beramal. Walaupun terancang, proses penerapan perlu berlaku
secara bersahaja serta mengikut konteks. Dalam buku tulisan Tajul
Ariffin dan Nor’aini (1992) yang bertajuk Pendidikan dan
Penerapan Nilai Melalui Kurikulum Tersembunyi 199
Wawasan 2020, menurut Pengarah Pusat Perkembangan
Kurikulum, penerapan nilai-nilai murni boleh disepadukan dalam
matapelajaran secara pertuturan (pengucapan), perlakuan, teladan,
isyarat, kefahaman, interpretasi dan kontekstual.
Para guru telah didedahkan keperluan untuk menerapkan
17 nilai-nilai murni merentas kurikulum kepada murid-murid sama
ada secara langsung atau secara tidak langsung (kurikulum
tersembunyi). Namun, masalah disiplin dan melanggar peraturan
sekolah seperti ponteng sekolah, mencuri, peras ugut dan lain-lain
menggambarkan usaha untuk membentuk individu intelek yang
lengkap dengan pakej integriti dan nilai murni agak tidak
kesampaian. Oleh itu, adalah penting untuk semua guru
menerapkan 17 nilai murni tersebut yang merupakan kurikulum
tersembunyi secara telus dan komited, bukan sekadar
menghabiskan sukatan pelajaran atau memenuhi tanggungjawab
menyediakan muird menduduki peperiksaan semata-mata (Ahmad,
2005). Dapatan kajian Azharul Nizam (2009) menunjukkan
bahawa tingkah laku guru-guru haruslah menunjukkan contoh
yang baik kerana mereka ialah cermin kepada murid-murid. Ini
sejajar dengan kenyataan dari Pusat Perkembangan Kurikulum
(1991) “…...peribadi guru sendiri menjadi ukuran dan teladan serta
faktor utama kepada keberkesanan penerapan nilai-nilai murni. Ini
kerana guru adalah cerminan kepada murid”.
Menurut Abdul Rahim & Azharul Nizam (2009) walaupun
pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni dijalankan oleh guru tetapi
terdapat kekangan yang terpaksa dihadapi oleh guru-guru
iaitu:kekangan masa menyebabkan sukar untuk melaksanakan
penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran matematik, pentadbir
yang menekankan kepada penghabisan silibus dan kecemerlangan
akademik semata-mata, sukar untuk mendapatkan buku mengenai
penerapan nilai-nilai murni bagi memantapkan lagi pemahaman
guru bagi melaksanakan penerapan nilai-nilai murni, bilangan
pelajar yang ramai dan juga datang dari pelbagai etnik
menyukarkan pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni.
Pelaksanaan kurikulum tersembunyi agak lemah melalui situasi
iklim sekolah (Abdul Rahim et.al., 2012). Menurut Abdulah Sani
200 Kurikulum Pendidikan Nilai
(2007) iklim persekolahan yang terbuka dan positif adalah iklim
persekolahan yang demokratik dan iklim ini dapat membantu
sekolah mencapai aspirasinya seperti membimbing pelajar supaya
rajin berusaha, berdisiplin, berinisiatif, rela bekerjasama, ramah
dan mesra, spontan, kreatif serta tinggi motivasinya.
Menurut Veugelers (2000), jenis sekolah, persekitaran dan
budaya sekolah, personaliti guru, pengalaman mengajar guru dan
mata pelajaran di ajar akan mempengaruhi peranan guru untuk
menerapkan nilai murni dalam pengajaran yang seterusnya
mempengaruhi penghayatan dan pembangunan nilai murni dalam
kalangan pelajar. Menurut Ang (2007), guru yang baik ialah guru
yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam semua aspek.
Persepsi murid melihat guru yang berpengetahuan luas ini mampu
membawa mereka kepada pemupukan ilmu pengetahuan dan
sekaligus pengetahuan berbentuk psikologi dan sosiologi. Hasil
daripada kajian-kajian terdahulu mengenai masalah dalam
pelaksanaan kurikulum tersembunyi dan masalah proses penerapan
nilai, masalah penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi
dalam kajian ini boleh dikelaskan kepada enam konstruk iaitu
kekangan masa, persekitaran sekolah, beban tugas, strategi
penerapan nilai, tekanan dan kurang pengetahuan.
Penerapan nilai-nilai murni dalam pendidikan di negara kita
disisipkan melalui kesemua matapelajaran yang diajar di sekolah
dan diperkukuhkan lagi dengan kegiatan-kegiatan ko-kurikulum,
formal dan tidak formal, di dalam dan di luar bilik darjah,
digunakan sepenuhnya dengan cara bersepadu untuk memastikan
penerapan nilai-nilai murni akan berhasil dan berkesan. Penerapan
nilai-nilai murni ini boleh dilaksanakan melalui pertuturan,
perlakuan, secara teladan, secara isyarat, secara kefahaman, secara
interpretasi dan secara kontekstual. Peranan dan fungsi kurikulum
tersembunyi dapat dilihat mempunyai hubungan yang dekat
dengan penerapan nilai-nilai murni. Guru-guru memainkan
peranan yang paling utama dalam penerapan nilai-nilai tersebut
melalui kurikulum tersebunyi. Sebelum menerapkan nilai-nilai
murni tersebut, guru-guru perlu mempersiapkan dan mengamalkan
nilai-nilai murni dalam diri mereka. Berdasarkan pengamatan dan
Penerapan Nilai Melalui Kurikulum Tersembunyi 201
penglihatan murid-murid semasa mereka berada di sekolah,
pertururan, perlakuan, teladan dan isyarat yang dipamerkan oleh
guru-guru secara tidak langsung pelaksanaan kurikulum
tersembunyi telah berlaku.
Guru boleh dikatakan berperanan sebagai penghubung di
antara kurikulum dengan masyarakat. Seorang insan yang bergelar
guru tidak dapat lari dari tiga aspek utama yang mesti ditanam
dalam jiwa sebagai seorang pendidik. Tiga aspek tersebut ialah
aspek ketuhanan, aspek kendiri dan aspek kemasyarakatan
(Shariman, 2011). Melalui aspek ketuhanan, guru perlu
memperkembangkan ilmu untuk mendidik dan membimbing
murid-murid untuk patuh dan taat kepada agama masing-masing.
Aspek kendiri pula memerlukan seorang guru itu mempamerkan
sahsiah dan akhlak yang terpuji disamping mempunyai daya
ketahanan dalam diri yang boleh dicontohi oleh murid-murid.
Dalam aspek kemasyarakatan guru bertindak sebagai agen
perubahan yang mendidik dan membimbing murid-murid untuk
menjadi ahli masyarakat yang berilmu dan berguna kepada bangsa
dan negara.
Falsafah Pendidikan Guru (1982) menyatakan “Guru yang
bepekerti mulia, berpandangan progresif dan santifik, bersedia
menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan
negara dan menjamin perkembangan individu dan memelihara
suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan
berdisiplin.” Dalam erti kata lain, tugas guru bukanlah semata-
mata menyampaikan atau mendidik murid-murid dengan ilmu
pengetahuan seperti yang telah dirancang di dalam kurikulum,
tetapi juga membentuk seseorang individu itu menjadi insan yang
seimbang dari segi emosi, rohani, jasmani, intelek dan sahsiah.
Menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), pendidikan di
Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan , berketrampilan,
202 Kurikulum Pendidikan Nilai
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Guru-guru menggalas pelbagai tanggungjawab di sekolah.
Selain tugas utama guru untuk mendidik anak bangsa, dalam masa
yang sama guru membanteras serta membendung pelanggaran
disiplin dan salahlaku dikalangan murid-murid sekolah. Panduan
Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan Guru (1990)
menyatakan sekolah bukanlah sebagai badan pengajar sahaja.
Sebaliknya, sekolah mempunyai tujuan mendidik dalam erti kata
yang lebih luas. Murid-murid sepatutnya bukan sahaja mendapat
pengetahuan dan kebolehan intelektual yang diuji melalui
peperiksaan, tetapi juga kebolehan intelektual, mutu moral dan
sosial di mana ketiga-tiga aspek ini tidak diuji secara formal. Mutu
moral dan sosial boleh diterapkan dan dihayati melalui kurikulum
tersembunyi yang dilaksanakan oleh guru-guru. Jelaslah di sini
bahawa peranan seorang guru adalah untuk membentuk individu
untuk menjadi insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sahsiah.
Dalam kajian Abdul Rahim et.al (2012) menyatakan
konsep kurikulum tersembunyi yang ditinjau melalui perlakuan
guru menjurus kepada konsep pemerolehan pelbagai pengetahuan
oleh guru. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan
kepada kualiti pengajaran dan gaya pembelajaran juga dilihat
berpotensi menghasilkan kurikulum tersembunyi. Ini bermaksud
guru yang mempunyai lebih pengetahuan dan pengalaman yang
luas berpotensi untuk melaksanakan kurikulum tersembunyi
dengan jayanya. Selain daripada kurikulum rasmi atau kurikulum
bertulis yang mempunyai objektif pembelajaran tertentu yang perlu
disampaikan kepada murid-murid, kurikulum tersembunyi atau
kurikulum tidak rasmi juga sama pentingnya. Kurikulum
tersembunyi dapat memberi kesan kepada perhubungan sosial di
kalangan murid-murid. Sekolah sebagai institusi pendidikan juga
merupakan institusi sosial yang boleh membentuk individu yang
seimbang dari semua segi. Umum mengetahui kini kita kerap
didedahkan di media cetak mahupun di media elektronik dengan
Penerapan Nilai Melalui Kurikulum Tersembunyi 203
masalah-masalah sosial dan masalah-masalah disiplin dalam
kalangan murid-murid sekolah. Murid-murid di zaman serba
moden kini semakin berkurang kualiti disiplin, adab, akhlak dan
nilai dalam diri mereka. Masalah sosial ini tidak boleh dikatakan
hanya berpunca dari rumah sahaja, rumah kedua mereka iaitu
sekolah juga memberi sumbangan kepada masalah sosial dalam
kalangan murid-murid ini. Penerapan dan penghayatan nilai murni
serta nilai moral yang lebih serius perlu dilaksanakan melalui
kurikulum fomal mahupun kurikulum tidak formal (kurikulum
tersembunyi) untuk membantu dalam membendung masalah sosial
dan masalah disiplin dalam kalangan murid-murid sekolah.
Justeru, peranan sekolah khasnya dan guru amnya melalui
kurikulum tersembunyi boleh membantu mengurangkan masalah
ini.
Oleh itu, penyelidikan ini memberi tumpuan kepada
keperluan guru-guru untuk mengetahui konsep mengenai
kurikulum tersembunyi ini. Pengetahuan tentang konsep kurikulum
tersembunyi ini meliputi aspek seperti definisi, ciri-ciri,
kandungan, kepentingan serta kesan kurikulum tersembunyi. Guru-
guru perlu melihat sejauh manakah pelaksanaan kurikulum
tersembunyi dalam penerapan dan penghayatan nilai murni dan
nilai moral di sekolah mereka dapat memberi impak positif
terhadap murid-murid. Kajian ini juga bertujuan mengupas apakah
strategi penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi dalam
kalangan guru sekolah rendah daerah Johor Bahru. Seterusnya
kajian ini juga hendak melihat apakah masalah penerapan nilai
melalui kurikulum tersembunyi yang dihadapi oleh guru-guru
sekolah rendah yang membataskan dan menghalang usaha mereka
dalam proses pendidikan nilai. Akhir sekali, kajian ini juga hendak
mengetahui adakah terdapat perbezaan yang signifikan di antara
bidang mengajar guru dengan konsep kurikulum tersembunyi.
4.12 METODOLOGI KAJIAN
204 Kurikulum Pendidikan Nilai
Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan menggunakan kaedah
soal selidik. Menurut Frankel & Wallen (2003); Newman (2003);
Mithcell & Jolley (2004), soal selidik adalah kaedah termudah dan
berkesan dalam memperolehi data piawai daripada saiz sampel
kajian yang besar dan menyeluruh. Konstruk strategi penerapan
nilai iaitu kefahaman, perlakuan, pertuturan, teladan, isyarat dan
interpretasi diperolehi melalui buku tulisan Tajul Ariffin dan
Nor’aini (1992) yang bertajuk Pendidikan dan Wawasan 2020.
Konstruk masalah penerapan nilai iaitu kekangan masa,
persekitaran sekolah, strategi penerapan nilai, beban tugas, tekanan
dan kurang pengetahuan diperolehi oleh pengkaji berdasarkan
kajian-kajian terdahulu oleh Mohamad Khairi & Asmawati (2010),
Abdul Rahim & Azharul Nizam (2009) dan Ahmad (2005).
Kajian ini dijalankan kepada 404 orang guru di dua belas
buah sekolah rendah di daerah Johor Bahru yang mewakili tiga
buah sekolah dari setiap zon iaitu Zon Bandar, Zon Skudai, Zon
Nusajaya dan Zon Majidee. Data dianalisis dengan menggunakan
perisian komputer, Statistical Packages For The Social Science
(SPSS for Windows) versi 20.0 dan hasilnya dipersembahkan
dalam bentuk kekerapan (f), peratusan (%) dan min. Analisis data
akan dibuat berdasarkan kepada persoalan kajian.
4.13 KONSEP KURIKULUM TESEMBUNYI
Berdasarkan tinjauan soal selidik yang diperolehi daripada guru-
guru sekolah rendah di daerah Johor Bahru, maklum balas mereka
terhadap konsep kurikulum tersembunyi digambarkan melalui
Jadual 4.1
Jadual 4.1 : Konsep Kurikulum Tersembunyi
No Penyataan item STS
f
TS
f
TP
f
S
f
SS
f Min
Penerapan Nilai Melalui Kurikulum Tersembunyi 205
(%) (%) (%) (%) (%)
1 Hasil yang
dipelajari oleh
murid-murid di
sekolah bukanlah
setakat
kandungan yang
tercatat dalam
sukatan pelajaran
tetapi
merangkumi
semua
pengalaman yang
diperolehi semasa
berada di sekolah
0
0
2
0.5
8
2.0
208
51.5
186
46.0
4.43
2 Kurikulum
tersembunyi
merujuk kepada
perkara yang
dipelajari oleh
murid-murid di
sekolah selain
daripada yang
terkandung dalam
kurikulum yang
digubal dan
manual guru
8
2.0
20
5.0
40
9.9
206
51.0
130
32.2
4.06
3 Idea asas konsep
kurikulum
tersembunyi ialah
murid-murid
belajar tentang
perkara yang
tidak diajar di
dalam kurikulum
formal/rasmi
0
0
2
0.5
50
12.4
246
60.9
106
26.2
4.13
206 Kurikulum Pendidikan Nilai
4 Struktur sosial
bilik darjah iaitu
guru sebagai
individu yang
berkuasa,
peraturan-
peraturan bilik
darjah dan aktiviti
P&P ialah
sebahagian
daripada
kurikulum
tersembunyi
2
0.5
7
1.7
32
7.9
263
65.1
100
24.8
4.12
5 Kurikulum
tersembunyi juga
boleh memberi
kesan negatif
kepada tingkah
laku murid
42
10.4
83
20.5
92
22.8
157
38.9
30
7.4
3.12
6 Kurikulum
tersembunyi juga
boleh memberi
kesan negatif
terhadap emosi
dan perasaan
murid
40
9.9
87
21.5
98
24.3
155
38.4
24
5.9
3.09
7 Masalah disiplin
dalam kalangan
murid merupakan
kesan negatif
kurikulum
tersembunyi
31
7.7
95
23.5
98
24.3
150
37.1
30
7.4
3.13
8 Kurikulum
tersembunyi juga
dapat membina
hati, akal serta
jiwa murid supaya
menjadi insan
berguna
0
0
8
2.0
24
5.9
246
60.9
126
31.2
4.21
9 Budaya sekolah
(peraturan,
persekitaran)
yang dianggap
6
1.5
29
7.2
52
12.9
239
59.2
78
19.3
3.88
Penerapan Nilai Melalui Kurikulum Tersembunyi 207
telah diketahui
oleh murid tanpa
mengajarkannya
di dalam bilik
darjah juga
merupakan
sebahagian
daripada
kurikulum
tersembunyi.
10 Penerapan unsur-
unsur, nilai-nilai
dan norma-norma
positif melalui
budaya sekolah
oleh guru-guru
terhadap murid-
murid ialah
kurikulum
tersembunyi
0
0
9
2.2
36
8.9
227
56.2
132
32.7
4.19
11 Proses sosialisasi
ialah kurikulum
tersembunyi iaitu
murid-murid
dapat
mempelajari
sesuatu yang
bernilai di dalam
masyarakat
seperti
menghormati
orang yang lebih
tua, beratur dan
mengikut giliran,
menghormati
amalan dan
budaya agama
lain
0
0
8
2.0
34
8.4
210
52.0
152
37.6
4.25
12 Kurikulum
tersembunyi
dikatakan lebih
efektif daripada
0
0
36
8.9
129
31.9
188
46.5
51
12.6
3.63
208 Kurikulum Pendidikan Nilai
kurikulum rasmi
dalam proses
penerapan nilai-
nilai positif.
13 Murid-murid
mudah
mempelajari nilai-
nilai positif
melalui
persekitaran
sekolah
berbanding
melalui buku teks
dan bahan-bahan
pendidikan yang
lain
0
0
19
4.7
62
15.3
231
57.2
92
22.8
3.98
14 Melalui
kurikulum
tersembunyi,
murid-murid
dapat
mempelajari
budaya yang
boleh mereka
sebarkan kepada
generasi
berikutnya
0
0
8
2.0
66
16.3
245
60.6
85
21.0
4.00
15 Kurikulum
tersembunyi
bertindak sebagai
alat pembentukan
akhlak dan pekerti
peribadi yang
meliputi
pemupukan nilai-
nilai manusia
yang mulia dan
terpuji
0
0
10
2.5
56
13.9
231
57.2
107
26.5
4.08
Keseluruhan 3.89
Penerapan Nilai Melalui Kurikulum Tersembunyi 209
Analisis frekuensi menunjukkan bahawa guru-guru sekolah
rendah di daerah Johor Bahru memahami konsep kurikulum
tersembunyi kerana pada keseluruhannya nilai min bagi konsep
kurikulum tersembunyi dalam kalangan guru-guru adalah 3.89.
Guru-guru juga telah memilih konsep kurikulum tersembunyi yang
pertama iaitu “Hasil yang dipelajari oleh murid-murid di sekolah
bukanlah setakat kandungan yang tercatat dalam sukatan pelajaran
tetapi merangkumi semua pengalaman yang diperolehi semasa
berada di sekolah” sebagai konsep kurikulum tersembunyi kerana
konsep ini menunjukkan nilai min tertinggi iaitu 4.43, diikuti oleh
konsep kurikulum tersembunyi yang ke sebelas iaitu “Proses
sosialisasi ialah kurikulum tersembunyi iaitu murid-murid dapat
mempelajari sesuatu yang bernilai di dalam masyarakat seperti
menghormati orang yang lebih tua, beratur dan mengikut giliran,
menghormati amalan dan budaya agama lain” dengan nilai min
kedua tertinggi iaitu 4.25. Namun begitu konsep keenam iaitu
“Kurikulum tersembunyi juga boleh memberi kesan negatif
terhadap emosi dan perasaan murid” mempunyai nilai min
terendah iaitu 3.09 manakala konsep kelima “Kurikulum
tersembunyi juga boleh memberi kesan negatif kepada tingkah
laku murid” mempunyai nilai min kedua terendah iaitu 3.12.
4.14 STRATEGI PENERAPAN NILAI MELALUI
KURIKULUM TESEMBUNYI
Terdapat beberapa strategi penerapan nilai-nilai terhadap murid-
murid. Strategi-strategi tersebut ialah melalui kefahaman,
perlakuan, pertuturan, teladan, isyarat dan interpretasi.
4.14.1 Kefahaman
Jadual 4.2 menunjukkan hasil analisis perbandingan antara item-
item di bawah konstruk kefahaman dan juga nilai min bagi setiap
item bagi strategi kefahaman penerapan nilai melalui kurikulum
tersembunyi
210 Kurikulum Pendidikan Nilai
Jadual 4.2 : Strategi Penerapan Nilai Melalui Kurikulum
Tersembunyi Secara Kefahaman
No Penyataan item STS
f
(%)
TS
f
(%)
TP
f
(%)
S
f
(%)
SS
f
(%)
Min
16 Saya menjalankan aktiviti
berkumpulan di dalam bilik
darjah agar murid-murid
faham akan nilai bekerjasama
itu penting
0
0
0
0
10
2.5
229
56.7
165
40.8
4.38
17 Selepas selesai sesi
pengajaran dan pembelajaran,
saya menerangkan kepada
murid nilai-nilai murni yang
berkaitan dengan isi pelajaran
0
0
1
0.2
19
4.7
261
64.6
123
30.4
4.25
18 Saya kerap bertanya kepada
murid-murid tentang nilai
murni yang telah mereka
lakukan pada hari ini
0
0
9
2.2
56
13.9
273
67.6
66
16.3
3.98
19 Saya bertanyakan kepada
murid-murid tentang nilai
murni yang perlu mereka
amalkan semasa berada di
rumah bersama ibu bapa dan
keluarga
0
0
4
1.0
18
4.5
264
65.3
118
29.2
4.23
20 Semasa kegiatan
kokurikulum, saya
membincangkan bersama
murid tentang nilai murni
yang bersesuaian yang perlu
diamalkan
0
0
11
2.7
40
9.9
280
69.3
73
18.1
4.03
Keseluruhan 4.17
Analisis perbandingan antara item menunjukkan item yang
mempunyai nilai min yang tertinggi iaitu 4.38 ialah item 16 “Saya
menjalankan aktiviti berkumpulan di dalam bilik darjah agar
murid-murid faham akan nilai bekerjasama itu penting”. Manakala
item yang mempunyai nilai min terendah iaitu 3.98 ialah item 18
“Saya kerap bertanya kepada murid-murid tentang nilai murni
Penerapan Nilai Melalui Kurikulum Tersembunyi 211
yang telah mereka lakukan pada hari ini”. Nilai min keseluruhan
bagi konstruk kefahaman ialah 4.17.
4.14.2 Perlakuan
Jadual 4.3 menunjukkan hasil analisis perbandingan antara item-
item di bawah konstruk perlakuan dan juga nilai min bagi setiap
item bagi strategi perlakuan penerapan nilai melalui kurikulum
tersembunyi.
Jadual 4.3 : Strategi Penerapan Nilai Melalui Kurikulum
Tersembunyi Secara Perlakuan
No Penyataan item STS
f
(%)
TS
f
(%)
TP
f
(%)
S
f
(%)
SS
f
(%)
Min
21 Saya perlu mengamalkan
nilai-nilai positif dalam diri
saya sebelum melakukan
penerapan nilai-nilai tersebut
kepada murid-murid
0
0
2
0.5
0
0
181
44.8
221
54.7
4.54
22 Saya tidak melakukan nilai-
nilai atau perkara-perkara
negatif lebih-lebih lagi di
hadapan murid-murid saya
6
1.5
0
0
36
8.9
168
41.6
194
48.0
4.35
23 Saya mendenda murid dengan
dendaan yang berpatutan
apabila murid melakukan
kesalahan
10
2.5
10
2.5
34
8.4
238
58.9
112
27.7
4.07
24 Saya memberi pujian kepada
murid-murid apabila mereka
berkelakuan baik
0
0
0
0
4
1.0
163
40.3
237
58.7
4.58
25 Saya memberi penghargaan
kepada murid-murid yang
menunjukkan peningkatan
dalam prestasi pembelajaran
mereka
0
0
0
0
8
2.0
173
42.8
223
55.2
4.53
Keseluruhan 4.41
Secara keseluruhannya nilai min bagi konstruk perlakuan ialah
212 Kurikulum Pendidikan Nilai
4.41. Analisis perbandingan antara item menunjukkan item yang
mempunyai nilai min yang tertinggi iaitu 4.58 ialah item 24 “Saya
memberi pujian kepada murid-murid apabila mereka berkelakuan
baik”. Manakala item yang mempunyai nilai min terendah iaitu
4.07 ialah item 23 “Saya mendenda murid dengan dendaan yang
berpatutan apabila murid melakukan kesalahan”.
4.14.3 Pertuturan
Jadual 4.3 menunjukkan hasil analisis perbandingan antara item-
item di bawah konstruk pertuturan dan juga nilai min bagi setiap
item bagi strategi pertuturan penerapan nilai melalui kurikulum
tersembunyi.
Jadual 4.3 : Strategi Penerapan Nilai Melalui Kurikulum
Tersembunyi Secara Pertuturan
No Penyataan item STS
f
(%)
TS
f
(%)
TP
f
(%)
S
f
(%)
SS
f
(%)
Min
26 Saya berkomunikasi dengan
murid-murid dengan
menggunakan perkataan yang
positif
0
0
0
0
4
1.0
253
62.6
147
36.4
4.35
27 Saya berinteraksi dengan
murid-murid dengan
menggunakan intonasi suara
yang menyenangkan
0
0
2
0.5
38
9.4
246
61.6
115
28.5
4.18
28 Saya tidak memaki atau
menggunakan kata-kata kesat
terhadap murid-murid
0
0
2
0.5
16
4.0
219
54.2
167
41.3
4.36
29 Di sekolah saya, lagu
kebangsaan Malaysia
dinyanyikan pada setiap kali
perhimpunan sekolah
4
1.0
2
0.5
8
2.0
123
30.4
267
66.1
4.60
30 Di sekolah saya, ikrar Rukun
Negara dibacakan pada setiap
kali perhimpunan sekolah
2
0.5
0
0
10
2.5
109
27.0
283
70.0
4.66
Keseluruhan 4.43
Penerapan Nilai Melalui Kurikulum Tersembunyi 213
Secara keseluruhannya konstruk pertuturan memperlihatkan nilai
min yang tinggi iaitu 4.43. Analisis perbandingan antara item
menunjukkan item yang mempunyai nilai min yang tertinggi iaitu
4.66 ialah item 30 “Di sekolah saya, ikrar Rukunegara dibacakan
pada setiap kali perhimpunan sekolah”. Manakala item yang
mempunyai nilai min terendah iaitu 4.18 ialah item 27 “Saya
berinteraksi dengan murid-murid dengan menggunakan intonasi
suara yang menyenangkan” (4.18).
4.14.3 Teladan
Jadual 4.4 menunjukkan hasil analisis perbandingan antara item-
item di bawah konstruk teladan dan juga nilai min bagi setiap item
bagi strategi teladan penerapan nilai melalui kurikulum
tersembunyi.
Jadual 4.4 : Strategi Penerapan Nilai Melalui Kurikulum
Tersembunyi Secara Teladan
No Penyataan item STS
f
(%)
TS
f
(%)
TP
f
(%)
S
f
(%)
SS
f
(%)
Min
31 Apabila saya ternampak
sampah, saya mengutipnya
dan membuangnya ke dalam
tong sampah
0
0
0
0
15
3.7
248
61.4
141
34.9
4.31
32 Saya sentiasa menepati masa
untuk tiba dan keluar dari
bilik darjah
0
0
5
1.2
25
6.2
257
63.6
117
29.0
4.20
33 Sebelum memulakan sesi
pengajaran, saya bersama
murid-murid akan
memastikan kelas berada
dalam keadaan bersih dan
tersusun
0
0
2
0.5
14
3.5
218
54.0
170
42.1
4.38
34 Saya beratur dan mengikut
giliran apabila hendak
membeli makanan di kantin
0
0
0
0
16
4.0
212
52.5
176
43.6
4.40
214 Kurikulum Pendidikan Nilai
atau membeli alat tulis di
kedai buku sekolah
35 Saya akan menegur atau
memberi salam apabila
bertemu dengan rakan guru
atau murid-murid
0
0
2
0.5
15
3.7
243
60.1
144
35.6
4.31
Keseluruhan 4.32
Analisis perbandingan antara item menunjukkan item yang
mempunyai nilai min yang tertinggi iaitu 4.40 ialah item 34 “Saya
beratur dan mengikut giliran apabila hendak membeli makanan di
kantin atau membeli alat tulis di kedai buku sekolah”. Manakala
item yang mempunyai nilai min terendah iaitu 4.20 ialah item 32
“Saya sentiasa menepati masa untuk tiba dan keluar dari bilik
darjah”. Nilai min keseluruhan bagi konstruk teladan ialah 4.32.
4.14.4 Isyarat
Jadual 4.5 menunjukkan hasil analisis perbandingan antara item-
item di bawah konstruk isyarat dan juga nilai min bagi setiap item
bagi strategi isyarat penerapan nilai melalui kurikulum
tersembunyi.
Jadual 4.5 : Strategi Penerapan Nilai Melalui Kurikulum
Tersembunyi Secara Isyarat
No Penyataan item STS
f
(%)
TS
f
(%)
TP
f
(%)
S
f
(%)
SS
f
(%)
Min
36 Saya sentiasa berpenampilan
kemas semasa ke sekolah
0
0
0
0
10
2.5
161
39.9
233
57.7
4.55
37 Saya sentiasa berpakaian
sopan mengikut etika
keguruan semasa ke sekolah
0
0
0
0
8
2.0
151
37.4
245
60.6
4.59
38 Saya sentiasa memastikan
bahasa tubuh yang saya
pamerkan kepada murid-
murid sentiasa disenangi
0
0
0
0
6
1.5
192
47.5
206
51.0
4.50
39 Saya sentiasa menunjukkan 0 0 20 250 134 4.28
Penerapan Nilai Melalui Kurikulum Tersembunyi 215
mimik muka yang
menyenangkan kepada
murid-murid
0 0 5.0 61.9 33.2
40 Saya memberi perhatian yang
sama rata kepada semua
murid tanpa mengira bangsa,
agama, jantina dan
pencapaian
0
0
0
0
8
2.0
195
48.3
201
49.8 4.48
Keseluruhan 4.48
Analisis perbandingan antara item menunjukkan item yang
mempunyai nilai min yang tertinggi iaitu 4.59 ialah item 37 “Saya
sentiasa berpakaian sopan mengikut etika keguruan semasa ke
sekolah”. Manakala item yang mempunyai nilai min terendah iaitu
4.28 ialah item 39 “Saya sentiasa menunjukkan mimik muka yang
menyenangkan kepada murid-murid”. Nilai min keseluruhan bagi
konstruk isyarat ialah 4.48.
