PERIBAHASA
Definisi
susunan kata-kata yang mengandungi teladan,
sindiran dan pengajaran serta mempunyai makna
tertentu
Peribahasa digolongkan kepada
beberapa jenis, iaitu:
( a ) simpulan bahasa
( b ) perumpamaan
( c ) bidalan
( d ) pepatah
( e ) bandingan/kiasan
( f ) kata-kata hikmat
Simpulan Bahasa
* ringkas dan biasanya terdiri daripada dua
patah perkataan
* himpunan kata yang mempunyai makna
yang berlainan daripada erti perkataan
yang membentuknya
* digunakan untuk menjelaskan maksud
sesuatu pengucapan dengan membawa
erti yang mendalam
Contoh 1
Alim kucing
Maksud: Berpura-pura baik di
hadapan orang
Ayat contoh: Perangai Abang Mus yang
alim kucing itu terbongkar apabila Pak
Seman terserempak dengannya yang
berdua-duaan dengan gadis di hujung
kampung.
Contoh 2
Bajak wangkang
Maksud: Orang yang gemar dipuji.
Ayat contoh: Amirul tersenyum apabila dipuji
tentang penampilannya pagi itu kerana dia
bajak wangkang, pantang dipuji.
Contoh 3
Bangkai Bernyawa
Maksud: Orang yang tidak berguna, kurus
kering dan tidak bermaya.
Ayat contoh: Tubuh Pak Alib yang
menderita sakit tibi itu macam bangkai
bernyawa.
Contoh 4
Kata putus
Maksud: Kata yang menentukan sesuatu
perkara.
Ayat contoh: Emak hanya menanti kata
putus ayah sama ada kami sekeluarga
akan balik ke kampung petang ini atau
esok pagi.
Simpulan Bahasa Maksud
ada angin orang yang mempunyai sikap tidak tetap
air muka maruah atau rupa yang menggambarkan perasaan seseorang
bahasa dalam bahasa istana
bahasa pasar bahasa yang tidak menurut tatabahasa, percakapan hari-hari
cangkul angin melakukan kerja yang tidak berfaedah
cacing kepanasan orang yang selalu gelisah
duit kopi rasuah, wang suap
durian runtuh mendapat keuntungan yang tidak disangka-sangka
gelap mata lupa diri atau terpengaruh oleh wang ringgit atau lain-lain
Latihan 1
1 "Lukisan itu hasil daripada ____________
emak saudara saya yang tinggal di New
Zealand," jelas Zura kepada kawannya.
A buah hati
B sagu hati
C cendera hati
D bekas tangan
Latihan 2
2 Setiap masalah dalam perbincangan
berkumpulan pasti dapat diselesaikan.
Lebih-lebih lagi ketua kumpulan itu, Amri
memang ________.
A otak udang
B terang hati
C otak cair
Latihan 3
3 Walaupon dimarahi bertubi-tubi oleh Mak
Lijah, Wak Siron tetap tersengih. Tingkah
laku Wak Siron memang begitu kerana dia
________.
A telinga tempayan
B hidung tinggi
C telinga kuali
D telinga nipis
Latihan 4
4 Penjual itu _______ apabila seorang
pengguna mempertikaikan kualiti
barangan yang dijualnya.
A patah hati
B naik angin
C hilang akal
D panas baran
Latihan 5
5 Keluarga arwah Pak Mail _______ sejak
kematiannya. Tambahan pula, anak-
anaknya masih kecil.
A patah hati
B patah arang
C patah kandar
D sebatang kara
Perumpamaan
* merupakan peribahasa yang
membandingkan sesuatu dengan apa
yang ada di sekeliling
* maksud perumpamaan berlainan daripada
kelompok kata yang membentuknya
* menggunakan kata-kata perbandingan
bagai, bak, ibarat, laksana, seperti dan
umpama
Contoh 1
Seperti anjing dengan kucing
Maksud: Selalu bergaduh.
Ayat contoh: Walaupun mereka dua beradik
sahaja, namun Nani dan kakaknya seperti
anjing dengan kucing kerana mereka
selalu bergaduh.
Contoh 2
Bagai pinang dibelah dua
Maksud: Sepasang pengantin yang sama
cantik dan sama padan.
Ayat contoh: Tetamu begitu asyik melihat
pasangan pengantin di atas pelamin
kerana kedua-duanya bagai pinang
dibelah dua.
Contoh 3
Seperti tikus membaiki labu
Maksud: Orang yang cuba memperbaiki
sesuatu yang tidak diketahui, tambah
merosakkan.
Ayat contoh: "Tak usah kamu baiki radio
yang rosak itu. Nanti seperti tikus
membaiki labu jadinya," kata Mak Cik
Timah kepada anaknya.
Perumpamaan Maksud
bagai ayam disambar helang seseorang yang hilang dengan tiba-tiba
bagai bulan jatuh ke riba mendapat untung yang besar
bagai kacang lupakan kulit orang yang tidak mengenang budi
bagai layang-layang putus tali putus harapan dan berserah pada nasib
seperti ayam berak kapur muka pucat dan tidak bermaya
seperti cicak makan kapur
beroleh malu dalam sesuatu keadaan kerana
kesalahan diri sendiri
seperti kera mendapat bunga
memperoleh sesuatu yang tidak dapat digunakan
atau dihargai
seperti ular kena palu jalan atau barisan yang bengkang-bengkok
umpama sirah pulang ke
gagang
pulang ke tempat asal
Latihan 1
1 Walaupun Hani dan Hana saudara
kembar, namun rupa dan perangai
mereka ______ .
