Download as PDF, PPTX


TAKSIRAN DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PENILAI (ASSESSOR) SHASSIC™ Pegawai Penilai (Assessor) SHASSIC™ adalah Individu berkelayakan dan bertauliah oleh CIDB melalui syarat-syarat yang ditetapkan dan individu yang bertanggungjawab menilai tahap keselamatan dan kesihatan di tapak pembinaan berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh CIS 10 dari lantikan Pusat Penilaian bagi menilai satu projek pembinaan. Mereka menjalankan pemeriksaan tapak, audit dokumen, dan temubual pekerja secara objektif dari peringkat pengurusan, penyelia dan pekerja untuk memastikan pematuhan kepada standard keselamatan dan kesihatan industri. Antara tanggungjawab Pegawai Penilai (Assessor) SHASSIC™ adalah; a) Menjalankan penilaian projek pembinaan atas lantikan Pusat Penilaian. b) Mematuhi garis panduan Standard CIS 10:2020 sepanjang penilaian dijalankan. c) Mematuhi terma rujukan yang dikeluarkan CIDB. d) Memastikan menjalankan penilaian dalam tempoh masa yang ditetapkan. e) Memastikan pentauliahan dalam tempoh sah lantikan iaitu dua (2) tahun. f) Tertakluk kepada terma dan rujukan Pusat Penilaian sepanjang menjalankan penilaian.