4.14.5 Interpretasi
Jadual 4.6 menunjukkan hasil analisis perbandingan antara item-
item di bawah konstruk interpretasi dan juga nilai min bagi setiap
item bagi strategi interpretasi penerapan nilai melalui kurikulum
tersembunyi.
Jadual 4.6 : Strategi Penerapan Nilai Melalui Kurikulum
Tersembunyi Secara Interpretasi
No Penyataan item STS
f
(%)
TS
f
(%)
TP
f
(%)
S
f
(%)
SS
f
(%)
Min
41 Saya melaksanakan sistem
streaming (penstrukturan
murid) untuk memotivasikan
murid-murid
4
1.0
13
3.2
62
15.3
249
61.6
76
18.8 3.94
42 Saya tidak melabel murid
dengan nama atau gelaran
yang negatif
6
1.5
2
0.5
14
3.5
211
52.5
171
42.3
4.33
43 Saya hanya melabel murid
dengan nama atau gelaran
4
1.0
4
1.0
16
4.0
251
62.1
129
31.9
4.23
216 Kurikulum Pendidikan Nilai
yang positif
44 Saya menyelitkan cerita-
cerita semasa yang
mengandungi unsur nilai
murni sewaktu mengajar di
dalam bilik darjah
0
0
2
0.5
20
5.0
242
59.9
140
34.7
4.29
45 Saya membimbing murid-
murid dengan nilai kejujuran
semasa melaksanakan aktiviti
jual beli Hari Kantin atau
Hari Terbuka
0
0
2
0.5
27
6.7
236
58.4
139
34.4
4.27
Keseluruhan 4.21
Analisis perbandingan antara item menunjukkan item yang
mempunyai nilai min yang tertinggi iaitu 4.33 ialah item 42 “Saya
tidak melabel murid dengan nama atau gelaran yang negatif”.
Manakala item yang mempunyai nilai min terendah iaitu 3.94 ialah
item 41 “Saya melaksanakan sistem streaming (penstrukturan
murid) untuk memotivasikan murid-murid”. Nilai min keseluruhan
bagi konstruk interpretasi ialah 4.21. Rumusan bagi strategi
penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi dijelaskan melalui
di bawah.
Jadual 4.7 : Strategi Penerapan Nilai Melalui Kurikulum
Tersembunyi
No Strategi Rendah
f
(%)
Sederhana
f
(%)
Tinggi
f
(%)
Min
1 Kefahaman 0
0
39
9.7
365
90.3
4.17
2 Perlakuan 0
0
24
5.9
380
94.1
4.41
3 Pertuturan 0
0
10
2.1
394
97.5
4.43
4 Teladan 0
0
20
5.0
384
95.0
4.32
Penerapan Nilai Melalui Kurikulum Tersembunyi 217
5 Isyarat 0
0
9
2.1
395
97.9
4.48
6 Interpretasi 0
0
39
9.7
365
90.3
4.21
Jadual 4.7 menunjukkan rumusan strategi penerapan nilai murni
melalui kurikulum tersembunyi melalui strategi kefahaman,
perlakuan, pertuturan, teladan, isyarat dan interpretasi. Strategi
pelaksanaan penerapan nilai yang mempunyai nilai min yang
tertinggi adalah strategi isyarat dengan nilai min sebanyak 4.48,
kedua tertinggi adalah strategi pertuturan dengan nilai min
sebanyak 4.43, seterusnya strategi perlakuan dengan nilai min
sebanyak 4.41, manakala strategi teladan dengan nilai min
sebanyak 4.32, strategi interpretasi mempunyai min sebanyak 4.21
dan strategi penerapan nilai terendah adalah strategi kefahaman
mempunyai nilai min sebanyak 4.17.
4.15 MASALAH PENERAPAN NILAI MELALUI
KURIKULUM TERSEMBUNYI
Beberapa masalah telah dikenalpasti dalam proses pelaksanaan
penerapan nilai terhadap murid-murid. Masalah-masalah tersebut
ialah kekangan masa, persekitaran sekolah, strategi penerapan
nilai, beban tugas, tekanan dan kurang pengetahuan
4.15.1 Kekangan Masa
Jadual 4.8 menunjukkan hasil analisis perbandingan antara item-
item di bawah konstruk kekangan masa dan juga nilai min bagi
setiap item bagi masalah kekangan masa dalam penerapan nilai
melalui kurikulum tersembunyi.
218 Kurikulum Pendidikan Nilai
Jadual 4.8 : Masalah Berkaitan Kekangan Masa Dalam Penerapan
Nilai Melalui Kurikulum Tersembunyi
No Penyataan item STS
f
(%)
TS
f
(%)
TP
f
(%)
S
f
(%)
SS
f
(%)
Min
46 Kekangan masa akibat
sukatan matapelajaran yang
banyak membataskan usaha
saya dalam melaksanakan
penerapan nilai di dalam
bilik darjah
8
2.0
72
17.8
40
9.9
198
49.0
86
21.3 3.90
47 Masa senggang saya di
sekolah banyak dihabiskan
untuk menanda buku latihan
murid
2
0.5
35
8.7
38
9.4
231
57.2
98
24.3
3.96
48 Masa lapang saya di sekolah
digunakan untuk
melengkapkan penilaian dan
pemarkahan murid dalam
sistem yang disediakan
2
0.5
17
4.2
51
12.6
253
62.6
81
20.0
3.98
49 Saya membimbing murid-
murid lemah secara individu
jika terdapat waktu lapang di
sekolah
2
0.5
18
4.5
83
20.5
251
62.1
50
12.4
3.81
50 Saya menghabiskan banyak
masa untuk melaksanakan
kerja-kerja pengurusan dan
pentadbiran berkaitan murid-
murid di sekolah
0
0
8
2.0
45
11.1
249
61.6
102
25.2
4.10
Keseluruhan 3.91
Analisis perbandingan antara item menunjukkan item yang
mempunyai nilai min yang tertinggi iaitu 4.10 ialah item 50 “Saya
menghabiskan banyak masa untuk melaksanakan kerja-kerja
pengurusan dan pentadbiran berkaitan murid-murid di sekolah”.
Manakala dua item yang mempunyai nilai min terendah iaitu 3.81
ialah item 49 “Saya membimbing murid-murid lemah secara
individu jika terdapat waktu lapang di sekolah”. Nilai min
keseluruhan bagi konstruk kekangan masa ialah 3.91.
Penerapan Nilai Melalui Kurikulum Tersembunyi 219
4.15.2 Persekitaran Sekolah
Jadual 4.9 menunjukkan hasil analisis perbandingan antara item-
item di bawah konstruk persekitaran sekolah dan juga nilai min
bagi setiap item bagi masalah persekitaran sekolah dalam
penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi.
Jadual 4.9 : Masalah Berkaitan Persekitaran Sekolah Dalam
Penerapan Nilai Melalui Kurikulum Tersembunyi
No Penyataan item STS
f
(%)
TS
f
(%)
TP
f
(%)
S
f
(%)
SS
f
(%)
Min
51 Suasana sekolah yang bising
menyukarkan saya
menerapkan nilai murni
melalui kurikulum
tersembunyi
22
5.4
107
26.5
91
22.5
146
36.1
38
9.4
3.18
52 Hubungan yang kurang
mesra antara guru dan murid
membataskan proses
penerapan nilai
24
5.9
108
26.7
52
12.9
170
42.1
50
12.4
3.28
53 Bilangan murid yang terlalu
ramai dalam bilik darjah
sehingga sukar dikawal
membataskan proses
penerapan nilai
18
4.5
83
20.5
54
13.4
165
40.8
84
20.8
3.53
54 Saya kurang bersemangat
untuk menerapkan nilai-nilai
murni kerana suasana
sekolah yang kurang ceria
66
16.3
188
46.5
47
11.6
84
20.8
19
4.7
2.51
55 Budaya kerja yang
mementingkan pencapaian
sekolah menerangkan usaha
penerapan nilai murni kepada
murid-murid
34
8.4
144
35.6
51
12.6
124
30.7
51
12.6
3.03
Keseluruhan 3.11
220 Kurikulum Pendidikan Nilai
4.15.3 Strategi Penerapan Nilai
Jadual 4.10 menunjukkan hasil analisis perbandingan antara item-
item di bawah konstruk strategi penerapan nilai dan juga nilai min
bagi setiap item bagi masalah strategi penerapan nilai melalui
kurikulum tersembunyi.
Jadual 4.10 : Masalah Berkaitan Strategi Dalam Penerapan Nilai
Melalui Kurikulum Tersembunyi
No Penyataan item STS
f
(%)
TS
f
(%)
TP
f
(%)
S
f
(%)
SS
f
(%)
Min
56 Saya jarang menunjukkan
teladan yang baik kepada
murid-murid
171
42.3
157
38.9
28
6.9
36
8.9
12
3.0
1.91
57 Saya lebih kerap memarahi
murid-murid berbanding
menasihati mereka apabila
mereka melakukan kesalahan
135
33.4
172
42.6
50
12.4
41
10.1
6
1.5
2.04
58 Saya kurang memahami
budaya dan amalan bangsa-
bangsa lain
100
24.8
200
49.5
41
10.1
59
14.6
4
1.0
2.18
59 Saya mendapati kadang-
kadang murid-murid tidak
memahami nilai murni yang
saya cuba terapkan
44
10.9
134
33.2
106
26.2
104
25.7
16
4.0
2.79
60 Saya perlu memperbaiki
personaliti diri saya agar saya
boleh menjadi contoh kepada
murid-murid
34
8.4
60
14.9
40
9.9
175
43.3
95
23.5
3.59
Keseluruhan 2.50
Jadual di atas menunjukkan item yang mempunyai nilai min yang
tertinggi ialah item 60 “Saya perlu memperbaiki personaliti diri
saya agar saya boleh menjadi contoh kepada murid-murid” (3.59).
Manakala item yang mempunyai nilai min terendah ialah item 56
“Saya jarang menunjukkan teladan yang baik kepada murid-
Penerapan Nilai Melalui Kurikulum Tersembunyi 221
murid” (1.91). Nilai min keseluruhan bagi konstruk strategi
penerapan nilai ialah 2.50.
4.15.4 Beban Tugas
Jadual 4.11 menunjukkan hasil analisis perbandingan antara item-
item di bawah konstruk beban tugas dan juga nilai min bagi setiap
item bagi masalah beban tugas dalam penerapan nilai melalui
kurikulum tersembunyi.
Jadual 4.11 : Masalah Berkaitan Beban Tugas Dalam Penerapan
Nilai Melalui Kurikulum Tersembunyi
No Penyataan item STS
f
(%)
TS
f
(%)
TP
f
(%)
S
f
(%)
SS
f
(%)
Min
61 Jadual waktu yang padat
membataskan penerapan nilai
dalam setiap sesi P&P
24
5.9
104
25.7
52
12.9
167
41.3
57
14.1
3.32
62 Beban tugas (mengajar,
mesyuarat,
kokurikulum,kerja
pendtadbiran dan
pengurusan, menanda buku)
di sekolah meletihkan saya
sehingga mengabaikan usaha
penerapan nilai
32
7.9
119
29.5
56
13.9
130
32.2
67
16.6
3.20
63 Saya kerap menjalankan
tugas rasmi di luar sekolah
sehingga menyebabkan
peluang untuk saya bersama
murid dalam usaha
penerapan nilai menjadi
terhad
46
11.4
176
43.6
54
13.4
100
24.8
28
6.9 2.72
222 Kurikulum Pendidikan Nilai
64 Sebagai seorang guru yang
mengajar matapelajaran
UPSR tahun 6, kadangkala
saya mengabaikan proses
penerapan nilai kerana lebih
mementingkan pencapaian
murid-murid
64
15.8
142
35.1
64
15.8
90
22.3
44
10.9
2.77
65 Kursus dan latihan yang
dianjurkan oleh PPD, JPN
dan KPM yang perlu saya
hadiri menghadkan proses
penerapan nilai terhadap
murid di sekolah
42
10.4
145
35.9
69
17.1
104
25.7
44
10.9
2.91
Keseluruhan 2.98
Jadual 4.11 menunjukkan item yang mempunyai nilai min yang
tertinggi iaitu 3.32 ialah item 61 “Jadual waktu yang padat
membataskan penerapan nilai dalam setiap sesi P&P”. Manakala
item yang mempunyai nilai min terendah iaitu 2.72 ialah item 63
“Saya kerap menjalankan tugas rasmi di luar sekolah sehingga
menyebabkan peluang untuk saya bersama murid dalam usaha
penerapan nilai menjadi terhad”. Nilai min keseluruhan bagi
konstruk beban tugas ialah 2.98.
4.15.5 Tekanan
Jadual 4.12 menunjukkan hasil analisis perbandingan antara item-
item di bawah konstruk tekanan dan juga nilai min bagi setiap item
bagi masalah tekanan dalam penerapan nilai melalui kurikulum
tersembunyi. Jadual tersebut, menunjukkan item yang mempunyai
nilai min yang tertinggi iaitu 3.116 ialah item 70 “Disiplin murid
yang semakin merosot memberi tekanan kepada saya untuk
melaksanakan proses penerapan nilai”. Manakala item yang
mempunyai nilai min terendah iaitu 2.47 ialah item 67 “Masalah
keluarga yang saya hadapi di rumah kadangkala boleh memberi
kesan terhadap kelakuan dan tindakan saya di sekolah”. Nilai min
keseluruhan bagi konstruk tekanan ialah 2.88.
Penerapan Nilai Melalui Kurikulum Tersembunyi 223
Jadual 4.12 : Masalah Berkaitan Tekanan Dalam Penerapan Nilai
Melalui Kurikulum Tersembunyi
No Penyataan item STS
f
(%)
TS
f
(%)
TP
f
(%)
S
f
(%)
SS
f
(%)
Min
66 Tekanan kerja di sekolah
menganggu pelaksanaan
penerapan nilai
37
9.2
124
30.7
60
14.9
110
27.2
73
18.1
3.14
67 Masalah keluarga yang saya
hadapi di rumah kadangkala
boleh memberi kesan
terhadap kelakuan dan
tindakan saya di sekolah
95
23.5
145
35.9
62
15.3
84
20.8
18
4.5
2.47
68 Tekanan akibat beban tugas
yang banyak menyebabkan
saya kerap mempamerkan
sikap negatif
88
21.8
146
26.1
74
18.3
70
17.3
26
6.4
2.50
69 Akhlak murid yang kurang
menghormati guru memberi
tekanan kepada saya dalam
usaha penerapan nilai
44
10.9
102
25.2
59
14.6
163
40.3
36
8.9
3.11
70 Disiplin murid yang semakin
merosot memberi tekanan
kepada saya untuk
melaksanakan proses
penerapan nilai
42
10.4
107
26.5
45
11.1
166
41.1
44
10.9 3.16
Keseluruhan 2.88
4.15.6 Kurang Pengetahuan
Jadual 4.13 menunjukkan hasil analisis perbandingan antara item
item di bawah konstruk kurang pengetahuan dan juga nilai min
bagi setiap item bagi masalah kurang pengetahuan dalam
penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi.
224 Kurikulum Pendidikan Nilai
Jadual 4.13 : Masalah Berkaitan Kurang Pengetahuan Dalam
Penerapan Nilai Melalui Kurikulum Tersembunyi
No Penyataan item STS
f
(%)
TS
f
(%)
TP
f
(%)
S
f
(%)
SS
f
(%)
Min
71 Saya mengetahui akan
kewujudan kurikulum
tersembunyi
2
0.5
6
1.5
62
15.3
243
60.1
91
22.5
4.03
72 Saya tahu 17 nilai-nilai murni
boleh diterapkan melalui
kurikulum tersembunyi
0
0
2
0.5
76
18.8
249
61.6
77
19.1
3.99
73 Pengalaman mengajar
meningkatkan pengetahuan
saya terhadap penerapan nilai
secara kurikulum
tersembunyi
0
0
0
0
18
4.5
288
71.3
98
24.3
4.20
74 Saya perlu membuat lebih
banyak bacaan dan rujukan
berkaitan kurikulum
tersembunyi
0
0
7
1.7
29
7.2
256
63.4
112
27.7
4.17
75 Saya perlu membuat lebih
banyak bacaan dan rujukan
berkaitan penerapan nilai
melalui kurikulum
tersembunyi
0
0
9
2.2
22
5.4
261
64.6
112
27.7
4.18
Keseluruhan 4.11
Jadual 4.13 menunjukkan item yang mempunyai nilai min yang
tertinggi iaitu 4.20 ialah item 73 “Pengalaman mengajar
meningkatkan pengetahuan saya terhadap penerapan nilai secara
kurikulum tersembunyi”. Manakala item yang mempunyai nilai
min terendah iaitu 3.99 ialah item 72 “Saya tahu 17 nilai-nilai
murni boleh diterapkan melalui kurikulum tersembunyi”. Nilai min
keseluruhan bagi konstruk kurang pengetahuan ialah 4.11. Berikut
adalah rumusan dapatan masalah penerapan nilai melalui
kurikulum tersembunyi.
Penerapan Nilai Melalui Kurikulum Tersembunyi 225
Jadual 4.14 : Masalah Penerapan Nilai Melalui Kurikulum
Tersembunyi
No Masalah
Rendah
f
(%)
Sederhana
f
(%)
Tinggi
f
(%)
Min
1 Kekangan masa 2
0.5
139
34.4
263
65.1
3.91
2 Persekitaran Sekolah 74
18.3
212
52.5
118
29.2
3.11
3 Strategi Penerapan
Nilai
158
39.1
210
52.0
36
8.9
2.50
4 Beban Tugas 104
25.7
184
45.5
116
28.7
2.98
5 Tekanan 123
30.4
191
47.3
90
22.3
2.88
6 Kurang Pengetahuan 0
0
53
13.1
351
86.9
4.11
Jadual 4.14 menunjukkan rumusan masalah penerapan nilai
melalui kurikulum tersembunyi. Masalah penerapan nilai yang
mempunyai nilai min yang tertinggi adalah masalah kurang
pengetahuan dengan nilai min sebanyak 4.11, kedua tertinggi
adalah masalah kekangan masa dengan nilai min sebanyak 3.91,
ketiga tertinggi adalah masalah persekitaran sekolah dengan nilai
min sebanyak 3.11, seterusnya masalah beban tugas dengan nilai
min sebanyak 2.98 , manakala masalah tekanan mempunyai nilai
min sebanyak 2.88 dan masalah penerapan nilai terendah adalah
masalah strategi penerapan nilai dengan nilai min sebanyak 2.50.
4.16 PERBEZAAN BIDANG MENGAJAR GURU DENGAN
KONSEP KURUKULUM TERSEMBUNYI
Bagi melihat adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara
bidang mengajar guru dengan konsep kurikulum tersembunyi,
analisis ANOVA telah dijalankan. Hasil kajian diperjelaskan
226 Kurikulum Pendidikan Nilai
melalui jadual berikut
Jadual 4.15 : Perbezaan bidang mengajar guru dengan konsep
kurikulum tersembunyi.
Jumlah
Kuasa
Dua
Df
Min
Kuasa
Dua
F Sig.
Konsep
kurikulum
tersembunyi
Antara
Kumpulan
2.157 5 .431 2.783 .017
Dalam
Kumpulan
61.697 398 .155
Jumlah 63.854 403
Berdasarkan Jadual 4.15, perbezaan yang signifikan di antara
bidang mengajar guru dengan konsep kurikulum tersembunyi,
nilai p ialah 0.017 iaitu lebih rendah daripada nilai α = 0.05.
Justeru, hipotesis nol ditolak. Hal ini menunjukkan terdapat
perbezaan yang signifikan pada aras p < 0.05 di antara bidang
mengajar guru dengan konsep kurikulum tersembunyi di sekolah
rendah daerah Johor Bahru. Ini memberi makna bahawa guru-guru
yang mengajar mata pelajaran yang berbeza mempunyai konsep
kurikulum tersembunyi yang berbeza.
4.17 PERBINCANGAN
Hasil kajian analisis frekuensi soal selidik berkenaan isu konsep
kurikulum tersembunyi dalam kalangan guru-guru sekolah rendah
daerah Johor Bahru adalah berada pada tahap tinggi. Ini
menunjukkan pengetahuan guru-guru sekolah rendah di daerah
Johor Bahru berkenaan dengan konsep kurikulum tersembunyi
adalah tinggi. Analisis perbandingan item menunjukkan item yang
berbunyi “Hasil yang dipelajari oleh murid-murid di sekolah
bukanlah setakat kandungan yang tercatat dalam sukatan pelajaran
tetapi merangkumi semua pengalaman yang diperolehi semasa
berada di sekolah” memperolehi nilai min yang tertinggi. Ini
Penerapan Nilai Melalui Kurikulum Tersembunyi 227
menunjukkan guru-guru sekolah rendah di daerah Johor Bahru
sedar dan tahu bahawa hasil pembelajaran murid-murid di sekolah
adalah semua pengetahuan dan pengalaman yang mereka perolehi
semasa berada di sekolah. Ia selari dengan kenyataan Haralambos
(1991) iaitu kurikulum tersembunyi adalah perkara-perkara yang
diperlajari oleh murid-murid melalui pengalaman mereka dengan
menghadirkan diri ke sekolah selain yang dinyatakan dalam
objektif pengajaran.
Seterusnya, item yang menyatakan “Proses sosialisasi ialah
kurikulum tersembunyi iaitu murid-murid dapat mempelajari
sesuatu yang bernilai di dalam masyarakat seperti menghormati
orang lain yang lebih tua, beratur dan mengikut giliran,
menghormati amalan dan budaya agama lain” memperolehi nilai
min yang kedua tertinggi. Item ini menunjukkan dan
menggambarkan bahawa guru-guru sekolah rendah di daerah Johor
Bahru mengetahui bahawa proses sosialisasi itu merupakan
sebahagian daripada kurikulum tersembunyi. Ini juga secara tidak
langsung menunjukkan bahawa pendidikan yang berlaku di
sekolah adalah sebahagian daripada proses sosialisasi. Abdul
Razak (2001) menyatakan peranan guru sebagai agen sosialisasi.
Sosialisasi ialah proses interaksi yang membolehkan manusia
hidup dalam masyarakat secara harmoni. Sosialisasi juga
bermaksud proses mendisiplinkan individu supaya sesuai dengan
norma dan nilai masyarakat.
Penyataan dalam instrumen soal selidik iaitu “Kurikulum
tersembunyi juga dapat membina hati, akal serta jiwa murid supaya
menjadi insan berguna” juga memperolehi nilai min yang tinggi.
Dapatan ini menunjukkan guru-guru sekolah rendah di daerah
Johor Bahru bersetuju bahawa kurikulum tersembunyi yang
dilaksanakan di sekolah dapat membina hati, akal serta jiwa murid
untuk menjadi insan yang berguna. Ini kerana melalui kurikulum
tersembunyi murid-murid belajar mengenai nilai-nilai, norma-
norma, kepercayaan, peraturan, budaya, kebiasaan dan amalan
dalam kehidupan seharian. Seperti yang dinyatakan oleh Meighan
(1981) menyatakan bahawa kurikulum tersembunyi diajar oleh
sekolah bukan diajar oleh guru, ia adalah sesuatu yang murid-
228 Kurikulum Pendidikan Nilai
murid perolehi yang tidak diajar dalam matapelajaran mahupun
diperolehi dari perhimpunan sekolah, ia adalah berkaitan dengan
sesuatu pendekatan kehidupan dan tingkahlaku untuk
pembelajaran. Apabila hati, akal dan jiwa mereka utuh dengan
kesan positif yang diperolehi daripada kurikulum tersembunyi,
masyarakat yang wujud akan menjadi masyarakat yang berguna
kepada agama, bangsa dan negara.
Item soal selidik mengenai konsep kurikulum tersembunyi
yang memperolehi nilai min yang paling rendah ialah “Kurikulum
tersembunyi juga boleh memberi kesan negatif kepada emosi dan
perasaan murid”. Walaupun ia memperolehi nilai min yang
terendah di antara 15 item yang dipersoalkan, ia masih berada pada
tahap sederhana. Dapatan melalui analisis item ini menunjukkan
guru beranggapan kurikulum tersembunyi ini lebih membawa
kepada kesan positif kepada emosi dan perasaan murid berbanding
kesan negatif. Ini kerana melalui kurikulum tersembunyi banyak
diterapkan nilai-nilai, budaya, norma dan kepercayaan yang
menjurus kepada perkara-perkara positif dalam kehidupan.
Begitu juga dengan item “Kurikulum Tersembunyi juga
boleh memberi kesan negatif kepada tingkah laku murid” yang
memperolehi min yang kedua rendah. Walau bagaimanapun, ia
masih berada pada tahap sederhana. Hal yang berlaku ini sama
seperti item sebelum ini yang dibincangkan di mana guru-guru
beranggapan bahawa kurikulum tersembunyi lebih kepada
memberi kesan positif berbanding kesan negatif. Guru-guru yang
berperanan sebagai pelaksana kurikulum tersembunyi di sekolah
sudah semestinya mengharapkan nilai, norma, kepercayaan dan
peraturan yang mereka terapkan secara kurikulum tersembunyi
akan membawa kesan positif kepada tingkah laku murid-murid.
Strategi penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi yang
mempunyai nilai min yang tertinggi ialah strategi secara isyarat.
Terdapat lima item di bawah konstruk strategi isyarat yang
dikemukakan di dalam soal selidik. Item “Saya sentiasa berpakaian
sopan mengikut etika keguruan semasa ke sekolah” mempunyai
nilai min yang paling tinggi. Guru-guru memberi isyarat kepada
murid-murid dengan berpakaian sopan mengikut etika keguruan
Penerapan Nilai Melalui Kurikulum Tersembunyi 229
semasa ke sekolah menunjukkan mereka menerapkan nilai hemah
tinggi dan hormat-menghormati. Ciri-ciri nilai hemah tinggi di
antaranya ialah kesopanan, manakala di bawah nilai hormat-
menghormati terdapat ciri patuh kepada undang-undang. Oleh itu
dengan berpakaian sopan mengikut etika keguruan secara tersirat
guru-guru telah menerapkan nilai hemah tinggi dan hormat-
menghormati. Item “Saya sentiasa berpenampilan kemas semasa
ke sekolah” mempunyai nilai min yang kedua tertinggi. Melalui
item ini, dapat dilihat bahawa guru-guru menerapkan nilai
kebersihan mental dan fizikal di mana dengan sentiasa
berpenampilan kemas semasa ke sekolah melambangkan
kebersihan diri (fizikal) guru-guru.
Strategi penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi
yang mempunyai nilai min kedua tertinggi ialah strategi secara
pertuturan. Menurut Mohamad Khairi dan Asmawati (2010)
pelajar-pelajar mudah menginterpretasikan sesuatu yang dilakukan
oleh guru sama ada cara guru bertutur atau bertingkah laku.
Terdapat lima item di bawah konstruk strategi pertuturan yang
dikemukakan di dalam soal selidik. Item “Di sekolah ikrar Rukun
Negara dibacakan pada setiap kali perhimpunan” mempunyai nilai
min tertinggi manakala item “Di sekolah saya, lagu kebangsaan
Malaysia dinyanyikan pada setiap kali perhimpunan sekolah”
mempunyai nilai min kedua tertinggi. Bacaan Rukun Negara dan
nyanyian lagu kebangsaan Malaysia Negaraku oleh guru-guru dan
murid-murid pada setiap minggu semasa perhimpunan rasmi
sekolah menunjukkan penerapan nilai patriotisme secara pertuturan
atau pengucapan dilaksanakan. Semangat patriotisme dan cintakan
tanah air jelas dapat digambarkan melalui dapatan ini yang
menunjukkan usaha penerapan nilai patriotisme secara pertuturan.
Disokong oleh Ahmad (2005) bahawa mengalunkan lagu
Negaraku dan melafazkan Rukun Negara pada setiap pagi Isnin di
perhimpunan sekolah merupakan satu kurikulum tersembunyi.
Oleh itu, bagi tujuan memantapkan kurikulum tersembunyi, adalah
wajar seorang pendidik meneruskan kelaziman tersebut dengan
meminta pelajarnya sekali-sekala menyanyikan lagu-lagu patriotik
sebelum memulakan pengajaran. Item “Saya tidak memaki atau
230 Kurikulum Pendidikan Nilai
menggunakan kata-kata kesat terhadap murid-murid” dan item
“Saya berkomunikasi dengan murid-murid dengan menggunakan
perkataan yang positif” mempunyai nilai min yang tinggi. Item-
item ini menunjukkan penerapan nilai hemah tinggi, hormat-
menghormati dan kebersihan fizikal dan mental yang diterapkan
oleh guru-guru secara tersirat terhadap murid-murid.
Strategi penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi
yang mempunyai nilai min yang paling rendah ialah strategi
kefahaman. Walaupun strategi kefahaman mempunyai nilai min
yang paling rendah, tetapi ia masih berada pada tahap tinggi dalam
pengelasan skor min. Dua item iaitu “Saya menjalankan aktiviti
berkumpulan di dalam bilik darjah agar murid-murid faham akan
nilai bekerjasama itu penting” dan item “Selepas selesai sesi
pengajaran dan pembelajaran, saya menerangkan kepada murid
nilai-nilai murni yang berkaitan dengan isi pelajaran” mempunyai
nilai min tertinggi. Hal ini menggambarkan guru-guru berusaha
untuk menerapkan beberapa nilai-nilai murni secara memberi
kefahaman kepada murid-murid. Di antara nilai yang diterapkan
ialah kerjasama dan kerajinan. Guru berusaha secara berterusan,
penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi
dan daya usaha dalam melakukan proses penerapan nilai.