A seperti cincin dengan permata
B seperti langit dengan bumi
C seperti aur dengan tebing
D seperti isi dengan kuku
Latihan 2
2 Hati Kesuma _______ apabila mendengar
umpat keji jiran sekeliling terhadap
keluarganya.
A seperti ayam berak kapur
B bagai dihiris dengan sembilu
C seperti embun dihujung rumput
Latihan 3
3 Kami amat rapat dan berkawan baik sejak
kecil lagi. Kami seperti _______ .
A isi dengan kuku
B aur dengan tebing
C pahat dengan penukul
D cincin dengan permata
Latihan 4
4 Yusuf dan Ravi _______ semasa mereka
tiba di Kuala Lumpur pertama kali.
A seperti kerbau dicucuk hidung
B seperti rusa masuk kampung
C seperti tikus jatuh ke beras
D bagai kumbang putus tali
Latihan 5
5 "Sebagai pelajar, kamu tidak harus
menjadi _______ . Kamu mesti banyak
membaca bahan bacaan untuk meluaskan
pengetahuan," pesan Cikgu Rogayah.
A seperti katak di bawah tempurung
B seperti embun di hujung rumput
C seperti kera mendapat bunga
Bidalan
* sejenis peribahasa yang mengandung
nasihat dan pengajaran yang benar untuk
dijadikan teladan
* ungkapan yang pendek, selalu bermain di
mulut orang
Contoh 1
Indah khabar dari rupa
Maksud: Khabar tentang sesuatu perkara
biasanya dilebih-lebihkan.
Ayat contoh: Apabila bersua dengan bakal
abang iparnya, Mamat tersenyum
sendirian memikirkan kata-kata emaknya
yang indah khabar dari rupa kerana
bakal suami kakaknya itu tidaklah
setampan pelakon yang digembar-
gemburkan oleh emaknya.
Contoh 2
Malas berdayung perahu hanyut
Maksud: Kalau malas berusaha,
kesenangan tidak dapat dikecapi.
Ayat contoh: Bertahun-tahun Kak Yati
menganggur tidak pernah berusaha
memajukan diri, memang benarlah malas
berdayung perahu hanyut.
Contoh 3
Sambil menyelam minum air
Maksud: Membuat dua kerja dalam satu
masa.
Ayat contoh: Pemergian abang ke kota
Landon memang sambil menyelam
minum air kerana untuk mencari rakan
lamanya sambil bercuti di sana.
Bidalan Maksud
ada gula ada semut ada sumber rezeki di situlah orang akan bertumpu
bagaimana acuan begitulah
kuihnya
sesuatu itu menurut asalnya; anak menurut baka
ibu bapanya
besar periuk besarlah keraknya
semakin besar pendapatan semakin besarlah
perbelanjaannya
gunting dalam lipatan/musuh
dalam selimut
musuh atau pengkhianat dalam kalangan kita
sendiri yang tidak diketahui
hilang di mata di hati jangan walaupun berjauhan, selalu ingat dalam hati
lempar batu sembunyi tangan
orang yang membuat sesuatu kesalahan tetapi
berdiam diri tidak mengakuinya
melentur buluh biar dari rebung mendidik anak-anak hendaklah dari kecil
ringan tulang berat perut
sesiapa yang rajin bekerja atau berusaha akan
mendapat banyak rezeki
ukur baju di badan sendiri
apabila melakukan sesuatu biarlah mengikut
kemampuan sendiri
Latihan 1
1 Peluang pekerjaan yang banyak di
bandar-bandar besar menarik minat anak
muda berhijrah ke sana. Memanglah
begitu _______ .
A ada gula ada semut
B hati hendak semua jadi
C ada udang sebalik batu
D bertemu buku dengan ruas
Latihan 2
2 Amir menyimpan sepertiga daripada wang
perbelanjaan harian yang diberikan oleh
bapanya. Sekiranya menghadapi masalah
kewangan, simpanan itu akan digunakan
kerana dia telah ______ .
A sudah jatuh ditimpa tangga
B belum duduk sudah berlunjur
C sudah terhantuk baru tengadah
D sediakan payung sebelum hujan
Latihan 3
3 walaupun abang belum memaklumkan
tarikh kepulangannya, emak sudah
menjemput jiran tertangga ke majlis
kesyukuran menyambut kepulangan
abang. Ayah tidak bersetuju dengan cara
emak yang ______ .
A belum duduk sudah berlunjur
B genggam bara api biar sampai jadi
arang
C dengar guruh di langit, air tempayan
dicurahkan
Latihan 4
4 Kakak membuat keputusan untuk bekerja
di pekan sementara menunggu keputusan
peperiksaan diumumkan.
A Tepuk dada tanya selera
B Sediakan payung sebelum hujan
C Buang yang keruh ambik yang jernih
D Memasang lukah di pergentingan
Latihan 5
5 Keputusan Salim untuk mendalami ilmu
persilatan dengan Tok Ngah di samping
menemaninya sepanjang cuti
persekolahan dianggap _______ oleh
ibubapanya.