Strategi penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi
yang mempunyai nilai min yang kedua terendah ialah strategi
secara interpretasi. Walaupun mempunyai nilai min kedua
terendah, ia juga masih berada pada tahap tinggi dalam pengelasan
skor min. Item “Saya tidak melabel murid dengan nama atau
gelaran yang negatif” mempunyai nilai min tertinggi. Item ini
menunjukkan bahawa guru berusaha menerapkan nilai kesedaran
secara tersirat atau secara kurikulum tersembunyi melalui strategi
interpretasi di mana ia perlu diterjemahkan oleh murid-murid.
Nilai kesedaran iaitu sikap tidak keterlaluan dalam membuat
pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan
atau perlakuan supaya sesuai dengan norma dan nilai masyarakat.
Dalam hal ini guru-guru tidak keterlaluan dalam pertuturan dan
tingkah laku mereka ke atas murid-murid.
Hasil kajian analisis tinjauan soal selidik berkenaan isu
Penerapan Nilai Melalui Kurikulum Tersembunyi 231
masalah penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi dalam
kalangan guru-guru sekolah rendah daerah Johor Bahru adalah
pada tahap tinggi bagi dua konstruk masalah dan tahap sederhana
bagi empat konstruk masalah. Konstruk masalah penerapan nilai
melalui kurikulum tersembunyi yang berada pada pengelasan skor
min tahap tinggi ialah masalah kurang pengetahuan dan masalah
kekangan masa. Manakala konstruk masalah penerapan nilai
melalui kurikulum tersembunyi yang berada pada pengelasan skor
min tahap sederhana ialah masalah persekitaran sekolah, masalah
beban tugas, masalah tekanan dan masalah strategi penerapan nilai.
Masalah penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi
yang mempunyai nilai min yang tertinggi ialah masalah kurang
pengetahuan. Hal ini menunjukkan bahawa masalah penerapan
nilai melalui kurikulum tersembunyi yang paling utama yang
dihadapi dalam kalangan guru-guru sekolah rendah di daerah Johor
Bahru ialah masalah kurang pengetahuan. Pengetahuan di sini
merujuk kepada pengetahuan berkaitan dengan kurikulum
tersembunyi dan pengetahuan berkaitan dengan penerapan nilai.
Merujuk kepada penyataan oleh Ang (2007), guru yang baik ialah
guru yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam semua aspek.
Persepsi murid melihat guru yang berpengetahuan luas ini mampu
membawa mereka kepada pemupukan ilmu pengetahuan dan
sekaligus pengetahuan berbentuk psikologi dan sosiologi.
Terdapat lima item di bawah konstruk masalah kurang
pengetahuan yang dikemukakan di dalam soal selidik. Item
“Pengalaman mengajar meningkatkan pengetahuan saya terhadap
penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi” mempunyai nilai
min yang paling tinggi. Perkara ini menunjukkan bahawa majoriti
guru-guru bersetuju bahawa mereka memerlukan pengetahuan
yang tinggi dalam usaha menerapan nilai-nilai melalui kurikulum
tersembunyi. Manakala item “Saya perlu membuat lebih banyak
bacaan dan rujukan berkaitan penerapan nilai melalui kurikulum
tersembunyi” mempunyai nilai min kedua tertinggi. Menurut
Abdul Rahim & Azharul Nizam (2009) di antara kekangan yang
terpaksa dihadapi oleh guru-guru dalam proses pelaksanaan
penerapan nilai-nilai murni ialah sukar untuk mendapatkan buku
232 Kurikulum Pendidikan Nilai
mengenai penerapan nilai-nilai murni bagi memantapkan lagi
pemahaman guru bagi melaksanakan penerapan nilai-nilai murni.
Jelas di sini menunjukkan bahawa masalah kurang pengetahuan
dihadapi oleh guru-guru dalam menerapkan nilai-nilai melalui
kurikulum tersembunyi.
Masalah penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi
seterusnya yang mempunyai nilai min yang kedua tertinggi ialah
masalah kekangan masa. Hal ini menunjukkan bahawa masalah
kedua yang dihadapi dalam proses penerapan nilai melalui
kurikulum tersembunyi dalam kalangan guru-guru sekolah rendah
di daerah Johor Bahru ialah masalah kekangan masa. Disokong
oleh kajian Abdul Rahim & Azharul Nizam (2009) menyatakan
bahawa di antara kekangan yang terpaksa dihadapi oleh guru-guru
dalam pelaksanaan penerapan nilai ialah kekangan masa
menyebabkan sukar untuk melaksanakan penerapan nilai-nilai
murni dalam pengajaran. Terdapat lima item di bawah konstruk
masalah kekangan masa. Item “Saya menghabiskan banyak masa
untuk melaksanakan kerja-kerja pengurusan dan pentadbiran
berkaitan murid-murid di sekolah” mempunyai nilai min tertinggi.
Manakala item “Masa lapang saya di sekolah digunakan untuk
melengkapkan penilaian dan pemarkahan murid dalam sistem yang
disediakan” mempunyai nilai min yang kedua tertinggi. Kedua-dua
item ini menunjukkan bahawa selain mengajar di dalam bilik
darjah, masa guru di sekolah banyak dihabiskan untuk melakukan
kerja-kerja pentadbiran dan pengurusan serta melengkapan data-
data penilaian dan pemarkahan dalam sistem perisian yang
disediakan. Seperti yang dinyatakan oleh Ahmad (2005) bahawa
adalah penting untuk semua pendidik menerapkan nilai murni yang
merupakan kurikulum tersembunyi secara telus dan komited,
bukan sekadar menghabiskan sukatan pelajaran atau memenuhi
tanggungjawab menyediakan pelajar menduduki peperiksaan
semata-mata.
Oleh itu, jelas di sini bahawa guru tidak wajar semata-mata
berfungsi hanya menghabiskan sukatan pelajaran di sekolah tetapi
harus bijak mengurus masa untuk menerapkan nilai ke dalam diri
murid-murid bagi membentuk murid yang seimbang dari segi
Penerapan Nilai Melalui Kurikulum Tersembunyi 233
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Guru disaran tidak
menjadikan alasan kekangan masa untuk tidak menjalankan proses
penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi. Masalah
penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi yang mempunyai
nilai min yang paling rendah ialah masalah dari segi strategi
penerapan nilai. Berdasarkan nilai min yang paling rendah ini,
menunjukkan masalah ini adalah masalah yang paling sedikit
dalam kalangan guru-guru. Atau boleh dikatakan hanya sebahagian
kecil guru yang menghadapi masalah ini. Dalam kajian ini melalui
persoalan kajian kedua, terdapat enam strategi penerapan nilai
yang dikaji iaitu strategi penerapan nilai secara kefahaman, secara
perlakuan, secara pertuturan, secara teladan, secara isyarat dan
secara interpretasi. Dalam konstruk masalah strategi penerapan
nilai ini, item “Saya jarang menunjukkan teladan yang baik kepada
murid-murid” mempunyai nilai min yang paling rendah. Ini jelas
menunjukkan strategi penerapan nilai secara teladan tidak
memberikan masalah kepada guru-guru. Manakala item “Saya
lebih kerap memarahi murid-murid berbanding menasihati mereka
apabila mereka melakukan kesalahan” mempunyai nilai min yang
kedua terendah. Hal ini menunjukkan strategi penerapan nilai
secara pertuturan juga tidak memberikan masalah yang besar
kepada guru-guru. Dapatan ini selari dengan persoalan kajian yang
kedua dalam kajian ini iaitu menentukan strategi penerapan nilai
melalui kurikulum tersembunyi dalam kalangan guru-guru sekolah
rendah daerah Johor Bahru. Strategi secara pertuturan mempunyai
nilai min yang kedua tertinggi selepas strategi isyarat. Jelas dapat
dilihat bahawa strategi secara pertuturan adalah di antara strategi
yang paling berkesan dan masalah strategi penerapan nilai (secara
pertuturan) adalah masalah yang sedikit.
Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang
signifikan di antara bidang mengajar guru dengan konsep
kurikulum tersembunyi. Ini bermaksud bidang mengajar guru
mempengaruhi konsep kurikulum tersembunyi yang mereka
ketahui untuk diaplikasikan dalam proses penerapai nilai. Dalam
kajian ini guru yang mengajar dalam bidang Sains dan Matematik
paling mendominasi konsep kurikulum tersembunyi diikuti dengan
234 Kurikulum Pendidikan Nilai
bidang Pendidikan Islam dan Moral.
Menurut Nik Azis & Noraini (2008), kategori nilai murni
sesuai dikembangkan melalui mata pelajaran Matematik, Sains,
Agama, Bahasa, Sejarah dan Pendidikan Jasmani. Manakala
menurut kajian Zakaria, Abdul Rahman, Abdul Majid dan Rahil
(1996) menjelaskan faktor mata pelajaran iaitu mata pelajaran
Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral dan diikuti mata pelajaran
lain sebagai faktor terpenting yang menyumbang kepada
perkembangan moral pelajar. Dapatan kajian oleh Rosnani (1996)
menjelaskan guru menghadapi masalah dalam melaksanakan
proses penerapan nilai murni terutama sekali mereka yang
mengajar disiplin ilmu yang bersifat pasti seperti matematik dan
perakaunan. Habsah (2000) dalam kajiannya mendapati guru aliran
sains sosial menunjukkan kefahaman yang lebih tinggi daripada
guru sains tulen berhubung dengan aspek kesepaduan ilmu,
kemahiran dan nilai-nilai murni.
4.18 PENUTUP
Secara keseluruhannya, kajian ini telah memberi gambaran bahawa
konsep kurikulum tersembunyi dalam kalangan guru-guru sekolah
rendah di daerah Johor Bahru berada pada tahap yang baik.
Walaubagaimanapun, guru-guru dengan inisiatif sendiri perlu
menambahkan lagi pengetahuan mereka berkenaan konsep
kurikulum tersembunyi agar mereka dapat melaksanakan proses
penerapan nilai ke atas murid-murid dengan lebih berkesan.
Walaupun kesemua enam strategi penerapan nilai melalui
kurikulum tersembunyi berada pada tahap tinggi, guru-guru perlu
terus menerapkan nilai-nilai murni ke dalam diri murid-murid
menggunakan keenam-enam strategi ini. Masalah-masalah yang
menghalang atau membataskan penerapan nilai melalui kurikulum
tersembunyi perlu diatasi oleh guru-guru dengan bijaksana agar
cita-cita untuk melahirkan murid-murid yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial tercapai.
Penerapan Nilai Melalui Kurikulum Tersembunyi 235
RUJUKAN
Abdullah Sani Yahaya, Abdul Rashid Mohamed, Abd Ghani
Abdullah. (2007). Guru Sebagai Pemimpin. Kuala Lumpur :
PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Abd. Halim EL-Muhammady, (1987). “Pendidikan Di Malaysia
Ke Arah Keberkesanan Pendidikan Melalui
Pendidikan Bersepadu” dlm. Jurnal Pendidikan Islam.
Kuala Lumpur : ABIM (5) 11-14 September.
Abdul Hafidz Bin Haji Omar dan Dayang Hajah Tiawa Bte Awang
Haji Hamid. (2009). Analisis Data Kualitatif. Skudai :
NasMax Sdn. Bhd.
Abdul Rahim Hamdan. (2007). Pengajian Kurikulum. Johor :
Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Abdul Rahim Hamdan & Azharul Nizam Zahari (2009). “Konsep
Pendidikan Bersepadu Serta Penerapan Nilai-Nilai
Murni Dalam Pengajaran Matematik Menengah Rendah”.
Universiti Teknologi Malaysia. Skudai.
Abdul Rahim Hamdan, Mohamad Najib Abd Ghafar, Ahmad
Johari Sihes, Zainuddin Hassan, Nani Herlin Jamin.
(2012). “Pelaksanaan Kurikulum Tersembunyi Dalam
Kalangan Pelajar Sekolah Menengah”. The 1st
International Seminar On Quality And Affordable
Education (ISQAE) : halaman 241-248.
Abd Rahman Md. Aroff. (1986). Pengenalan Pendidikan Moral.
Siri Pendidikan Kuala Lumpur : Fajar Bakti.
Abdul Razak Said (2001). Guru dan Alam Pendidikan. Ilmu
Pendidikan DPM : Pendidikan Di Malaysia dan
Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Ahmad Esa (2005). “Kurikulum Tersembunyi Wajar
236 Kurikulum Pendidikan Nilai
Dimanfaatkan”. Berita Harian 5 Oktober 2005.
Ali Suradin & Eni Eryanti Yusoff. (2005). “Penghayatan Nilai-
Nilai Murni Ke Arah Pembentukan Disiplin Pelajar”.
Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn, Batu
Pahat.
Ang Jit Eng. 92007). Pengurusan Disiplin Murid. Kuala Lumpur :
PTS Professional Publishing.
Anyon, J. (1980). “Social Class And The Hidden Curriculum Of
Work” dlm. Journal Of Education 162 (1) : 67 -92.
Apple, M. (1982). Education Is Power. Boston : Routledge and
Kegan Paul.
Ausbrooks, R. (2000). “What Is The School’s Hidden Curriculum
Teaching Your Child?” Didapatkan daripada
www.perentingteens.com
Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon,
Abdul Rahim Hamdan. (2007). Menguasai Penyelidikan
Dalam Pendidikan. Selangor : PTS Professional Publishing
Sdn. Bhd.
Azharul Nizam Zahari (2009). “Konsep Pendidikan Bersepadu
Serta Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam Pengajaran
Matematik Menengah Rendah”. Tesis Sarjanamuda.
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Azhar Harun & Nawi Abdullah. (2004). Metodologi Penyelidikan
Ekonomi Dan Sains Sosial. Kuala Lumpur : Thomson
Learning.
Bohm, D. (1981). “Insight, Knowledge, Science and Human
Values” dlm. Teacher’s College Record 82:380-402.
Bowles, S. & Gintis, H. (1976). Schooling in Capitalist America:
Educational Reform and the Contradictions of Economic
Life. New York : Basic Books.
Campbell, D. T., & Fiske, D. W. (1959). “Convergent and ant
Validation by the Multitrait-multimethod Matrix.”
Psychological Bulletin, 56(2).
Chafel. (1977). “Schooling The Hidden Curriculum And
Children’s Conception Of Poverty”. Social Policy
Report, XI (1), 1-28.
Penerapan Nilai Melalui Kurikulum Tersembunyi 237
Chamaz, K. (2006). Constructing Grounded Theory. A Practical
Guide Through Quaitative Analysis. London : Sage
Publication.
Clark F. Power, Ann Higgins, Kohlberg, L. (1991). Lawrence
Kohlberg’s Approach To Moral Education. New York :
Columbia University Press.
Creswell, J.W. (1998). Qualitative Inquiry and Research Design :
Choosing Among Five Tradition. Thousand Oaks :
Sage Publications.
Creswell, J.W. & Clark, V.L.P. (2011). Designing And Conducting
Mixed Method Research (2nd ed.). Thousands Oaks : Sage
Publications.
Cubukcu Zuhal. (2012). “The Effect of Hidden Curriculum on
Character Education”
Process of Primary School Students”. Kuram Ve Uygulamada
Egitim Bilimleri. 12(2). 1526-1534. Istanbul, Turkey.
Durkheim, E. (1961). Moral Education, A Study In The Theory
And Application Of The Sociology Of Education.
Terjemahan Wilson, E.K. dan Schnurer, H. 1975. New
York : The Free Press.
Frankel, J.R. & Wallen, N.E. (1996). How To Design And Evaluate
Research In Education (3rd ed.). New York : Mc Graw-
Hill.
Frankel, J.R. & Wallen, N.E. (2003). How To Design and Evaluate
Research in Education. New York : Mc Graw-Hill.
Fulya Damla Kentli. (2009). “Comparison Of Hidden Curriculum
Theories.” European Journal of Education Studies, 1(2).
Giroux, H. & David E. Purpel. (1983). The Hidden Curriculum
and Moral Education: Deception or Discovery?. USA :
McCutchan Pub. Corp.
Greer, P. & Ryan, K. (1989). “How To Answer The Hard Question
About Moral Education” dlm. American School Board
Journal 176 (8). 26-28 September (ERIC Document
EJ3955087).
Haralambos, M & R.M. Heald. (1991). Themes and Perspectives.
Slough : University Tutorial Press.
238 Kurikulum Pendidikan Nilai
Hardy, M. & Bryman, A. (2004). Handbook of Data Analysis.
London : Sage Publications.
Ishak Ramly. (2008). Inilah Kurikulum Sekolah. Selangor : PTS
Professional Publishing Sdn.Bhd.
Jackson, P. (1968). Life In Classroom. UK : Continuum
International Publishing Group.
James Ang Jit Eng. (2007). “Pengurusan Kurikulum”. Institut
Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan. (Edisi
ke Empat). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Katz, J. (1981). “Bridging Value Childhood Education” dlm.
Contemporary Education, 57 (Summer 1981) 130-137.
Kay, W. (1979). Moral Education. London : Allen and Unwin.
Kohlberg, L. (1970). First Things Value. New York : Guidance
Associates.
Kohlberg, L. (1971). Stage Of Moral Development As A Basic For
Moral Education, In Moral Education :
Interdisciplinary Approaches. Beck, C.M. et.al., (eds.) :
Toronto Press.
Kohlberg, L. (1973). “The Claim to Moral Adequacy of a Highest
Stage of Moral Judgment”. Journal of Philosophy (The
Journal of Philosophy, Vol. 70, No. 18) 70 (18) : 630-646
Kohlberg, L. (1975). “Moral Education For A Society In Moral
Transition”, dlm Educational Leadership 33 (5) : 46-54.
Mat Nor Husein et. al. (1989). Penerapan Nilai Dalam Kaedah
Pengajaran Bahasa Melayu KBSM. Kuala Lumpur :
Longman Malaysia.
Maxwell, J.A. (2005). Qualitative Research Design : An
Interactive Approach (2nd ed.). Thousand Oaks, CA :
Sage Publication.
Mc Kinney, J.P. (1986). “Moral Development And The Concept
Of Values” dlm. Windmiller, M.Lambert. N dan
Turiel. E. (Eds.), Moral Development And Socialization
(hlm.. 201-242). Boston : Ally & Bacon.
McNeil, J.D. (1995). Curriculum A Comprehensive Introduction.
Penerapan Nilai Melalui Kurikulum Tersembunyi 239
(5th ed). Harper CA, Los Angeles : Collins College
Publishers.
McNeil, P. (1986). Fundamentals of Sociology. Cheltenham, Glos,
UK. : Nelson Thornes Ltd.
Mediha Sari & Ahmet Doganay. (2009). Hidden Curriculum On
Gaining The Value Of Respect For Human Dignity : A
Qualitative Study In Two Elementary Schools In Adana.
Cukurova University, Adana Turkey.
Meighan, R. (1981). A Sociology Of Education. Holt, Reinehart
and Winston. The University of Michigan.
Mitchell, M. & Jolley, J. (2004). Research Design Explained. New
York : Thompson Learning.
Mohamad Khairi Othman dan Asmawati Suhid (2010). “Peranan
Sekolah dan Guru Dalam Pembangunan Nilai Pelajar
Menerusi Penerapan Nilai Murni : Satu Sorotan”.
MALIM-SEA Journal of General Studies.
Mohd Najib Abdul Ghafar. (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal
Selidik Pendidikan. Skudai Johor : Penerbit Universiti
Teknologi Malaysia.
Mok Soon Sang. (2002). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Kursus
Perguruan Lepas Ijazah). (Edisi Kedua). Subang Jaya
Selangor : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Musak Mantrak. (1993). “Moral Value in Malaysia Integrated
Secondary School Curriculum : A Survey on Teachers
Perception and Abilities”. Tesis PhD University of South
Dakota, USA.
Myles, B.S. & Simpson, R.L. (2001). Understanding The Hidden
Curriculum : An Essential Social Skill For Children
and Youth With Asperger Syndrom. 36(5).
Nasariah Mansor, Nafisah Mahmud & Faizah Ahmad. (2002).
“Aplikasi TM Dalam Pembelajaran Penulisan Ilmiah :
Tinjauan Dari Aspek Kemahiran dan Persepsi Pelajar.”
Dalam Prosiding Seminar Teknologi Maklumat dan
Komunikasi. Miri : IPG Kampus Batu Lintang.
Oakes, L. M. (2008). “Categorization Skills And Concepts dalam
M.M Haith & J.B. Benson (Eds.),” Encyclopedia Of
240 Kurikulum Pendidikan Nilai
Infant And Early Childhood Development. United
Kingdom.
Ornstein, C. Allan & Hunkins, P. Francis. (2004). Curriculum
Foundations, Principles And Issues (4th ed.). USA :
Pearson Education. Inc.
Patton, M.Q. (2000). Qualitative Evaluation and Research Methods
(2nd ed.). Newbury Park, CA : Sage Publications.
Pusat Perkembangan Kurikulum. 1988. Nilai-nilai Murni Dalam
KBSM : Cabaran Untuk Pendidik. Kuala Lumpur :
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum. 1990. Konsep-konsep Asas
Dalam Falsafah Pendidikan Negara. Kuala Lumpur.
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum. 1991. Nilai Murni Merentas
Kurikulum. Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum. 1992. Buku Penerangan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Kuala Lumpur :
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Quinn, P.C., Bhatt, R.S. & Hayden, A. (2008). “What Goes With
What : Developing Of Perceptual Grouping In Infancy”
dalam B.Ross (Eds.). Motivation (Vol. 49). Oxford,
UK : Elsevier.
Rest, J. (1980). “Developmental Psychology As Guide To Values
Education. A Review Of Kohlbergian Programme” Review
Of Education Research (44) : 241-259.
Robiah K.Hamzah. (2011). Nilai Murni Dalam Pengajaran
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Rokeach, M. (1973). The Nature Of Human Values. New York :
Free Press.
Rushani Abdullah. (1992). “Kajian Terhadap Penggunaan Bahan
Bahsa Malaysia Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia
Tingkatan Dua”. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti
Malaya, Kuala Lumpur.
Rusni Mohd Nor. (2005). “Perkaitan Antara Budaya Sekolah
Penerapan Nilai Melalui Kurikulum Tersembunyi 241
Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Di Negeri
Sembilan.” Tesis Ph.D. Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Saedah Siraj, Fadzilah Siraj. (2006). “Pendokumentasian
Kurikulum Tersirat Peringkat Pengajian Tinggi”.
Masalah Pendidikan Jilid 16. Fakulti Pendidikan Universiti
Malaya. Kuala Lumpur.
Sanitah Mohd Yusof. (2011). “Pelaksanaan Pengantarabangsaan
Di Institusi PengajianTinggi Awam (IPTA) Di
Malaysia”. Tesis Ph.D. Universiti Teknologi Malaysia,
Skudai.
Schumacher, S. & McMillan, J.H. Research in Education : A
Conceptual Introduction. (3rd edn. Ed.). Harper Collins,
New York (1993).
Sedat Yuksel. (2005). Kohlberg and Hidden Curriculum In Moral
Education : An Opportunity For Students’ Acquisition Of
Moral Values In The New Turkish Primary Education
Curriculum. Uludag University, Bursa, Turkey.
Shalini Ramdhean-Goburdhun. (2009). Education. Mauritius
Instituition Of Education.
Shariman Zakaria. (2001). “Falsafah Pendidikan Guru”.
Didapatkan daripada
www.docstoc.com/docs/78044255/falsafah-pendidikan-guru
Shaver, J.P. & Strong, W. (1982). Facing Value Decision :
Rational Building For Teacher. Edisi Kedua. New York :
Teachers College Press.
Snyder, B. (1973). The Hidden Curriculum. Cambridge, MA : The
MIT Press.
Springer, K. (2010). Educational Research A Contextual
Approach. USA : John Wiley and Son.
Superka, Douglas O. (1976). “Values Education Sourcebook,
Conceptual Approaches Material Analysis, And An
Annotated Bibliography, Social Science Education
Consortium.” ERIC Cleainnghouse For Science Education.
Tajul Ariffin Noordin & Nor’aini Dan (1992). Pendidikan dan
Wawasan 2020. Kuala Lumpur : Arena Ilmu Sdn.
242 Kurikulum Pendidikan Nilai
Bhd.
Universiti Teknologi Malaysia. (2002). Panduan Menulis Tesis.
Pusat Pengajian Siswazah.
Utusan Malaysia. (1 Oktober 2009). Salah laku murid meningkat.
Vallance. E. (1973). Hiding the Hidden Curriculum : An
Interpretation of the Language of Justification in
Nineteenth-Century Educational Reform. Curriculum
Theory Network, vol.4, No. 1, p.5-21
Veugellers, W. (2000). “Different Ways Of Teaching Values”
Educational Review. 52 (1) : 37-46
Wan Mohd Zahid Wan Mohd Noordin. (1994). Wawasan
Pendidikan : Agenda Pengisian. Kuala Lumpur : Cahaya
Pantai Publishing (M) Sdn. Bhd.
Wiles, J., & Bondi, J. (1998). Curriculum Development : A Guide
To Practice (5th ed.). Columbus, OH : Merrill.
Willis, P. (1977). Learning To Labour. Farnborough : Saxon
House.
Wren, D.J. (1999). School Culture : Exploring The Hidden
Curriculum. Libra Publishers, Inc. ADOLESCENCE
,34(135). San Diego, CA.
Zais, R.S. (1976). Curriculum Principles And Foundations. New
York : Thomas Y. Crowell Company..
Zuria Mahmud & Salleh Amat, (1998). “Guru Berkesan :
Kemahiran Dalam Menangani Pelajar”. Kertas Kerja
Seminar Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Guru.
Pendidikan Guru Untuk Sekolah Berkesan. Kuala Lumpur :
Universiti Malaya 26-28 Oktober
Zurina Hamid. (2012). “Pelaksanaan Rekod Mengajar Secara
Online Di Sebuah Sekolah Menengah Di Daerah
Kluang”. Tesis Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia
Skudai.

Penerapan nilai dalam kurikulum tersembunyi

  • 1.
    Penerapan Nilai MelaluiKurikulum Tersembunyi dalam Kalangan Guru Sanitah Mohd Yusof, Khasnor Kamdi, Mohd.Zolkifli Abdul Hamid dan Zainudin Abu Bakar 4.1 PENGENALAN Nilai-nilai murni merupakan elemen yang sangat penting yang perlu diterapkan ke dalam diri murid-murid bagi membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Masalah sosial, masalah disiplin, salah laku murid mahupun kesalahan jenayah berat atau ringan semuanya berpunca daripada kurangnya penghayatan nilai-nilai murni dalam diri seseorang individu. Proses penerapan nilai merupakan suatu proses identifikasi dan sosialisasi yang dilakukan oleh agensi tertentu sehingga seseorang itu secara langsung dan tidak langsung telah menerima atau mengambil standard nilai yang diamalkan oleh orang perseorangan dan kumpulan ahli masyarakat untuk dijadikan satu sistem nilainya sendiri. Proses penerapan nilai dan kurikulum tersembunyi sangat berkait rapat antara satu sama lain. Ini kerana proses penerapan nilai-nilai sentiasa dilaksanakan secara tersirat pada setiap masa dan ia boleh berlaku di mana-mana sahaja. Kurikulum tersembunyi adalah sebahagian dan terkandung dalam kurikulum pendidikan. Ia dapat memberi impak yang besar dalam bidang pendidikan, bidang sosial dan budaya kehidupan. Kurikulum tersembunyi diterjemahkan sebagai perlakuan, perancangan dan tindakan menggubal, membina dan melaksanakan kurikulum yang tidak dinyatakan secara bertulis tetapi berfungsi membina hati, akal dan jiwa murid-murid supaya menjadi insan yang berguna dan dapat meneruskan tradisi hidup dan masyarakat.
  • 2.
    168 Kurikulum PendidikanNilai Sekolah yang merupakan institusi pendidikan juga sebagai salah sebuah institusi sosial berperanan lebih daripada sebagai alat bantuan untuk memindahkan pengetahuan antara satu generasi kepada generasi seterusnya. Proses sosialisasi di kalangan murid- murid berlaku di sekolah dan ini melibatkan norma-norma, unsur- unsur dan nilai-nilai yang dipelajari secara tersembunyi. Di sini dapat kita lihat dan faham bahawa proses pendidikan adalah sebagai proses sosialisasi. Sejauh manakah pengetahuan guru-guru tentang konsep kurikulum tersembunyi? Apa sahaja perkara yang dipelajari dan diperolehi oleh murid-murid secara tersirat dan bukan terkandung dalam sukatan pelajaran tetapi melalui pengalaman mereka semasa berada di sekolah dan di dalam bilik darjah adalah kurikulum tersembunyi. Guru-guru perlu memainkan peranan yang penting dalam penerapan kurikulum tersembunyi ke atas murid-murid. Ini kerana kurikulum tersembunyi boleh memberi impak yang besar dalam bidang pendidikan, bidang sosial dan budaya hidup. Sejajar dengan itu, penyelidikan ini mengupas tentang konsep kurikulum tersembunyi dan pelaksanaan kurikulum tersembunyi dalam proses penerapan nilai dalam kalangan guru-guru sekolah rendah terhadap murid-murid. Pelaksanaan kurikulum tersembunyi dalam proses penerapan nilai yang hendak dilihat adalah dari segi strategi pelaksanaan dan masalah pelaksanaan. Di samping itu, penyelididkan ini hendak melihat konsep mengenai kurikulum tersembunyi dalam kalangan guru-guru. Pelaksanaan kurikulum tersembunyi dalam kajian ini difokuskan kepada aspek strategi dan masalah penerapan nilai-nilai dalam diri murid-murid agar ia menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan seharian mereka. 4.2 LATAR BELAKANG MASALAH Proses penerapan nilai penting dalam membantu membendung masalah sosial dan masalah disiplin yang semakin berleluasa kini. Hasil kajian oleh Ali Suradin & Eni Eryanti (2005) dalam kajian mereka yang bertajuk Penghayatan Nilai-nilai Murni Ke Arah Pembentukan Disiplin Pelajar mendapati tahap penghayatan nilai-
  • 3.
    Penerapan Nilai MelaluiKurikulum Tersembunyi 169 nilai murni yang tinggi dalam diri murid dapat membantu mengurangkan masalah salah laku dalam kalangan murid-murid. Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2003 mengenalpasti seramai 76 300 pelajar atau 1.09 peratus daripada tujuh juta pelajar di negara ini terbabit dengan masalah disiplin. Manakala dalam akhbar Utusan Malaysia 1 Oktober 2009, Timbalan Menteri Pelanjaran Datuk Dr. Wee Ka Siong menyatakan kadar salah laku disiplin murid sekolah rendah termasuk penyalahgunaan dadah mencatat peningkatan dalam tempoh enam bulan pertama daripada 0.78 peratus kepada 0.79 peratus daripada 3.2 juta murid sekolah rendah di Malaysia. Menurut Greer dan Ryan (1989), kegagalan pendidikan nilai akan menyebabkan pelajar gagal membentuk perlakuan yang seimbang dari segi kognitif dan nilai dalam kehidupannya. Ini kerana pendidikan nilai sangat rapat hubungannya dengan perkembangan kognitif (Rest, 1980; Kay, 1979). Apabila keadaan ini terjadi maka terhasilah murid yang pandai dari segi kognitif tetapi tidak terasuh dari segi akhlak. Di antara kajian yang menunjukkan wujud masalah dalam proses penerapan nilai ialah kajian oleh Rushani (1992) mendapati guru tidak dapat menjalankan penerapan nilai yang terdapat dalam bahan sastera (cerpen) yang digunakan sebagai bahan pengajaran Bahasa Melayu secara berkesan disebabkan guru kurang pengetahuan dan kemahiran untuk melaksanakan penerapan nilai, di samping masalah tidak cukup masa. Hasil kajian Musak (1993) mendapati faktor penghalang kepada pelaksanaan penerapan nilai di sekolah ialah tiada kerjasama keluarga, pengaruh luar yang negatif, sukatan pelajaran yang padat dan kekurangan masa. Peranan guru di sekolah bukan sahaja mendidik dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid-murid , tetapi juga membentuk murid-murid agar menjadi insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Menurut Abdul Razak (2001) peranan guru adalah sebagai agen sosialisasi iaitu proses interaksi yang membolehkan manusia hidup bermasyarakat secara harmoni. Sosialisasi juga bermaksud proses mendisiplinkan individu supaya sesuai dengan norma dan nilai masyarakat.
  • 4.
    170 Kurikulum PendidikanNilai Tidak ada sekolah atau institusi dalam masyarakat yang terlepas daripada menjalankan tugas penerapan nilai. Proses penerapan nilai yang dilaksanakan boleh berlaku secara langsung dan tidak langsung. Pengalaman pembelajaran khususnya penerapan dan penghayatan nilai-nilai melalui kurikulum tersembunyi boleh diperolehi oleh murid-murid di sekolah secara tidak langsung atau secara tidak sedar. Berdasarkan penyataan- penyataan di atas, apa yang dapat diterjemahkan ialah kurikulum tersembunyi boleh menjadi agen perantara di antara guru-guru dan murid-murid dalam pembentukan akhlak dan pemupukan atau penerapan nilai-nilai. Oleh itu, pengkaji merasakan penerapan dan penghayatan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid perlu lebih giat dilaksanakan melalui kaedah kurikulum tersembunyi. Bagi melaksanakan proses penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi dengan lebih berkesan, guru-guru perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai konsep kurikulum tersembunyi. Dalam setiap pendidikan nilai, apa yang diharapkan semestinya terbit kesedaran dalam diri murid-murid melaksanakan nilai-nilai positif dan menghindarkan nilai-nilai negatif. Di sekolah, nilai-nilai murni diajar dan diterapkan melalui matapelajaran yang diajar iaitu secara kurikulum rasmi. Pengkaji merasakan kajian mengenai penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi pula perlu dilakukan bagi mempertingkat proses penerapan nilai yang sedia ada dilaksanakan secara kurikulum rasmi. Kurikulum formal dan kurikulum tidak formal (kurikulum tersembunyi) adalah berkaitan dan saling melengkapi antara satu sama lain. Kurikulum tersembunyi tidak boleh dikembangkan tanpa perkembangan kurikulum formal (Kohlberg, 1973). Kewujudan kurikulum tersembunyi ini perlu diberi perhatian dan diambil berat sama seperti kurikulum formal. Menurut Ishak (2005) dalam bukunya yang bertajuk Inilah Kurikulum Sekolah, kurikulum tersembunyi bertindak sebagai alat pembentukan akhlak dan pekerti peribadi. Ia meliputi pemupukan nilai-nilai manusia yang mulia dan terpuji.
  • 5.
    Penerapan Nilai MelaluiKurikulum Tersembunyi 171 Guru menjadi ‘role model’ kepada murid-murid dan masyarakat, berkhidmat dan berinteraksi dengan masyarakat serta menjadi penghubung antara guru, kerajaan, ibu bapa dan masyarakat (Abdul Rahim, Mohamad Najib, Ahmad Johari, Zainuddin & Nani Herlin, 2012). Berikutan itu, pengkaji menjalankan kajian ini bertujuan untuk mengupas dan meninjau sejauh manakah pengetahuan guru-guru sekolah rendah terhadap konsep kurikulum tersembunyi. Konsep kurikulum tersembunyi yang dimaksudkan atau dalam erti kata yang sebenar ia meliputi definisi, konsep, ciri-ciri, kandungan, kepentingan serta kesan kurikulum tersembunyi. Tidak hanya cukup mengetahui konsep kurikulum tersembunyi, guru-guru sekolah rendah juga perlu mengetahui kaedah atau strategi yang sesuai dalam melaksanakan proses penerapan nilai secara kurikulum tersembunyi di sekolah. Dalam pelaksanaan kurikulum tersembunyi mengikut kaedah dan strategi yang berbeza-beza, tentunya wujud masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru. Di sekolah penerapan nilai-nilai boleh dilaksanakan melalui pertuturan, perlakuan, teladan, isyarat, kefahaman dan interpretasi (Tajul Ariffin & Nor’aini 1992). Pengkaji mahu melihat strategi penerapan nilai-nilai ini dalam konteks kurikulum tidak formal atau kurikulum tersembunyi yang perlu dimainkan peranan oleh guru-guru di sekolah. Oleh itu, pengkaji ingin mengetahui masalah-masalah yang wujud semasa guru-guru melaksanakan kurikulum tersembunyi yang membataskan peranan mereka sebagai agen kurikulum tersembunyi ke atas murid-murid. Kohlberg (1970) pula menyatakan kurikulum tersembunyi adalah perkara yang berhubung dengan pendidikan moral dan peranan guru memudahkan standard moral. Guru dilihat berperanan penting dalam penerapan dan penghayatan nilai-nilai moral agar semua murid sekolah dapat mencapai standard moral pada suatu tahap tertentu. Sudah tentu penerapan nilai-nilai ini disampaikan oleh guru-guru sepanjang berada di sekolah bersama murid-murid. Di sini pengkaji dapat melihat perkaitan antara penerapan nilai dan pembangunan moral melalui pelaksanaan kurikulum tersembunyi oleh guru-guru di sekolah dapat
  • 6.
    172 Kurikulum PendidikanNilai membentuk murid-murid yang positif dan seimbang dalam semua aspek. Kelakuan guru sentiasa menjadi pemerhatian murid-murid di sekolah. Oleh itu perlakuan guru juga memberi kesan terhadap pelaksanaan kurikulum tersembunyi. Dapatan kajian oleh Abdul Rahim et. al. (2012) yang bertajuk Pelaksanaan Kurikulum Tersembunyi Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah menunjukkan tahap pelaksanaan kurikulum tersembunyi adalah tinggi melalui kandungan subjek menurut interpretasi pelajar dan perlakuan guru, namun pelaksanaan kurikulum tersembunyi melalui iklim sekolah berada pada tahap yang rendah. Iklim persekolahan yang terbuka dan positif adalah iklim persekolahan yang demokratik, dan iklim ini dapat membantu sekolah mencapai aspirasinya seperti membimbing pelajar supaya rajin berusaha, berdisiplin, berinisiatif, rela bekerjasama, ramah dan mesra, spontan, kreatif serta tinggi motivasinya (Abdullah Sani, 2007). Hasil kajian ini dapat dilihat dengan jelas bahawa terdapat perkaitan atau hubungan yang kuat antara kurikulum tersembunyi dengan kandungan subjek dan perlakuan guru. Penerapan nilai-nilai murni sememangnya disisipkan melalui kesemua matapelajaran atau subjek yang dipelajari di sekolah. Dalam buku tulisan Tajul Ariffin dan Nor’aini (1992) yang bertajuk Pendidikan dan Wawasan 2020, menurut Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum, penerapan nilai-nilai murni boleh disepadukan dalam matapelajaran secara pertuturan (pengucapan), perlakuan, teladan, isyarat, kefahaman, interpretasi dan kontekstual. Kelakuan guru juga memainkan peranan penting dalam penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi. Kelalukan guru sama ada di dalam atau di luar bilik darjah sentiasa diperhatikan oleh murid-murid di sekolah dapat memberi kesan terhadap keberkesanan penerapan nilai secara tersirat (kurikulum tersembunyi). Guru yang berkelakuan menjurus kepada 16 aspek nilai murni secara langsung sedang melakukan proses penerapan nilai secara kurikulum tersembunyi. Dalam proses penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi ini, pasti wujud masalah yang menghalang serta membataskan pelaksanaannya. Antara masalah-masalah yang
  • 7.
    Penerapan Nilai MelaluiKurikulum Tersembunyi 173 wujud adalah dari segi kekangan masa, persekitaran sekolah, strategi pelaksanaan, beban tugas, tekanan dan kurang pengetahuan. Jurnal bertajuk Peranan Sekolah dan Guru Dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan Nilai : Satu Sorotan (Mohamad Khairi & Asmawati, 2010) menyatakan antara masalah yang wujud ialah dari segi persekitaran dan budaya sekolah, personaliti dan pengalaman guru serta mata pelajaran yang diajar. Menurut Rusni (2005) faktor keadaan persekitaran sekolah boleh memberi kesan kepada pembentukan tingkah laku. Persekitaran yang menggalakkan dan menyokong dapat melahirkan kesan positif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran serta penghayatan nilai-nilai murni. Kajian Abdul Rahim & Azharul Nizam (2009) menyatakan bahawa di antara kekangan yang terpaksa dihadapi oleh guru-guru dalam pelaksanaan penerapan nilai ialah kekangan masa menyebabkan sukar untuk melaksanakan penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran. Ahmad Esa (2005) menyatakan bahawa adalah penting untuk semua pendidik menerapkan nilai murni yang merupakan kurikulum tersembunyi secara telus dan komited, bukan sekadar menghabiskan sukatan pelajaran atau memenuhi tanggungjawab menyediakan pelajar menduduki peperiksaan semata-mata. Kajian ini juga hendak melihat adakah terdapat perbezaan di antara pengalaman mengajar guru dengan konsep kurikulum tersembunyi. Terdapat beberapa kajian berkaitan dengan pengalaman mengajar guru. Menurut Mead (2003), guru tidak mampu menerapkan nilai murni kerana kurang berpengalaman dalam melaksanakannya. Manakala kajian oleh Rosenholtz (1984) mendapati guru yang mempunyai pengalaman mengajar lima tahun ke atas lebih berkesan berbanding guru yang mempunyai pengalaman mengajar kurang dari tiga tahun. Hannafin dan Freeman dalam Tor (2003) mendapati bahawa guru yang berpengalaman mempunyai pandangan yang lebih objektif terhadap penguasaan pengetahuan berbanding dengan guru yang tidak banyak pengalaman mengajar. Oleh itu, jelas menunjukkan pengalaman mengajar di sekolah mempengaruhi seseorang guru dalam amalan pengajaran dan seterusnya membantu dalam
  • 8.
    174 Kurikulum PendidikanNilai pembentukan nilai pelajar. Hasil kajian Abdul Rahim et.al. (2012) mendapati guru yang baik ialah guru yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam semua aspek. Murid-murid melihat guru yang berpengetahuan luas ini mampu membawa mereka kepada pemupukan ilmu pengetahuan. Begitu juga kepemimpinan guru yang mengamalkan budaya beretika adalah mereka yang menjaga perpaduan, penyayang, kerja berpasukan, bersopan santun, berdisiplin, hidup sihat, jujur dan ikhlas (Abdullah Sani, Abdul Rashid, Abd Ghani, 2007). Perlakuan guru adalah penting untuk menggalakkan murid-murid menunjukkan kebolehan diri mereka. Murid-murid sangat mudah terpengaruh dengan perlakuan, pakaian, ucapan dan latarbelakang sosial guru-guru. Jelas di sini dapat dilihat faktor dan ciri-ciri guru sedikit sebanyak memainkan peranan dalam pelaksanaan kurikulum tersembunyi. Kajian ini juga hendak melihat adakah terdapat perbezaan di antara bidang mengajar guru dengan konsep kurikulum tersembunyi. Menurut Noorlela (2008) guru sukar melaksanakan penerapan nilai dalam pengajaran mata pelajaran Prinsip Akaun. Dapatan kajian oleh Rosnani (1996) menjelaskan guru menghadapi masalah dalam melaksanakan proses penerapan nilai murni terutama sekali mereka yang mengajar disiplin ilmu yang bersifat pasti seperti matematik dan perakaunan. Habsah (2000) dalam kajiannya mendapati guru aliran sains sosial menunjukkan kefahaman yang lebih tinggi daripada guru sains tulen berhubung dengan aspek kesepaduan ilmu, kemahiran dan nilai-nilai murni. Kajian Zakaria, Abdul Rahman, Abdul Majid dan Rahil (1996) menjelaskan faktor mata pelajaran iaitu mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral dan diikuti mata pelajaran lain sebagai faktor terpenting yang menyumbang kepada perkembangan moral pelajar. Menurut Nik Azis & Noraini (2008), kategori nilai murni sesuai dikembangkan melalui mata pelajaran Matematik, Sains, Agama, Bahasa, Sejarah dan Pendidikan Jasmani. Dapatan-dapatan kajian ini menunjukkan bahawa mata pelajaran tertentu mempengaruhi pelaksanaan proses penerapan nilai murni.
  • 9.
    Penerapan Nilai MelaluiKurikulum Tersembunyi 175 Apa yang berlaku di sekolah sama ada secara formal atau secara tersembunyi mampu memberikan hasil dan impak ke arah pembentukan negara yang harmoni kerana masyarakat pelbagai kaum di negara kita disatukan di bawah satu pentadbiran pendidikan. Oleh yang demikian, pengkaji berpendapat pelaksanaan penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi dari segi strategi dan masalah yang wujud di semua sekolah terbabit adalah cukup berbeza walaupun kesemua sekolah tersebut berada di bawah satu pentadbiran pendidikan. Impak kurikulum tersembunyi adalah lebih besar dan mendalam serta memberi kesan jangka panjang berbanding kurikulum formal. Oleh itu, kajian ini penting agar guru-guru mengambil berat dan memberi perhatian yang sewajarnya tentang kewujudan pelaksanaan kurikulum tersembunyi. Penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi diharap dapat memberi kesan jangka panjang ke atas murid-murid dalam membentuk individu yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni. Selain daripada kurikulum rasmi atau kurikulum bertulis yang mempunyai objektif pembelajaran tertentu yang perlu disampaikan kepada murid-murid, kurikulum tersembunyi atau kurikulum tidak rasmi juga sama pentingnya. Kurikulum tersembunyi dapat memberi kesan kepada perhubungan sosial di kalangan murid-murid. Sekolah sebagai institusi pendidikan juga merupakan institusi sosial yang boleh membentuk individu yang seimbang dari semua segi. Umum mengetahui kini kita kerap didedahkan di media cetak mahupun di media elektronik dengan masalah-masalah sosial dan masalah-masalah disiplin dalam kalangan murid-murid sekolah. Murid-murid di zaman serba moden kini semakin berkurang kualiti disiplin, adab, akhlak dan nilai dalam diri mereka. Masalah sosial ini tidak boleh dikatakan hanya berpunca dari rumah sahaja, rumah kedua mereka iaitu sekolah juga memberi sumbangan kepada masalah sosial dalam kalangan murid-murid ini. Penerapan dan penghayatan nilai murni serta nilai moral yang lebih serius perlu dilaksanakan melalui kurikulum fomal mahupun kurikulum tidak formal (kurikulum tersembunyi) untuk membantu dalam membendung masalah sosial dan masalah
  • 10.
    176 Kurikulum PendidikanNilai disiplin dalam kalangan murid-murid sekolah. Justeru, peranan sekolah khasnya dan guru amnya melalui kurikulum tersembunyi boleh membantu mengurangkan masalah ini. Oleh itu, penyelidikan ini memberi tumpuan kepada keperluan guru-guru untuk mengetahui konsep mengenai kurikulum tersembunyi ini. Pengetahuan tentang konsep kurikulum tersembunyi ini meliputi aspek seperti definisi, ciri-ciri, kandungan, kepentingan serta kesan kurikulum tersembunyi. Guru- guru perlu melihat sejauh manakah pelaksanaan kurikulum tersembunyi dalam penerapan dan penghayatan nilai murni dan nilai moral di sekolah mereka dapat memberi impak positif terhadap murid-murid. Kajian ini juga bertujuan mengupas apakah strategi penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi dalam kalangan guru sekolah rendah daerah Johor Bahru. Seterusnya kajian ini juga hendak melihat apakah masalah penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi yang dihadapi oleh guru-guru sekolah rendah yang membataskan dan menghalang usaha mereka dalam proses pendidikan nilai . Akhir sekali, kajian ini juga hendak mengetahui hubungan antara pengalaman mengajar guru dengan konsep kurikulum tersembunyi. 4.3 KONSEP KURIKULUM Kurikulum adalah satu perancangan dan panduan yang digunakan oleh guru untuk menjalankan tugas rasmi mereka di sekolah iaitu untuk mendidik murid-murid. Apakah yang dimaksudkan dengan kurikulum? Perkataan kurikulum berasal dari bahasa Latin ‘curere’ yang membawa maksud ‘laluan’ atau ‘jejak’. Perkataan kurikulum boleh didefinisikan sebagai satu set strategi pengajaran dimana guru bercadang untuk menggunakannya di dalam kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif dan matlamat tertentu. Menurut Zais (1976), kurikulum sebagai satu bidang studi yang mencakupi (1) The range of subject matters with which it is concerned (the substantive structure), dan (2) The procedures of
  • 11.
    Penerapan Nilai MelaluiKurikulum Tersembunyi 177 inkiuri and practice it follows (the syntactical structure). Zais menjelaskan bahawa kurikulum bukan hanya merupakan rencana tertulis bagi pengajaran, melainkan sesuatu yang berfungsi dan beroperasi dalam kelas, yang memberi pedoman dan mengatur lingkungan dan kegiatan yang berlangsung di dalam bilik darjah. Ornstein dan Hunkins (1998) menyatakan kurikulum adalah satu rancangan tindakan atau satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang dihajati. Seperti yang dikemukana oleh McNeil (1977), kurikulum merupakan rancangan dan kegiatan pendidikan yang secara maksimal mengembangkan potensi kemanusiaan yang ada pada diri seseorang baik sebagai individu mahu pun sebagai anggota masyarakat untuk kehidupan dirinya, masyarakat, dan bangsanya di masa mendatang. Menurut Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, kurikulum ialah suatu rancangan pendidikan yang membendung segala ilmu pengetahuan serta kemahiran nilai-nilai dan norma-norma, unsur- unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahlinya. Definisi kurikulum mengikut Akta Pendidikan 1996 ialah satu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta menyampaikan pengetahuan. Dalam sistem pendidikan, satu daripada input pengoperasiannya ialah reka bentuk kurikulum. (Ahmad, 2005). Reka bentuk kurikulum mempunyai empat elemen utama iaitu kurikulum itu sendiri, kokurikulum, kurikulum tambahan dan kurikulum tersembunyi. Bagi memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan, semua guru perlu melaksanakan keempat-empat elemen tersebut secara sepadu dan komprehensif dalam pengajarannya. Pengabaian satu daripada elemen tersebut menjadikan murid (output) tidak sempurna dan berhadapan dengan kesukaran untuk memenuhi piawaian pasaran pekerjaan di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Terdapat lima jenis
  • 12.
    178 Kurikulum PendidikanNilai atau lima bentuk kurikulum yang berbeza pelaksanaannya di sekolah iaitu kurikulum formal atau kurikulum rasmi, kurikulum pengajaran, kurikulum operasional, kurikulum pengalaman dan kurikulum tersembunyi atau kurikulum tersirat (Ang, 2007). 4.4 KONSEP KURIKULUM TERSEMBUNYI Kurikulum tersembunyi atau kurikulum tersirat (hidden curriculum) seakan-akan tidak disedari akan kepentingan pelaksanaannya. Kurikulum tersembunyi atau unwritten curriculum merupakan pengalaman pembelajaran yang dipelajari secara tidak langsung oleh murid-murid dan kesannya adalah di luar kawalan guru. Kurikulum tersembunyi juga kadang kala disebut sebagai kurikulum terlindung, kurikulum tersirat, atau kurikulum tersisip. Kurikulum tersembunyi boleh membawa kepada kesan positif ataupun kesan negatif terhadap murid-murid. Kurikulum tersembunyi apabila tidak diawasi dan dikawal selia dengan baik membawa implikasi negatif kepada sekolah, budaya sekolah serta iklim pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum tersembunyi ini juga kadangkala dikenali sebagai kurikulum tidak rasmi yang merangkumi perilaku kelakuan yang perlu dipatuhi, corak hubungan perseorangan, kepatuhan kepada kuasa dan pengaruh, persaingan, sumber motivasi dan sebagainya yang dipelajari murid di sekolah. Kurikulum yang tersembunyi berlangsung sama ada semasa pelaksanaan kurikulum, kurikulum tambahan atau kokurikulum selain daripada ia boleh dilaksanakan juga secara terancang dan sistematik (Ahmad, 2005). Namun begitu, proses pelaksanaanya kerap tidak disedari oleh para pendidik dan para pelajar kerana kehadirannya adalah dalam bentuk penerapan, pengintegrasian, asimilasi, akulturasi dan akomodasi (Ahmad, 2005). Beliau juga menyatakan murid belajar secara tidak langsung daripada kurikulum yang tersembunyi, justeru tidak dinafikan kadang- kadang murid juga belajar perkara yang tidak baik daripada guru- guru.Chafel (1977) pula berpendapat terdapat dua bentuk kurikulum yang dilaksanakan di sekolah iaitu overt (terbuka) yang
  • 13.
    Penerapan Nilai MelaluiKurikulum Tersembunyi 179 memberi fokus kepada kursus pengajian yang eksplisit, dan covert (tersirat) yang memberi fokus kepada pembelajaran yang tacit (diaplikasikan tetapi tidak didokumentasikan – tidak tercatat). Beliau mendapati bahawa kurikulum tersembunyi boleh didefinisikan sebagai norma-norma, nilai dan kepercayaan yang tidak dinyatakan dan tidak tertulis dalam kurikulum rasmi tetapi diajar secara tidak langsung di dalam bilik darjah. Menurut Mok (2002) di dalam bukunya yang bertajuk Ilmu Pendidikan Untuk Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) tafsiran kurikulum yang lengkap adalah dirumuskan seperti berikut : “Kurikulum merangkumi pengalaman kehidupan nyata dan tidak nyata yang dipilih, diorganisasi dan disusun oleh sarjana pendidikan dan pakar kurikulum secara teliti dan professional, demi menjadikan pelbagai jenis aktiviti pembelajaran nyata dan tidak nyata seperti yang dijalankan dalam dan luar bilik darjah, dalam dan luar sekolah, untuk semua peringkat persekolahan.” Huraian tafsiran kurikulum oleh Mok ini dianggap lengkap kerana ia merangkumi kurikulum tersembunyi. Dalam bukunya juga dinyatakan kurikulum tersembunyi meliputi pengalaman yang dipelajari secara tidak formal seperti penerapan nilai-nilai murni melalui peniruan tingkah laku guru, dan penyerapan nilai-nilai murni dalam mata pelajaran, peraturan sekolah, aktiviti bahasa dan budaya sekolah. Terdapat dua pendekatan yang wujud dalam kurikulum tersembunyi iaitu functionalist dan neo-Marxists. Menurut pendekatan functionalist yang memfokuskan kepada cara sekolah mengambil bahagian dalam menjalankan kegiatan sosial, sekolah harus membekalkan murid-murid dengan ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan cadangan di mana masyarakat perlukan untuk menyesuaikan diri dalam sistem masyarakat kini. Proses ini dibantu oleh pengurusan kurikulum tersembunyi menurut Cookson & Sadovnik, 2002; Giroux & Penna, 1981). Pendekatan neo- Marxists pula menegaskan golongan dominan dan kuasa di dalam masyarakat mempengaruhi pendidikan melalui kurikulum tersembunyi. Berdasarkan pendekatan ini, sekolah dapat membantu mengekalkan hukum sosial yang tidak adil atau zalim melalui
  • 14.
    180 Kurikulum PendidikanNilai penyampaian kepercayaan-kepercayaan, nilai-nilai dan norma- norma yang efektif dalam kehidupan politik, sosial dan ekonomi. Nilai-nilai, kepercayaan-kepercayaan dan norma-norma ini disampaikan kepada murid-murid melalui mesej yang tersirat. (Yuksel, 2005). Guru-guru perlu memahami secara terperinci dan mendalam tentang konsep kurikulum tersembunyi ini. Pada zaman yang serba moden dan global ini, peranan guru dilihat semakin penting dan mencabar terutama dalam menyampaikan kurikulum yang telah dibentuk. Murid-murid pada era kini lebih kompeten dan berlumba-lumba untuk mencapai tahap intelektual yang maksima tetapi mereka tidak begitu mementingkan pencapaian yang maksima selain dari segi intelektual (sahsiah, emosi, rohani dan jasmani). Guru lebih menekankan aspek kurikulum rasmi atau kurikulum formal tetapi tidak menitikberatkan aspek kurikulum tersembunyi. Mungkin kurikulum tersembunyi ada dilaksanakan secara tidak sengaja, tetapi nilai-nilainya kurang memberi kesan terhadap murid-murid. Hal ini perlu dikaji kerana kurikulum tersembunyi boleh membawa kepada kesan positif atau kesan negatif. Kurikulum tersembunyi dipercayai dapat mempengaruhi pencapaian akademik pelajar khasnya dan pencapaian-pencapaian- pencapaian lain amnya seperti sahsiah, rohani, emosi dan jasmani. Sebenarnya apa yang dipelajari oleh murid-murid di sekolah bukanlah setakat kandungan yang tercatat dalam sukatan pelajaran tetapi merangkumi semua pengalaman pembelajaran yang diperolehi semasa berada di sekolah. Margolis (2001), Chafel (1997), Eisner (1994), Longstreet & Shane (1993) dan Synder (1973) adalah di antara penyelidik-penyelidik pendidikan yang telah mengkaji mengenai nilai-nilai, kepercayaan, iklim sekolah dan lain-lain pengalaman pembelajaran yang dipanggil kurikulum tersembunyi. Terdapat juga ramai penyelidik-penyelidik lain yang telah merungkai mengenai definisi, teori, konsep, kandungan, kepentingan, kesan dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan kurikulum tersembunyi. Idea kurikulum tersembunyi pada mulanya diperkenalkan oleh Jackson (1968) dalam bukunya yang bertajuk Life In Classroom dan seterusnya penyelidikan mengenai
  • 15.
    Penerapan Nilai MelaluiKurikulum Tersembunyi 181 kurikulum tersembunyi ini dijalankan dengan lebih fokus oleh Snyder (1973), Apple (1980), Bergenhenegouwen (1987), Portelli (1993) dan lain-lain lagi. Tetapi belum ada lagi kata sepakat mengenai definisi yang tepat bagi kurikulum tersembunyi. Jackson (1968) menyatakan kurikulum tersembunyi adalah belajar untuk tunggu dengan senyap, bertahan untuk membuat latihan , menyiapkan segala tugasan, sentiasa memastikan diri sibuk, bekerjasama, menunjukkan kesetian dan kepatuhan kepada guru dan rakan, sentiasa kemas dan menepati masa dan memimpin diri untuk beradab dan berbudi. Apple (1982) di dalam bukunya yang bertajuk “Education Is Power” menekankan bahawa kurikulum tersembunyi melibatkan pelbagai minat murid, budaya, usaha, perjanjian dan kompromi. Giroux (1983) menyatakan bahawa kurikulum tersembunyi adalah norma-norma, nilai-nilai dan kepercayaan-kepercayaan yang tidak dinyatakan secara bertulis tetapi ternanam dan ia disampaikan secara tidak langsung atau tidak sengaja kepada murid-murid melalui peraturan-peraturan yang akan menyusun dan membentuk rutin kehidupan dan hubungan sosial di dalam bilik darjah dan di sekolah. Apple (1982) melalui bukunya yang bertajuk Education and Power menekankan bahawa kurikulum tersembunyi melibatkan pelbagai minat, budaya, usaha, perjanjian dan kompromi. Ausbrooks (2000) pula menjelaskan bahawa kurikulum tersembunyi ialah ….. is composed of the implicit messages in the school’s social climate, unwritten yet understood by all. It is the body of knowledge a child absorbs in school simply by being there day after day. This is the curriculum that creates a school’s so called ‘learning environment’. Walaupun terdapat sedikit kelainan di antara pendapat Chafel dan Ausbrooks tetapi pada dasarnya mereka berdua menerima bahawa kurikulum tersembunyi tidak dinyatakan dalam kurikulum rasmi. McNeil (1995) dalam bukunya yang bertajuk Curriculum A Comprehensive Introduction menyatakan bahawan perkataan kurikulum tersembunyi merujuk kepada pengaruh dalam pengajaran yang tidak rasmi di mana ia boleh menyokong atau melemahkan proses untuk mencapai sesuatu matlamat. Beliau juga menyatakan bahawa kurikulum
  • 16.