A alang-alang mandi biarlah basah
B bumi mana tidak ditimpa hujan
C sambil menyelam minum air
D menanam tebu di tepi bibir
Pepatah
* sejenis peribahasa yang berangkap dan
terdapat pengulangan kata di dalamnya
* perkataan yang berpatah-patah atau
berkerat-kerat untuk menyampaikan
sesuatu maksud
* maksud yang disampaikan jelas dan
digunakan untuk memberikan
pengajaran, nasihat dan panduan hidup
Contoh 1
Banyak udang banyak garam, banyak
orang banyak ragam
Maksud: Setiap orang mempunyai
pendapat atau kemahiran yang tidak
sama; semakin banyak orang, semakin
banyak pula pendapat dan
kemahuannya.
Ayat contoh: Kadang-kadang, Encik Jambu
pening dengan kerenah pekerja-
pekerjanya kerana banyak udang
banyak garam, banyak orang banyak
ragam.
Contoh 2
Datang tak berjemput, pulang tak
berhantar
Maksud: Tetamu yang tidak penting.
Ayat contoh: Syakirah berasa canggung dan
seolah-olah datang tak berjemput,
pulang tak berhantar di majlis
perkahwinan tersebut.
Contoh 3
Hidung tak mancung, pipi tersorong-
sorong
Maksud: Seseorang yang suka menonjol-
nonjolkan dirinya kepada orang lain
tetapi orang itu langsung tidak
mengendahkannya.
Ayat contoh: Diana dikatakan hidung tak
mancung pipi tersorong-sorong kerana
mencuba mendekati Rahim walaupun
lelaki itu tidak menyukainya.
Pepatah Maksud
ada padi semua kerja jadi, ada
beras semua kerja deras
bagi orang yang mampu, semua perkara dapat
dicapai dengan mudah
ada ubi ada batas, ada masa
dapat balas
perbuatan yang jahat akan mendapat balasan juga
akhirnya
berani kerana benar, takut
kerana salah
orang yang bersalah akan berasa takut manakala
orang yang tidak bersalah akan mempertahankan
kebenaranya
berapa berat mata memandang,
berat lagi bahu memikul
betapa berat kita melihat kesusahan orang lain,
lebih berat lagi orang yang menanggung
kesusahan itu
biar mati anak, jangan mati adat
adat resam tidak boleh dilanggar atau
dibelakangkan
hendak seribu daya, tak hendak
seribu dalih
kalau ada kemahuan maka ada sahaja jalan untuk
melakukan, tetapi jika hati tidak mahu, maka
pelbagai alasan akan diberikan
ikut hati mati, ikut rasa binasa
orang yang mengikut hawa nafsu akan mendapat
kesusahan akhirnya
Latihan 1
1 Sarina sangat kasihan melihat wanita itu,
namun baginya _______ .
A berapa berat mata memandang, berat
lagi bahu memikul
B kais pagi makan pagi, kais petang
makan petang
C hendak seribu daya, tak hendak seribu
dalih
D biar putih tulang jangan putih mata
Latihan 2
2 Disebabkan sikapnya yang _______, wakil
rakyat itu dapat bergaul mesra dan
disenangi oleh masyarakat.
A ke tengah boleh, ke tepi pun boleh
B berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing
C hendak seribu daya, tak hendak seribu
dalih
Latihan 3
3 Zakiah membeli sepasang baju kurung
untuk dihadiahkan kepada jirannya yang
membantunya mendapatkan pekerjaan.
Baginya _______.
A ada angin, ada pokok
B orang berbudi kita berbahasa, orang
memberi kita merasa
C hancur badan dikandung tanah, budi
yang baik dikenang juga
Latihan 4
4 "Aku akan melakukan kerja ini dengan
bersungguh-sungguh, _______," kata
Fazrin dengan penuh semangat.
A hendak seribu daya, tak hendak seribu
dalih
B ingat sebelum kena, jimat sebelum
habis
C sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit
Latihan 5
5 Yazid tidak takut walaupun ada orang
yang menuduhnya mencuri kerana dia
berpegang kepada pepatah ______.
A biar putih tulang, jangan putih mata
B berani kerana benar, takut kerana
salah
C jika tiada angin, masakan pokok
bergoyang
Bandingan/Kiasan
* bentuk ungkapan atau bahasa kiasan
yang menggambarkan sifat seseorang
atau benda secara bandingan.
* bandingan yang digambarkan itu adalah
jelas. Ungkapan bandingan digunakan
bersama dengan perkataan macam,
seperti, bagai dan laksana.
Contoh
Anggun seperti ratu
Ayat contoh: Penampilan ibu semasa
menghadiri makan malam tahunan tempat
kerjanya anggun seperti ratu.
Bisa seperti racun
Ayat contoh: Cacian orang itu masih
berbekas di hati saya kerana bisa seperti
racun.
Licin seperti belut
Ayat contoh: Permukaan lantai itu licin
seperti belut kerana baru dicuci.
Sibuk seperti lebah
Ayat contoh: Emak selalu merungut kerana
ayah asyik bekerja walaupun pada hari
minggu sibuk seperti lebah.
Bidalan / Kiasan
adil seperti hakim
bebas seperti
burung
cantik seperti
bidadari
dalam seperti
lautan
alim seperti ulama becok seperti murai cepat seperti kilat deras seperti ribut
alun seperti ombak
berani seperti
harimau
cerdik seperti kancil
diam seperti
tunggul
aman seperti
syurga
bersih seperti kain
putih
gemuk seperti
badak
pahit seperti
hempedu
angkuh seperti
merak
besar seperti gajah
harum seperti
bunga
panjang seperti
galah
arif seperti pendeta biru seperti laut
hina seperti anjing
kurap
putih seperti kapas
halus seperti sutera
bodoh seperti
keldai
hitam seperti arang tajam seperti pisau
ganas seperti singa bulat seperti bola kaku seperti mayat suci seperti bayi
Latihan 1
1 Ubat yang diminum adik itu rasanya
_______.
A pahit seperti hempedu
B keras seperti batu
C pedas seperti cili
D tawar seperti air
Latihan 2
2 Kotak yang tidak terangkat oleh
Darmindra itu _______.
A berat seperti batu
B besar seperti gajah
C ringan seperti kapas
D lembut seperti sutera
Latihan 3
3 Muka adik _______ apabila dimarahi
emak.
A manis seperti gula
B masam seperti cuka
C masin seperti garam
D merah seperti biji saga
Latihan 4
4 Kawasan sawah itu _______ apabila tiba
musim kemarau.
A panas seperti api
B luas seperti lautan
C dalam seperti lautan
D tandus seperti padang pasir
Latihan 5
5 Banyak anak muda terpikat kepada gadis
itu yang _______.
A manis seperti gula
B tinggi seperti galah
C lembut seperti sutera
D cantik seperti bidadari
Kata-kata Hikmat
* ungkapan bernas yang mempunyai
maksud yang dapat memberikan
pengajaran, kesedaran, teladan dan
peringatan
* ringkas dan merupakan pengajaran
berguna sebagai panduan hidup
Contoh 1
Biar lambat asal selamat
Maksud: Tidak terburu-buru semasa
mengambil tindakan; merancang
dengan baik sebelum melakukan
sesuatu.
Ayat contoh: Ibu sentiasa mengingatkan
saya dengan menyatakan biar lambat
asalkan selamat jika saya tergesa-gesa
menunggang basikal ke sekolah.
Contoh 2
Bertangguh itu pencuri masa
Maksud: Melakukan kerja dengan
bertangguh akhirnya akan merugikan
diri sendiri.
Ayat contoh: Marimutu mahu menyiapkan
kerja sekolahnya secepat mungkin kerana
baginya bertangguh itu pencuri masa.
Contoh 3
Hilang bahasa lenyaplah bangsa
Maksud: Sesuatu bangsa itu dianggap
sudah tiada jika bahasanya sudah tidak
dituturkan lagi.
Ayat contoh: Cikgu selalu berpesan kepada
kami agar menggunakan bahasa Malaysia
dengan baik dan tidak mempersia-siakan
bahasa kebangsaan itu kerana katanya,
hilang bahasa lenyaplah bangsa.
Kata-kata Hikmat Maksud
badan sihat otak cerdas
dengan kesihatan yang baik akan melahirkan otak yang
pintar
bahasa jiwa bangsa
bahasa merupakan identiti atau lambang keperibadian
sesuatu masyarakat
bersekutu bertambah mutu
jika kita bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu
kerja, akan menghasilkan kejayaan yang cemerlang
kata dikotakan janji atau kata-kata yang diluahkan haruslah ditunaikan
masa itu emas
masa sangat berharga dan seharusnya kita
menggunakannya dengan sebaik mungkin
membaca jambatan ilmu
ilmu pengetahuan dapat ditingkatkan melalui
pembacaan
pandu cermat jiwa selamat
memandu dengan berhati-hati akan dapat
mengelakkan kemalangan
sabar itu separuh daripada
iman
kita dituntut agar sentiasa bersabar dalam segala hal
kerana keimanan seseorang itu dapat dilihat daripada
sifat sabarnya
Latihan 1
1 Hamid sentiasa menepati janji yang
dibuatnya kerana baginya, _______.
A sabar itu separuh daripada iman
B bertangguh itu pencuri masa
C kata dikotakan
D masa itu emas
Latihan 2
2 "Jangan suka mengata dan mencaci
orang kerana ______," pesan ibu kepada
kami.
A tangan yang menghayun buaian itu
mampu menggoncang dunia
B kata-kata lebih tajam daripada mata
pedang
C berfikir dahulu sebelum bertindak
Latihan 3
3 Adi dan Adni sangat gemar membaca
buku kerana bagi mereka ______.
A ilmu pelita hati
B membaca jambatan ilmu
C tuntutlah ilmu hingga ke Negara China
Latihan 4
4 Kita dapat berfikir dengan baik dan wajar
jika mempunyai kesihatan yang baik
kerana ______.