    182 Kurikulum PendidikanNilai tersembunyi boleh menjadi alat penghubung kepada pembangunan moral seseorang individu. (kaitkan dgn teori moral) Terdapat beberapa konsep berkenaan teori kurikulum tersembunyi yang mempunyai definisi dan penjelasan yang berbeza tetapi memberi maksud yang hampir sama. Artikel bertajuk Comparison Of Hidden Curriculum Theories yang ditulis oleh Kentli (2009) menyenaraikan beberapa teori berkenaan dengan kurikulum tersembunyi yang boleh dilihat perbandingannya dengan nyata. Durkheim (1961) dalam bukunya bertajuk Moral Education menyatakan apa yang diajar dan dipelajari di sekolah oleh murid-murid adalah lebih banyak dari apa yang terkandung dalam kurikulum yang digubal dan manual guru. Walaupun ini bukan dinyatakan secara terus sebagai kurikulum tersembunyi, ini sebenarnya merujuk kepada kurikulum tersembunyi. Jackson (1968) pula melalui bukunya yang bertajuk Life In Classroom menyatakan kurikulum tersembunyi adalah belajar untuk tunggu dengan senyap, bertahan untuk membuat latihan, menyiapkan segala tugasan, sentiasa memastikan diri sibuk, bekerjasama, menunjukkan kesetian dan kepatuhan kepada guru dan rakan, sentiasa kemas dan menepati masa dan memimpin diri untuk beradab dan berbudi. Di sini Philip menjelaskan secara tersirat bahawa kurikulum tersembunyi merangkumi norma-norma, nilai-nilai, kepercayaan dan budaya yang dipelajari dan diperolehi sepanjang berada di sekolah. Dreeben (1967) mengkaji berkaitan dengan norma-norma dan budaya sekolah dan menyimpulkan bahawa kurikulum tersembunyi membuatkan murid-murid dapat membentuk perhubungan sosial, menenggelamkan sebahagian besar identiti diri mereka dan menerima kesahihah pemulihan. Vallance (1973) pula menyatakan konsep kurikulum tersembunyi dengan perkataan yang lebih ringkas iaitu unstudied curriculum, covert atau latent curriculum, non-academic outcomes of schooling, by-products of schooling, atau maksud yang lebih mudah what schooling does to people. Bowles & Gintis (1976) mendefinisikan kurikulum tersembunyi sebagai Schools are not as an agency of social mobility but as reproducing the existing class structure, sending a
  • 17.
    Penerapan Nilai MelaluiKurikulum Tersembunyi 183 silent, but powerful message to students with regard to their intellectual ability, personal traits, and the appropriate occupational choice and this takes place through the hidden curriculum. Mereka menyatakan bahawa sekolah dengan wujudnya struktur kelas dapat memberikan mesej yang tersirat tetapi penuh bermakna kepada murid-murid dengan mengambil kira kebolehan intelektual, sifat murid dan pilihan kerjaya yang bersesuaian. Manakala Martin (1976) berpendapat kurikulum tersembunyi boleh dijumpai dalam struktur sosial bilik darjah, guru sebagai orang yang berkuasa, peraturan-peraturan yang mentadbir perhubungan antara guru dengan murid-murid. Aktiviti-aktiviti pembelajaran sebagai sumber dengan penggunaan bahasa, buku teks, sistem pengesanan, dan kurikulum oleh guru. Kurikulum tersembunyi dalam struktur sekolah paling penting dalam menentukan pembinaan hubungan sosial di dalam bilik darjah di sekolah (Willis, 1977). Selain itu, menurutnya lagi kurikulum tersembunyi juga penting dalam pembinaan budaya di sekolah. Menurut Anyon (1980) pula, kurikulum tersembunyi di sekolah adalah persiapan yang tacit (tidak tertulis) untuk proses pengeluaran melalui cara tertentu. Membezakan kurikulum, pedagogi dan latihan penilaian murid-murid menekankan perbezaan kognitif dan kemahiran perlakuan dalam sosial dan ini menyumbangkan kepada pembangunan kanak-kanak dalam potensi perhubungan kepada fizikal dan simbolik kapital, kepada kekuasaan dan kepada proses pekerjaan. Apple (1982) di dalam bukunya yang bertajuk Education Is Power, Kurikulum tersembunyi melibatkan pelbagai minat murid, budaya, usaha, perjanjian dan kompromi. Giroux (1983) pula menyatakan kurikulum tersembunyi merangkumi norma-norma yang tidak ternyata, nilai-nilai dan kepercayaan yang tertanam dan disebarkan kepada murid melalui peraturan-peraturan yang membentuk segala rutin dan hubungan sosial di sekolah dan di dalam bilik darjah. Berdasarkan perbandingn konsep-konsep kurikulum tersembunyi yang telah dinyatakan di atas, dapat dilihat bahawa idea kurikulum tersembunyi yang dinyatakan oleh ahli-ahli kurikulum tersebut adalah sama iaitu sesuatu perkara yang diperolehi murid-murid
  • 18.
    184 Kurikulum PendidikanNilai semasa berada di sekolah yang tidak tertulis di dalam kurikulum formal. 4.5 CIRI-CIRI KURIKULUM TERSEMBUNYI Ciri-ciri kurikulum tersembunyi yang boleh dimaksudkan adalah ia merangkumi semua pengalaman pembelajaran yang diperolehi oleh pelajar di mana mereka belajar; boleh menjadi objektif pembelajaran tetapi hasilan pembelajarannya adalah bersifat relatif dan agak sukar diukur secara kuantitatif; merangkumi nilai-nilai yang dibentuk bersama oleh pelaksana kurikulum itu sendiri (pelajar – guru); dipelajari oleh pelajar tetapi secara tidak langsung misalnya daya intelek guru, tingkah laku dan akhlak guru. Selain itu, kewujudan kurikulum tersembunyi adalah berbeza-beza bergantung kepada lokasi, persekitaran dan latar belakang pelaksana kurikulum (pelajar-guru). Walaupun kadang kala kurikulum tersembunyi terdapat sama ada pada matlamat atau objektif satu-satu kurikulum itu tetapi ianya tidak tertulis dalam kandungan kurikulum berkenaan mahupun dalam penilaian. Jenis atau pengkategorian kurikulum tersembunyi adalah berbeza-beza mengikut jenis institusi, tahap pembelajaran dan juga matlamat kurikulum itu sendiri. Terdapat beberapa pandangan dan pendapat dari penyelidik- penyelidik tentang apa yang sebenarnya terkandung di dalam kurikulum tersembunyi. Idea asas mengenai konsep kurikulum tersembunyi adalah murid-murid belajar mengenai perkara yang tidak diajar di dalam kurikulum formal atau kurikulum rasmi. Kurikulum tersembunyi merujuk kepada cara proses pembelajaran dijalankan sama ada yang disedari atau yang tidak disedari. Cara proses pembelajaran dijalankan yang disedari oleh murid-murid adalah seperti organisasi fizikal sekolah itu sendiri dan organisasi bilik darjah. Contohnya, murid-murid memahami bahawa sekolah adalah suatu tempat yang berbeza dan terpisah dari rumah mereka dan mempunyai banyak bilik-bilik darjah serta bilik-bilik atau kawasan-kawasan lain seperti dewan, kantin, padang, perpustakaan, makmal komputer, makmal sains, bilik sukan dan
  • 19.
    Penerapan Nilai MelaluiKurikulum Tersembunyi 185 lain-lain. Manakala organisasi bilik darjah merujuk kepada keadaan seperti guru yang mengajar berdiri di hadapan kelas dan murid-murid duduk di dalam susunan barisan meja. Cara proses pembelajaran dijalankan yang tidak disedari oleh murid-murid yang dimaksudkan sebagai kurikulum tersembunyi adalah seperti cara bagaimana seseorang guru itu mentafsir kelakuan murid- muridnya juga cara bagaimana seseorang guru itu mempunyai jangkaan yang berbeza-beza terhadap murid-muridnya berdasarkan tafsiran kelakuan murid-muird di dalam bilik darjah. Menurut McNeil (1986) melalui bukunya yang bertajuk Fundamental of Sociology apa yang terkandung di dalam kurikulum tersembunyi adalah pembelajaran mengenai perkara- perkara seperti bagaimana untuk bertindak balas dan menghadapi pihak berkuasa; bagaimana untuk menjana dan mengekalkan hubungan baik dengan orang lain (kedua-dua guru dan murid); bagaimana untuk menghabiskan masa; bagaimana untuk menguruskan kebosanan; bagaimana untuk mendapatkan keutamaan; dan bagaimana untuk menepati jangkaan guru dan rakan sebaya. McNeil merumuskan idea kandungan kurikulum tersembunyi ini dengan menyatakan bahawa pembelajaran mengenai kurikulum tersembunyi telah menjadi popular dikalangan penyelidik yang mengharapkan apa sahaja objektif rasmi dalam pendidikan yang mungkin, apa sebenarnya yang berlaku di sekolah adalah lebih kepada kawalan, dominasi dan kesan dari pembiakan ketidaksamaan sosial. Pembelajaran tersirat atau tersembunyi yang dibangkitkan oleh Jackson (1968) bahawa murid-murid yang mempelajari apa sahaja subjek atau matapelajaran dalam kurikulum formal akan mempelajari perkara-perkara seperti mengenai kuasa seorang guru, ilmu pengetahuan yang sah yang diperolehi melalui buku, sistem pembelajaran dan penilaian kemajuan oleh guru. Kuasa guru memainkan peranan penting di dalam bilik darjah. Murid-murid yang gagal memerhatikan secara implisit atau eksplisit mengenai peraturan bilik darjah akan menyebabkan mereka tidak tersekat dari teguran, dendaan asas serta dilabel guru seperti murid sukar, murid bermasalah dan murid bodoh. Peraturan pentadbiran bilik
  • 20.
    186 Kurikulum PendidikanNilai darjah adalah seperti bilakah masa yang dibenarkan untuk bercakap, dengan siapakah anda dibenarkan bercakap dan dimanakah anda dibenarkan untuk duduk. Murid-murid harus mempelajari untuk mematuhi apa sahaja ilmu pengetahuan yang sah yang terkandung di dalam buku-buku yang disampaikan oleh guru-guru untuk lulus dalam peperiksaan. Sistem pembelajaran pula melibatkan perkara seperti individualisme dan persaingan. Proses pembelajaran adalah suatu proses yang bukan untuk dikongsi dan objektif persaingan di dalam proses pembelajaran adalah untuk menunjukkan bahawa anda adalah lebih baik dari rakan sebaya anda. Kandungan dalam kurikulum tersembunyi menurut Goburdhun (2009) adalah berkaitan ketidaksamaan (inequality), hierarki atau keutamaan (hierarchy), jantina (gender), mengawal kebosanan (controlling boredom), bangsa (race), mematuhi peraturan (accepting authority) dan ketiadaan kuasa (powerlessness). Ketidaksamaan berlaku apabila sekolah secara langsung menerima bahawa sesetengah murid adalah lebih bijak daripada yang lain-lain dan mereka ini dianugerahkan dengan status yang tinggi dan pelbagai anugerah. Ini menunjukkan ketidaksamaan ganjaran antara murid-murid. Sekolah juga mendidik mengenai hierarki iaitu mereka yang mempunyai kuasa yang lebih akan berada di atas dan mereka yang kurang berkuasa akan berada di bawah. Ini mengukuhkan idea hierarki sosial dan membolehkan murid-murid mempersiapkan diri mereka dalam bidang pekerjaan di masa hadapan dan kandungan kurikulum tersembunyi ini dinamakan hieraki atau keutamaan. Jantina pula merujuk kepada pihak sekolah yang memberi peluang kepada murid-murid untuk mempelajari matapelajaran atau subjek tertentu yang dikategorikan untuk lelaki dan perempuan. Murid-murid perempuan biasanya digalakkan untuk menyertai caring profession manakala murid- murid lelaki dibimbing untuk ke arah bidang teknikal dan sains. Kandungan kurikulum tersenbunyi juga mengandungi elemen mengawal kebosanan. Di sekolah, murid-murid mempelajari bahawa kebosanan itu adalah semulajadi dan jika murid-murid itu membuat masalah di sekolah sebenarnya mereka sedang
  • 21.
    Penerapan Nilai MelaluiKurikulum Tersembunyi 187 menjadikan hidup mereka bertahan. Mereka sedang mempelajari bagaimana untuk mengatasi kebosanan dalam kehidupan mereka kelak. Daripada aspek bangsa pula, sekolah dan guru-guru mungkin bersikap neutral terhadap rasis tetapi kurikulum atau bahan-bahan di sekolah adakalanya tidak. Contohnya dalam topik tertentu ia lebih menekankan kepada budaya satu bangsa tertentu dan menolak budaya bangsa lain. Murid-murid juga diberi senarai keseluruhan peraturan dan disiplin di sekolah, mereka tidak diberi pilihan lain selain perlu mematuhi peraturan dan disiplin tersebut. Mereka akan mendapat sekatan jika tidak mematuhi undang- undang tersebut. Perkara ini sebenarnya sedang mempersiapkan diri mereka untuk menerima peraturan dan undang-undang di dalam masyarakat yang lebih luas dan ini merupakan elemen atau nilai mematuhi peraturan. Ketiadaan kuasa pula diterapkan dengan menggalakkan murid-murid terlibat di dalam perbincangan bilik darjah untuk berurusan dengan sesetengah masalah. Tetapi apabila pihak sekolah hendak membuat keputusan berkaitan kewangan atau berkaitan apa sahaja, murid-murid tiada kuasa untuk berkata apa-apa. Hal ini menyebabkan murid-murid mempelajari berkaitan mereka tidak mempunyai apa-apa kuasa agar dapat diaplikasikan di kehidupan mereka akan datang. 4.6 KEPENTINGAN KURIKULUM TERSEMBUNYI Di antara kepentingan kurikulum tersembunyi yang jelas adalah ia dapat meningkat, mendorong dan merangsang pertumbuhan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Selain itu ia dapat membina hati, akal dan jiwa murid supaya menjadi insan yang berguna dan dapat meneruskan tradisi hidup dan masyarakat. Melalui pelaksanaan kurikulum tersembunyi juga, ia dapat menentukan keberkesanan pengalaman sekolah yang dilalui oleh murid-murid. Selaras dengan Matlamat Pendidikan Kebangsaan, kepentingan kurikulum tersembunyi seperti yang dinyatakan di atas dapat membantu mencapai matlamat-matlamat tersebut. Matlamat Pendidikan Kebangsaan adalah untuk melahirkan bangsa
  • 22.
    188 Kurikulum PendidikanNilai Malaysia yang taat setia dan bersatu padu; melahirkan insan yang beriman, berilmu, berakhlak mulia, berketrampilan dan sejahtera; menyediakan sumber tenaga manusia untuk kemajuan negara; dan memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia. Dalam penyelidikan ini, pengkaji lebih menjurus dan memfokuskan kepentingan kurikulum tersembunyi dalam aspek penerapan dan penghayatan nilai murni dan nilai moral dalam diri murid-murid. Aspek nilai-nilai ini penting kerana ia dapat membantu dalam membendung masalah disiplin dan masalah sosial dikalangan murid-murid sekolah. Ada kalanya guru-guru terlepas pandang akan budaya sekolah. Budaya sekolah dan persekitaran sekolah sangat berkait rapat dengan kurikulum tersembunyi. Penerapan unsur-unsur, nilai-nilai dan norma-norma positif melalui budaya sekolah dan persekitaran sekolah oleh guru-guru sangat penting terhadap murid-murid. Sekolah merupakan salah satu institusi sosial walaupun pada dasarnya fungsi utamanya ialah sebagai institusi pendidikan. Meighan (1981) dalam bukunya yang bertajuk A Sociology of Education menyatakan bahawa kurikulum tersembunyi diajar oleh sekolah bukan diajar oleh guru, ia adalah sesuatu yang murid-murid perolehi yang tidak diajar dalam matapelajaran mahupun diperolehi dari perhimpunan sekolah, ia adalah berkaitan dengan sesuatu pendekatan kehidupan dan tingkahlaku untuk pembelajaran. Haralambos (1991) melalui Themes and Perspectives pula menyatakan kurikulum tersembunyi adalah perkara-perkara yang diperlajari oleh murid-murid melalui pengalaman mereka dengan menghadirkan diri ke sekolah selain yang dinyatakan dalam objektif pengajaran. Ini menggambarkan bahawa pendidikan adalah suatu proses sosialisasi. Melalui proses sosialisasi murid-murid dapat mempelajari sesuatu yang bernilai di dalam masyarakat mereka (seperti menghormati orang yang lebih tua, beratur dan mengikut giliran, menghormati amalan dan budaya agama lain) dan mereka juga dapat mempelajari sesuatu perkara yang membolehkan ilmu pengetahuan dan kemahiran disampaikan dari satu generasi ke generasi seterusnya dengan jayanya. Myles (2001) dalam Ask-U Newsletter, ASC-US, Inc
  • 23.
    Penerapan Nilai MelaluiKurikulum Tersembunyi 189 menyatakan peraturan yang guru anggap murid-murid tahu tanpa mengajarkannya di dalam bilik darjah dikenali sebagai kurikulum tersembunyi. Di antara kurikulum tersembunyi yang disenaraikan oleh beliau adalah seperti: • Jangan bercakap dengan rakan lain apabila guru sedang mengajar di dalam bilik darjah • Apabila guru sedang memarahi seorang murid lain, ia bukanlah masa yang sesuai untuk bertanyakan soalan • Apabila anda melakukan satu kesalahan dan guru memperbetulkan kesalahan itu, ia tidak bermaksud keseluruhan hari anda adalah malang • Apabila latihan kebakaran sedang dijalankan, gunakan pintu keluar yang berdekatan dan masa ini bukanlah masa untuk pergi ke bilik air atau meminta izin untuk ke bilik air. • Anda haruslah bercakap dengan guru anda dengan ton suara yang lemah lembut kerana guru anda akan membalas dengan budi bahasa yang lebih positif. Guru juga suka apabila anda senyum sekali sekala. • Apabila guru anda memberi amaran tentang kelakuan anda dan anda terus melakukan kelakuan tersebut, anda sengaja mencari masalah. Apabila anda terus berhenti melakukan kelakuan tersebut selepas amaran pertama, anda tidak akan mendapat masalah. • Apabila rakan sekelas anda memberitahu anda untuk melakukan sesuatu yang membolehkan anda ditimpa masalah, berfikirlah dengan waras dan jangan melakukannya. • Tidak semua guru mempunyai undang-undang yang sama di dalam kelas. Ada guru yang tidak yang tidak membenarkan anda bercakap kecuali dengan mengangkat tangan. Ada guru yang membenarkan murid bercakap di dalam kelas asalkan tidak menyakiti hati murid lain • Apabila seorang guru menyuruh seorang murid untuk berhenti bercakap, ia bukanlah masa untuk anda bercakap- cakap dengan rakan sebelah anda memandangkan guru itu sudah menunjukkan yang beliau tidak suka murid bercakap
  • 24.
    190 Kurikulum PendidikanNilai apabila beliau sedang mengajar • Apabila terdengar seseorang bercakap dengan tatabahasa yang salah, jangan betulkan tatabahasanya setiap kali anda terdengar, terutama dalam adab yang tidak baik. • Apabila anda ternampak seseorang yang anda suka di sekolah, jangan terus mendekatinya dan berkata dengan kuat “awak cantiklah” kerana ini akan membuatkannya rasa tidak senang. Carilah cara lain yang lebih sesuai. Menurut Goburdhun (2009) antara budaya sekolah dan interaksi sosial di sekolah yang mempunyai kaitan dengan kurikulum tersembunyi adalah kelakuan guru, rasis, bahasa, kumpulan rakan sebaya, sistem penstrukturan murid mengikut tahap dan pencapaian (streaming) dan melabel murid serta memenuhi ramalan diri (self fulfilling prophecy). 4.7 KURIKULUM TERSEMBUNYI DAN PEMBANGUNAN MORAL Antara penyelidik yang telah mengkaji peranan kurikulum tersembunyi dalam pembangunan moral ialah Lawrence Kohlberg. Menurut Yuksel (2005), murid-murid mempelajari nilai-nilai moral di dalam bilik darjah mengikut peringkat-peringkat seperti idea Kohlberg mengenai kurikulum tersembunyi. Kohlberg (1927- 1987) ialah salah seorang ahli pendidikan dan ahli psikologi yang penting yang membuat kajian mengenai pembangunan moral dan pendidikan. Mengikut perspektif Kohlberg, pendidikan moral penting dan sesuai diaplikasikan secara kurikulum tersembunyi. Salah satu fungsi sistem pendidikan ialah untuk mengajar nilai yang sedia ada wujud dan nilai-nilai baru yang belum ada di dalam masyarakat untuk dipindahkan ke generasi yang akan datang. Fungsi ini perlu dilaksanakan oleh pentadbir-pentadbir dan guru- guru yang berada dalam kurikulum pendidikan. Murid-murid dipersembahkan dengan pelbagai nilai yang mereka pelajari di sekolah melalui kurikulum rasmi dan juga kurikulum tidak rasmi (kurikulum tersembunyi). Walau bagaimanapun, kurikulum
  • 25.
    Penerapan Nilai MelaluiKurikulum Tersembunyi 191 tersembunyi dikatakan lebih efektif dari kurikulum rasmi dalam proses mendidik nilai-nilai. Pendidikan Moral selalunya dikaitkan dengan proses pendidikan yang memberi kesan secara terus kepada pembangunan moral murid-murid. Teori Kohlberg berkenaan pembangunan moral melalui pendekatan asas pendidikan moral menyatakan kanak-kanak mengalami proses pendidikan yang mendorong mereka ke peringkat moral seterusnya melalui resolusi etika konflik atau dilemma. Kohlberg mempunyai status penting iaitu sebagai penyelidik pertama yang memfokuskan kurikulum tersembunyi dalam pendidikan moral. Dalam penyelidikannya, beliau mengemukakan pelbagai cadangan berkaitan isu peranan kurikulum tersembunyi dalam pendidikan moral. Selain kurikulum formal, kurikulum tersembunyi juga sangat efektif dalam membina asas pembangunan moral di kalangan murid-murid. Kebanyakan masa murid-murid belajar dan melihat melalui persekitaran yang diterapkan secara kurikulum tersembunyi berbanding melalui buku teks dan bahan-bahan pendidikan yang lain. Kohlberg berpendapat menyampaikan pendidikan moral melalui kurikulum formal dalam matapelajaran tertentu tidak mencukupi, malah persekitaran muird- murid juga memainkan peranan yang penting dalam pembentukan rangka kerja pembangunan moral dalam diri murid-murid. Kohlberg (1983) menyatakan tiga perkara utama dalam penyelidikan beliau mengenai kurikulum tersembunyi iaitu: (1) kurikulum tersembunyi berkait dengan hubungan sosial di sekolah; (2) kurikulum tersembunyi adalah paling efektif dan menghuraikan kurikulum dalam pembangunan moral murid-murid; dan (3) pembangunan moral harus terarah kepada kematangan moral yang bersifat adil. Perspektif Kohlberg mengenai kurikulum tersembunyi adalah lebih mendekati kepda pendekatan functionalist. Kajian Kohlberg (1983) yang seterusnya menganalisis situasi yang berlaku akibat pengaruh kurikulum tersembunyi dalam pendidikan moral. Kohlberg menfokuskan kepada tiga subjek utama yang berkaitan dengan kurikulum tersembunyi iaitu penipuan, kuasa dan kelakuan guru, mengubah dan memperbaiki kurikulum tersembunyi.
  • 26.
    192 Kurikulum PendidikanNilai Subjek pertama ialah penipuan, Kohlberg mengenalpasti kaitan antara menipu dan kurikulum tersembunyi. Menurut beliau kurikulum tersembunyi membenarkan keadaan tertentu untuk menipu dan menggalakkan penipuan. Apabila guru, pentadbir dan keluarga melarang penipuan di sekolah, persekitaran kompetitif di sekolah yang wujud mengakibatkan murid-murid tertekan untuk menjadi cemerlang dan akhirnya ini mewujudkan dan menggalakan penipuan berlaku (Kohlberg, 1983; Power & Kohlberg, 1986).Subjek kedua kuasa dan kelakuan guru. Kelakuan guru di dalam bilik darjah adalah salah satu faktor yang menentukan pelaksanaan kurikulum tersembunyi dan ia mempunyai kepentingan dalam pendidikan moral. Guru menyampaikan mesej moral dan sosial melalui dendaan dan penghargaan yang diberikan kepada murid-murid dengan adanya peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dengan kekuasaan guru. Walhal kurikulum rasmi mengisytiharkan bahawa semua kursus dilaksanakan secara demokratik dan ini menggalakkan semua murid untuk berfikir secara kreatif. Konvensyen sekolah menekankan penggunaan kuasa. Proses pengajaran yang berpusatkan guru mewujudkan persekitaran di mana hanya guru yang berkuasa. Sekolah yang benar-benar bersifat demokratik boleh mematuhi dan menganuti kurikulum tersembunyi (Kohlberg 1983; Kohlberg & Turiel, 1971). Subjek yang ketiga ialah mengubah dan memperbaiki kurikulum tersembunyi. Kohlberg mencadangkan isu mengubah kurikulum tersembunyi yang memberi kesan negatif terhadap pendidikan moral. Menurut Kohlberg di sekolah sudah seperti satu komuniti, pentadbir dan guru boleh mengubah kurikulum tersembunyi kepada satu persekitaran moral yang sejujurnya. Kohlberg mencadangkan guru-guru dan pihak pentadbir sekolah mesti menyatakan nilai moral dengan jelas dan membenarkan penyertaan secara demokratik dan juga menyediakan persekitaran yang demokratik. 4.8 NILAI-NILAI MURNI DALAM KURIKULUM Dalam usaha untuk mencapai matlamat pendidikan dan juga
  • 27.
    Penerapan Nilai MelaluiKurikulum Tersembunyi 193 Falsafah Pendidikan Kebangsaan, tidak dapat dilakukan tanpa mengasas, membina dan memperkembangkan pendidikan di atas landasan nilai-nilai. Suda tentu dalam konteks sistem pendidikan kita nilai-nilai yang dimaksudkan ialah nilai-nilai yang luhur dan murni. Nilai didefinisikan sebagai satu peraturan perlakuan standard yang menjadi pegangan ahli masyarakat, ditentukan oleh masyarakat mengikut budaya masyarakat tersebut (Superka, 1976) dalam Robiah (2011). Menurut Shaver & Strong (1982) dan Mc Kinney (1986), nilai ialah kepercayaan terpilih yang dianggap sesuai dengan perlakuan yang digunakan oleh individu sebagai anutan dalam kehidupannya. Definisi ini selari dengan pendapat Bohm (1981) dan Katz (1981) yang mendefinisikan nilai sebagai satu set keutamaan yang memberi panduan dalam kehidupan yang melibatkan hubungan intelektual, fizikal, emosi dan sosial seseorang individu. Rokeach (1973) pula menambah bahawa panduan tersebut mesti diikuti dengan kepercayaan yang berterusan dan kepercayaan tersebut menjadi kepercayaan sosial. Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan. Wan Mohd Zahid (1988) menyatakan “Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia.” Rokeach (1973) juga berpendapat bahawa nilai mempunyai komponen kognitif, efektif dan tingkah laku. Nilai dari segi kognitif ialah pemahaman sesuatu perkara, nilai efektif ialah nilai yang bersabit dengan perasaan positif dan negatif, manakala nilai tingkah laku ialah nilai yang merangsang tingkah laku untuk mencapai keinginan individu. 4.9 NILAI-NILAI MURNI Nilai-nilai murni menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan
  • 28.
    194 Kurikulum PendidikanNilai tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan (Tajul Ariffin & Nor’aini, 1992). Penerapan nlai bukan bertujuan untuk menghabiskan sukatan pelajaran tetapi ia berlaku berulang kali (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1991). Tujuan menyeluruh pendidikan nilai-nilai murni ialah untuk membentuk murid-murid supaya berperibadi mulia dan mampu membuat keputusan berdasarkan nilai moral diri, keluarga, komuniti dan masyarakat. Jawatankuasa Pendidikan Akhlak yang ditubuhkan pada tahun 1976 telah meneliti nilai-nilai yang terkandung dalam pelbagai agama yang diamalkan di negara kita. Jawatankuasa yang dianggotai oleh wakil pelbagai agama telah menerima 16 nilai yang boleh diajarkan kepada semua pelajar di negara ini untuk membentuk pelajar yang seimbang dan menyeluruh dari segi kognitif, afektif, psikomotor dan akhlak. Enam belas nilai murni yang berdasarkan agama, tradisi dan norma masyarakat Malaysia berbilang kaum dan norma kemanusiaan sejagat, hendaklah disampaikan secara lingkaran (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1991). Nilai-nilai ini juga berlandaskan prinsip Rukun Negara. Nilai murni patriotisme kemudian telah ditambah dalam senarai menjadikan kesemuanya terdapat 17 nilai-nilai murni. Berikut disenaraikan 17 nilai-nilai murni yang telah diperakui oleh Pusat Perkembangan Kurikulum iaitu baik hati, berdikari, hemah tinggi, hormat-menghormati, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesedaran, kesyukuran, rasional, semangat bermasyarakat, patriotism. Tujuan penerapan nilai adalah untuk mempengaruhi atau menerapkan ke dalam diri individu dengan nilai-nilai tertentu berbentuk universal dan mutlak yang difikirkan baik dan sesuai (Robiah, 2011). Menurut Durkheim (1961), institusi terbaik tempat mengajarkan pendidikan nilai ialah sekolah. Maka jelas di sini bahawa penerapan nilai oleh guru-guru ke atas murid-murid di sekolah adalah satu proses yang betul dan bertepatan. Matlamat penerapan nilai adalah untuk melahirkan insan yang memiliki sahsiah yang berakhlak, seimbang dan sepadu dari segi keperluan dalam kehidupan dan menyedari tanggungjawab mengabdikan diri kepada Allah SWT (Abd. Halim,
  • 29.
    Penerapan Nilai MelaluiKurikulum Tersembunyi 195 1987). Matlamat ini dicapai dengan cara mengasas, membina dan memperkembangkan landasan nilai-nilai hidup bermasyarakat yang luhur, murni, mutlak dan sejagat (Kementerian Pendidikan Malaysia,1979). Terdapat tujuh objektif penerapan nilai yang dinyatakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (1988). Objektif-objektif tersebut ialah menerapkan kesedaran, kefahaman, keyakinan dan kesyukuran; menerapkan semangat cintakan nilai baik dan bencikan keburukan; membentuk sikappositif terhadap agama, bangsa, tugas dan tanggungjawab; menghapuskan sikap negatif dan kehidupan dan juga sewaktu menjalankan tugas serta tanggungjawab; menjalankan amanah dengan dedikasi; meningkatkan hasil dan produktiviti dan berusaha untuk mencapai kecemerlangan. Murid-murid mempelajari hampir kesemua nilai- nilai dalam kehidupan di sekolah. Nilai-nilai ini disampaikan dan diterjemahkan kepada murid-murid melalui kurikulum rasmi dan kurikulum tersembunyi (kurikulum tidak rasmi). Walaubagaimanapun menurut Jackson, 1968; Kohlberg, 1975; 1983; Wynne & Ryan 1993, kurikulum tersembunyi lebih efektif dalam proses penerapan nilai. Menurut Ali Suradin & Eni Eryanti Yusoff (2005) penghayatan nilai-nilai murni dalam erti kata sebenar amat penting yang mana dapat membantu membentuk disiplin dalam diri. Dapatan kajian mereka mendapati bahawa tahap penghayatan nilai-nilai murni dalam diri pelajar adalah berada pada tahap tinggi. 4.10 PROSES PENERAPAN NILAI Proses penerapan nilai merupakan suatu proses identifikasi dan sosialisasi yang dilakukan oleh agensi tertentu sehingga seseorang itu secara langsung dan tidak langsung telah menerima atau mengambil standard nilai yang diamalkan oleh orang perseorangan dan kumpulan ahli masyarakat untuk dijadikan satu sistem nilainya sendiri (Superka,1976). Dalam bidang pendidikan, penerapan nilai yang pertama kali secara rasminya diberi penekanan ialah melalui
  • 30.
    196 Kurikulum PendidikanNilai Laporan Kabinet (Laporan Mahathir 1979), 1989. Semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Pendidikan, beliau membuat penyataan mengenai Falsafah Pendidikan Negara dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengan (KBSM) yang mana ia menyelitkan isu-isu nilai murni untuk diterapkan kepada murid-murid dan guru- guru dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Negara (1987) ciri-ciri insan yang hendak dilahirkan melalui pendidikan di Malaysia mestilah percaya dan patuh kepada tuhan, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan Negara, berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat, agama, bangsa dan Negara serta memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.Terdapat beberapa teori yang berkaitan dengan proses penerapan nilai. Di antara teori-teori tersebut adalah seperti teori Kohlberg, teori Bandura dan teori Humanistik. Dalam kajian ini, teori yang digunakan ialah teori Kohlberg atau dikenali dengan Teori Pembangunan Moral Kolberg. Teori Kohlberg menyatakan bahawa seseorang individu itu menilai yang mana benar atau salah dengan mentafsirkan situasi dan menggabungkan maksud psikologi serta moral kepadanya sebelum membuat pertimbangan moral. Kohlberg (1981) telah membina peringkat-peringkat dalam perkembangan moral seseorang individu. Beliau telah menggariskan enam peringkat dalam penilaian moral seseorang. Teori ini mempunyai tiga tahap utama yang mengandungi enam peringkat berasaskan tahap-tahap perkembangan kognitif (Kohlberg, 1975) sepertimana yang digambarkan oleh jadual 4.1. Peringkat-peringkat ini menentukan satu peningkatan bagaimana seseorang individu membangunkan nilai-nilai moralnya dari semasa ke semasa. Peringkat yang lebih tinggi menunjukkan perkembangan moral yang lebih baik. Peringkat satu ialah hukuman, peringkat dua ialah penukaran instrumen, peringkat tiga keperluan interpersonal, peringkat empat ialah sistem sosial dan pemeliharaan kesedaran dan peringkat keenam prinsip etika sejagat
  • 31.
    Penerapan Nilai MelaluiKurikulum Tersembunyi 197 Jadual 4.1 : Peringkat-peringkat Perkembangan Moral Kohlberg TAHAP PERTAMA TAHAP PRAKONVENSIONAL Peringkat Pertama Orientasi denda dan kepatuhan (kesan fizikal menentukan apa yang baik dan benar) Peringkat Kedua Orientasi instrumental relatif (apa yang memuaskan keperluan diri sendiri adalah baik) TAHAP KEDUA TAHAP KONVENSIONAL Peringkat Ketiga Orientasi denda dan kepatuhan (kesan fizikal menentukan apa yang baik dan benar) Peringkat Keempat Orientasi undang-undang dan peraturan (mematuhi pihak berkuasa dan menjalankan tugas adalah baik) TAHAP KETIGA TAHAP PASCAKONVENSIONAL Peringkat Kelima Orientasi contact-legalistic sosial (nilai-nilai yang dipersetujui oleh masyarakat, termasuklah hak-hak individu dan peraturan untuk mencapai persetujuan, menentukan apa yang benar) Peringkat Keenam Orientasi prinsip etika sejagat (apa yang benar ialah soal hati kecil yang harmonis dengan prinsip-prinsip sejagat) Dengan adanya peringkat perkembangan kognitif moral ini menjadikan pendekatan atau teori ini bersifat universal untuk pendidikan nilai. Dalam kajian ini, tahap dalam teori perkembangan kognitif moral Kohlberg yang terlibat ialah hanya tahap pertama dan tahap kedua sahaja. Dalam proses pendidikan dan penerapan nilai di sekolah rendah, tahap pertama iaitu Tahap Prakonvensional peringkat 1 wujud di mana murid-murid melakukan atau mempamerkan nilai-nilai positif kerana takut akan denda yang bakal mereka terima jika mereka melakukan perkara yang tidak berlandaskan nilai murni. Manakala peringkat 2 juga wujud di mana apabila murid-murid melakukan sesuatu perkara yang baik atau positif ia akan memuaskan keperluan diri mereka. Pada tahap kedua iaitu Tahap Konvensional, di peringkat 3 dapat dilihat bahawa murid-murid sudah sampai di suatu tahap di mana
  • 32.
    198 Kurikulum PendidikanNilai mereka sudah memahami bahawa menjaga dan mempunyai hubungan yang baik dengan individu lain itu adalah sesuatu yang baik. Jadi mereka akan melakukan dan mempamerkan nilai-nilai murni atau nilai-nilai positif dalam kehidupan seharian mereka. Manakala di peringkat 4, murid-murid sudah memahami bahawa mereka wajib patuh kepada peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Mereka sudah faham bahawa mematuhi peraturan dan undang-undang itu adalah sesuatu yang baik. 4.11 STRATEGI PENERAPAN NILAI Kementerian Pendidikan Malaysia bercita-cita untuk membentuk rakyat dan warganegara yang sedang dididik mampu menghadapi cabaran-cabaran semasa dan juga masa depan. Pada masa yang sama mereka dapat mengangkat diri, bangsa dan negara ke mercu kecemerlangan dan kejayaan. Sudah tentu cita-cita ini tidak akan tercapai jika mereka tidak dibekali dan menghayati nilai-nilai murni untuk menjamin pembentukan peribadi dan sahsiah diri yang utuh, kental dan padu (Wan Mohd Zahid, 1993). Strategi yang diambil ialah untuk menerapkan nilai-nilai murni merentasi kurikulum. Nilai-nilai murni akan disisipkan melalui semua mata pelajaran dan ia diperkukuhkan pula melalui kegiatan-kegiatan kokurikulum dan pembentukan budaya sekolah yang positif. Ini bermakna kedua-dua bentuk kurikulum formal dan tidak formal, di dalam dan di luar bilik darjah, akan digunakan sepenuhnya dan secara bersepadu untuk memastikan penerapan nilai-nilai murni akan berhasil dan berkesan. Strategi tidak langsung dalam penerapan nilai-nilai adalah penting kerana nilai tidak boleh diajar secara formal seperti mengajar Matematik atau Geografi (Robiah, 2011). Proses ini bukan sahaja berlaku di peringkat pengingtaan atau penghafalan, tetapi juga di peringkat penghayatan dan pengusahaan secara beramal. Walaupun terancang, proses penerapan perlu berlaku secara bersahaja serta mengikut konteks. Dalam buku tulisan Tajul Ariffin dan Nor’aini (1992) yang bertajuk Pendidikan dan
  • 33.
    Penerapan Nilai MelaluiKurikulum Tersembunyi 199 Wawasan 2020, menurut Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum, penerapan nilai-nilai murni boleh disepadukan dalam matapelajaran secara pertuturan (pengucapan), perlakuan, teladan, isyarat, kefahaman, interpretasi dan kontekstual. Para guru telah didedahkan keperluan untuk menerapkan 17 nilai-nilai murni merentas kurikulum kepada murid-murid sama ada secara langsung atau secara tidak langsung (kurikulum tersembunyi). Namun, masalah disiplin dan melanggar peraturan sekolah seperti ponteng sekolah, mencuri, peras ugut dan lain-lain menggambarkan usaha untuk membentuk individu intelek yang lengkap dengan pakej integriti dan nilai murni agak tidak kesampaian. Oleh itu, adalah penting untuk semua guru menerapkan 17 nilai murni tersebut yang merupakan kurikulum tersembunyi secara telus dan komited, bukan sekadar menghabiskan sukatan pelajaran atau memenuhi tanggungjawab menyediakan muird menduduki peperiksaan semata-mata (Ahmad, 2005). Dapatan kajian Azharul Nizam (2009) menunjukkan bahawa tingkah laku guru-guru haruslah menunjukkan contoh yang baik kerana mereka ialah cermin kepada murid-murid. Ini sejajar dengan kenyataan dari Pusat Perkembangan Kurikulum (1991) “…...peribadi guru sendiri menjadi ukuran dan teladan serta faktor utama kepada keberkesanan penerapan nilai-nilai murni. Ini kerana guru adalah cerminan kepada murid”. Menurut Abdul Rahim & Azharul Nizam (2009) walaupun pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni dijalankan oleh guru tetapi terdapat kekangan yang terpaksa dihadapi oleh guru-guru iaitu:kekangan masa menyebabkan sukar untuk melaksanakan penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran matematik, pentadbir yang menekankan kepada penghabisan silibus dan kecemerlangan akademik semata-mata, sukar untuk mendapatkan buku mengenai penerapan nilai-nilai murni bagi memantapkan lagi pemahaman guru bagi melaksanakan penerapan nilai-nilai murni, bilangan pelajar yang ramai dan juga datang dari pelbagai etnik menyukarkan pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni. Pelaksanaan kurikulum tersembunyi agak lemah melalui situasi iklim sekolah (Abdul Rahim et.al., 2012). Menurut Abdulah Sani
  • 34.
    200 Kurikulum PendidikanNilai (2007) iklim persekolahan yang terbuka dan positif adalah iklim persekolahan yang demokratik dan iklim ini dapat membantu sekolah mencapai aspirasinya seperti membimbing pelajar supaya rajin berusaha, berdisiplin, berinisiatif, rela bekerjasama, ramah dan mesra, spontan, kreatif serta tinggi motivasinya. Menurut Veugelers (2000), jenis sekolah, persekitaran dan budaya sekolah, personaliti guru, pengalaman mengajar guru dan mata pelajaran di ajar akan mempengaruhi peranan guru untuk menerapkan nilai murni dalam pengajaran yang seterusnya mempengaruhi penghayatan dan pembangunan nilai murni dalam kalangan pelajar. Menurut Ang (2007), guru yang baik ialah guru yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam semua aspek. Persepsi murid melihat guru yang berpengetahuan luas ini mampu membawa mereka kepada pemupukan ilmu pengetahuan dan sekaligus pengetahuan berbentuk psikologi dan sosiologi. Hasil daripada kajian-kajian terdahulu mengenai masalah dalam pelaksanaan kurikulum tersembunyi dan masalah proses penerapan nilai, masalah penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi dalam kajian ini boleh dikelaskan kepada enam konstruk iaitu kekangan masa, persekitaran sekolah, beban tugas, strategi penerapan nilai, tekanan dan kurang pengetahuan. Penerapan nilai-nilai murni dalam pendidikan di negara kita disisipkan melalui kesemua matapelajaran yang diajar di sekolah dan diperkukuhkan lagi dengan kegiatan-kegiatan ko-kurikulum, formal dan tidak formal, di dalam dan di luar bilik darjah, digunakan sepenuhnya dengan cara bersepadu untuk memastikan penerapan nilai-nilai murni akan berhasil dan berkesan. Penerapan nilai-nilai murni ini boleh dilaksanakan melalui pertuturan, perlakuan, secara teladan, secara isyarat, secara kefahaman, secara interpretasi dan secara kontekstual. Peranan dan fungsi kurikulum tersembunyi dapat dilihat mempunyai hubungan yang dekat dengan penerapan nilai-nilai murni. Guru-guru memainkan peranan yang paling utama dalam penerapan nilai-nilai tersebut melalui kurikulum tersebunyi. Sebelum menerapkan nilai-nilai murni tersebut, guru-guru perlu mempersiapkan dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam diri mereka. Berdasarkan pengamatan dan
  • 35.
    Penerapan Nilai MelaluiKurikulum Tersembunyi 201 penglihatan murid-murid semasa mereka berada di sekolah, pertururan, perlakuan, teladan dan isyarat yang dipamerkan oleh guru-guru secara tidak langsung pelaksanaan kurikulum tersembunyi telah berlaku. Guru boleh dikatakan berperanan sebagai penghubung di antara kurikulum dengan masyarakat. Seorang insan yang bergelar guru tidak dapat lari dari tiga aspek utama yang mesti ditanam dalam jiwa sebagai seorang pendidik. Tiga aspek tersebut ialah aspek ketuhanan, aspek kendiri dan aspek kemasyarakatan (Shariman, 2011). Melalui aspek ketuhanan, guru perlu memperkembangkan ilmu untuk mendidik dan membimbing murid-murid untuk patuh dan taat kepada agama masing-masing. Aspek kendiri pula memerlukan seorang guru itu mempamerkan sahsiah dan akhlak yang terpuji disamping mempunyai daya ketahanan dalam diri yang boleh dicontohi oleh murid-murid. Dalam aspek kemasyarakatan guru bertindak sebagai agen perubahan yang mendidik dan membimbing murid-murid untuk menjadi ahli masyarakat yang berilmu dan berguna kepada bangsa dan negara. Falsafah Pendidikan Guru (1982) menyatakan “Guru yang bepekerti mulia, berpandangan progresif dan santifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara dan menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.” Dalam erti kata lain, tugas guru bukanlah semata- mata menyampaikan atau mendidik murid-murid dengan ilmu pengetahuan seperti yang telah dirancang di dalam kurikulum, tetapi juga membentuk seseorang individu itu menjadi insan yang seimbang dari segi emosi, rohani, jasmani, intelek dan sahsiah. Menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan , berketrampilan,
  • 36.
    202 Kurikulum PendidikanNilai berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Guru-guru menggalas pelbagai tanggungjawab di sekolah. Selain tugas utama guru untuk mendidik anak bangsa, dalam masa yang sama guru membanteras serta membendung pelanggaran disiplin dan salahlaku dikalangan murid-murid sekolah. Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan Guru (1990) menyatakan sekolah bukanlah sebagai badan pengajar sahaja. Sebaliknya, sekolah mempunyai tujuan mendidik dalam erti kata yang lebih luas. Murid-murid sepatutnya bukan sahaja mendapat pengetahuan dan kebolehan intelektual yang diuji melalui peperiksaan, tetapi juga kebolehan intelektual, mutu moral dan sosial di mana ketiga-tiga aspek ini tidak diuji secara formal. Mutu moral dan sosial boleh diterapkan dan dihayati melalui kurikulum tersembunyi yang dilaksanakan oleh guru-guru. Jelaslah di sini bahawa peranan seorang guru adalah untuk membentuk individu untuk menjadi insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah. Dalam kajian Abdul Rahim et.al (2012) menyatakan konsep kurikulum tersembunyi yang ditinjau melalui perlakuan guru menjurus kepada konsep pemerolehan pelbagai pengetahuan oleh guru. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan kepada kualiti pengajaran dan gaya pembelajaran juga dilihat berpotensi menghasilkan kurikulum tersembunyi. Ini bermaksud guru yang mempunyai lebih pengetahuan dan pengalaman yang luas berpotensi untuk melaksanakan kurikulum tersembunyi dengan jayanya. Selain daripada kurikulum rasmi atau kurikulum bertulis yang mempunyai objektif pembelajaran tertentu yang perlu disampaikan kepada murid-murid, kurikulum tersembunyi atau kurikulum tidak rasmi juga sama pentingnya. Kurikulum tersembunyi dapat memberi kesan kepada perhubungan sosial di kalangan murid-murid. Sekolah sebagai institusi pendidikan juga merupakan institusi sosial yang boleh membentuk individu yang seimbang dari semua segi. Umum mengetahui kini kita kerap didedahkan di media cetak mahupun di media elektronik dengan
  • 37.
    Penerapan Nilai MelaluiKurikulum Tersembunyi 203 masalah-masalah sosial dan masalah-masalah disiplin dalam kalangan murid-murid sekolah. Murid-murid di zaman serba moden kini semakin berkurang kualiti disiplin, adab, akhlak dan nilai dalam diri mereka. Masalah sosial ini tidak boleh dikatakan hanya berpunca dari rumah sahaja, rumah kedua mereka iaitu sekolah juga memberi sumbangan kepada masalah sosial dalam kalangan murid-murid ini. Penerapan dan penghayatan nilai murni serta nilai moral yang lebih serius perlu dilaksanakan melalui kurikulum fomal mahupun kurikulum tidak formal (kurikulum tersembunyi) untuk membantu dalam membendung masalah sosial dan masalah disiplin dalam kalangan murid-murid sekolah. Justeru, peranan sekolah khasnya dan guru amnya melalui kurikulum tersembunyi boleh membantu mengurangkan masalah ini. Oleh itu, penyelidikan ini memberi tumpuan kepada keperluan guru-guru untuk mengetahui konsep mengenai kurikulum tersembunyi ini. Pengetahuan tentang konsep kurikulum tersembunyi ini meliputi aspek seperti definisi, ciri-ciri, kandungan, kepentingan serta kesan kurikulum tersembunyi. Guru- guru perlu melihat sejauh manakah pelaksanaan kurikulum tersembunyi dalam penerapan dan penghayatan nilai murni dan nilai moral di sekolah mereka dapat memberi impak positif terhadap murid-murid. Kajian ini juga bertujuan mengupas apakah strategi penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi dalam kalangan guru sekolah rendah daerah Johor Bahru. Seterusnya kajian ini juga hendak melihat apakah masalah penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi yang dihadapi oleh guru-guru sekolah rendah yang membataskan dan menghalang usaha mereka dalam proses pendidikan nilai. Akhir sekali, kajian ini juga hendak mengetahui adakah terdapat perbezaan yang signifikan di antara bidang mengajar guru dengan konsep kurikulum tersembunyi. 4.12 METODOLOGI KAJIAN
  • 38.
    204 Kurikulum PendidikanNilai Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan menggunakan kaedah soal selidik. Menurut Frankel & Wallen (2003); Newman (2003); Mithcell & Jolley (2004), soal selidik adalah kaedah termudah dan berkesan dalam memperolehi data piawai daripada saiz sampel kajian yang besar dan menyeluruh. Konstruk strategi penerapan nilai iaitu kefahaman, perlakuan, pertuturan, teladan, isyarat dan interpretasi diperolehi melalui buku tulisan Tajul Ariffin dan Nor’aini (1992) yang bertajuk Pendidikan dan Wawasan 2020. Konstruk masalah penerapan nilai iaitu kekangan masa, persekitaran sekolah, strategi penerapan nilai, beban tugas, tekanan dan kurang pengetahuan diperolehi oleh pengkaji berdasarkan kajian-kajian terdahulu oleh Mohamad Khairi & Asmawati (2010), Abdul Rahim & Azharul Nizam (2009) dan Ahmad (2005). Kajian ini dijalankan kepada 404 orang guru di dua belas buah sekolah rendah di daerah Johor Bahru yang mewakili tiga buah sekolah dari setiap zon iaitu Zon Bandar, Zon Skudai, Zon Nusajaya dan Zon Majidee. Data dianalisis dengan menggunakan perisian komputer, Statistical Packages For The Social Science (SPSS for Windows) versi 20.0 dan hasilnya dipersembahkan dalam bentuk kekerapan (f), peratusan (%) dan min. Analisis data akan dibuat berdasarkan kepada persoalan kajian. 4.13 KONSEP KURIKULUM TESEMBUNYI Berdasarkan tinjauan soal selidik yang diperolehi daripada guru- guru sekolah rendah di daerah Johor Bahru, maklum balas mereka terhadap konsep kurikulum tersembunyi digambarkan melalui Jadual 4.1 Jadual 4.1 : Konsep Kurikulum Tersembunyi No Penyataan item STS f TS f TP f S f SS f Min
  • 39.
    Penerapan Nilai MelaluiKurikulum Tersembunyi 205 (%) (%) (%) (%) (%) 1 Hasil yang dipelajari oleh murid-murid di sekolah bukanlah setakat kandungan yang tercatat dalam sukatan pelajaran tetapi merangkumi semua pengalaman yang diperolehi semasa berada di sekolah 0 0 2 0.5 8 2.0 208 51.5 186 46.0 4.43 2 Kurikulum tersembunyi merujuk kepada perkara yang dipelajari oleh murid-murid di sekolah selain daripada yang terkandung dalam kurikulum yang digubal dan manual guru 8 2.0 20 5.0 40 9.9 206 51.0 130 32.2 4.06 3 Idea asas konsep kurikulum tersembunyi ialah murid-murid belajar tentang perkara yang tidak diajar di dalam kurikulum formal/rasmi 0 0 2 0.5 50 12.4 246 60.9 106 26.2 4.13
  • 40.
    206 Kurikulum PendidikanNilai 4 Struktur sosial bilik darjah iaitu guru sebagai individu yang berkuasa, peraturan- peraturan bilik darjah dan aktiviti P&P ialah sebahagian daripada kurikulum tersembunyi 2 0.5 7 1.7 32 7.9 263 65.1 100 24.8 4.12 5 Kurikulum tersembunyi juga boleh memberi kesan negatif kepada tingkah laku murid 42 10.4 83 20.5 92 22.8 157 38.9 30 7.4 3.12 6 Kurikulum tersembunyi juga boleh memberi kesan negatif terhadap emosi dan perasaan murid 40 9.9 87 21.5 98 24.3 155 38.4 24 5.9 3.09 7 Masalah disiplin dalam kalangan murid merupakan kesan negatif kurikulum tersembunyi 31 7.7 95 23.5 98 24.3 150 37.1 30 7.4 3.13 8 Kurikulum tersembunyi juga dapat membina hati, akal serta jiwa murid supaya menjadi insan berguna 0 0 8 2.0 24 5.9 246 60.9 126 31.2 4.21 9 Budaya sekolah (peraturan, persekitaran) yang dianggap 6 1.5 29 7.2 52 12.9 239 59.2 78 19.3 3.88
  • 41.
    Penerapan Nilai MelaluiKurikulum Tersembunyi 207 telah diketahui oleh murid tanpa mengajarkannya di dalam bilik darjah juga merupakan sebahagian daripada kurikulum tersembunyi. 10 Penerapan unsur- unsur, nilai-nilai dan norma-norma positif melalui budaya sekolah oleh guru-guru terhadap murid- murid ialah kurikulum tersembunyi 0 0 9 2.2 36 8.9 227 56.2 132 32.7 4.19 11 Proses sosialisasi ialah kurikulum tersembunyi iaitu murid-murid dapat mempelajari sesuatu yang bernilai di dalam masyarakat seperti menghormati orang yang lebih tua, beratur dan mengikut giliran, menghormati amalan dan budaya agama lain 0 0 8 2.0 34 8.4 210 52.0 152 37.6 4.25 12 Kurikulum tersembunyi dikatakan lebih efektif daripada 0 0 36 8.9 129 31.9 188 46.5 51 12.6 3.63
  • 42.
    208 Kurikulum PendidikanNilai kurikulum rasmi dalam proses penerapan nilai- nilai positif. 13 Murid-murid mudah mempelajari nilai- nilai positif melalui persekitaran sekolah berbanding melalui buku teks dan bahan-bahan pendidikan yang lain 0 0 19 4.7 62 15.3 231 57.2 92 22.8 3.98 14 Melalui kurikulum tersembunyi, murid-murid dapat mempelajari budaya yang boleh mereka sebarkan kepada generasi berikutnya 0 0 8 2.0 66 16.3 245 60.6 85 21.0 4.00 15 Kurikulum tersembunyi bertindak sebagai alat pembentukan akhlak dan pekerti peribadi yang meliputi pemupukan nilai- nilai manusia yang mulia dan terpuji 0 0 10 2.5 56 13.9 231 57.2 107 26.5 4.08 Keseluruhan 3.89
  • 43.
    Penerapan Nilai MelaluiKurikulum Tersembunyi 209 Analisis frekuensi menunjukkan bahawa guru-guru sekolah rendah di daerah Johor Bahru memahami konsep kurikulum tersembunyi kerana pada keseluruhannya nilai min bagi konsep kurikulum tersembunyi dalam kalangan guru-guru adalah 3.89. Guru-guru juga telah memilih konsep kurikulum tersembunyi yang pertama iaitu “Hasil yang dipelajari oleh murid-murid di sekolah bukanlah setakat kandungan yang tercatat dalam sukatan pelajaran tetapi merangkumi semua pengalaman yang diperolehi semasa berada di sekolah” sebagai konsep kurikulum tersembunyi kerana konsep ini menunjukkan nilai min tertinggi iaitu 4.43, diikuti oleh konsep kurikulum tersembunyi yang ke sebelas iaitu “Proses sosialisasi ialah kurikulum tersembunyi iaitu murid-murid dapat mempelajari sesuatu yang bernilai di dalam masyarakat seperti menghormati orang yang lebih tua, beratur dan mengikut giliran, menghormati amalan dan budaya agama lain” dengan nilai min kedua tertinggi iaitu 4.25. Namun begitu konsep keenam iaitu “Kurikulum tersembunyi juga boleh memberi kesan negatif terhadap emosi dan perasaan murid” mempunyai nilai min terendah iaitu 3.09 manakala konsep kelima “Kurikulum tersembunyi juga boleh memberi kesan negatif kepada tingkah laku murid” mempunyai nilai min kedua terendah iaitu 3.12. 4.14 STRATEGI PENERAPAN NILAI MELALUI KURIKULUM TESEMBUNYI Terdapat beberapa strategi penerapan nilai-nilai terhadap murid- murid. Strategi-strategi tersebut ialah melalui kefahaman, perlakuan, pertuturan, teladan, isyarat dan interpretasi. 4.14.1 Kefahaman Jadual 4.2 menunjukkan hasil analisis perbandingan antara item- item di bawah konstruk kefahaman dan juga nilai min bagi setiap item bagi strategi kefahaman penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi
  • 44.
    210 Kurikulum PendidikanNilai Jadual 4.2 : Strategi Penerapan Nilai Melalui Kurikulum Tersembunyi Secara Kefahaman No Penyataan item STS f (%) TS f (%) TP f (%) S f (%) SS f (%) Min 16 Saya menjalankan aktiviti berkumpulan di dalam bilik darjah agar murid-murid faham akan nilai bekerjasama itu penting 0 0 0 0 10 2.5 229 56.7 165 40.8 4.38 17 Selepas selesai sesi pengajaran dan pembelajaran, saya menerangkan kepada murid nilai-nilai murni yang berkaitan dengan isi pelajaran 0 0 1 0.2 19 4.7 261 64.6 123 30.4 4.25 18 Saya kerap bertanya kepada murid-murid tentang nilai murni yang telah mereka lakukan pada hari ini 0 0 9 2.2 56 13.9 273 67.6 66 16.3 3.98 19 Saya bertanyakan kepada murid-murid tentang nilai murni yang perlu mereka amalkan semasa berada di rumah bersama ibu bapa dan keluarga 0 0 4 1.0 18 4.5 264 65.3 118 29.2 4.23 20 Semasa kegiatan kokurikulum, saya membincangkan bersama murid tentang nilai murni yang bersesuaian yang perlu diamalkan 0 0 11 2.7 40 9.9 280 69.3 73 18.1 4.03 Keseluruhan 4.17 Analisis perbandingan antara item menunjukkan item yang mempunyai nilai min yang tertinggi iaitu 4.38 ialah item 16 “Saya menjalankan aktiviti berkumpulan di dalam bilik darjah agar murid-murid faham akan nilai bekerjasama itu penting”. Manakala item yang mempunyai nilai min terendah iaitu 3.98 ialah item 18 “Saya kerap bertanya kepada murid-murid tentang nilai murni
  • 45.