A sabar itu separuh daripada iman
B bersatu teguh, bercerai roboh
C badan sihat otak cerdas
D ilmu pelita hidup
latihan 5
5 Ayah sentiasa berhati-hati semasa
memandu, lebih-lebih lagi jika ada
keluarga bersama-sama. Baginya,
______.
A pandu cermat jiwa selamat
B biar lambat asal selamat
C sabar itu separuh daripada iman
D berfikir dahulu sebelum bertindak

Peribahasa

  • 1.
    PERIBAHASA Definisi susunan kata-kata yangmengandungi teladan, sindiran dan pengajaran serta mempunyai makna tertentu
  • 2.
    Peribahasa digolongkan kepada beberapajenis, iaitu: ( a ) simpulan bahasa ( b ) perumpamaan ( c ) bidalan ( d ) pepatah ( e ) bandingan/kiasan ( f ) kata-kata hikmat
  • 3.
    Simpulan Bahasa * ringkasdan biasanya terdiri daripada dua patah perkataan * himpunan kata yang mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkataan yang membentuknya * digunakan untuk menjelaskan maksud sesuatu pengucapan dengan membawa erti yang mendalam
  • 4.
    Contoh 1 Alim kucing Maksud:Berpura-pura baik di hadapan orang Ayat contoh: Perangai Abang Mus yang alim kucing itu terbongkar apabila Pak Seman terserempak dengannya yang berdua-duaan dengan gadis di hujung kampung.
  • 5.
    Contoh 2 Bajak wangkang Maksud:Orang yang gemar dipuji. Ayat contoh: Amirul tersenyum apabila dipuji tentang penampilannya pagi itu kerana dia bajak wangkang, pantang dipuji.
  • 6.
    Contoh 3 Bangkai Bernyawa Maksud:Orang yang tidak berguna, kurus kering dan tidak bermaya. Ayat contoh: Tubuh Pak Alib yang menderita sakit tibi itu macam bangkai bernyawa.
  • 7.
    Contoh 4 Kata putus Maksud:Kata yang menentukan sesuatu perkara. Ayat contoh: Emak hanya menanti kata putus ayah sama ada kami sekeluarga akan balik ke kampung petang ini atau esok pagi.
  • 8.
    Simpulan Bahasa Maksud adaangin orang yang mempunyai sikap tidak tetap air muka maruah atau rupa yang menggambarkan perasaan seseorang bahasa dalam bahasa istana bahasa pasar bahasa yang tidak menurut tatabahasa, percakapan hari-hari cangkul angin melakukan kerja yang tidak berfaedah cacing kepanasan orang yang selalu gelisah duit kopi rasuah, wang suap durian runtuh mendapat keuntungan yang tidak disangka-sangka gelap mata lupa diri atau terpengaruh oleh wang ringgit atau lain-lain
  • 9.
    Latihan 1 1 "Lukisanitu hasil daripada ____________ emak saudara saya yang tinggal di New Zealand," jelas Zura kepada kawannya. A buah hati B sagu hati C cendera hati D bekas tangan
  • 10.
    Latihan 2 2 Setiapmasalah dalam perbincangan berkumpulan pasti dapat diselesaikan. Lebih-lebih lagi ketua kumpulan itu, Amri memang ________. A otak udang B terang hati C otak cair
  • 11.
    Latihan 3 3 Walaupondimarahi bertubi-tubi oleh Mak Lijah, Wak Siron tetap tersengih. Tingkah laku Wak Siron memang begitu kerana dia ________. A telinga tempayan B hidung tinggi C telinga kuali D telinga nipis
  • 12.
    Latihan 4 4 Penjualitu _______ apabila seorang pengguna mempertikaikan kualiti barangan yang dijualnya. A patah hati B naik angin C hilang akal D panas baran
  • 13.
    Latihan 5 5 Keluargaarwah Pak Mail _______ sejak kematiannya. Tambahan pula, anak- anaknya masih kecil. A patah hati B patah arang C patah kandar D sebatang kara
  • 14.
    Perumpamaan * merupakan peribahasayang membandingkan sesuatu dengan apa yang ada di sekeliling * maksud perumpamaan berlainan daripada kelompok kata yang membentuknya * menggunakan kata-kata perbandingan bagai, bak, ibarat, laksana, seperti dan umpama
  • 15.
    Contoh 1 Seperti anjingdengan kucing Maksud: Selalu bergaduh. Ayat contoh: Walaupun mereka dua beradik sahaja, namun Nani dan kakaknya seperti anjing dengan kucing kerana mereka selalu bergaduh.
  • 16.
    Contoh 2 Bagai pinangdibelah dua Maksud: Sepasang pengantin yang sama cantik dan sama padan. Ayat contoh: Tetamu begitu asyik melihat pasangan pengantin di atas pelamin kerana kedua-duanya bagai pinang dibelah dua.
  • 17.
    Contoh 3 Seperti tikusmembaiki labu Maksud: Orang yang cuba memperbaiki sesuatu yang tidak diketahui, tambah merosakkan. Ayat contoh: "Tak usah kamu baiki radio yang rosak itu. Nanti seperti tikus membaiki labu jadinya," kata Mak Cik Timah kepada anaknya.
  • 18.
    Perumpamaan Maksud bagai ayamdisambar helang seseorang yang hilang dengan tiba-tiba bagai bulan jatuh ke riba mendapat untung yang besar bagai kacang lupakan kulit orang yang tidak mengenang budi bagai layang-layang putus tali putus harapan dan berserah pada nasib seperti ayam berak kapur muka pucat dan tidak bermaya seperti cicak makan kapur beroleh malu dalam sesuatu keadaan kerana kesalahan diri sendiri seperti kera mendapat bunga memperoleh sesuatu yang tidak dapat digunakan atau dihargai seperti ular kena palu jalan atau barisan yang bengkang-bengkok umpama sirah pulang ke gagang pulang ke tempat asal
  • 19.
    Latihan 1 1 WalaupunHani dan Hana saudara kembar, namun rupa dan perangai mereka ______ . A seperti cincin dengan permata B seperti langit dengan bumi C seperti aur dengan tebing D seperti isi dengan kuku
  • 20.
    Latihan 2 2 HatiKesuma _______ apabila mendengar umpat keji jiran sekeliling terhadap keluarganya. A seperti ayam berak kapur B bagai dihiris dengan sembilu C seperti embun dihujung rumput
  • 21.
    Latihan 3 3 Kamiamat rapat dan berkawan baik sejak kecil lagi. Kami seperti _______ . A isi dengan kuku B aur dengan tebing C pahat dengan penukul D cincin dengan permata
  • 22.
    Latihan 4 4 Yusufdan Ravi _______ semasa mereka tiba di Kuala Lumpur pertama kali. A seperti kerbau dicucuk hidung B seperti rusa masuk kampung C seperti tikus jatuh ke beras D bagai kumbang putus tali
  • 23.
    Latihan 5 5 "Sebagaipelajar, kamu tidak harus menjadi _______ . Kamu mesti banyak membaca bahan bacaan untuk meluaskan pengetahuan," pesan Cikgu Rogayah. A seperti katak di bawah tempurung B seperti embun di hujung rumput C seperti kera mendapat bunga
  • 24.
    Bidalan * sejenis peribahasayang mengandung nasihat dan pengajaran yang benar untuk dijadikan teladan * ungkapan yang pendek, selalu bermain di mulut orang
  • 25.
    Contoh 1 Indah khabardari rupa Maksud: Khabar tentang sesuatu perkara biasanya dilebih-lebihkan. Ayat contoh: Apabila bersua dengan bakal abang iparnya, Mamat tersenyum sendirian memikirkan kata-kata emaknya yang indah khabar dari rupa kerana bakal suami kakaknya itu tidaklah setampan pelakon yang digembar- gemburkan oleh emaknya.
  • 26.
    Contoh 2 Malas berdayungperahu hanyut Maksud: Kalau malas berusaha, kesenangan tidak dapat dikecapi. Ayat contoh: Bertahun-tahun Kak Yati menganggur tidak pernah berusaha memajukan diri, memang benarlah malas berdayung perahu hanyut.
  • 27.
    Contoh 3 Sambil menyelamminum air Maksud: Membuat dua kerja dalam satu masa. Ayat contoh: Pemergian abang ke kota Landon memang sambil menyelam minum air kerana untuk mencari rakan lamanya sambil bercuti di sana.
  • 28.
    Bidalan Maksud ada gulaada semut ada sumber rezeki di situlah orang akan bertumpu bagaimana acuan begitulah kuihnya sesuatu itu menurut asalnya; anak menurut baka ibu bapanya besar periuk besarlah keraknya semakin besar pendapatan semakin besarlah perbelanjaannya gunting dalam lipatan/musuh dalam selimut musuh atau pengkhianat dalam kalangan kita sendiri yang tidak diketahui hilang di mata di hati jangan walaupun berjauhan, selalu ingat dalam hati lempar batu sembunyi tangan orang yang membuat sesuatu kesalahan tetapi berdiam diri tidak mengakuinya melentur buluh biar dari rebung mendidik anak-anak hendaklah dari kecil ringan tulang berat perut sesiapa yang rajin bekerja atau berusaha akan mendapat banyak rezeki ukur baju di badan sendiri apabila melakukan sesuatu biarlah mengikut kemampuan sendiri
  • 29.
    Latihan 1 1 Peluangpekerjaan yang banyak di bandar-bandar besar menarik minat anak muda berhijrah ke sana. Memanglah begitu _______ . A ada gula ada semut B hati hendak semua jadi C ada udang sebalik batu D bertemu buku dengan ruas
  • 30.
    Latihan 2 2 Amirmenyimpan sepertiga daripada wang perbelanjaan harian yang diberikan oleh bapanya. Sekiranya menghadapi masalah kewangan, simpanan itu akan digunakan kerana dia telah ______ . A sudah jatuh ditimpa tangga B belum duduk sudah berlunjur C sudah terhantuk baru tengadah D sediakan payung sebelum hujan
  • 31.
    Latihan 3 3 walaupunabang belum memaklumkan tarikh kepulangannya, emak sudah menjemput jiran tertangga ke majlis kesyukuran menyambut kepulangan abang. Ayah tidak bersetuju dengan cara emak yang ______ . A belum duduk sudah berlunjur B genggam bara api biar sampai jadi arang C dengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan
  • 32.