    Penerapan Nilai MelaluiKurikulum Tersembunyi 211 yang telah mereka lakukan pada hari ini”. Nilai min keseluruhan bagi konstruk kefahaman ialah 4.17. 4.14.2 Perlakuan Jadual 4.3 menunjukkan hasil analisis perbandingan antara item- item di bawah konstruk perlakuan dan juga nilai min bagi setiap item bagi strategi perlakuan penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi. Jadual 4.3 : Strategi Penerapan Nilai Melalui Kurikulum Tersembunyi Secara Perlakuan No Penyataan item STS f (%) TS f (%) TP f (%) S f (%) SS f (%) Min 21 Saya perlu mengamalkan nilai-nilai positif dalam diri saya sebelum melakukan penerapan nilai-nilai tersebut kepada murid-murid 0 0 2 0.5 0 0 181 44.8 221 54.7 4.54 22 Saya tidak melakukan nilai- nilai atau perkara-perkara negatif lebih-lebih lagi di hadapan murid-murid saya 6 1.5 0 0 36 8.9 168 41.6 194 48.0 4.35 23 Saya mendenda murid dengan dendaan yang berpatutan apabila murid melakukan kesalahan 10 2.5 10 2.5 34 8.4 238 58.9 112 27.7 4.07 24 Saya memberi pujian kepada murid-murid apabila mereka berkelakuan baik 0 0 0 0 4 1.0 163 40.3 237 58.7 4.58 25 Saya memberi penghargaan kepada murid-murid yang menunjukkan peningkatan dalam prestasi pembelajaran mereka 0 0 0 0 8 2.0 173 42.8 223 55.2 4.53 Keseluruhan 4.41 Secara keseluruhannya nilai min bagi konstruk perlakuan ialah
  • 46.
    212 Kurikulum PendidikanNilai 4.41. Analisis perbandingan antara item menunjukkan item yang mempunyai nilai min yang tertinggi iaitu 4.58 ialah item 24 “Saya memberi pujian kepada murid-murid apabila mereka berkelakuan baik”. Manakala item yang mempunyai nilai min terendah iaitu 4.07 ialah item 23 “Saya mendenda murid dengan dendaan yang berpatutan apabila murid melakukan kesalahan”. 4.14.3 Pertuturan Jadual 4.3 menunjukkan hasil analisis perbandingan antara item- item di bawah konstruk pertuturan dan juga nilai min bagi setiap item bagi strategi pertuturan penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi. Jadual 4.3 : Strategi Penerapan Nilai Melalui Kurikulum Tersembunyi Secara Pertuturan No Penyataan item STS f (%) TS f (%) TP f (%) S f (%) SS f (%) Min 26 Saya berkomunikasi dengan murid-murid dengan menggunakan perkataan yang positif 0 0 0 0 4 1.0 253 62.6 147 36.4 4.35 27 Saya berinteraksi dengan murid-murid dengan menggunakan intonasi suara yang menyenangkan 0 0 2 0.5 38 9.4 246 61.6 115 28.5 4.18 28 Saya tidak memaki atau menggunakan kata-kata kesat terhadap murid-murid 0 0 2 0.5 16 4.0 219 54.2 167 41.3 4.36 29 Di sekolah saya, lagu kebangsaan Malaysia dinyanyikan pada setiap kali perhimpunan sekolah 4 1.0 2 0.5 8 2.0 123 30.4 267 66.1 4.60 30 Di sekolah saya, ikrar Rukun Negara dibacakan pada setiap kali perhimpunan sekolah 2 0.5 0 0 10 2.5 109 27.0 283 70.0 4.66 Keseluruhan 4.43
  • 47.
    Penerapan Nilai MelaluiKurikulum Tersembunyi 213 Secara keseluruhannya konstruk pertuturan memperlihatkan nilai min yang tinggi iaitu 4.43. Analisis perbandingan antara item menunjukkan item yang mempunyai nilai min yang tertinggi iaitu 4.66 ialah item 30 “Di sekolah saya, ikrar Rukunegara dibacakan pada setiap kali perhimpunan sekolah”. Manakala item yang mempunyai nilai min terendah iaitu 4.18 ialah item 27 “Saya berinteraksi dengan murid-murid dengan menggunakan intonasi suara yang menyenangkan” (4.18). 4.14.3 Teladan Jadual 4.4 menunjukkan hasil analisis perbandingan antara item- item di bawah konstruk teladan dan juga nilai min bagi setiap item bagi strategi teladan penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi. Jadual 4.4 : Strategi Penerapan Nilai Melalui Kurikulum Tersembunyi Secara Teladan No Penyataan item STS f (%) TS f (%) TP f (%) S f (%) SS f (%) Min 31 Apabila saya ternampak sampah, saya mengutipnya dan membuangnya ke dalam tong sampah 0 0 0 0 15 3.7 248 61.4 141 34.9 4.31 32 Saya sentiasa menepati masa untuk tiba dan keluar dari bilik darjah 0 0 5 1.2 25 6.2 257 63.6 117 29.0 4.20 33 Sebelum memulakan sesi pengajaran, saya bersama murid-murid akan memastikan kelas berada dalam keadaan bersih dan tersusun 0 0 2 0.5 14 3.5 218 54.0 170 42.1 4.38 34 Saya beratur dan mengikut giliran apabila hendak membeli makanan di kantin 0 0 0 0 16 4.0 212 52.5 176 43.6 4.40
  • 48.
    214 Kurikulum PendidikanNilai atau membeli alat tulis di kedai buku sekolah 35 Saya akan menegur atau memberi salam apabila bertemu dengan rakan guru atau murid-murid 0 0 2 0.5 15 3.7 243 60.1 144 35.6 4.31 Keseluruhan 4.32 Analisis perbandingan antara item menunjukkan item yang mempunyai nilai min yang tertinggi iaitu 4.40 ialah item 34 “Saya beratur dan mengikut giliran apabila hendak membeli makanan di kantin atau membeli alat tulis di kedai buku sekolah”. Manakala item yang mempunyai nilai min terendah iaitu 4.20 ialah item 32 “Saya sentiasa menepati masa untuk tiba dan keluar dari bilik darjah”. Nilai min keseluruhan bagi konstruk teladan ialah 4.32. 4.14.4 Isyarat Jadual 4.5 menunjukkan hasil analisis perbandingan antara item- item di bawah konstruk isyarat dan juga nilai min bagi setiap item bagi strategi isyarat penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi. Jadual 4.5 : Strategi Penerapan Nilai Melalui Kurikulum Tersembunyi Secara Isyarat No Penyataan item STS f (%) TS f (%) TP f (%) S f (%) SS f (%) Min 36 Saya sentiasa berpenampilan kemas semasa ke sekolah 0 0 0 0 10 2.5 161 39.9 233 57.7 4.55 37 Saya sentiasa berpakaian sopan mengikut etika keguruan semasa ke sekolah 0 0 0 0 8 2.0 151 37.4 245 60.6 4.59 38 Saya sentiasa memastikan bahasa tubuh yang saya pamerkan kepada murid- murid sentiasa disenangi 0 0 0 0 6 1.5 192 47.5 206 51.0 4.50 39 Saya sentiasa menunjukkan 0 0 20 250 134 4.28
  • 49.
    Penerapan Nilai MelaluiKurikulum Tersembunyi 215 mimik muka yang menyenangkan kepada murid-murid 0 0 5.0 61.9 33.2 40 Saya memberi perhatian yang sama rata kepada semua murid tanpa mengira bangsa, agama, jantina dan pencapaian 0 0 0 0 8 2.0 195 48.3 201 49.8 4.48 Keseluruhan 4.48 Analisis perbandingan antara item menunjukkan item yang mempunyai nilai min yang tertinggi iaitu 4.59 ialah item 37 “Saya sentiasa berpakaian sopan mengikut etika keguruan semasa ke sekolah”. Manakala item yang mempunyai nilai min terendah iaitu 4.28 ialah item 39 “Saya sentiasa menunjukkan mimik muka yang menyenangkan kepada murid-murid”. Nilai min keseluruhan bagi konstruk isyarat ialah 4.48. 4.14.5 Interpretasi Jadual 4.6 menunjukkan hasil analisis perbandingan antara item- item di bawah konstruk interpretasi dan juga nilai min bagi setiap item bagi strategi interpretasi penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi. Jadual 4.6 : Strategi Penerapan Nilai Melalui Kurikulum Tersembunyi Secara Interpretasi No Penyataan item STS f (%) TS f (%) TP f (%) S f (%) SS f (%) Min 41 Saya melaksanakan sistem streaming (penstrukturan murid) untuk memotivasikan murid-murid 4 1.0 13 3.2 62 15.3 249 61.6 76 18.8 3.94 42 Saya tidak melabel murid dengan nama atau gelaran yang negatif 6 1.5 2 0.5 14 3.5 211 52.5 171 42.3 4.33 43 Saya hanya melabel murid dengan nama atau gelaran 4 1.0 4 1.0 16 4.0 251 62.1 129 31.9 4.23
  • 50.
    216 Kurikulum PendidikanNilai yang positif 44 Saya menyelitkan cerita- cerita semasa yang mengandungi unsur nilai murni sewaktu mengajar di dalam bilik darjah 0 0 2 0.5 20 5.0 242 59.9 140 34.7 4.29 45 Saya membimbing murid- murid dengan nilai kejujuran semasa melaksanakan aktiviti jual beli Hari Kantin atau Hari Terbuka 0 0 2 0.5 27 6.7 236 58.4 139 34.4 4.27 Keseluruhan 4.21 Analisis perbandingan antara item menunjukkan item yang mempunyai nilai min yang tertinggi iaitu 4.33 ialah item 42 “Saya tidak melabel murid dengan nama atau gelaran yang negatif”. Manakala item yang mempunyai nilai min terendah iaitu 3.94 ialah item 41 “Saya melaksanakan sistem streaming (penstrukturan murid) untuk memotivasikan murid-murid”. Nilai min keseluruhan bagi konstruk interpretasi ialah 4.21. Rumusan bagi strategi penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi dijelaskan melalui di bawah. Jadual 4.7 : Strategi Penerapan Nilai Melalui Kurikulum Tersembunyi No Strategi Rendah f (%) Sederhana f (%) Tinggi f (%) Min 1 Kefahaman 0 0 39 9.7 365 90.3 4.17 2 Perlakuan 0 0 24 5.9 380 94.1 4.41 3 Pertuturan 0 0 10 2.1 394 97.5 4.43 4 Teladan 0 0 20 5.0 384 95.0 4.32
  • 51.
    Penerapan Nilai MelaluiKurikulum Tersembunyi 217 5 Isyarat 0 0 9 2.1 395 97.9 4.48 6 Interpretasi 0 0 39 9.7 365 90.3 4.21 Jadual 4.7 menunjukkan rumusan strategi penerapan nilai murni melalui kurikulum tersembunyi melalui strategi kefahaman, perlakuan, pertuturan, teladan, isyarat dan interpretasi. Strategi pelaksanaan penerapan nilai yang mempunyai nilai min yang tertinggi adalah strategi isyarat dengan nilai min sebanyak 4.48, kedua tertinggi adalah strategi pertuturan dengan nilai min sebanyak 4.43, seterusnya strategi perlakuan dengan nilai min sebanyak 4.41, manakala strategi teladan dengan nilai min sebanyak 4.32, strategi interpretasi mempunyai min sebanyak 4.21 dan strategi penerapan nilai terendah adalah strategi kefahaman mempunyai nilai min sebanyak 4.17. 4.15 MASALAH PENERAPAN NILAI MELALUI KURIKULUM TERSEMBUNYI Beberapa masalah telah dikenalpasti dalam proses pelaksanaan penerapan nilai terhadap murid-murid. Masalah-masalah tersebut ialah kekangan masa, persekitaran sekolah, strategi penerapan nilai, beban tugas, tekanan dan kurang pengetahuan 4.15.1 Kekangan Masa Jadual 4.8 menunjukkan hasil analisis perbandingan antara item- item di bawah konstruk kekangan masa dan juga nilai min bagi setiap item bagi masalah kekangan masa dalam penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi.
  • 52.
    218 Kurikulum PendidikanNilai Jadual 4.8 : Masalah Berkaitan Kekangan Masa Dalam Penerapan Nilai Melalui Kurikulum Tersembunyi No Penyataan item STS f (%) TS f (%) TP f (%) S f (%) SS f (%) Min 46 Kekangan masa akibat sukatan matapelajaran yang banyak membataskan usaha saya dalam melaksanakan penerapan nilai di dalam bilik darjah 8 2.0 72 17.8 40 9.9 198 49.0 86 21.3 3.90 47 Masa senggang saya di sekolah banyak dihabiskan untuk menanda buku latihan murid 2 0.5 35 8.7 38 9.4 231 57.2 98 24.3 3.96 48 Masa lapang saya di sekolah digunakan untuk melengkapkan penilaian dan pemarkahan murid dalam sistem yang disediakan 2 0.5 17 4.2 51 12.6 253 62.6 81 20.0 3.98 49 Saya membimbing murid- murid lemah secara individu jika terdapat waktu lapang di sekolah 2 0.5 18 4.5 83 20.5 251 62.1 50 12.4 3.81 50 Saya menghabiskan banyak masa untuk melaksanakan kerja-kerja pengurusan dan pentadbiran berkaitan murid- murid di sekolah 0 0 8 2.0 45 11.1 249 61.6 102 25.2 4.10 Keseluruhan 3.91 Analisis perbandingan antara item menunjukkan item yang mempunyai nilai min yang tertinggi iaitu 4.10 ialah item 50 “Saya menghabiskan banyak masa untuk melaksanakan kerja-kerja pengurusan dan pentadbiran berkaitan murid-murid di sekolah”. Manakala dua item yang mempunyai nilai min terendah iaitu 3.81 ialah item 49 “Saya membimbing murid-murid lemah secara individu jika terdapat waktu lapang di sekolah”. Nilai min keseluruhan bagi konstruk kekangan masa ialah 3.91.
  • 53.
    Penerapan Nilai MelaluiKurikulum Tersembunyi 219 4.15.2 Persekitaran Sekolah Jadual 4.9 menunjukkan hasil analisis perbandingan antara item- item di bawah konstruk persekitaran sekolah dan juga nilai min bagi setiap item bagi masalah persekitaran sekolah dalam penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi. Jadual 4.9 : Masalah Berkaitan Persekitaran Sekolah Dalam Penerapan Nilai Melalui Kurikulum Tersembunyi No Penyataan item STS f (%) TS f (%) TP f (%) S f (%) SS f (%) Min 51 Suasana sekolah yang bising menyukarkan saya menerapkan nilai murni melalui kurikulum tersembunyi 22 5.4 107 26.5 91 22.5 146 36.1 38 9.4 3.18 52 Hubungan yang kurang mesra antara guru dan murid membataskan proses penerapan nilai 24 5.9 108 26.7 52 12.9 170 42.1 50 12.4 3.28 53 Bilangan murid yang terlalu ramai dalam bilik darjah sehingga sukar dikawal membataskan proses penerapan nilai 18 4.5 83 20.5 54 13.4 165 40.8 84 20.8 3.53 54 Saya kurang bersemangat untuk menerapkan nilai-nilai murni kerana suasana sekolah yang kurang ceria 66 16.3 188 46.5 47 11.6 84 20.8 19 4.7 2.51 55 Budaya kerja yang mementingkan pencapaian sekolah menerangkan usaha penerapan nilai murni kepada murid-murid 34 8.4 144 35.6 51 12.6 124 30.7 51 12.6 3.03 Keseluruhan 3.11
  • 54.
    220 Kurikulum PendidikanNilai 4.15.3 Strategi Penerapan Nilai Jadual 4.10 menunjukkan hasil analisis perbandingan antara item- item di bawah konstruk strategi penerapan nilai dan juga nilai min bagi setiap item bagi masalah strategi penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi. Jadual 4.10 : Masalah Berkaitan Strategi Dalam Penerapan Nilai Melalui Kurikulum Tersembunyi No Penyataan item STS f (%) TS f (%) TP f (%) S f (%) SS f (%) Min 56 Saya jarang menunjukkan teladan yang baik kepada murid-murid 171 42.3 157 38.9 28 6.9 36 8.9 12 3.0 1.91 57 Saya lebih kerap memarahi murid-murid berbanding menasihati mereka apabila mereka melakukan kesalahan 135 33.4 172 42.6 50 12.4 41 10.1 6 1.5 2.04 58 Saya kurang memahami budaya dan amalan bangsa- bangsa lain 100 24.8 200 49.5 41 10.1 59 14.6 4 1.0 2.18 59 Saya mendapati kadang- kadang murid-murid tidak memahami nilai murni yang saya cuba terapkan 44 10.9 134 33.2 106 26.2 104 25.7 16 4.0 2.79 60 Saya perlu memperbaiki personaliti diri saya agar saya boleh menjadi contoh kepada murid-murid 34 8.4 60 14.9 40 9.9 175 43.3 95 23.5 3.59 Keseluruhan 2.50 Jadual di atas menunjukkan item yang mempunyai nilai min yang tertinggi ialah item 60 “Saya perlu memperbaiki personaliti diri saya agar saya boleh menjadi contoh kepada murid-murid” (3.59). Manakala item yang mempunyai nilai min terendah ialah item 56 “Saya jarang menunjukkan teladan yang baik kepada murid-
  • 55.
    Penerapan Nilai MelaluiKurikulum Tersembunyi 221 murid” (1.91). Nilai min keseluruhan bagi konstruk strategi penerapan nilai ialah 2.50. 4.15.4 Beban Tugas Jadual 4.11 menunjukkan hasil analisis perbandingan antara item- item di bawah konstruk beban tugas dan juga nilai min bagi setiap item bagi masalah beban tugas dalam penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi. Jadual 4.11 : Masalah Berkaitan Beban Tugas Dalam Penerapan Nilai Melalui Kurikulum Tersembunyi No Penyataan item STS f (%) TS f (%) TP f (%) S f (%) SS f (%) Min 61 Jadual waktu yang padat membataskan penerapan nilai dalam setiap sesi P&P 24 5.9 104 25.7 52 12.9 167 41.3 57 14.1 3.32 62 Beban tugas (mengajar, mesyuarat, kokurikulum,kerja pendtadbiran dan pengurusan, menanda buku) di sekolah meletihkan saya sehingga mengabaikan usaha penerapan nilai 32 7.9 119 29.5 56 13.9 130 32.2 67 16.6 3.20 63 Saya kerap menjalankan tugas rasmi di luar sekolah sehingga menyebabkan peluang untuk saya bersama murid dalam usaha penerapan nilai menjadi terhad 46 11.4 176 43.6 54 13.4 100 24.8 28 6.9 2.72
  • 56.
    222 Kurikulum PendidikanNilai 64 Sebagai seorang guru yang mengajar matapelajaran UPSR tahun 6, kadangkala saya mengabaikan proses penerapan nilai kerana lebih mementingkan pencapaian murid-murid 64 15.8 142 35.1 64 15.8 90 22.3 44 10.9 2.77 65 Kursus dan latihan yang dianjurkan oleh PPD, JPN dan KPM yang perlu saya hadiri menghadkan proses penerapan nilai terhadap murid di sekolah 42 10.4 145 35.9 69 17.1 104 25.7 44 10.9 2.91 Keseluruhan 2.98 Jadual 4.11 menunjukkan item yang mempunyai nilai min yang tertinggi iaitu 3.32 ialah item 61 “Jadual waktu yang padat membataskan penerapan nilai dalam setiap sesi P&P”. Manakala item yang mempunyai nilai min terendah iaitu 2.72 ialah item 63 “Saya kerap menjalankan tugas rasmi di luar sekolah sehingga menyebabkan peluang untuk saya bersama murid dalam usaha penerapan nilai menjadi terhad”. Nilai min keseluruhan bagi konstruk beban tugas ialah 2.98. 4.15.5 Tekanan Jadual 4.12 menunjukkan hasil analisis perbandingan antara item- item di bawah konstruk tekanan dan juga nilai min bagi setiap item bagi masalah tekanan dalam penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi. Jadual tersebut, menunjukkan item yang mempunyai nilai min yang tertinggi iaitu 3.116 ialah item 70 “Disiplin murid yang semakin merosot memberi tekanan kepada saya untuk melaksanakan proses penerapan nilai”. Manakala item yang mempunyai nilai min terendah iaitu 2.47 ialah item 67 “Masalah keluarga yang saya hadapi di rumah kadangkala boleh memberi kesan terhadap kelakuan dan tindakan saya di sekolah”. Nilai min keseluruhan bagi konstruk tekanan ialah 2.88.
  • 57.
    Penerapan Nilai MelaluiKurikulum Tersembunyi 223 Jadual 4.12 : Masalah Berkaitan Tekanan Dalam Penerapan Nilai Melalui Kurikulum Tersembunyi No Penyataan item STS f (%) TS f (%) TP f (%) S f (%) SS f (%) Min 66 Tekanan kerja di sekolah menganggu pelaksanaan penerapan nilai 37 9.2 124 30.7 60 14.9 110 27.2 73 18.1 3.14 67 Masalah keluarga yang saya hadapi di rumah kadangkala boleh memberi kesan terhadap kelakuan dan tindakan saya di sekolah 95 23.5 145 35.9 62 15.3 84 20.8 18 4.5 2.47 68 Tekanan akibat beban tugas yang banyak menyebabkan saya kerap mempamerkan sikap negatif 88 21.8 146 26.1 74 18.3 70 17.3 26 6.4 2.50 69 Akhlak murid yang kurang menghormati guru memberi tekanan kepada saya dalam usaha penerapan nilai 44 10.9 102 25.2 59 14.6 163 40.3 36 8.9 3.11 70 Disiplin murid yang semakin merosot memberi tekanan kepada saya untuk melaksanakan proses penerapan nilai 42 10.4 107 26.5 45 11.1 166 41.1 44 10.9 3.16 Keseluruhan 2.88 4.15.6 Kurang Pengetahuan Jadual 4.13 menunjukkan hasil analisis perbandingan antara item item di bawah konstruk kurang pengetahuan dan juga nilai min bagi setiap item bagi masalah kurang pengetahuan dalam penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi.
  • 58.
    224 Kurikulum PendidikanNilai Jadual 4.13 : Masalah Berkaitan Kurang Pengetahuan Dalam Penerapan Nilai Melalui Kurikulum Tersembunyi No Penyataan item STS f (%) TS f (%) TP f (%) S f (%) SS f (%) Min 71 Saya mengetahui akan kewujudan kurikulum tersembunyi 2 0.5 6 1.5 62 15.3 243 60.1 91 22.5 4.03 72 Saya tahu 17 nilai-nilai murni boleh diterapkan melalui kurikulum tersembunyi 0 0 2 0.5 76 18.8 249 61.6 77 19.1 3.99 73 Pengalaman mengajar meningkatkan pengetahuan saya terhadap penerapan nilai secara kurikulum tersembunyi 0 0 0 0 18 4.5 288 71.3 98 24.3 4.20 74 Saya perlu membuat lebih banyak bacaan dan rujukan berkaitan kurikulum tersembunyi 0 0 7 1.7 29 7.2 256 63.4 112 27.7 4.17 75 Saya perlu membuat lebih banyak bacaan dan rujukan berkaitan penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi 0 0 9 2.2 22 5.4 261 64.6 112 27.7 4.18 Keseluruhan 4.11 Jadual 4.13 menunjukkan item yang mempunyai nilai min yang tertinggi iaitu 4.20 ialah item 73 “Pengalaman mengajar meningkatkan pengetahuan saya terhadap penerapan nilai secara kurikulum tersembunyi”. Manakala item yang mempunyai nilai min terendah iaitu 3.99 ialah item 72 “Saya tahu 17 nilai-nilai murni boleh diterapkan melalui kurikulum tersembunyi”. Nilai min keseluruhan bagi konstruk kurang pengetahuan ialah 4.11. Berikut adalah rumusan dapatan masalah penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi.
  • 59.
    Penerapan Nilai MelaluiKurikulum Tersembunyi 225 Jadual 4.14 : Masalah Penerapan Nilai Melalui Kurikulum Tersembunyi No Masalah Rendah f (%) Sederhana f (%) Tinggi f (%) Min 1 Kekangan masa 2 0.5 139 34.4 263 65.1 3.91 2 Persekitaran Sekolah 74 18.3 212 52.5 118 29.2 3.11 3 Strategi Penerapan Nilai 158 39.1 210 52.0 36 8.9 2.50 4 Beban Tugas 104 25.7 184 45.5 116 28.7 2.98 5 Tekanan 123 30.4 191 47.3 90 22.3 2.88 6 Kurang Pengetahuan 0 0 53 13.1 351 86.9 4.11 Jadual 4.14 menunjukkan rumusan masalah penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi. Masalah penerapan nilai yang mempunyai nilai min yang tertinggi adalah masalah kurang pengetahuan dengan nilai min sebanyak 4.11, kedua tertinggi adalah masalah kekangan masa dengan nilai min sebanyak 3.91, ketiga tertinggi adalah masalah persekitaran sekolah dengan nilai min sebanyak 3.11, seterusnya masalah beban tugas dengan nilai min sebanyak 2.98 , manakala masalah tekanan mempunyai nilai min sebanyak 2.88 dan masalah penerapan nilai terendah adalah masalah strategi penerapan nilai dengan nilai min sebanyak 2.50. 4.16 PERBEZAAN BIDANG MENGAJAR GURU DENGAN KONSEP KURUKULUM TERSEMBUNYI Bagi melihat adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara bidang mengajar guru dengan konsep kurikulum tersembunyi, analisis ANOVA telah dijalankan. Hasil kajian diperjelaskan
  • 60.
    226 Kurikulum PendidikanNilai melalui jadual berikut Jadual 4.15 : Perbezaan bidang mengajar guru dengan konsep kurikulum tersembunyi. Jumlah Kuasa Dua Df Min Kuasa Dua F Sig. Konsep kurikulum tersembunyi Antara Kumpulan 2.157 5 .431 2.783 .017 Dalam Kumpulan 61.697 398 .155 Jumlah 63.854 403 Berdasarkan Jadual 4.15, perbezaan yang signifikan di antara bidang mengajar guru dengan konsep kurikulum tersembunyi, nilai p ialah 0.017 iaitu lebih rendah daripada nilai α = 0.05. Justeru, hipotesis nol ditolak. Hal ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan pada aras p < 0.05 di antara bidang mengajar guru dengan konsep kurikulum tersembunyi di sekolah rendah daerah Johor Bahru. Ini memberi makna bahawa guru-guru yang mengajar mata pelajaran yang berbeza mempunyai konsep kurikulum tersembunyi yang berbeza. 4.17 PERBINCANGAN Hasil kajian analisis frekuensi soal selidik berkenaan isu konsep kurikulum tersembunyi dalam kalangan guru-guru sekolah rendah daerah Johor Bahru adalah berada pada tahap tinggi. Ini menunjukkan pengetahuan guru-guru sekolah rendah di daerah Johor Bahru berkenaan dengan konsep kurikulum tersembunyi adalah tinggi. Analisis perbandingan item menunjukkan item yang berbunyi “Hasil yang dipelajari oleh murid-murid di sekolah bukanlah setakat kandungan yang tercatat dalam sukatan pelajaran tetapi merangkumi semua pengalaman yang diperolehi semasa berada di sekolah” memperolehi nilai min yang tertinggi. Ini
  • 61.
    Penerapan Nilai MelaluiKurikulum Tersembunyi 227 menunjukkan guru-guru sekolah rendah di daerah Johor Bahru sedar dan tahu bahawa hasil pembelajaran murid-murid di sekolah adalah semua pengetahuan dan pengalaman yang mereka perolehi semasa berada di sekolah. Ia selari dengan kenyataan Haralambos (1991) iaitu kurikulum tersembunyi adalah perkara-perkara yang diperlajari oleh murid-murid melalui pengalaman mereka dengan menghadirkan diri ke sekolah selain yang dinyatakan dalam objektif pengajaran. Seterusnya, item yang menyatakan “Proses sosialisasi ialah kurikulum tersembunyi iaitu murid-murid dapat mempelajari sesuatu yang bernilai di dalam masyarakat seperti menghormati orang lain yang lebih tua, beratur dan mengikut giliran, menghormati amalan dan budaya agama lain” memperolehi nilai min yang kedua tertinggi. Item ini menunjukkan dan menggambarkan bahawa guru-guru sekolah rendah di daerah Johor Bahru mengetahui bahawa proses sosialisasi itu merupakan sebahagian daripada kurikulum tersembunyi. Ini juga secara tidak langsung menunjukkan bahawa pendidikan yang berlaku di sekolah adalah sebahagian daripada proses sosialisasi. Abdul Razak (2001) menyatakan peranan guru sebagai agen sosialisasi. Sosialisasi ialah proses interaksi yang membolehkan manusia hidup dalam masyarakat secara harmoni. Sosialisasi juga bermaksud proses mendisiplinkan individu supaya sesuai dengan norma dan nilai masyarakat. Penyataan dalam instrumen soal selidik iaitu “Kurikulum tersembunyi juga dapat membina hati, akal serta jiwa murid supaya menjadi insan berguna” juga memperolehi nilai min yang tinggi. Dapatan ini menunjukkan guru-guru sekolah rendah di daerah Johor Bahru bersetuju bahawa kurikulum tersembunyi yang dilaksanakan di sekolah dapat membina hati, akal serta jiwa murid untuk menjadi insan yang berguna. Ini kerana melalui kurikulum tersembunyi murid-murid belajar mengenai nilai-nilai, norma- norma, kepercayaan, peraturan, budaya, kebiasaan dan amalan dalam kehidupan seharian. Seperti yang dinyatakan oleh Meighan (1981) menyatakan bahawa kurikulum tersembunyi diajar oleh sekolah bukan diajar oleh guru, ia adalah sesuatu yang murid-
  • 62.