    Latihan 4 4 Kakakmembuat keputusan untuk bekerja di pekan sementara menunggu keputusan peperiksaan diumumkan. A Tepuk dada tanya selera B Sediakan payung sebelum hujan C Buang yang keruh ambik yang jernih D Memasang lukah di pergentingan
  • 33.
    Latihan 5 5 KeputusanSalim untuk mendalami ilmu persilatan dengan Tok Ngah di samping menemaninya sepanjang cuti persekolahan dianggap _______ oleh ibubapanya. A alang-alang mandi biarlah basah B bumi mana tidak ditimpa hujan C sambil menyelam minum air D menanam tebu di tepi bibir
  • 34.
    Pepatah * sejenis peribahasayang berangkap dan terdapat pengulangan kata di dalamnya * perkataan yang berpatah-patah atau berkerat-kerat untuk menyampaikan sesuatu maksud * maksud yang disampaikan jelas dan digunakan untuk memberikan pengajaran, nasihat dan panduan hidup
  • 35.
    Contoh 1 Banyak udangbanyak garam, banyak orang banyak ragam Maksud: Setiap orang mempunyai pendapat atau kemahiran yang tidak sama; semakin banyak orang, semakin banyak pula pendapat dan kemahuannya. Ayat contoh: Kadang-kadang, Encik Jambu pening dengan kerenah pekerja- pekerjanya kerana banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.
  • 36.
    Contoh 2 Datang takberjemput, pulang tak berhantar Maksud: Tetamu yang tidak penting. Ayat contoh: Syakirah berasa canggung dan seolah-olah datang tak berjemput, pulang tak berhantar di majlis perkahwinan tersebut.
  • 37.
    Contoh 3 Hidung takmancung, pipi tersorong- sorong Maksud: Seseorang yang suka menonjol- nonjolkan dirinya kepada orang lain tetapi orang itu langsung tidak mengendahkannya. Ayat contoh: Diana dikatakan hidung tak mancung pipi tersorong-sorong kerana mencuba mendekati Rahim walaupun lelaki itu tidak menyukainya.
  • 38.
    Pepatah Maksud ada padisemua kerja jadi, ada beras semua kerja deras bagi orang yang mampu, semua perkara dapat dicapai dengan mudah ada ubi ada batas, ada masa dapat balas perbuatan yang jahat akan mendapat balasan juga akhirnya berani kerana benar, takut kerana salah orang yang bersalah akan berasa takut manakala orang yang tidak bersalah akan mempertahankan kebenaranya berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul betapa berat kita melihat kesusahan orang lain, lebih berat lagi orang yang menanggung kesusahan itu biar mati anak, jangan mati adat adat resam tidak boleh dilanggar atau dibelakangkan hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih kalau ada kemahuan maka ada sahaja jalan untuk melakukan, tetapi jika hati tidak mahu, maka pelbagai alasan akan diberikan ikut hati mati, ikut rasa binasa orang yang mengikut hawa nafsu akan mendapat kesusahan akhirnya
  • 39.
    Latihan 1 1 Sarinasangat kasihan melihat wanita itu, namun baginya _______ . A berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul B kais pagi makan pagi, kais petang makan petang C hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih D biar putih tulang jangan putih mata
  • 40.
    Latihan 2 2 Disebabkansikapnya yang _______, wakil rakyat itu dapat bergaul mesra dan disenangi oleh masyarakat. A ke tengah boleh, ke tepi pun boleh B berat sama dipikul, ringan sama dijinjing C hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
  • 41.
    Latihan 3 3 Zakiahmembeli sepasang baju kurung untuk dihadiahkan kepada jirannya yang membantunya mendapatkan pekerjaan. Baginya _______. A ada angin, ada pokok B orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa C hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga
  • 42.
    Latihan 4 4 "Akuakan melakukan kerja ini dengan bersungguh-sungguh, _______," kata Fazrin dengan penuh semangat. A hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih B ingat sebelum kena, jimat sebelum habis C sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit
  • 43.
    Latihan 5 5 Yazidtidak takut walaupun ada orang yang menuduhnya mencuri kerana dia berpegang kepada pepatah ______. A biar putih tulang, jangan putih mata B berani kerana benar, takut kerana salah C jika tiada angin, masakan pokok bergoyang
  • 44.
    Bandingan/Kiasan * bentuk ungkapanatau bahasa kiasan yang menggambarkan sifat seseorang atau benda secara bandingan. * bandingan yang digambarkan itu adalah jelas. Ungkapan bandingan digunakan bersama dengan perkataan macam, seperti, bagai dan laksana.
  • 45.
    Contoh Anggun seperti ratu Ayatcontoh: Penampilan ibu semasa menghadiri makan malam tahunan tempat kerjanya anggun seperti ratu. Bisa seperti racun Ayat contoh: Cacian orang itu masih berbekas di hati saya kerana bisa seperti racun.
  • 46.
    Licin seperti belut Ayatcontoh: Permukaan lantai itu licin seperti belut kerana baru dicuci. Sibuk seperti lebah Ayat contoh: Emak selalu merungut kerana ayah asyik bekerja walaupun pada hari minggu sibuk seperti lebah.
  • 47.