    228 Kurikulum PendidikanNilai murid perolehi yang tidak diajar dalam matapelajaran mahupun diperolehi dari perhimpunan sekolah, ia adalah berkaitan dengan sesuatu pendekatan kehidupan dan tingkahlaku untuk pembelajaran. Apabila hati, akal dan jiwa mereka utuh dengan kesan positif yang diperolehi daripada kurikulum tersembunyi, masyarakat yang wujud akan menjadi masyarakat yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Item soal selidik mengenai konsep kurikulum tersembunyi yang memperolehi nilai min yang paling rendah ialah “Kurikulum tersembunyi juga boleh memberi kesan negatif kepada emosi dan perasaan murid”. Walaupun ia memperolehi nilai min yang terendah di antara 15 item yang dipersoalkan, ia masih berada pada tahap sederhana. Dapatan melalui analisis item ini menunjukkan guru beranggapan kurikulum tersembunyi ini lebih membawa kepada kesan positif kepada emosi dan perasaan murid berbanding kesan negatif. Ini kerana melalui kurikulum tersembunyi banyak diterapkan nilai-nilai, budaya, norma dan kepercayaan yang menjurus kepada perkara-perkara positif dalam kehidupan. Begitu juga dengan item “Kurikulum Tersembunyi juga boleh memberi kesan negatif kepada tingkah laku murid” yang memperolehi min yang kedua rendah. Walau bagaimanapun, ia masih berada pada tahap sederhana. Hal yang berlaku ini sama seperti item sebelum ini yang dibincangkan di mana guru-guru beranggapan bahawa kurikulum tersembunyi lebih kepada memberi kesan positif berbanding kesan negatif. Guru-guru yang berperanan sebagai pelaksana kurikulum tersembunyi di sekolah sudah semestinya mengharapkan nilai, norma, kepercayaan dan peraturan yang mereka terapkan secara kurikulum tersembunyi akan membawa kesan positif kepada tingkah laku murid-murid. Strategi penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi yang mempunyai nilai min yang tertinggi ialah strategi secara isyarat. Terdapat lima item di bawah konstruk strategi isyarat yang dikemukakan di dalam soal selidik. Item “Saya sentiasa berpakaian sopan mengikut etika keguruan semasa ke sekolah” mempunyai nilai min yang paling tinggi. Guru-guru memberi isyarat kepada murid-murid dengan berpakaian sopan mengikut etika keguruan
  • 63.
    Penerapan Nilai MelaluiKurikulum Tersembunyi 229 semasa ke sekolah menunjukkan mereka menerapkan nilai hemah tinggi dan hormat-menghormati. Ciri-ciri nilai hemah tinggi di antaranya ialah kesopanan, manakala di bawah nilai hormat- menghormati terdapat ciri patuh kepada undang-undang. Oleh itu dengan berpakaian sopan mengikut etika keguruan secara tersirat guru-guru telah menerapkan nilai hemah tinggi dan hormat- menghormati. Item “Saya sentiasa berpenampilan kemas semasa ke sekolah” mempunyai nilai min yang kedua tertinggi. Melalui item ini, dapat dilihat bahawa guru-guru menerapkan nilai kebersihan mental dan fizikal di mana dengan sentiasa berpenampilan kemas semasa ke sekolah melambangkan kebersihan diri (fizikal) guru-guru. Strategi penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi yang mempunyai nilai min kedua tertinggi ialah strategi secara pertuturan. Menurut Mohamad Khairi dan Asmawati (2010) pelajar-pelajar mudah menginterpretasikan sesuatu yang dilakukan oleh guru sama ada cara guru bertutur atau bertingkah laku. Terdapat lima item di bawah konstruk strategi pertuturan yang dikemukakan di dalam soal selidik. Item “Di sekolah ikrar Rukun Negara dibacakan pada setiap kali perhimpunan” mempunyai nilai min tertinggi manakala item “Di sekolah saya, lagu kebangsaan Malaysia dinyanyikan pada setiap kali perhimpunan sekolah” mempunyai nilai min kedua tertinggi. Bacaan Rukun Negara dan nyanyian lagu kebangsaan Malaysia Negaraku oleh guru-guru dan murid-murid pada setiap minggu semasa perhimpunan rasmi sekolah menunjukkan penerapan nilai patriotisme secara pertuturan atau pengucapan dilaksanakan. Semangat patriotisme dan cintakan tanah air jelas dapat digambarkan melalui dapatan ini yang menunjukkan usaha penerapan nilai patriotisme secara pertuturan. Disokong oleh Ahmad (2005) bahawa mengalunkan lagu Negaraku dan melafazkan Rukun Negara pada setiap pagi Isnin di perhimpunan sekolah merupakan satu kurikulum tersembunyi. Oleh itu, bagi tujuan memantapkan kurikulum tersembunyi, adalah wajar seorang pendidik meneruskan kelaziman tersebut dengan meminta pelajarnya sekali-sekala menyanyikan lagu-lagu patriotik sebelum memulakan pengajaran. Item “Saya tidak memaki atau
  • 64.
    230 Kurikulum PendidikanNilai menggunakan kata-kata kesat terhadap murid-murid” dan item “Saya berkomunikasi dengan murid-murid dengan menggunakan perkataan yang positif” mempunyai nilai min yang tinggi. Item- item ini menunjukkan penerapan nilai hemah tinggi, hormat- menghormati dan kebersihan fizikal dan mental yang diterapkan oleh guru-guru secara tersirat terhadap murid-murid. Strategi penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi yang mempunyai nilai min yang paling rendah ialah strategi kefahaman. Walaupun strategi kefahaman mempunyai nilai min yang paling rendah, tetapi ia masih berada pada tahap tinggi dalam pengelasan skor min. Dua item iaitu “Saya menjalankan aktiviti berkumpulan di dalam bilik darjah agar murid-murid faham akan nilai bekerjasama itu penting” dan item “Selepas selesai sesi pengajaran dan pembelajaran, saya menerangkan kepada murid nilai-nilai murni yang berkaitan dengan isi pelajaran” mempunyai nilai min tertinggi. Hal ini menggambarkan guru-guru berusaha untuk menerapkan beberapa nilai-nilai murni secara memberi kefahaman kepada murid-murid. Di antara nilai yang diterapkan ialah kerjasama dan kerajinan. Guru berusaha secara berterusan, penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan daya usaha dalam melakukan proses penerapan nilai. Strategi penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi yang mempunyai nilai min yang kedua terendah ialah strategi secara interpretasi. Walaupun mempunyai nilai min kedua terendah, ia juga masih berada pada tahap tinggi dalam pengelasan skor min. Item “Saya tidak melabel murid dengan nama atau gelaran yang negatif” mempunyai nilai min tertinggi. Item ini menunjukkan bahawa guru berusaha menerapkan nilai kesedaran secara tersirat atau secara kurikulum tersembunyi melalui strategi interpretasi di mana ia perlu diterjemahkan oleh murid-murid. Nilai kesedaran iaitu sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan supaya sesuai dengan norma dan nilai masyarakat. Dalam hal ini guru-guru tidak keterlaluan dalam pertuturan dan tingkah laku mereka ke atas murid-murid. Hasil kajian analisis tinjauan soal selidik berkenaan isu
  • 65.
    Penerapan Nilai MelaluiKurikulum Tersembunyi 231 masalah penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi dalam kalangan guru-guru sekolah rendah daerah Johor Bahru adalah pada tahap tinggi bagi dua konstruk masalah dan tahap sederhana bagi empat konstruk masalah. Konstruk masalah penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi yang berada pada pengelasan skor min tahap tinggi ialah masalah kurang pengetahuan dan masalah kekangan masa. Manakala konstruk masalah penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi yang berada pada pengelasan skor min tahap sederhana ialah masalah persekitaran sekolah, masalah beban tugas, masalah tekanan dan masalah strategi penerapan nilai. Masalah penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi yang mempunyai nilai min yang tertinggi ialah masalah kurang pengetahuan. Hal ini menunjukkan bahawa masalah penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi yang paling utama yang dihadapi dalam kalangan guru-guru sekolah rendah di daerah Johor Bahru ialah masalah kurang pengetahuan. Pengetahuan di sini merujuk kepada pengetahuan berkaitan dengan kurikulum tersembunyi dan pengetahuan berkaitan dengan penerapan nilai. Merujuk kepada penyataan oleh Ang (2007), guru yang baik ialah guru yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam semua aspek. Persepsi murid melihat guru yang berpengetahuan luas ini mampu membawa mereka kepada pemupukan ilmu pengetahuan dan sekaligus pengetahuan berbentuk psikologi dan sosiologi. Terdapat lima item di bawah konstruk masalah kurang pengetahuan yang dikemukakan di dalam soal selidik. Item “Pengalaman mengajar meningkatkan pengetahuan saya terhadap penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi” mempunyai nilai min yang paling tinggi. Perkara ini menunjukkan bahawa majoriti guru-guru bersetuju bahawa mereka memerlukan pengetahuan yang tinggi dalam usaha menerapan nilai-nilai melalui kurikulum tersembunyi. Manakala item “Saya perlu membuat lebih banyak bacaan dan rujukan berkaitan penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi” mempunyai nilai min kedua tertinggi. Menurut Abdul Rahim & Azharul Nizam (2009) di antara kekangan yang terpaksa dihadapi oleh guru-guru dalam proses pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni ialah sukar untuk mendapatkan buku
  • 66.
    232 Kurikulum PendidikanNilai mengenai penerapan nilai-nilai murni bagi memantapkan lagi pemahaman guru bagi melaksanakan penerapan nilai-nilai murni. Jelas di sini menunjukkan bahawa masalah kurang pengetahuan dihadapi oleh guru-guru dalam menerapkan nilai-nilai melalui kurikulum tersembunyi. Masalah penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi seterusnya yang mempunyai nilai min yang kedua tertinggi ialah masalah kekangan masa. Hal ini menunjukkan bahawa masalah kedua yang dihadapi dalam proses penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi dalam kalangan guru-guru sekolah rendah di daerah Johor Bahru ialah masalah kekangan masa. Disokong oleh kajian Abdul Rahim & Azharul Nizam (2009) menyatakan bahawa di antara kekangan yang terpaksa dihadapi oleh guru-guru dalam pelaksanaan penerapan nilai ialah kekangan masa menyebabkan sukar untuk melaksanakan penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran. Terdapat lima item di bawah konstruk masalah kekangan masa. Item “Saya menghabiskan banyak masa untuk melaksanakan kerja-kerja pengurusan dan pentadbiran berkaitan murid-murid di sekolah” mempunyai nilai min tertinggi. Manakala item “Masa lapang saya di sekolah digunakan untuk melengkapkan penilaian dan pemarkahan murid dalam sistem yang disediakan” mempunyai nilai min yang kedua tertinggi. Kedua-dua item ini menunjukkan bahawa selain mengajar di dalam bilik darjah, masa guru di sekolah banyak dihabiskan untuk melakukan kerja-kerja pentadbiran dan pengurusan serta melengkapan data- data penilaian dan pemarkahan dalam sistem perisian yang disediakan. Seperti yang dinyatakan oleh Ahmad (2005) bahawa adalah penting untuk semua pendidik menerapkan nilai murni yang merupakan kurikulum tersembunyi secara telus dan komited, bukan sekadar menghabiskan sukatan pelajaran atau memenuhi tanggungjawab menyediakan pelajar menduduki peperiksaan semata-mata. Oleh itu, jelas di sini bahawa guru tidak wajar semata-mata berfungsi hanya menghabiskan sukatan pelajaran di sekolah tetapi harus bijak mengurus masa untuk menerapkan nilai ke dalam diri murid-murid bagi membentuk murid yang seimbang dari segi
  • 67.
    Penerapan Nilai MelaluiKurikulum Tersembunyi 233 jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Guru disaran tidak menjadikan alasan kekangan masa untuk tidak menjalankan proses penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi. Masalah penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi yang mempunyai nilai min yang paling rendah ialah masalah dari segi strategi penerapan nilai. Berdasarkan nilai min yang paling rendah ini, menunjukkan masalah ini adalah masalah yang paling sedikit dalam kalangan guru-guru. Atau boleh dikatakan hanya sebahagian kecil guru yang menghadapi masalah ini. Dalam kajian ini melalui persoalan kajian kedua, terdapat enam strategi penerapan nilai yang dikaji iaitu strategi penerapan nilai secara kefahaman, secara perlakuan, secara pertuturan, secara teladan, secara isyarat dan secara interpretasi. Dalam konstruk masalah strategi penerapan nilai ini, item “Saya jarang menunjukkan teladan yang baik kepada murid-murid” mempunyai nilai min yang paling rendah. Ini jelas menunjukkan strategi penerapan nilai secara teladan tidak memberikan masalah kepada guru-guru. Manakala item “Saya lebih kerap memarahi murid-murid berbanding menasihati mereka apabila mereka melakukan kesalahan” mempunyai nilai min yang kedua terendah. Hal ini menunjukkan strategi penerapan nilai secara pertuturan juga tidak memberikan masalah yang besar kepada guru-guru. Dapatan ini selari dengan persoalan kajian yang kedua dalam kajian ini iaitu menentukan strategi penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi dalam kalangan guru-guru sekolah rendah daerah Johor Bahru. Strategi secara pertuturan mempunyai nilai min yang kedua tertinggi selepas strategi isyarat. Jelas dapat dilihat bahawa strategi secara pertuturan adalah di antara strategi yang paling berkesan dan masalah strategi penerapan nilai (secara pertuturan) adalah masalah yang sedikit. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara bidang mengajar guru dengan konsep kurikulum tersembunyi. Ini bermaksud bidang mengajar guru mempengaruhi konsep kurikulum tersembunyi yang mereka ketahui untuk diaplikasikan dalam proses penerapai nilai. Dalam kajian ini guru yang mengajar dalam bidang Sains dan Matematik paling mendominasi konsep kurikulum tersembunyi diikuti dengan
  • 68.
    234 Kurikulum PendidikanNilai bidang Pendidikan Islam dan Moral. Menurut Nik Azis & Noraini (2008), kategori nilai murni sesuai dikembangkan melalui mata pelajaran Matematik, Sains, Agama, Bahasa, Sejarah dan Pendidikan Jasmani. Manakala menurut kajian Zakaria, Abdul Rahman, Abdul Majid dan Rahil (1996) menjelaskan faktor mata pelajaran iaitu mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral dan diikuti mata pelajaran lain sebagai faktor terpenting yang menyumbang kepada perkembangan moral pelajar. Dapatan kajian oleh Rosnani (1996) menjelaskan guru menghadapi masalah dalam melaksanakan proses penerapan nilai murni terutama sekali mereka yang mengajar disiplin ilmu yang bersifat pasti seperti matematik dan perakaunan. Habsah (2000) dalam kajiannya mendapati guru aliran sains sosial menunjukkan kefahaman yang lebih tinggi daripada guru sains tulen berhubung dengan aspek kesepaduan ilmu, kemahiran dan nilai-nilai murni. 4.18 PENUTUP Secara keseluruhannya, kajian ini telah memberi gambaran bahawa konsep kurikulum tersembunyi dalam kalangan guru-guru sekolah rendah di daerah Johor Bahru berada pada tahap yang baik. Walaubagaimanapun, guru-guru dengan inisiatif sendiri perlu menambahkan lagi pengetahuan mereka berkenaan konsep kurikulum tersembunyi agar mereka dapat melaksanakan proses penerapan nilai ke atas murid-murid dengan lebih berkesan. Walaupun kesemua enam strategi penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi berada pada tahap tinggi, guru-guru perlu terus menerapkan nilai-nilai murni ke dalam diri murid-murid menggunakan keenam-enam strategi ini. Masalah-masalah yang menghalang atau membataskan penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi perlu diatasi oleh guru-guru dengan bijaksana agar cita-cita untuk melahirkan murid-murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial tercapai.
  • 69.
    Penerapan Nilai MelaluiKurikulum Tersembunyi 235 RUJUKAN Abdullah Sani Yahaya, Abdul Rashid Mohamed, Abd Ghani Abdullah. (2007). Guru Sebagai Pemimpin. Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Abd. Halim EL-Muhammady, (1987). “Pendidikan Di Malaysia Ke Arah Keberkesanan Pendidikan Melalui Pendidikan Bersepadu” dlm. Jurnal Pendidikan Islam. Kuala Lumpur : ABIM (5) 11-14 September. Abdul Hafidz Bin Haji Omar dan Dayang Hajah Tiawa Bte Awang Haji Hamid. (2009). Analisis Data Kualitatif. Skudai : NasMax Sdn. Bhd. Abdul Rahim Hamdan. (2007). Pengajian Kurikulum. Johor : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Abdul Rahim Hamdan & Azharul Nizam Zahari (2009). “Konsep Pendidikan Bersepadu Serta Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam Pengajaran Matematik Menengah Rendah”. Universiti Teknologi Malaysia. Skudai. Abdul Rahim Hamdan, Mohamad Najib Abd Ghafar, Ahmad Johari Sihes, Zainuddin Hassan, Nani Herlin Jamin. (2012). “Pelaksanaan Kurikulum Tersembunyi Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah”. The 1st International Seminar On Quality And Affordable Education (ISQAE) : halaman 241-248. Abd Rahman Md. Aroff. (1986). Pengenalan Pendidikan Moral. Siri Pendidikan Kuala Lumpur : Fajar Bakti. Abdul Razak Said (2001). Guru dan Alam Pendidikan. Ilmu Pendidikan DPM : Pendidikan Di Malaysia dan Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Ahmad Esa (2005). “Kurikulum Tersembunyi Wajar
  • 70.
    236 Kurikulum PendidikanNilai Dimanfaatkan”. Berita Harian 5 Oktober 2005. Ali Suradin & Eni Eryanti Yusoff. (2005). “Penghayatan Nilai- Nilai Murni Ke Arah Pembentukan Disiplin Pelajar”. Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn, Batu Pahat. Ang Jit Eng. 92007). Pengurusan Disiplin Murid. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing. Anyon, J. (1980). “Social Class And The Hidden Curriculum Of Work” dlm. Journal Of Education 162 (1) : 67 -92. Apple, M. (1982). Education Is Power. Boston : Routledge and Kegan Paul. Ausbrooks, R. (2000). “What Is The School’s Hidden Curriculum Teaching Your Child?” Didapatkan daripada www.perentingteens.com Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon, Abdul Rahim Hamdan. (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Selangor : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Azharul Nizam Zahari (2009). “Konsep Pendidikan Bersepadu Serta Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam Pengajaran Matematik Menengah Rendah”. Tesis Sarjanamuda. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Azhar Harun & Nawi Abdullah. (2004). Metodologi Penyelidikan Ekonomi Dan Sains Sosial. Kuala Lumpur : Thomson Learning. Bohm, D. (1981). “Insight, Knowledge, Science and Human Values” dlm. Teacher’s College Record 82:380-402. Bowles, S. & Gintis, H. (1976). Schooling in Capitalist America: Educational Reform and the Contradictions of Economic Life. New York : Basic Books. Campbell, D. T., & Fiske, D. W. (1959). “Convergent and ant Validation by the Multitrait-multimethod Matrix.” Psychological Bulletin, 56(2). Chafel. (1977). “Schooling The Hidden Curriculum And Children’s Conception Of Poverty”. Social Policy Report, XI (1), 1-28.
  • 71.
    Penerapan Nilai MelaluiKurikulum Tersembunyi 237 Chamaz, K. (2006). Constructing Grounded Theory. A Practical Guide Through Quaitative Analysis. London : Sage Publication. Clark F. Power, Ann Higgins, Kohlberg, L. (1991). Lawrence Kohlberg’s Approach To Moral Education. New York : Columbia University Press. Creswell, J.W. (1998). Qualitative Inquiry and Research Design : Choosing Among Five Tradition. Thousand Oaks : Sage Publications. Creswell, J.W. & Clark, V.L.P. (2011). Designing And Conducting Mixed Method Research (2nd ed.). Thousands Oaks : Sage Publications. Cubukcu Zuhal. (2012). “The Effect of Hidden Curriculum on Character Education” Process of Primary School Students”. Kuram Ve Uygulamada Egitim Bilimleri. 12(2). 1526-1534. Istanbul, Turkey. Durkheim, E. (1961). Moral Education, A Study In The Theory And Application Of The Sociology Of Education. Terjemahan Wilson, E.K. dan Schnurer, H. 1975. New York : The Free Press. Frankel, J.R. & Wallen, N.E. (1996). How To Design And Evaluate Research In Education (3rd ed.). New York : Mc Graw- Hill. Frankel, J.R. & Wallen, N.E. (2003). How To Design and Evaluate Research in Education. New York : Mc Graw-Hill. Fulya Damla Kentli. (2009). “Comparison Of Hidden Curriculum Theories.” European Journal of Education Studies, 1(2). Giroux, H. & David E. Purpel. (1983). The Hidden Curriculum and Moral Education: Deception or Discovery?. USA : McCutchan Pub. Corp. Greer, P. & Ryan, K. (1989). “How To Answer The Hard Question About Moral Education” dlm. American School Board Journal 176 (8). 26-28 September (ERIC Document EJ3955087). Haralambos, M & R.M. Heald. (1991). Themes and Perspectives. Slough : University Tutorial Press.
  • 72.
    238 Kurikulum PendidikanNilai Hardy, M. & Bryman, A. (2004). Handbook of Data Analysis. London : Sage Publications. Ishak Ramly. (2008). Inilah Kurikulum Sekolah. Selangor : PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Jackson, P. (1968). Life In Classroom. UK : Continuum International Publishing Group. James Ang Jit Eng. (2007). “Pengurusan Kurikulum”. Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan. (Edisi ke Empat). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Katz, J. (1981). “Bridging Value Childhood Education” dlm. Contemporary Education, 57 (Summer 1981) 130-137. Kay, W. (1979). Moral Education. London : Allen and Unwin. Kohlberg, L. (1970). First Things Value. New York : Guidance Associates. Kohlberg, L. (1971). Stage Of Moral Development As A Basic For Moral Education, In Moral Education : Interdisciplinary Approaches. Beck, C.M. et.al., (eds.) : Toronto Press. Kohlberg, L. (1973). “The Claim to Moral Adequacy of a Highest Stage of Moral Judgment”. Journal of Philosophy (The Journal of Philosophy, Vol. 70, No. 18) 70 (18) : 630-646 Kohlberg, L. (1975). “Moral Education For A Society In Moral Transition”, dlm Educational Leadership 33 (5) : 46-54. Mat Nor Husein et. al. (1989). Penerapan Nilai Dalam Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu KBSM. Kuala Lumpur : Longman Malaysia. Maxwell, J.A. (2005). Qualitative Research Design : An Interactive Approach (2nd ed.). Thousand Oaks, CA : Sage Publication. Mc Kinney, J.P. (1986). “Moral Development And The Concept Of Values” dlm. Windmiller, M.Lambert. N dan Turiel. E. (Eds.), Moral Development And Socialization (hlm.. 201-242). Boston : Ally & Bacon. McNeil, J.D. (1995). Curriculum A Comprehensive Introduction.
  • 73.
    Penerapan Nilai MelaluiKurikulum Tersembunyi 239 (5th ed). Harper CA, Los Angeles : Collins College Publishers. McNeil, P. (1986). Fundamentals of Sociology. Cheltenham, Glos, UK. : Nelson Thornes Ltd. Mediha Sari & Ahmet Doganay. (2009). Hidden Curriculum On Gaining The Value Of Respect For Human Dignity : A Qualitative Study In Two Elementary Schools In Adana. Cukurova University, Adana Turkey. Meighan, R. (1981). A Sociology Of Education. Holt, Reinehart and Winston. The University of Michigan. Mitchell, M. & Jolley, J. (2004). Research Design Explained. New York : Thompson Learning. Mohamad Khairi Othman dan Asmawati Suhid (2010). “Peranan Sekolah dan Guru Dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan Nilai Murni : Satu Sorotan”. MALIM-SEA Journal of General Studies. Mohd Najib Abdul Ghafar. (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Skudai Johor : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Mok Soon Sang. (2002). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Kursus Perguruan Lepas Ijazah). (Edisi Kedua). Subang Jaya Selangor : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Musak Mantrak. (1993). “Moral Value in Malaysia Integrated Secondary School Curriculum : A Survey on Teachers Perception and Abilities”. Tesis PhD University of South Dakota, USA. Myles, B.S. & Simpson, R.L. (2001). Understanding The Hidden Curriculum : An Essential Social Skill For Children and Youth With Asperger Syndrom. 36(5). Nasariah Mansor, Nafisah Mahmud & Faizah Ahmad. (2002). “Aplikasi TM Dalam Pembelajaran Penulisan Ilmiah : Tinjauan Dari Aspek Kemahiran dan Persepsi Pelajar.” Dalam Prosiding Seminar Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Miri : IPG Kampus Batu Lintang. Oakes, L. M. (2008). “Categorization Skills And Concepts dalam M.M Haith & J.B. Benson (Eds.),” Encyclopedia Of
  • 74.
    240 Kurikulum PendidikanNilai Infant And Early Childhood Development. United Kingdom. Ornstein, C. Allan & Hunkins, P. Francis. (2004). Curriculum Foundations, Principles And Issues (4th ed.). USA : Pearson Education. Inc. Patton, M.Q. (2000). Qualitative Evaluation and Research Methods (2nd ed.). Newbury Park, CA : Sage Publications. Pusat Perkembangan Kurikulum. 1988. Nilai-nilai Murni Dalam KBSM : Cabaran Untuk Pendidik. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum. 1990. Konsep-konsep Asas Dalam Falsafah Pendidikan Negara. Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum. 1991. Nilai Murni Merentas Kurikulum. Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum. 1992. Buku Penerangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia. Quinn, P.C., Bhatt, R.S. & Hayden, A. (2008). “What Goes With What : Developing Of Perceptual Grouping In Infancy” dalam B.Ross (Eds.). Motivation (Vol. 49). Oxford, UK : Elsevier. Rest, J. (1980). “Developmental Psychology As Guide To Values Education. A Review Of Kohlbergian Programme” Review Of Education Research (44) : 241-259. Robiah K.Hamzah. (2011). Nilai Murni Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Rokeach, M. (1973). The Nature Of Human Values. New York : Free Press. Rushani Abdullah. (1992). “Kajian Terhadap Penggunaan Bahan Bahsa Malaysia Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia Tingkatan Dua”. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Rusni Mohd Nor. (2005). “Perkaitan Antara Budaya Sekolah
  • 75.
    Penerapan Nilai MelaluiKurikulum Tersembunyi 241 Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Di Negeri Sembilan.” Tesis Ph.D. Universiti Kebangsaan Malaysia. Saedah Siraj, Fadzilah Siraj. (2006). “Pendokumentasian Kurikulum Tersirat Peringkat Pengajian Tinggi”. Masalah Pendidikan Jilid 16. Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Kuala Lumpur. Sanitah Mohd Yusof. (2011). “Pelaksanaan Pengantarabangsaan Di Institusi PengajianTinggi Awam (IPTA) Di Malaysia”. Tesis Ph.D. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Schumacher, S. & McMillan, J.H. Research in Education : A Conceptual Introduction. (3rd edn. Ed.). Harper Collins, New York (1993). Sedat Yuksel. (2005). Kohlberg and Hidden Curriculum In Moral Education : An Opportunity For Students’ Acquisition Of Moral Values In The New Turkish Primary Education Curriculum. Uludag University, Bursa, Turkey. Shalini Ramdhean-Goburdhun. (2009). Education. Mauritius Instituition Of Education. Shariman Zakaria. (2001). “Falsafah Pendidikan Guru”. Didapatkan daripada www.docstoc.com/docs/78044255/falsafah-pendidikan-guru Shaver, J.P. & Strong, W. (1982). Facing Value Decision : Rational Building For Teacher. Edisi Kedua. New York : Teachers College Press. Snyder, B. (1973). The Hidden Curriculum. Cambridge, MA : The MIT Press. Springer, K. (2010). Educational Research A Contextual Approach. USA : John Wiley and Son. Superka, Douglas O. (1976). “Values Education Sourcebook, Conceptual Approaches Material Analysis, And An Annotated Bibliography, Social Science Education Consortium.” ERIC Cleainnghouse For Science Education. Tajul Ariffin Noordin & Nor’aini Dan (1992). Pendidikan dan Wawasan 2020. Kuala Lumpur : Arena Ilmu Sdn.
  • 76.
    242 Kurikulum PendidikanNilai Bhd. Universiti Teknologi Malaysia. (2002). Panduan Menulis Tesis. Pusat Pengajian Siswazah. Utusan Malaysia. (1 Oktober 2009). Salah laku murid meningkat. Vallance. E. (1973). Hiding the Hidden Curriculum : An Interpretation of the Language of Justification in Nineteenth-Century Educational Reform. Curriculum Theory Network, vol.4, No. 1, p.5-21 Veugellers, W. (2000). “Different Ways Of Teaching Values” Educational Review. 52 (1) : 37-46 Wan Mohd Zahid Wan Mohd Noordin. (1994). Wawasan Pendidikan : Agenda Pengisian. Kuala Lumpur : Cahaya Pantai Publishing (M) Sdn. Bhd. Wiles, J., & Bondi, J. (1998). Curriculum Development : A Guide To Practice (5th ed.). Columbus, OH : Merrill. Willis, P. (1977). Learning To Labour. Farnborough : Saxon House. Wren, D.J. (1999). School Culture : Exploring The Hidden Curriculum. Libra Publishers, Inc. ADOLESCENCE ,34(135). San Diego, CA. Zais, R.S. (1976). Curriculum Principles And Foundations. New York : Thomas Y. Crowell Company.. Zuria Mahmud & Salleh Amat, (1998). “Guru Berkesan : Kemahiran Dalam Menangani Pelajar”. Kertas Kerja Seminar Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Guru. Pendidikan Guru Untuk Sekolah Berkesan. Kuala Lumpur : Universiti Malaya 26-28 Oktober Zurina Hamid. (2012). “Pelaksanaan Rekod Mengajar Secara Online Di Sebuah Sekolah Menengah Di Daerah Kluang”. Tesis Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia Skudai.