    Bidalan / Kiasan adilseperti hakim bebas seperti burung cantik seperti bidadari dalam seperti lautan alim seperti ulama becok seperti murai cepat seperti kilat deras seperti ribut alun seperti ombak berani seperti harimau cerdik seperti kancil diam seperti tunggul aman seperti syurga bersih seperti kain putih gemuk seperti badak pahit seperti hempedu angkuh seperti merak besar seperti gajah harum seperti bunga panjang seperti galah arif seperti pendeta biru seperti laut hina seperti anjing kurap putih seperti kapas halus seperti sutera bodoh seperti keldai hitam seperti arang tajam seperti pisau ganas seperti singa bulat seperti bola kaku seperti mayat suci seperti bayi
  • 48.
    Latihan 1 1 Ubatyang diminum adik itu rasanya _______. A pahit seperti hempedu B keras seperti batu C pedas seperti cili D tawar seperti air
  • 49.
    Latihan 2 2 Kotakyang tidak terangkat oleh Darmindra itu _______. A berat seperti batu B besar seperti gajah C ringan seperti kapas D lembut seperti sutera
  • 50.
    Latihan 3 3 Mukaadik _______ apabila dimarahi emak. A manis seperti gula B masam seperti cuka C masin seperti garam D merah seperti biji saga
  • 51.
    Latihan 4 4 Kawasansawah itu _______ apabila tiba musim kemarau. A panas seperti api B luas seperti lautan C dalam seperti lautan D tandus seperti padang pasir
  • 52.
    Latihan 5 5 Banyakanak muda terpikat kepada gadis itu yang _______. A manis seperti gula B tinggi seperti galah C lembut seperti sutera D cantik seperti bidadari
  • 53.
    Kata-kata Hikmat * ungkapanbernas yang mempunyai maksud yang dapat memberikan pengajaran, kesedaran, teladan dan peringatan * ringkas dan merupakan pengajaran berguna sebagai panduan hidup
  • 54.
    Contoh 1 Biar lambatasal selamat Maksud: Tidak terburu-buru semasa mengambil tindakan; merancang dengan baik sebelum melakukan sesuatu. Ayat contoh: Ibu sentiasa mengingatkan saya dengan menyatakan biar lambat asalkan selamat jika saya tergesa-gesa menunggang basikal ke sekolah.
  • 55.
    Contoh 2 Bertangguh itupencuri masa Maksud: Melakukan kerja dengan bertangguh akhirnya akan merugikan diri sendiri. Ayat contoh: Marimutu mahu menyiapkan kerja sekolahnya secepat mungkin kerana baginya bertangguh itu pencuri masa.
  • 56.
    Contoh 3 Hilang bahasalenyaplah bangsa Maksud: Sesuatu bangsa itu dianggap sudah tiada jika bahasanya sudah tidak dituturkan lagi. Ayat contoh: Cikgu selalu berpesan kepada kami agar menggunakan bahasa Malaysia dengan baik dan tidak mempersia-siakan bahasa kebangsaan itu kerana katanya, hilang bahasa lenyaplah bangsa.
  • 57.
    Kata-kata Hikmat Maksud badansihat otak cerdas dengan kesihatan yang baik akan melahirkan otak yang pintar bahasa jiwa bangsa bahasa merupakan identiti atau lambang keperibadian sesuatu masyarakat bersekutu bertambah mutu jika kita bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu kerja, akan menghasilkan kejayaan yang cemerlang kata dikotakan janji atau kata-kata yang diluahkan haruslah ditunaikan masa itu emas masa sangat berharga dan seharusnya kita menggunakannya dengan sebaik mungkin membaca jambatan ilmu ilmu pengetahuan dapat ditingkatkan melalui pembacaan pandu cermat jiwa selamat memandu dengan berhati-hati akan dapat mengelakkan kemalangan sabar itu separuh daripada iman kita dituntut agar sentiasa bersabar dalam segala hal kerana keimanan seseorang itu dapat dilihat daripada sifat sabarnya
  • 58.
    Latihan 1 1 Hamidsentiasa menepati janji yang dibuatnya kerana baginya, _______. A sabar itu separuh daripada iman B bertangguh itu pencuri masa C kata dikotakan D masa itu emas
  • 59.
    Latihan 2 2 "Jangansuka mengata dan mencaci orang kerana ______," pesan ibu kepada kami. A tangan yang menghayun buaian itu mampu menggoncang dunia B kata-kata lebih tajam daripada mata pedang C berfikir dahulu sebelum bertindak
  • 60.
    Latihan 3 3 Adidan Adni sangat gemar membaca buku kerana bagi mereka ______. A ilmu pelita hati B membaca jambatan ilmu C tuntutlah ilmu hingga ke Negara China
  • 61.
    Latihan 4 4 Kitadapat berfikir dengan baik dan wajar jika mempunyai kesihatan yang baik kerana ______. A sabar itu separuh daripada iman B bersatu teguh, bercerai roboh C badan sihat otak cerdas D ilmu pelita hidup
  • 62.
    latihan 5 5 Ayahsentiasa berhati-hati semasa memandu, lebih-lebih lagi jika ada keluarga bersama-sama. Baginya, ______. A pandu cermat jiwa selamat B biar lambat asal selamat C sabar itu separuh daripada iman D berfikir dahulu sebelum bertindak